Resepi Roti Benggali

Roti Benggali
Roti Benggali

Bahan-Bahan: (4 orang makan)
Bahan A:

  • 350g tepung roti
  • 1 sudu besar shortening
  • secubit garam
Bahan B:
  • 120 – 160 ml air suam
  • 1 sudu makan yis serbuk
  • 2 sudu makan gula castor
Cara Membuat:
  • Semua Bahan A digaul sebentar. Bahan B digaul bersama.
  • Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
  • Perap hingga naik 2 kali ganda. Sekitar 30-40 minit.
  • Kemudian tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin, Bahagi kepada 2 bahagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
  • Perap lagi hingga naik 2 kali ganda semula. Bakar 180 c selama 20-30 minit.
Enak dimakan bersama kacang pool, sup tulang, atau pun kari ayam. Selamat mencuba.

Tip : Air boleh masukkan sedikit-sedikit dulu takut terlembik adunan.

Kredit resepi: jom kongsi resepi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...