Resepi Mee Hong Kong

Mee Hong Kong
Mee Hong Kong

Bahan-Bahan:
  • 200gm mee kuning
  • 2 biji telur
  • 80gm udang | dibuang kulit
  • 80gm sotong | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 3 sudu makan cili boh
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 helai daun sup | dihiris
  • 50gm sawi | dihiris
  • 40gm kobis | dihiris
  • 30gm kobis bunga | dihiris
  • 40gm lobak merah | dihiris
  • 50ml air
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak:
  • Campurkan mee kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mee hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.
  • Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.
  • Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mee yang telah digoreng dan sedia dinikmati.
Kredit resepi: masakan bonda tersayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...