RESEPI KUIH BAKAR DAGING

KUIH BAKAR DAGING
KUIH BAKAR DAGING 

Bahan-Bahan Inti:
  • 250 gms daging (1/4 kg) _ dicincang halus
  • 1 1/2 sudu besar rempah daging 
  • 1 labu bawang besar _ dicincang
  • Sedikit daun sup 
  • Garam/aji secukup rasa
Bahan-Bahan A:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
  • 3 cawan air
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Daun bawang
  • Minyak sapi/margerin
Cara-Cara:
  • Untuk inti ~ Panaskan kuali dan bubuh 1 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.
  • Masukkan rempah dan goreng sampai wangi.
  • Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.
  • Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
  • Untuk adunan tepung ~ Pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair (susu dan air). Kacau sampai rata.
  • Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.
  • Bubuh sedikit pewarna kuning dan sedikit garam ( Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa).
  • Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar.
  • Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, bubuh 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.
  • Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan. Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan-lahan. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.
  • Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven.
  • Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.
  • Buat begini sehingga bancuhan tepung habis.
  • Hidang bersama sos cili.
Kredit resepi: ummi safiyah 

No comments:

Post a Comment