Manisan Timur Tengah, Kunafa di Kunafa Crisp, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Kunafa Crisp, Bukit Bintang
Kunafa Crisp, Bukit Bintang

boleh beli take away, boleh juga makan di situ
boleh beli take away, boleh juga makan di situ
Kunafa Crisp ni terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kunafa Crisp di berjiran jer dengan Damascus yang famous tu...Kiranya lepas melantak Shawarma di Damascus, boleh melantak pula kunafa😂😂😂😂....

Kalau korang nak tahu, kunafa merupakan pencuci mulut tradisional dari Timur Tengah yang dibuat dengan pastri berputar dipanggil kataifi, direndam dalam sirap manis berasaskan gula yang dipanggil attar, dan biasanya dilapisi dengan keju, atau dengan bahan lain seperti krim beku, pistachio atau kacang. Sekarang ni ramai dah rakyat malaysia yang dah mampu untuk mengerjakan umrah. Sesiapa yang pernah pergi umrah pasti akan tahu kunafa ni...Aku pun tahu kunafa ni asbab pergi umrah la jugak😅....

ini la manisan yang dikatakan 'kunafa' tu
ini la manisan yang dikatakan 'kunafa' tu

packaging pun cantik..pakai kotak jenama sendiri
packaging pun cantik..pakai kotak jenama sendiri

tengah masak kunafa
tengah masak kunafa
Rasa kunafa ni memang padu la....sangat sedap...teringat masa pergi buat umrah dulu....mengamit kenangan sungguh!

Sangat recommend untuk korang try makan kunafa ni....Boleh cari di Bukit Bintang. Bagi yang first time nak datang sini, aku sunggest korang naik train jer...Turun di stesen dekat Bukit Bintang, senang tak payah nak hadap jem dan susah nak cari parking.

Di sini juga aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang nak ke sini.

GPS koordinat: 3.1474080481766764, 101.71129623160444

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...