RESEPI KAMBING KHADAI

kambing khadai
kambing khadai

Bahan-bahan:
  • 500 g daging kambing
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 batang bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis
  • 2 sudu kecik serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil jintan manis (jintan besar)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 biji tomato besar (potong dadu)
  • 1 batang cili hijau
  • 2 labu bawang besar (diblend)
  • 1/2 sudu besar blended bawang putih
  • 1/2 sudu besar blended halia
  • 3 sudu besar yogurt
  • 1 sudu kecil garam masala
  • Garam
Cara-cara:
  • Cuci bersih daging kambing dan toskan. Perap daging kambing bersama blended bawang besar, yogurt, blended bawang putih, blended halia, yogurt, garam masala dan garam. Perap dalam tupperware yang bertutup selama 4 jam or semalaman dalam fridge.
  • Pastikan daging kambing yang diperap berada dalam suhu bilik sebelum dimasak.
  • Panaskan minyak dalam kuali/pressure cooker, dan tumis rempah ratus buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis hingga naik bau.
  • Masukkan daging yang diperap dan masak gunakan api sedang selama 10 minit. Gaul kerap dengan senduk supaya daging masak sebati.
  • Masukkan serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, jintan besar, cili hijau dan tomato. Gaul selama 8-10 minit hinga tomato hancur dan kuah pekat.
  • Massukan 3/4 cawan air, gaul sebati dan masak hingga daging empuk. 
  • Jika menggunakan periuk biasa, tambah air jika perlu sehinga daging empuk. Bagi yang mengunakan pressure cooker, tutup lid dan masak guna api sedang hingga 4 whistles.
  • Bukak lid, masukkan garam dan masak sehingga kuah pekat. Jika kuah terlalu pekat masukkan air sedikit.
  • Boleh di hias bersama hirisan daun ketumbar. Hidangan ini sesuai di makan bersama naan atau capati. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...