RESEPI SALAD BUAH BERKRIM

SALAD BUAH BERKRIM
SALAD BUAH BERKRIM 

BAHAN-BAHAN:
Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
Susu Pekat
Cheddar Cheese
Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
Resepi salad buah

CARA-CARA:
1. POTONG & KUPAS BUAH
Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.

2. POTONG CHEDDAR CHEESE
Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.

3. TAPIS FRUIT COCKTAIL & CORN KERNEL
Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.

4. GAUL KRIM
Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.
Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap.
Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.

5. MASUKKAN BUAH
Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.

6. SEJUKKAN
Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.

Baru sedap!

Selamat mencuba.

kredit resepi: Puan Marimar Mas

RESEPI PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar - 11gm
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin fruit cocktail - terpulang nak letak buah apa yang digemari
Cara:
  • Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  • Pukul telur dan campurkan tepung kastard, kacau rata dan ketepikan.
  • Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastard. Masukkan fruit cocktail.
  • Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Resepi tembikai bandung

Tembikai bandung
Tembikai bandung 

Bahan:
  • 1/2 buah tembikai tanpa biji,  potong dadu 
  • susu cair 
  • sirap
  • ais secukupnya
Cara membuat:
  • Campur semua bahan jadikan satu.
Kredit resepi: hantu makan


 

RESEPI Pizza Telur

Pizza Telur
Pizza Telur

Bahan-bahan:
  • Ayam kisar
  • Brokoli
  • Bawang merah + putih
  • Lada hitam
  • Garam
  • Bunga kubis
  • Telur
  • Whiping krim
  • Chesedale
Cara-cara:
  • Mula-mula tumis bawang merah + putih.
  • Masuk ayam tadi, goreng sampai masak.
  • Masukkan sayur-sayuran tadi, garam dan lada hitam.
  • Kocak telur 2 biji masuk bahan-bahan goreng tadi.
  • Bakar dalam oven sampai separuh masak.
  • Sementara tu, buat toping guna whiping cream + cheesedale, garam dan lada hitam.
  • Dah masak telur tadi baru siram kat atas.
  • Lepas tu tabur la cheese apa-apa atas.
  • Bakar semulaa..siapp!😗
Credit resepi: Cik Merpati Putih via Kelab Diet Atkins

RESEPI AYAM PERCIK ISTIMEWA

AYAM PERCIK ISTIMEWA
AYAM PERCIK ISTIMEWA

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - potong 8 atau ikut citarasa.
  • 1 1/2 biji kelapa (ambil 1 mangkuk santan pekat) - guna santan debu dan buat sed pekat je
(Bahan-bahan * ditumbuk atau dikisar)
*1 inch halia
* 1/2 inch kunyit segar
*3 labu bwg bawang
*6 ulas bawang putih
*5 tangkai cili kering/1 sb cili kering dah blender
*12 biji buah keras - letak 6 biji je
  • 6 helai daun limau perut- potong halus
  • 3 batang serai di titik saja
  • 2 helai daun kunyit (siat)- x letak pun
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak di kuali besar, tumiskan bahan yg diblender sampai agak garing.
  • Masukkan santan,daun limau purut, serai, garam dan gula.Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tutup kuali dg tudung periuk...biarkan merenih dg api sederhana hingga ayam 1/2 masak.
  • Keluarkan ayam dan atur atas tray bakar.
  • ambil sikit kuah percik sapu atas ayam.balikkan ayam dan sapu lagi dg sikit kuah.jika bakar dlm oven, bakar dg api atas bawah 180'C.bakar hingga masak.
  • Untuk kuah teruskan masak sekejap sehingga kuah agak pekat.tutup api Semasa menghidang perahkan limau atas ayam dan siram dgn lebihan kuah percik

RESEPI PAI KENTANG BERLAPIS

PAI KENTANG BERLAPIS
PAI KENTANG BERLAPIS

BAHAN:
  • 4 biji kentang – kupas kulit & potong nipis 
  • ½ biji labu kuning – kupas kulit & potong nipis
  • 4 sudu besar mentega 
  • 3 biji telur – dipukul sedikit 
  • 250 ml susu segar 
  • 50 ml UHT krim (krim masakan)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pasli secukupnya
CARA:
  • Kentang  dan labu dikupas kulit dan dipotong nipis.
  • Panaskan mentega, susu, garam dan lada sulah. Biarkan sehingga mentega cair dan tutup api. Masukkan telur, krim masakan dan tepung gandum.
  • Sapu acuan dengan sedikit mentega,  susun kentang dan labu secara berselang seli, tuangkan bancuhan susu. 
  • Taburkan keju mozzarella, daun pasli cincang  dan bakar sehingga keperangan pada suhu 160⁰C.
  • Angkat dan hiaskan, sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba..!!! 

Kredit resepi; Majalah Saji


 

RESEPI KUIH LAPIS LABU KUNING

KUIH LAPIS LABU KUNING
KUIH LAPIS LABU KUNING

Bahan A:
2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, simpul

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan santan

Bahan C:
1/2 cawan santan pekat

Bahan D:
1 cawan labu, rebus dan haluskan

Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan, ketepikan dulu.
Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A.
Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian di masukkan santan dan satu bahagian lagi masukkan labu.

Panaskan kukusan, alaskan plastik pada loyang.
Masukkan adunan labu dan kukus selama 10 minit.
Lapiskan pula adunan santan, kukus selama 7 minit.
Ulangi sehingga habis, setiap lapisan 7 minit dan lapisan terakhir 20-25 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.

Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik.

Nota:
Kurangkan sukatan gula kepada 1 cawan, jika tak suka manis.

kredit resepi: casey kasmaini

RESEPI KUIH KERIA

KUIH KERIA
KUIH KERIA

Bahan:
  • 1 kg ubi keledek oren
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/2 sudu marjerin @ planta
  • 1 sudu kecil garam
Bahan sira gula :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
Cara-cara:
  • Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.
  • Masuk semua bahan2 lain ke dalam bekas keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.
  • Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat2kan doh keria tadi. Kemudian tekan buat lubang ditengah2 seperti membuat donut.
  • Buat sehingga adunan kuih keria habis.
  • Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana besar, kemudian goreng keria sampai nampak warna kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan.
  • Untuk membuat sira gula, masuk semua bahan ke dalam kuali. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan berbuih.
  • Kacau gula sampai pekat dan bertali kemudian tutup api.
  • Masuk kuih keria tadi gaul cepat2 supaya sira gula bersalut rata pada semua bahagian kuih keria.
  • Teruskan menggaul sampai gula tadi kering dan nampak kepingan putih gula bersalut pada kuih keria, siap untuk dinikmati.
*Jangan tutup bekas kuih keria yang sudah disalut dengan gula masa tengah panas ye nanti kuih jadi lembik dan gula cair.

Kredit Resepi: Siti Husni

RESEPI AYAM MASAK VANGGEY

AYAM MASAK VANGGEY
AYAM MASAK VANGGEY

Bahan:
  • 1 1/2 ekor ayam - gaul dengan garam serta serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 cawan air
  • 6 sudu makan gula merah
  • Garam secukup rasa
  • 1-2 tangkai daun kari
Bahan kisar :
  • 2 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bawang putih
  • Segenggam cili api
  • 6 tangkai cili kering
  • 2 inci halia - tak perlu buang kulit
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 keping kulit kayu manis
  • 5-6 kuntum bunga lawang
  • 2 batang serai
Bahan tumis :
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 2-3 biji tomato
  • Rempah 5 sekawan
Cara-cara:
  • Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya.
  • Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Satukan bahan2 kisar dan blend hingga halus.
  • Tumis rempah 5 sekawan seketika.
  • Kemudian masukkan bahan2 tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan.
  • Masukkan bahan2 kisar.
  • Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata.
  • Seterusnya masukkan serbuk kari ayam dan serbuk cili, gaul sebati.
  • Tambahkan air sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus.
  • Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.
  • Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan.
  • Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit Resepi: Rani Genga

Resepi Pecal Jawa

Pecal Jawa
Pecal Jawa

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang):
  • 150 gm kacang tanah- sangai, buang kulit dan kisar separa halus (kasar dan halus)
  • 10 tangkai cili kering- kerat, basuh dan toskan.
  • 5 tangkai cili padi akar (resepi mat dan Abbot 10-15 tangkai... K.An tak tahan pedas melampau, 5 tangkai pun dah berasap...)
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan -dibakar
  • 2 inci isi cekur- (k,An tak letak sebab tak ada stok)
  • 1 1/2 sudu besar udang kering- rendam 10 minit, toskan dan sangrai
  • 1/2 sudu teh pati asam jawa Adabi + dengan 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 5 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air
Bahan lain:
  • 1 bungkus tempe- hiris nipis, gaul garam dan kunyit (campur sedikit air)- goreng
  • 2 keping tauhu- goreng- hiris kecil
  • tauge- buang ekor dan dicelur sebentar
  • 3 urat kacang panjang, celur dan kerat 1 inci
  • 1 ikat kangkung - celur
  • 1/2 biji sengkuang- kupas, hiris panjang-panjang
  • timun -hiris panjang-panjang
  • jantung pisang, celur
  • pucuk ubi- celur
*** celur dalam periuk berisi air dan 1 sudu besar minyak masak. Sayur nampak cantik dan jantung pisang tak lebam

cara membuat kuah:
  • Goreng cili kering dan cili padi dalam 1/2 cawan minyak masak ,2-3 minit. Angkat dan toskan. Goreng juga bawang merah dan bawang putih hingga bahagian luarnya layu. Angkat dan toskan.
  • Goreng tempe dan tauhu menggunakan kuali yang sama.
  • Masukkan cili kering, cili padi, air asam jawa, ubi cekur, belacan dan udang kering ke dalam pengisar. Kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk. Licinkan baki bahan kisar dalam pengisar dengan 1/2 cawan air lagi. Masukkan ke dalam mangkuk.
  • Campurkan kacang tanah, garam dan gula. Kacau sebati

Resepi Kek Ala Tornado Viral

Kek Ala Tornado Viral
Kek Ala Tornado Viral

Bahan-bahan buat kek:
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula 
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat 
  • *guna 1 cawan tepung je supaya kek lagi moist
  • *kalau takde boleh pakai tepung gandum + 1sk soda bikarbonat + 1 sk baking powder (ayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko@boleh ganti dengan milo kalau takde serbuk koko/coklat
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara buat kek:
  • Pukul telur + gula + esen vanilla (pukul rata)
  • Masukan minyak masak (kacau biar sebati)
  • Masukkn tepung + baking powder + soda bicarbonat.
  • Masukkn serbuk koko/coklat/milo
  • Last skali masukkn air panas, kacau rata.
  • Bakar api atas bawah suhu 180/ 50 minit brgantung pada tahap kepanasan oven anda. Kalau nak kukus, boleh kukus 40-45 minit.
*tips untuk kek gebu tak perlu guna mixer. Just kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu.

Bahan-bahan buat cream cheese:
  • 250gram cream cheese 
  • 60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream )
  • 3-4sb susu pekat (nak manis atau kurang manis boleh lebih atau kurangkn)
Cara-cara buat cream cheese:
  • Mixer cream cheese smpai lembut 
  • Tambahkn susu pekat (rasa tahap kemanisan yang anda suka)
  • Masukkan whipping cream dan mixer smpai gebu dan ringan.
Bahan coklat ganache:
  • 100ml whipping cream 
  • 250gram milk compound 
  • 2sb mentega/majerin (double boiler smpai sebati, akhir sekali masukkan marjerin)
kredit resepi: Fatimah Saari