RESEPI DAGING MASAK JINTAN

daging masak jintan
daging masak jintan

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging, dipotong biasa( kalau tak leh makan daging boleh ganti ayam tapi daging lebih serasi).
Bahan A:
  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 3 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 camca gula
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • Serbuk Kunyit 2 sudu
(kalau jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam anda bukan serbuk tapi biji maka ianya kenalah dikisar terlebih dahulu).

Bahan B:
  • Bahan dikisar:
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 sudu kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 1 iibu jari lengkuas
BAHAN C
  • MINYAK MASAK 1 1/2 cawan-2 cawan sebab kalau minyak banyak senang masak dan daging jadi cantik
BAHAN D
  • bawang besar 3 biji dipotong bulat
Cara menyediakan:
  • Masukkan bahan A dan B.Gaul dan sebatikan. Rasa sikit apa yang kurang tambahlah mengikut selera anda. Pastu hendaklah di perap selama 20-30 minit.
  • panas kan kuali dan masukkan minyak-pastu bila minyak dah benar benar panas masukkan daging yang diperap tadi tu...
  • Gaul rata dan masak daging dengan api kuat dan sederhana.bila daging dah masak dan hampir kering masukkan bawang besar...balik balikan dan sebatikan. sehingga layu...sebelum tutup api kalau suka boleh dimasukkan cili padi 10-20 biji.( cili jangan dipotong cuma buangkan tangkainya. Sebiji sebiji.dan rasailah apa yg kurang ditambah...bila dah agak kering kuahnya dan nampak minyak dah mulai naik semula...tutup api...dah siap
amat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan nasi minyak...cubalah!!

Kredit resepi:ida shida

resepi kuih siput

kuih siput
kuih siput

Bahan-bahan:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 cawan mantega
  • 3 sb cili kering blend
  • 2 sb serbuk kari (daging) 
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk jintan putih
  • 12 tangkai daun kari -basuh ,lurut daun gunting halus..
  • Campur semua bahan gaul sebati seperti serbuk roti.... lama sikit gaul pun takpe asalkan 
  • rata dan sebati semua bahan.
  • 1 1/2 cawan santan-sederhana pekat
  • 1biji telur
  • Garam ikut rasa dan selera
  • 1 kiub ikan bilis-hancurkan

Cara-cara:
Masuk semua bahan dalam satu bekas kacau rata sampai garam larut, masuk sikit-sikit dalam bekas tepung gaul rata,uli bagi semua bahan tergaul rata dan adunan lembut bukan lembik.. kalau kurang rata tambah sikit air.. Dah siap uli rata biar adunan sekejap dalam 10/15 minit, selepas tu bolehlah menggentel... dengan alat khas untuk kuih siput... buat ler sampai habis, nak terus goreng pun boleh ,nak goreng lewat sikit pun takde hal... Janji kuih siput digoreng sampai warna perang ya sahabat untuk kerangupan... dah nak perang tu masuk ler daun kari untuk wangi,dah siap goreng ,sejuk boleh dah masuk dalam bekas. 

Hiasan: 
Beberapa ranting daun kari-ikut citarasa 

Kredit resepi:Lina Sahedin

Warung roti canai, Kampung Parit 1, Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol

 

sambil makan roti canai, boleh layan permandangan sawah padi
sambil makan roti canai, boleh layan permandangan sawah padi

Warung roti canai, Kampung Parit 1, Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol
Warung roti canai, Kampung Parit 1, Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol
Warung roti canai ni agak ke dalam sikit dari jalan besar, Jalan Gula. Landmark jalan untuk masuk ke laluan ke warung ni adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah. Bila jumpa sekolah tu, korang kena alert la untuk masuk kelaluan ni.. Ni laluan jalan sawah pagi (jalan tali air), tapi jalan dah bertar, cuma kalau berselisih kereta tu mencabar gak la๐Ÿ˜…
akak penebar roti canai
akak penebar roti canai

roti canai gemul-gemuk
roti canai gemul-gemuk
Korang boleh beli bungkus atau boleh je terus makan di warung ni. Warung ni cuma ada roti canai je la.. takda menu lain.. Kalau makan di warung ni, boleh la layan suasana pagi sawah padi..Boleh juga namapak gunung semanggol dari sini...
permandangan sawah padi, gunung semanggol, jalan tali air
permandangan sawah padi, gunung semanggol, jalan tali air
Lokasi warung ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 4°56'50.8"N 100°37'16.5"E atau 4.947445, 100.621254

RESEPI KERABU MANGGA IKAN BILIS

KERABU MANGGA IKAN BILIS
KERABU MANGGA IKAN BILIS

Bahan-bahannya:
  • 3 biji buah mangga muda
  • 1/2 mangkuk ikan bilis di goreng garing
  • 4-8 biji cili padi-saya guna 4 jer
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 mangkuk kelapa goreng
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula
  • Asam limau nipis

Cara-caranya:
  • Sagat buah mangga.
  • Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula.
  • Masukkan dalam buah mangga tadi.
  • Tumbuk halus kelapa goreng.
  • Masukkan dalam mangkuk mangga.
  • Masukkan sekali ikan bilis dan bawang besar yang dimayang nipis.
  • Gaul/Ramas- masukkan sedikit air asam limau nipis. Gaul.
  • Siap

Kafe Bubblebee di Bandar Perda Pulau Pinang

boleh layan bubblebee santai-santai dalam Kafe Bubblebee
boleh layan bubblebee santai-santai dalam Kafe Bubblebee

Kafe Bubblebee
Kafe Bubblebee
Kafe Bubblebee ni terletak di Bandar Perda Pulau Pinang. ..ni kira cawangan diorang la... Aku ni pun first time nak try bubblebee ni, jadi cam blur-blur sikit la nak order๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... Bila tengok menu, macam menarik gak la kalau nak try...rare menu-menu diorang ni..Boleh tengok menu-menu tu dalam gambar kat bawah ni.
Menu Bubblebee
Menu Bubblebee

Menu Bubblebee
Menu Bubblebee
Lang-alang datang sini kan...mesti la nak try menu yang paling padu...Disebabkan aku ni first time datang kafe Bubblebee ni, aku minta pendapat staf bubblebee untuk suggest menu best seller diorang. Kira menu tu menu killer diorang la...Hasil pemborakan (sembang-sembang๐Ÿ˜) dengan staf bubblebee tu, aku pun pilih la menu 'golden series ice cream' atas recommendation staf tu...
packaging comel 'golden series ice cream'
packaging comel 'golden series ice cream'

golden series ice cream
golden series ice cream
Kafe Bubblebee ni buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10malam. Jumaat hingga Ahad, diorang lajak sampai jam 12 tengah malam.

Kepada yang nak cari Kafe Bubblebee ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°21'58.8"N 100°25'39.5"E atau 5.366332, 100.427633

Restoran Kook, Bandar Perda Pulau Pinang - western cuisine, chinese cuisine, local cuisine

 

Restoran Kook
Restoran Kook

Restoran Kook
Restoran Kook
Restoran Kook ni beralamat 47 ground floor, Lorong Perda Utama 3, Taman Prominence, Bandar Perda Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Restoran kook menyediakan menu berkonsepkan western cuisine, chinese cuisine dan local cuisine. Start buka pada tengahari jam 12 tengahari hingga ke jam 12 tengah malam.

Yang bestnya di restoran kook ada daging wagyu. Ada 2 jenis yang restoran kook sediakan iaitu wagyu M10 dan wagyu M6 yang masing-masing dengan harga 229.90 dan RM179.90 setiap satunya. Agak mahal gak la daging wagyu ni...Tapi aku makan yang biasa-biasa je la...tak mampu laaa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

air karot susu
air karot susu

nasi goreng kook
nasi goreng kook

sirloin steak
sirloin steak
Aku makan sirloin steak, nasi goreng kook dan air karot susu jer. Sebenarnya banyak menu lagi di restoran kook ni..Antaranya korang boleh tengok dalam list menu-menu seperti gambar di bawah ni.
menu restoran kook
menu restoran kook

menu restoran kook
menu restoran kook

menu restoran kook
menu restoran kook

menu restoran kook
menu restoran kook

menu restoran kook
menu restoran kook

menu restoran kook
menu restoran kook

menu restoran kook
menu restoran kook
Bahagian dalam restoran kook ni pun nampak macam esklusif...ala-ala hotel..boleh feeling-feeling orang kaya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
hiasan dalaman restoran kook yang cantik dan nampak esklusif
hiasan dalaman restoran kook yang cantik dan nampak esklusif
Tempat makan yang menarik. Recommended untuk korang datang dan cuba sendiri makanan-makanan yang ada di restoran kook ni.

GPS koordinat dan google map lokasi restoran kook ni boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat:5°21'57.7"N 100°25'40.4"E atau 5.366013, 100.427892

Nama-mana babi selain "babi"

1.Pig 
Babi muda yg beratnya kurang 50kg.

2.Pork
Daging Babi.

3.Swine
Daging Babi utk seluruh spesis Babi.

4.Hog
Daging Babi dewasa yg berat melebihi 50kg.

5.Boar
Babi liar atau Babi hutan.

6.Lard
Lemak Babi yg digunakan dalam pembuatan minyak,sabun atau kuih.

7.Ham
Daging Babi bahagian peha.

8.Bak.
Daging Babi dalam bahasa TiongHua.Contohnya Bak Ku Teh & Bak Kwa.

9.Dwaeji.
Daging Babi dalam bahasa Korea yg biasa digunakn dalam masakan spt Bulgogi & Galb

10.Honkatsu
Hidangan Jepun dlm bentuk hirisan daging Babi.

11.Bacon
Daging haiwan yg di asapi terutamanya Babi.

12.Sow milk.
Susu yg dihasilkan dari Babi.

13.Rou 
Babi dlm bahasa Mandarin seperti hidangan Hong shao rou & rou jia mo.

14.Tonkatsu
Hidangan Jepun berupa ramen yg berkuah putih keruh yg dibuat dari tulang ,lemak & kalogen Babi.

15.Nuraniku
Sebutan Babi dalam bahasa Jepun.

16.Nibuta
Hidangan Jepun yg berupa leher Babi yg dimasak dengan sedikit kuah.

17.Charsiu
Daging Babi panggang.

18.Kakuni
Makanan perut Babi rebus dalam kulinari Jepun.

19.Cu Nyuk
Daging Babi dalam bahasa Hakka.Istilah ini digunakan dalam masak Siomay dan bubur.

20.Baikwat
Rusuk Babi. 

7 KHASIAT TELUR SEPARUH MASAK

telur separuh masak
telur separuh masak

1. Menu sarapan yang sihat
Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik.Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

2. Membantu pembentukan otot
Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja.Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

3. Bantu turunkan berat badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit.Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.

4. Menguatkan daya ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.

5. Mencegah penuaan
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

6. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

7. Baik untuk mata
Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

Pekena Bihun Sup Seri Manggis, Kepala Batas Pulau Pinang

Gerai Bihun Sup Seri manggis
Gerai Bihun Sup Seri manggis

Gerai Bihun Sup Seri manggis
Gerai Bihun Sup Seri Manggis
Kepada yang nak makan bihun sup di area kepala batas boleh la cuba di gerai Bihun Sup Manggis yang terletak di sebelah jalan besar Butterworth-Kepala Batas. Landmark yang senang korang nak cam adalah Pasar Awam kepala Batas. Dekat je dengan pasar awam ni.

Gerai Bihun Sup Seri Manggis ni buka dari jam 11 pagi hingga ke 7 petang setiap hari kecuali hari Jumaat. Jumaat cuti. Disebabkan aku datang sini dah petang pukul 6 lebih, jadi hanya tinggal bihun sup daging je yang tinggal...aku takda pilihan, kena makan gak la bihun sup daging ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

bihun sup daging
bihun sup daging
Bihun sup daging yang aku makan ni pun sedap gak..penuh dengan daging..kena selak daging baru jumpa bihun๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜... Di sebabkan aku tak boleh nak order sup-sup lain, dalam gerai ni ada 2 stall yang jual roti john dan makanan goreng-goreng, jadi aku order la gak roti john, mee goreng dan megi goreng..
roti john
roti john

mee goreng
mee goreng

megi goreng
megi goreng
Selain tu ada juga la menu mee kuah, mee kuah tulang, megi kuah...Tapi kena datang awal-awal sikit..kalau datang hujung-hujung takut habis awal.

Kalau korang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang kat bawah ni..

GPS koordinat: 5°30'55.9"N 100°25'02.6"E atau 5.515527, 100.417383

RESEPI KUAH PECAL

pecal
pecal

Bahan A:(goreng dengan minyak)
  • 500 gram kacang tanah 
  • 7 biji bawang rose
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 inci belacan
Bahan B:
  • Air suam
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Monosodium glutamate 
Cara-cara:
  • bahan A dikisar bersama bahan B
  • Satukan semuanya
  • Dah cukup rasa...siap        
Sayur-sayur:
  • Kangkung, pucuk ubi,tauge, jantung pisang,pucuk paku dicelur dan dipotong kecil
Tambahan:
  • Tauhu goreng
Kredit resepi:Rahmah Hasim 

BUTTERMILK CHICKEN WITH HERBS (AIRFRYER)

BUTTERMILK CHICKEN WITH HERBS
BUTTERMILK CHICKEN WITH HERBS

Bahan:
  • Butter 50g-100g
  • Susu pekat 150ml
  • Serbuk kunyit 1 sudu
  • Serbuk lada hitam 1 sudu
  • Serbuk mix herbs 1- 2 sudu
  • Garam secukup rasa..
  • Sedikit air panas

Cara:
  • Gaulkan semua bahan-bahan diatas... gaulkan bersama ayam dan perap seketika..
  • Perapan yang lebih dipanaskan dan masukkan lemon..jadikan kuah..
  • Bakar dengan airfryer suhu 180°c 25 minit..tambah perapan setiap 5 minit sehingga masak...
  • Siapp..

Kredit resepi: anas syauqi (mahn)

SELAWAT TAFRIJIYAH BESERTA MAKNANYA SEKALI

ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุตَู„ุงَุฉً ูƒَุงู…ِู„َุฉً ูˆَุณَู„ِّู…ْ ุณَู„ุงَู…ًุง ุชَุงู…َّุงุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏِ ุงู„َّุฐِู‰ْ ุชَู†ْุญَู„ُّ ุจِู‡ِ ุงู„ْุนُู‚َุฏُ ูˆَุชَู†ْูَุฑِุฌُ ุจِู‡ِ ุงู„ْูƒُุฑَุจُ ูˆَุชُู‚ْุถَู‰ ุจِู‡ِ ุงู„ْุญَูˆَุงุฆِุฌُ ูˆَุชُู†َุงู„ُ ุจِู‡ِ ุงู„ุฑَّุบَุงุฆِุจُ ูˆَุญُุณْู†ُ ุงู„ْุฎَูˆَุงุชِู…ِ ูˆَูŠُุณْุชَุณْู‚َู‰ ุงู„ْุบَู…َุงู…ُ ุจِูˆَุฌْู‡ِู‡ِ ุงู„ْูƒَุฑِูŠْู…ِ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ูِู‰ ูƒُู„ِّ ู„َู…ْุญَุฉٍ ูˆَู†َูَุณٍ ุจِุนَุฏَุฏِ ูƒُู„ِّ ู…َุนْู„ُูˆْู…ٍ ู„َูƒَ

Ertinya : 

Ya Allah, limpahkanlah shalawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang dengan sebab beliau semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia hujanpun turun, dan semoga terlimpahkan kepada keluarganya serta para sahabatnya, di setiap detik dan hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui oleh Engkau.

Ringkasan berkenaan Nabi Muhammad S.A.W

BIODATA RASULULLAH S.A.W
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Senin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang Ka'bah)
Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh kakeknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN
Kakeknya, Abdul Muththalib meninggal dunia pula.Lalu baginda dipelihara oleh pamannya, Abu Thalib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama pamannya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan anak-anak panah saja.

Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
Pembangunan kembali  Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan perselisihan berhubung peletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rosul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Wafatnya  Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika menikah dengan Rosulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SEPERSUSUAN  RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SEPERSUSUAN
Thuwaibah → Hamzah
Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SEPERSUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK DARI ABDUL MUTHTHALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu dari Zubair Al-Awwam) *

* masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku Dan siapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู…


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehingga seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rosulullah SAW..
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rosulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rosulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rosulullah.
  • Apabila Rosulullah merasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas jika beliau sedang marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar dan proporsional bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan indah.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sehat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Bidang badannya sempurna, tulang-tulangnya besar dan kokoh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung tinggi, apabila berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Semoga bermanfaat

Latte Cafe, Bandar Amanjaya, Sungai Petani

Latte Cafe
Latte Cafe

Latte Cafe
Latte Cafe
Latte Cafe ni beralamat di Jalan Cempaka 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah. Kira macam kedai kopi moden la๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...Depa panggil hibster cafe. Ada banyak di Sungai Petani ni. Ada yang aku dah pernah terjah dan ada dalam posting blog aku ni... Tapi kali ni aku nak try pula di Latte Cafe ni. Kalau dari highway, exit yang dekat dengan Latte Cafe ni, korang kena exit di plaza tol Sungai Petani utara. 

Latte Cafe ni buka setiap hari kecuali hari Rabu bermula seawal jam 8 pagi hingga ke 11 malam. Hari Jumaat diorang break dari jam 1petang hingga 2.30petang...depa pi solat jumaat..baguih..baguih๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡..

menu latte cafe
menu latte cafe

menu latte cafe
menu latte cafe
Gambar atas tu senarai menu yang ada di Latte Cafe. Semua macam sedap-sedap jer. Rasa macam nak try semua, tapi apa kan daya, bajet tak mengizinkan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... Menu yang aku layan di Latte Cafe ni, korang boleh tengok dalam gambar-gambar dibawah ni..menyelerakan๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
ice latte dan ice caremel latte
ice latte dan ice caremel latte

chicken ham sandwich
chicken ham sandwich

nasi lemak ayam
nasi lemak ayam

nasi goreng cili api (ayam)
nasi goreng cili api (ayam)

pasta carbonara
pasta carbonara

fish and chip
fish and chip
Selain western food, ada juga la menu goreng-goreng di Latte Cafe ni... Not bad gak la menu goreng-goreng ni...recommended untuk korang nak cuba. Boleh cari Latte Cafe ni di Bandar Amanjaya, Sungai Petani. GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5.672038948257706, 100.50835729987331

Warung Kacang Poi Utagha, Jalan Paya Keladi, Kepala Batas Pulau Pinang

 

Warung Kacang Poi Utagha
Warung Kacang Poi Utagha

Warung Kacang Poi Utagha
Warung Kacang Poi Utagha
Kalau nak makan Kacang Poi sebelah utara ni, boleh cari di Warung Kacang Poi Utagha yang terletak di Jalan Paya Keladi, Kepala Batas Pulau Pinang (Permatang Tinggi C). Warung ni buka setiap hari kecuali hari Jumaat. Start beroperasi dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari. Warung Kacang Poi Utagha ni betul-betul dekat simpang jalan. Agak samar-samar sikit warung ni kalau first time nak datang sebab warung duduk dalam nuseri pokok-pokok.
Warung Kacang Poi Utagha dalam pokok-pokok nuseri
Warung Kacang Poi Utagha dalam pokok-pokok nuseri
Selain kacang poi, ada juga menu-menu lain roti bakar yang boleh korang cuba. Ganbar kat bawah ni adalah menu-menu yang ada di Warung Kacang Poi utagha ni.
Menu Warung Kacang Poi Utagha
Menu Warung Kacang Poi Utagha
Antara menu yang aku makan untuk bersarapan di sini adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah ni.
set kacang poi leleh
set kacang poi leleh

roti teloq menghambu dangdut
roti teloq menghambu dangdut

set kacang poi dengan roti bakar
set kacang poi dengan roti bakar

roti teloq dangdut
roti teloq dangdut
Semuanya sedap-sedap dan padu..Rekomen untuk korang pula cuba. Kalau nak datang, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°32'12.5"N 100°26'16.2"E atau 5.536814, 100.437823


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...