Food Truck Park - TAPAK Urban Street Dining, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Food Truck Park - TAPAK Urban Street Dining
Food Truck Park - TAPAK Urban Street Dining
TAPAK Urban Street Dining ni adalah tempat untuk korang santai-santai makan street food. Semua peniaga di sini menggunakan food truck sebagai kiosk jualan mereka. Tempat ini juga di kenali sebagai food truck park bersempena dengan semua di sini menggunakan food truck. TAPAK Urban Street Dining ni terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur....
Pelbagai jenis jualan makanan menggunakan food truck
Pelbagai jenis jualan makanan menggunakan food truck

macam pasar malam tapi semuanya food truck
macam pasar malam tapi semuanya food truck
Pelbagai jenis makanan dan minuman ada di sini. TAPAK Urban Street Dining ni seolah-olah macam pasar malam tapi yang rare adalah konsepnya menggunakan food truck.
tempat makan yang luas
tempat makan yang luas
Lagi satu di tempat ni, selain jualan dari food truck, korang juga boleh makan terus di situ kerana penganjur menyediakan kawasan makan di tengah-tengah tempat ni siap dengan meja serta kerusi untuk makan, malah separuh darinya ada khemah kanopi...Kalau hujan boleh la lari makan bawah tu...Tapi walaupun tempat makan ni agak luas, sentiasa dipenuhi pengunjung....
ni lah hasil pembelian aku di Food Truck Park ni
ni lah hasil pembelian aku di Food Truck Park ni

dengan KLCC dekat jer ni...
dengan KLCC dekat jer ni...
Disebabkan aku check in hotel dekat area situ, jadi aku just beli dan makan di hotel jer... Untuk pengetahuan korang, tempat ni dekat jer dengan KLCC...jalan kaki jer dari KLCC...aku pun jalan kaki jer...dekat sangat...alternatif untuk korang yang nak cari makan murah sikit dari makan di KLCC tu..mahal...

Kepada yang nak datang ke Food Truck Park ni, boleh la cari di Jalan Ampang...GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut.

GPS koordinat: 3°09'37.9"N 101°42'56.9"E atau 3.160518, 101.715811

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...