Makan nasi kukus padu! - Uncle Wan Nasi Kukus, Bertam Putra, Kepala Batas

Restoran Uncle Wan Nasi Kukus
Restoran Uncle Wan Nasi Kukus
Port terbaik untuk peminat nasi kukus di area Kepala Batas, Pulau Pinang ni, korang boleh cari di Bertam Putra. Di Bertam Putra ni ada satu restoran khusus yang berniaga nasi kukus....Depa panggil restoran ni Restoran Uncle Wan Nasi Kukus...

Menu diorang ni ada empat jer...taktau la nanti-nanti ada tambahan menu lain pulak...tu aku tak pasti la...setakat yang aku datang ni, menu diorang adalah nasi kukus set ayam percik, nasi kukus set daging kerutuk, nasi kukus set ayam bermepah dan nasi kukus set ayam merahπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

menu uncle wan nasi kukus
menu uncle wan nasi kukus
Aku ambil nasi kukus set ayam berempah...korang boleh pilih yang biasa ataupun special...Kalau special tu ada tambahan pageri nenas dan telur masin...memang padu beb...
nasi kukus set ayam berempah
nasi kukus set ayam berempah

nasi kukus set ayam berempah special
nasi kukus set ayam berempah special
Uncle Wan Nasi Kukus ni ada 2 tingkat..boleh la pilih korang nak makan kat tingkat atas or bawah...kalau nak privacy boleh panjat tangga makan di tingkat atas..tapi kalau makcik-makcik sakit lutu, makan kat bawah jer laπŸ˜πŸ˜πŸ˜…
menu-menu jadi hiasan dinding
menu-menu jadi hiasan dinding

menu-menu jadi hiasan dinding
menu-menu jadi hiasan dinding

ruang makan tingkat atas
ruang makan tingkat atas
Bagi aku, sedap la nasi kukus di sini dan sangat recommended untuk korang pula kalau nak try makan nasi kukus ni. Boleh cari di Bertam Putra. GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5.519128564841652, 100.48257679492366

No comments:

Post a Comment