Mandi manda di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai Perak

Felda Residence Hot Springs Sungai Klah

harga tiket masuk ke Felda Residence Hot Springs
Tempat yang menarik untuk mandi manda yang rare dari yang lain, korang boleh cuba untuk datang ke Felda Residence Hot Springs Sungai Klah di Sungkai Perak. Yang rare nya kat sini, ada kolam air panas yang natural dari perut bumi. Boleh mandi air panas. Kawasan water park ni terletak di tengah-tengah Felda. So kena masuk perkampungan Felda ni dulu lah.
Water park ni buka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Nak masuk ke water park Hot Springs ni kena beli tiket dulu la... harga tiket untuk dewasa RM15, kanak-kanak 4 tahun hingga 12 tahun RM12, warga emas 60 tahun keatas RM8, OKU RM5 dan warga asing harga mahal sikit RM18 dewasa manakala RM15 kanak-kanak.
Pihak Felda Residence Hot Springs ni melarang pengunjung-pengunjung dari membawa segala bentuk makanan dan minuman dari luar. Haiwan peliharaan dan telur pun tak dibenarkan. telur sendiri boleh le bawa...hihihihi.. Telur ayam ada dijual dalam water park tu untuk korang rebus dan makan. Sebab tu la diaorang tak bagi bawa masuk telur ayam tu, kalau tak sapa nak pi beli telur diorang jual tu kan.....
merebus telur

telur boleh beli di sini...tak boleh bawa masuk telur sendiri

tempat nak rebus telur
Lepas korang dah beli tiket dan pakai tagging di tangan, staf Hot Spring akan check beg korang kot-kot la korang bawa masuk benda yang diorang larang... Then kena tunggu kenderaan untuk bawa kita ke kawasan water park. Nak berjalan pun boleh, lebih kurang 200m dari entrance.
kenderaan yg bawa pengunjung dari entrance ke water park
Sempoi tak kenderaan tu...sebenarnya traktor yang di make up jadi cantik...kretif betul la diorang. Dah sampai ke waterpark, terus anak aku nak mandi kat kolam yang ada taman mainan. Tapi kolam tu bukan kolam air panas.
kolam budak-budak (bukan air panas)
Kolam-kolam air panas ada yang besar yang tak berapa panas sangat tu sesuai la untuk semua golongan..kecil besar tua muda. Walaubagaimanapun ada tanda amaran dekat kawasan yang terlampau panas yang tak sesuai untuk budak-budak. Ada juga kolam-kolam kecil yang panas yang tak sesuai langsung untuk budak-budak. suhu antara 35 - 40 degree dan mungkin lebih lagi jika kolam tu dekat dengan punca air panas dari perut bumi.
kolam air panas sederhana besar
kolam besar air panas
tanda amaran untuk peringatan ibubapa di kolam air yang sangat panas

air ni panas..suhu antara 35 - 40 degree
Untuk yang nak datang ke sini boleh google cari Felda Hot Springs Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak. Kalau malas nak google, korang pakai je gps koordinat dah google map yang aku dah sertakan di sini.
gps koordinat : 3°59'52.5"N 101°23'36.3"E atau 3.997927, 101.393428

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...