Resepi Mee Hailam Melayu

Mee Hailam Melayu
Mee Hailam Melayu

Bahan-bahan:
  • 2 bungkus mee kuning, dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
  • 500gm isi ayam atau daging
  • 5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
  • Sayur - sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
  • Air rebusan tulang ayam atau daging - jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee ni
  • 1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk tumis
Bahan kisar:
  • 2 inci halia
  • 1 ulas bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
Cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ni untuk seal daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.
  • Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. Kemudrian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.
  • Hidangkan bersama mee yang dicelur.
Kredit resepi: fb Eny Yusnizar Abdullah 

RESEPI KUIH LAPIS ROTI

KUIH LAPIS ROTI
KUIH LAPIS ROTI

Bahan:
5 keping roti sandwich
1/2 cwn gula
2 cwn air suam
1 cwn santan
3/4 cwn tpg beras
1/4 cwn tpg jagung/ Ubi
1 bj telur
Secubit garam
1 st esen vanilla
Warna yg disukai

Cara-cara:
Bancuh santan bersama air suam, masukkan gula n garam..carik2 roti dan masukkan kedlm bancuhan santan..biar terendam dlm 10-15 min..
Ayak kedua2 tpg masukkan kedlm bancuhan roti td.. masukkan dlm blender dan kisar hingga betul2 halus.. masukkan esen vanilla..bhg bbrp bhgn n warnakan mengikut citarasa sndri..sapu minyak pd acuan..kukuslah selapis2..


 

Resepi Beriani Kurma Daging

 

Beriani Kurma Daging
Beriani Kurma Daging

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan)
  • 4 cawan air
  • ¾ tin susu cair
  • 600 gm daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 100 gm kacang gajus (dikisar halus)
  • ¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)
  • 2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar minyak sapi / marjerin
  • 2 helai daun pandan
  • Garam & gula secukup rasa Bahan Kisar: 
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Bahan Tumis: 
  • 5 ulas bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 2 cm halia (dimayang)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 kuntum bunga lawang
  • ½ sudu kecil jintan manis
  • 3 biji buah pelaga
Cara:
  • Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan Menumis.
  • Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak.
  • Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. 
  • Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.

RESEPI MEE KUAH DAGING

MEE KUAH DAGING
MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN:
  • 2 peket mee kuning - secukupnya
  • 1 kilo daging
  • 2.5 liter air rebusan daging
  • sos tomato secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 1 cawan kuah kacang
  • 3 biji kiub stock ikan bilis
  • 4 biji telur - utk pekatkan kuah
  • 3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN:
  • 8 biji telur rebus - dipotong 2
  • hirisan cili merah secukupnya
  • hirisan daun bawang secukupnya
  • Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya
  • Limau kasturi (sy yg tambah lg sedap)
BAHAN DIKISAR HALUS:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
CARA MEMASAK :
  • Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya. Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
  • Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak. Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah.
  • Celur mee, taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu, rebus semua telur.
  • Cara menghidang mee ni, mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging, telur rebus, bawang goreng, cili merah dan daun sup.
Kredit resepi: Farihan abd aziz

RESEPI RENDANG DAGING

RENDANG DAGING
RENDANG DAGING

Bahan-bahan:(5-6 orang)
  • 500 gm daging
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 7 biji cili padi
  • 3-4 batang serai – dititik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
  • 1 sudu besar gula Melaka
  • 1 mangkuk santan
  • 5 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam dan gula
Cara-cara:
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
  • Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan daging.
  • Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.
  • Rempah cap bunga rose ni ada 2 jenis, satu rempah gulai dan lagi satu rempah masak. Untuk rendang, sila guna rempah gulai. Rempah-rempah keluaran Terengganu ni biasa orang guna untuk buah gulai ikan tongkol (nasi dagang), gulai ayam (nasi minyak) dan laksa Terengganu. Boleh google image untuk kepastian. Kalau tak jumpa rempah ni boleh ganti dengan serbuk kari.
kredit resepi: dapurmalaysia 

RESEPI BEEF LASAGNA

BEEF LASAGNA
BEEF LASAGNA 

Bahan-bahan: 
1-2 tin prego carbonara cendawan 
1 kotak Instant lasagna sheet 
Sos Spaghetti Bolognese – buat awal, tambah daging 
Cheese mozarella 

Cara-cara:
Sediakan loyang petak. Letak lasagna sheet di loyang dan penuhkan
Lapiskan dengan sos spaghetti, sos cendawan prego dan letak mozarella secukup rasa. Lagi banyak lagi sedap
Ulangi proses sampai habis sos cendawan tu.
Lapisan terakhir, letak sos cendawan dan cheese mozarella. Yang terakhir ni bagi extra. Baru lah rasa enak.
Masukkan dalam oven dalam 20 minit dengan suhu 180-200 darjah celcius.

NOTA:
* Bakar atas dan bawah
* Lasagna sheet tak perlu direbus. Terus bakar sebab dah mention di kotak lasagna tu. No pre-cooking required.