RESEPI KEK MILO SEDAP

kek milo
kek milo

BAHAN-BAHAN:
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
CARA BUAT:
  • Satukan milo, gula, susu pekat, minyak dan air panas di dalam periuk dan masakkan sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
  • Pukul telur bersama esen vanila sehingga kembang.
  • Masukkan adunan milo tadi ke dalam telur. Pukul sehingga rata.
  • Masukkan pula tepung dan gaul sehingga sebati.
  • Kukus selama 1 jam.
BAHAN-BAHAN TOPPING:
  • 1/2 cawan milo
  • 1 sudu mentega
  • 1 sudu air panas
  • 1/2 cawan susu pekat
CARA BUAT:
  • Masakkan ke semua bahan secara double boil sehingga sebati dan pekat.
  • Tuang ke atas kek yang telah masak.
NOTA:
  • Jika menggunakan tepung gandum, tambahkan 1sk baking powder dan 1/2sk soda bikarbonat. Ayak bersama tepung.
  • Boleh gantikan milo dengan serbuk koko untuk membuat topping.
Kredit resepi: Sumber FB, Buat Orang Lapo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...