RESEPI BUTTERMILK PANCAKE

BUTTERMILK PANCAKE
Buttermilk pancake

BAHAN A: (Satukan dan ayak)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/2 camca teh sodium bicarbonate
BAHAN B: (Campurkan semua dan pukul dengan Whisk)
  • 1 camca besar gula halus
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan( Simpan <> 5 minit hingga mendadih)
  • 4 camca besar susu segar
  • 2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1 biji telur
Cara-cara:
  • Bahan A di ayak dn bahan B dibancuh dengan whisk.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A. 
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit butter.
  • Sendukkan adunan ke dalam Nons Stick Pan dan biarkan ia rata sendiri (Tak perlu lenggang). 5. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering.Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.
  • Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan .

RESEPI TEPUNG GOMAK

 

TEPUNG GOMAK
TEPUNG GOMAK

Bahan Inti:
  • 3 cawan kelapa parut putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara:
  • Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.
  • Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.
  • Masak inti guna api perlahan dan kacau rata sehingga intinya sedikit lembab. Angkat dan sejukkan..
Bahan Lain:
  • Tepung kacang hijau 
Caranya:
  • Dalam kuali berasingan, sangai tepung kacang hijau dan ayak, ketepikan. Bahan ini untuk salut kuih/ boleh beli di kedai bakeri
Bahan Doh:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan santan 
Cara-cara:
  • Satukan tepung pulut dan tepung gandum, gaul rata.
  • Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
  • Kemudian didihkan air dalam periuk.
  • Ambil sedikit doh masukkan inti secukupnya dan bulatkan.
  • Masukkan doh ke dalam periuk berisi air mendidih tadi. Rebus hingga doh timbul, angkat doh dan toskan.
  • Sediakan tepung kacang hijau dalam bekas lain untuk proses menyalut kuih.
  • Kemudian golekkan dalam bekas berisi tepung kacang hijau tadi sambil tekan perlahan lahan supaya doh jadi leper.
  • Lakukan hingga adunan habis, sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi: Oni Omar  

Resepi Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Kurma
Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan:
  • 500g ekor ayam ayam segar, dipotong-potong.
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 peket rempah kurma
  • 1 buah tomato (dibelah empat)
  • 1 biji kentang (dibelah empat)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu besar)
  • 2 biji cili besar (hijau dan merah)
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 sudu besar Garam
  • 4 sudu besar gula
Bahan Dikisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
Langkah-langkah:
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan rempah tiga serangkai iaitu, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.
  • Setelah itu, masukkan pula rempah kurma, dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan, kacau sebati dan biarkan ianya masak seketika.
  • Setelah itu, masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit air asam jawa.Kemudian masukkan santan, dan masaklah sehingga empuk.
  • Biarkan mendidih sehingga masak, dan terakhir masukkan garam, bawang besar dan juga tomato serta cili besar tadi. Jika mengering, bolehlah tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih kembali.
  • Siap dan hidangkan dengan nasi pilihan anda.
Kredit resepi: resepicheff.blogspot

Resepi Nugget Ayam

Nugget Ayam
Nugget Ayam

Bahan-bahan:
  • Dada ayam dalam 4 ketul (optional nak banyak mana)
  • 2-3 ulas bawang putih ( cincang halus)
  • 3 sudu besar tepung gandum (bergantung banyak mana dada ayam)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur
  • breadcrum / serbuk roti (cara nak buat serbuk roti = bakar roti pastu blender sampai jadi serbuk)
  • garam secukup rasa
Cara-cara nak buat Nugget Ayam:
  • Dada ayam dicincang dan di blender, letak ke dalam mangkuk dan ketepikan. Saya guna blender biasa je..
  • Kemudian letak bawang putih yang dah di cincang ke dalam ayam tadi..
  • Masukkan lada sulah, tepung gandum dan garam secukupnya.. Kemudian gaulkan hingga sebati..
  • lepas tu bolehlah buat bentuk ikut cita rasa sendiri.. kalau tangan melekit boleh lah sapukan sikit minyak pada tangan dan buat bentuk.. pastikan korang leperkan lepas dah buat bentuk sebab nanti kalau dah goreng nugget nie akan kembung sikit..
  • celup dengan telur dan gaulkan ke dalam breadcrum/ serbuk roti.
  • goreng dengan api sederhana.. Dah masak angkat dan toskan..

Restoran Dapur Bakar Ayam Goreng Kunyit, Bertam Kepala Batas

Restoran Dapur Bakar Ayam Goreng Kunyit
Restoran Dapur Bakar Ayam Goreng Kunyit
Kalau korang nak makan yang style goreng kunyit, boleh datang ke Restoran Dapur Bakar yang terletak di Bertam Kepala Batas ni....Sebenarnya ada lagi cawangan Restoran Dapur Bakar ni, lagi kali aku pi Restoran Dapur Bakar tempat lain plak...Ni pun aku dapat tahu sebab asyik FYP kat aku punya tiktok ja...memang beracun betul tiktok ni, last-last sampai gak aku ke siniπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
set menu goreng kunyit
set menu goreng kunyit
Menu simple jer..tapi sedap...Menu goreng kunyit yang ada di restoran ni adalah ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit, sotong goreng kunyit dan udang goreng kunyit...Korang boleh pilih secara set..kalau set, sekali dengan air...
tudiaa...set makan tengahari aku dengan famili
tudiaa...set makan tengahari aku dengan famili

nasi putih udang goreng kunyit, sup kosong
nasi putih udang goreng kunyit, sup kosong

nasi putih ayam goreng kunyit, sup kosong
nasi putih ayam goreng kunyit, sup kosong

nasi putih daging goreng kunyit, sup kosong
nasi putih daging goreng kunyit, sup kosong
nak lagi sedap, korang letak sikit kicap...fuh terus teringat zaman sekolah dulu-dulu, mak bekalkan makanan lebih kurang camni la...tu cerita aku..cerita korang aku taktau la camna😁😁😁😁..

Sangat recommended untuk korang try makan. Lokasi GPS koordinat dan google map boleh rujuk seperti di bawah ni.

GPS koordinat:  5°30'59.8"N 100°26'55.3"E atau 5.516601, 100.448697

https://maps.app.goo.gl/mYvYVetckZYS14eFA

Kafe Ngopi, Jalan Kapitol, Pusat Bandar Kangar, Kangar, Perlis

 

Kafe Ngopi, Kangar
Kafe Ngopi, Kangar

deko dalaman Kafe Ngopi yang unik
deko dalaman Kafe Ngopi yang unik
Kalau korang datang ke kangar ni, jangan lupa untuk try mengopi di Kafe Ngopi yang terletak di Jalan Kapitol, Pusat Bandar kangar. Bagi aku kafe tu sendiri dah unik..bila korang masuk je ke dalam, korang akan rasa macam rumah tinggalπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Sengaja deko di buat begitu untuk menampakan ke'rare'an berbanding kafe-kafe hipster yang lain....

Kafe Ngopi ni berkonsepkan coffee and sandwiches....serta pastry...so kalau korang nak santai-santai makan sandwich boleh la datang ke sini. Sandwich di Kafe Ngopi ni ala-ala macam di Subway...

menu sandwiches dan pastry
menu sandwiches dan pastry

menu minuman Kafe Ngopi
menu minuman Kafe Ngopi
Selepas aku makan sandwich dan minum kopi di Kafe Ngopi ni, ternyata ia bukan saja unik dari segi rupa paras kafenya, namun makanan di sini juga sedap...Aku mengorder croissant honey mustad chicken, ciabata chicken salami, hazelnut cold brew dan cappucino😍😍😍😘
ni diaaaa sandwich padu!
ni diaaaa sandwich padu!

makanan dan minuman yang aku order
makanan dan minuman yang aku order
Sangat berbaloi untuk korang try. Boleh dari di Kangar ye Kafe Ngopi ni. Sebagai panduan, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 6°26'21.1"N 100°11'44.9"E atau 6.439206993832613, 100.1958063619233

https://maps.app.goo.gl/JiPwEJxHaMBfxFDn9

Menikmati permandangan cantik di View Point Wang Kelian, Perlis

View Point Wang Kelian, Perlis
View Point Wang Kelian, Perlis

View Point Wang Kelian, Perlis
View Point Wang Kelian, Perlis
View Point Wang Kelian ni adalah antara tempat-tempat menarik yang menjadi kebiasaan pengunjung datang di negeri Perlis ni. Dah viral dalam media sosial View Point Wang Kelian...sebab tu sentiasa jer ada pengunjung...tempat cantik untuk bergambar.

harga tiket untuk naik ke atas puncak
harga tiket untuk naik ke atas puncak
Untuk ke atas puncak bukit tu, ada tiket ek...bukan free tau....korang boleh pilih untuk naik kenderaan atau jalan kaki jer...sebenarnya takde la tinggi sangat untuk ke puncak tu...
boleh bergambar di atas ni
boleh bergambar di atas ni

view permandangan yang cantik
view permandangan yang cantik

pelantar viral yang selalu orang bergambar (maaf separu je rgambar, sebab kat tengah tu ada orang)
pelantar viral yang selalu orang bergambar (maaf separu je rgambar, sebab kat tengah tu ada orang)😁😁😁😁
Kepada yang nak datang ke sini, di sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 6°39'56.6"N 100°12'04.9"E atau 6.66572130760206, 100.2013545265537


MONA Ikan Bakar, Food Court Selera Perlis, Kuala Perlis, Perlis

MONA Ikan Bakar, Food Court Selera Perlis, Kuala Perlis, Perlis
MONA Ikan Bakar, Food Court Selera Perlis, Kuala Perlis, Perlis

Food Court Selera Perlis
Food Court Selera Perlis

MONA Ikan Bakar
MONA Ikan Bakar
Antara kedai makan feveret aku di Perlis ni adalah MONA Ikan Bakar. Ni yang dekat food court baru di Kuala Perlis. MONA Ikan Bakar yang lama juga di Kuala Perlis juga..Kat situ pun aku pernah makan, boleh tengok kat posting DISINI. Jadi, trip aku kali ni ke Perlis, aku nak makan juga ikan bakar di MONA Ikan Bakar ni...maka sampai lah aku di sini😁😁😁😁
ikan, sotong, udang, ketam, semua fresh-fresh
ikan, sotong, udang, ketam, semua fresh-fresh
Korang boleh pilih sendiri ikan apa yang korang nak...kemudian bagitau jer menu masakan yang korang nak ikan tu untuk dimasak....nak bakar pun boleh, nak dimasak berkuah pun boleh...tiga rasa ke....Makan malam aku kali ni aku nak ikan bakar..aku pilih ikan sikap, lala, sotong, petai bakar serta sambal dan ulam ulaman...
lala masak sambal
lala masak sambal

sambal dan ulam-ulaman
sambal dan ulam-ulaman

siakap bakar
siakap bakar

petai bakar
petai bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung
Sememangnya sangat sedap dan padu makanan di MONA Ikan Bakar ni. Sangat rekomen untuk korang juga makan di sini kalau berkunjung ke Kuala Perlis. Sebagai panduan untuk korang nak cari MONA Ikan Bakar ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 6°23'48.1"N 100°08'07.1"E atau 6.396690, 100.135313

https://maps.app.goo.gl/fRPtVpbjoDRMCu6y9

Makan Pasta di Oven Rimba Cafe, Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis

 

Oven Rimba Cafe, Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis
 Oven Rimba Cafe, Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis

parking yang luas untuk pelanggan Oven Rimba
parking yang luas untuk pelanggan Oven Rimba
Jika ingin makan pasta di Perlis, Korang boleh la cari Oven Rimba Cafe yang terletak di Kampung Padang Lati, Kangar Perlis. Jangan cari di kawasan Bandar Kangar yer...Oven Rimba di di kawasan kampung, tepi jalan utama...Di sebabkan viral di media sosial, jadi dah tentulah ramai orang akan datang ke Oven Rimba ni.....
dessert yang boleh korang pilih
dessert yang boleh korang pilih

menu di Oven Rimba Cafe
menu di Oven Rimba Cafe

dalaman Oven Rimba Cafe
dalaman Oven Rimba Cafe
Ada banyak menu yang menarik untuk di cuba...Tapi pada kali ni aku just order spaghetti salted eggs, spaghetti aglio olio, spaghetti carbonara dan rimba pasta...manakala air pula aku try iced latte buttercream dan iced latte....
spaghetti salted eggs
spaghetti salted eggs

rimba pasta
rimba pasta

iced latte buttercream dan iced latte..
iced latte buttercream dan iced latte..

spaghetti aglio olio
spaghetti aglio olio

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara
Semua makanan sedap-sedap...berbaloi la aku dengan famili aku makan di sini...peminat pasta boleh hadirkan diri di sini.
sedapnyaaaa.....
sedapnyaaaa.....
Kepada yang nak datang ke sini aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.

GPS koordinat: 6°30'23.9"N 100°14'29.2"E atau 6.5066356909512475, 100.24146861111957

https://maps.app.goo.gl/pa9dMmQNr4nsWW7aA


Bukit Chabang Mari, Padang Besar, Perlis - tempat viral di Perlis!

 

Bukit Chabang Mari
Bukit Chabang Mari
Bukit Chabang Mari ni adalah tempat viral yang sering muncul di media sosial. Ramai pengunjung yang pernah datang ke sini share pengalaman mereka ber OOTD. Bukit Chabang Mari ni terletak di Padang Besar, Perlis. 

Cabaran paling utama untuk datang ke sini adalah korang kena lalu jalan kampung yang sempit, sekadar muat sebuah kereta jer...Masalah kalau kereta yang masuk dan yang nak keluar terlalu banyak...tempat untuk nak selisih tak banyak...ditambah plak dgn driver yang takut-takut...memang boleh mendatangkan marah ooooo...

Permandangan di kaki Bukit Chabang
Permandangan di kaki Bukit Chabang

kambing tengah makan
kambing tengah makan

boleh bagi makan kambing
boleh bagi makan kambing

nak bergambar dengan kambing pun boleh
nak bergambar dengan kambing pun boleh
Kebanyakan orang datang di sini nak ber OOTD disebabkan tempat ni memang cantik...ala-ala vibe oberCπŸ˜…...masa aku datang ni rumput kering, mungkin sebab cuaca panas kot...Aku pun taknak lama-lama sangat kat sini, panas lit-lit....

So, kalau datang perlis, korang kena masukkan dalam list antara tempat-tempat menarik yang korang patut singgah.

GPS koordinat dan google map Bukit Chabang Mari adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 6°36'10.5"N 100°15'31.3"E atau 6.602905335742413, 100.2586894056707

https://maps.app.goo.gl/wQZpYdFRY6HCuqkEA

Restoran Anjung Keli, Perlis

 

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli
Ini adalah kali ke-3 aku buat posting pasal restoran Anjung Keli....Ingat malas dah nak buat posting pasal Anjung Keli ni...tapi asal aku google je tempat makan tengahari best di Perlis, mesti keluar Anjung Keli ni....Google pun dah kena mandremmm ke dengan Anjung KeliπŸ’€πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
tempat makan bahagian luar..tapi selesa la...
tempat makan bahagian luar..tapi selesa la...

bahagian dalam, juga tempat ambil makanan
bahagian dalam, juga tempat ambil makanan
Seperti biasa, waktu tengahari memang pun dengan manusia yang kelaparan mencari makan di Anjung Keli, termasuk la aku...asalnya taknak datang dah...nak cari tempat lain kononnn...
nasi campur aku....keli wajib!
nasi campur aku....keli wajib!

suratan atau kebetulan, satu family aku ambil ikan keli...secara tak langsung menepati tema Anjung Keli!!
suratan atau kebetulan, satu family aku ambil ikan keli...secara tak langsung menepati tema Anjung Keli!!
Tidak di nafikan Restoran Anjung Keli memang menjadi tumpuan orang ramai...Tetiba macam dalam restoran Anjung Keli ni ramai orang....mai mana semua orang ni??? Kata Perlis ada 8 orang jaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Walaupun tempat ni dah telah diketahui umum, tapi aku nak bagi jugak lan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi untuk korang.

GPS koordinat: 6°25'47.3"N 100°13'01.2"E atau 6.4297804688684295, 100.21698905093612


https://maps.app.goo.gl/Eq8Nkzb6mjatHrq76