Singgah Starbucks RnR Sungai Buloh (Restoran Jejantas)

 

Starbuck RnR Sungai Buloh (Restoran Jejantas)
 Starbuck RnR Sungai Buloh (Restoran Jejantas)

Starbuck RnR Sungai Buloh (Restoran Jejantas)
 Starbuck RnR Sungai Buloh (Restoran Jejantas)
Saja nak bagitau korang, di RnR Sungai Buloh ni, dah ada Starbuck. Bagi peminat Starbuck, ni berita gembira untuk korang...Dulu di tempat restoran starbuck ni kalau tak silap aku kedai Al Ikhsan....

Aku pun singgah juga la nak beli kopi starbuck ni sebelum meneruskan perjananan aku....

kalau nak makan yang ringan-ringan, boleh pilih sini
kalau nak makan yang ringan-ringan, boleh pilih sini

dah dapat air starbuck, jom sambung perjalanan
dah dapat air starbuck, jom sambung perjalanan
Kepada semua peminat Starbuck, ambil maklum ye kewujudan restoran starbuck di RnR Hnetian Sungai Buloh ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
GPS koordinat: 3°11'19.8"N 101°35'11.4"E atau 3.188825356111876, 101.58641305573569

Restoran Mohd Chan Express di RnR Sungai Buloh

 

Restoran Mohd Chan Express
Restoran Mohd Chan Express
Restoran Mohd Chan Express ni aku jumpa di RnR Sungai Buloh....yang ada restoran jejantas tu...Restoran Mohd Chan ni menyediakan makanan berkonsepkan makanan chinese style yang halal. So korang boleh la try...jarang-jarang korang boleh jumpa kat RnR restoran macam ni...biasa food court standard PLUS je kan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
dimsum
dimsum

dimsum
dimsum

kam heong fried rice with chicken
kam heong fried rice with chicken
Ada banyak menu makanan chinese style ni...tapi aku just nak try dimsum dan juga nasi goreng kam heong ayam (kam heong fried rice with chicken)...Sedap dan ubah selera sikit la makan di RnR ni..hahaha

Kepada korang kalau singgah di RnR Restoran Jejantas Sungai Buloh ni, jangan lupa try makan di Restoran Mohd Chan Express ni...

GPS koordinat: 3°11'20.2"N 101°35'11.8"E atau 3.188921565273585, 101.58656378340577

Western food di Sis Grill di Astaka Perda, Bandar Perda, Pulau Pinang

Sis Grill di Astaka Perda
Sis Grill di Astaka Perda

Sis Grill di Astaka Perda
Sis Grill di Astaka Perda
Sis Grill aku pernah dah review dalam blog aku ni...lama dah...masa tu tahun 2017. Boleh tengok posting aku ni DISINI. Sebab dah lama aku tak datang ke Sis Grill ni, jadi nak try la sekali lagi...Bagus anak muda, masih konsisten berniaga Sis Grill... Di Sis Grill ni makanan adalah brekonsepkan western food..Ada juga nasi goreng, tapi di inovasikan bersama western food. Antara menu-menu di Sis Grill ni boleh tengok di gambar kat bawah ni.
menu 1 Sis Grill
menu 1 Sis Grill

menu 2 Sis Grill
menu 2 Sis Grill
Daripada menu Sis Grill tu aku pilih untuk makan mushroom soup with garlic bread, lamb grill, nasi goreng lamb grill, nasi goreng cheesy chicken chop, dan koay teow kerang...Air aku try air tembikai...
air buah tembikai
air buah tembikai

mushroom soup with garlic bread
mushroom soup with garlic bread

lamb grill
 lamb grill

nasi goreng cheesy chicken chop
nasi goreng cheesy chicken chop

nasi goreng lamb grill
 nasi goreng lamb grill

koay teow kerang
koay teow kerang
Ok..itu la hasil yang aku makan di Sis Grill ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...Kesedapan ok la, boleh tahan sesuai dengan gerai...Kalau korang nak try makan di Sis Grill, boleh cari di Astaka Perda (Food Court) di Bandar perda ni...Boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°22'02.3"N 100°25'33.0"E

Sarapan pagi di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh

antara kuih-kuih yang di jual di pasar awam sama gagah
antara kuih-kuih yang di jual di pasar awam sama gagah

antara gerai-gerai yang jual sarapan pagi di pasar awam sama gagah
antara gerai-gerai yang jual sarapan pagi di pasar awam sama gagah
Pasar Awam Sama Gagah di Permatang Pauh ni, kita tempat penduduk setempat bershopping barang-barang keperluan bahan mentah untuk memasak. Disini korang boleh beli sayur-sayur, ikan, ayam, daging dan juga keperluan barangan kering untuk memasak.....Tapi bukan itu yang aku nak fokus pada posting aku ni...Aku lebih kepada nak tengok apa yang boleh di makan untuk sarapan pagi di sini๐Ÿ˜„
koay teow kerang (tapi nampak macam char koay teow je)
koay teow kerang (tapi nampak macam char koay teow je๐Ÿ˜…)

roti canai
roti canai

roti canai banjir
roti canai banjir
Ada banyak juga la pilihan makanan untuk saparan pagi...ada nasi lemak, ada roti canai, ada koay teow kerang, ada bihun sup dan sup-sup yang seangkatan dengannya...Ada juga kuih-kuih... Tapi masa aku ushar-ushar apa nak makan, mata aku tangkap terus koay teow kerang๐Ÿ˜…...Terus gi order koay teow kerang tu..tapi cam pelik la sikit, sebab rupa koay teow kerang tu macam char koay teow๐Ÿ˜...tak pasti la kan kalau memang tokey tu masak style macam tu๐Ÿ˜…....Aku aku biasa la, mesti cari roti canai...so order jugak la roti canai tu.....

Ok la geng, itu je aku nak ulas pasai sarapan pagi di Pasar Awam Sama Gagah ni...Korang boleh try la datang sarapan di sini...Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang..

GPS koordinat: 5°24'43.3"N 100°24'42.0"E atau 5.412043186627487, 100.41166954446798

Yong Tau Foo di Food Court Mydin Bertam, Kepala Batas

 

yong tau foo
yong tau foo
Yong Tau Foo yang paling sempoi, tak boleh lawan la dengan yong tau foo belakang bomba di Taiping Perak... Dekat Taiping memang padu...makan banyak-banyak pun tak rasa muak....Tapi kalau korang ada kat area Bertam Kepala Batas ni, kalau nak lepaskan gian yong tau foo Taiping tu, boleh la cari di Food Court Mydin Bertam.
boleh pilih apa yang korang nak...lagi banyak, lagi tinggi le kos harganyer...
boleh pilih apa yang korang nak...lagi banyak, lagi tinggi le kos harganyer...

gerai Yong Tau Foo, Mydin Bertam
gerai Yong Tau Foo, Mydin Bertam
Kepada yang nak makan yong tau foo, boleh la cari di Mydin ni...Senang je nak cari..tapi aku sertakan juga la GPS koordinat dan google map mydin ni..

GPS  koordinat: 5°31'08.8"N 100°28'41.1"E atau 5.51909730315493, 100.47808996998859


Lirik Huwannur ู‡ُูˆَ ุงู„ู†ُّูˆุฑُ

ู‡ُูˆَ ุงู„ู†ُّูˆุฑُ ูŠَู‡ุฏِู‰ ุงู„ุญَุง ุฆِุฑِูŠู†َ ุถِูŠَุงุคُู‡ُ   
Huwan Nuuru Yahdil Haairiina Dhiyaauhu
Dialah Nabi Pelita Cahaya yang memberi petunjuk orang-orang yang bimbang

ูˆَูِู‰ ุงู„ุญَุดุฑِ ุธِู„ُّ ุงู„ู…ُุฑุณَู„ِูŠู†َ ู„ِูˆَุงุคُู‡ُ
Wa fil Hasri Zhillul Mursaliina Liwaauhu
Di Padang Mahsyar Panjinya sebagai pemberi naungan
 
ุชَู„َู‚َّู‰ ู…ِู†َ ุงู„ุบَูŠุจ ุงู„ู…ًุฌَุฑَّุฏِ ุญِูƒู…َุฉً
Talaqqoo Minal Ghoibil Mujarrodi Hikmata
Sampailah kepadanya hikmah tanpa perantara apapun

ุจِู‡َุง ุงَู…ุทَุฑَุช ูِู‰ ุงู„ุฎَุงูِู‚ِูŠู†َ ุณَู…َุงุคُู‡ُ
Bihaa Amthorot Fiil Hoofiqoini Samaauhu
dengan hikmah itu hujanlah langit di segala penjuru barat dan timur

ูˆَู…َุดู‡ُูˆุฏُ ุงَู‡ู„ِ ุงู„ุญَู‚ِّ ู…ِู†ู‡ُ ู„َุทَุงุฆِูٌ
Wa Mashuudu Ahlil Haqqi Minhu Lathooifun
Para saksi dari para Ahli Ma`rifah yang dalam kebenaran, menyaksikan dari Beliau kasih sayang dan kelembutan-kelembutan 

ุชُุฎَุจِّุฑُ ุงَู†َّ ุงู„ู…َุฌุฏَ ูˆَุงู„ุดَّุฃ ูˆَุดَุฃูˆُู‡ُ
Tuhobbiru Annal Majda Wassaawasaauhu
Dikabarkan sungguh apa yang terjadi adalah dengan keinginanmu 

Resepi Kebab Roti cheese leleh

Kebab Roti cheese leleh
Kebab Roti cheese leleh

Bahan-bahan:
  • Minced beef sepeket
  • Serbuk kari - 2 sudu
  • Serbuk cili - 1 sudu
  • Bawang merah & putih potong dadu kecil-kecil
  • Garam
  • Mix herbs - sikit je buat bau-bau herbs
  • Daun sup
  • Telur 2 biji
Cara-cara:
  • Tumis bawang merah & putih
  • Masukkan minced beef + serbuk kari + serbuk cili + mixed herbs + garam
  • Masak hingga daging dah masak...tutup api
  • Kemudian masuk daun sup yang dipotong kecil
  • Pecahkan telur dan gaul hingga sebati
  • Sedia untuk dimasak menggunakan pan yang sesuai
Kredit resepi: Nur Farrah Salleh  

BAGAIMANA MEMASAK LEMANG DENGAN BETUL

 1. Buluh
Gunakan buluh yang sesuai elakan mengambil buluh yang nipis seperti 'buluh telur' atau buluh yang terlalu tebal. Buluh yang nipis akan mudah pecah dan buluh yang tebal melambatkan proses pembakaran lemang. Potong Buluh mengikut kesesuaian, panjang yg dicadangkan adalah lebih kurang 80 cm bersamaan 2.5 kaki. kalau terlalu panjang dikuatiri lemang sebelah atas tidak masak dgn sempurna. Setelah buluh dipotong mengikut saiz buluh- buluh tersebut hendaklah dibersihkan dahulu.

2. Daun pisang .
Daun yang sesuai adalah yg tidak tua dan tidak terlalu muda. Daun pisang tua akan mudah pecah bila di masukan kedalam buluh dan daun pisang terlalu muda pula akan melekat pada pulut setelah masak nnt. Daun pisang jenis pisang hutan (pisang karuk), pisang Awak, dan pisang kapas adalah yg paling baik untuk dibuat daun lemang, jenis pisang2 lain juga bole di gunakan. potong mengikut saiz  dan bersihkan daun dengan mengelap dgn kain basah.

3. Cara-cara memasukkan daun pisang.
Ambil pelepah pisang (yang sederhana kecil) dibelah dua dan tinggalkan dalam 1/2 kaki (jgn di belah sampai pangkal) untuk dibuat “telutuk”. Telutuk ini gigunakan untuk menyepit daun pisang dan digulung semasa memasukan kedalam buluh. Sebaiknya tindanan daun pisang dalam buluh hanya sedikit sahaja.

3. Pulut dan Santan Kelapa
Satu gantang pulut memerlukan 3-4 biji kelapa, lebih byk santan lebih enak lemangnya. Bersihkan pulut dan rendam pulut dalam santan dan masukan sedikit garam dalam santan tersebut. Masukkan pulut dan santan kelapa kedalam buluh pelahan-lahan sehingga  sejengkal dari paras atas buluh, memberi ruang untuk pulut mengembang semasa pembakaran. Setelah diisi sumbat di bahagian atas dgn daun pisang dan dicampurkan dgn daun pandan untuk memberi aroma baun pandan pd lemang bila sudah masak… setelah buluh siap diisi dgn pulut dan seterusnya di letakan di lanngai dan sedia untuk di bakar.

4. Api/ Langgai
Sediakan Langgai seperti dalam gambar dan hidupkan api. Peringkat awal api yang menyala hendaklah jauh dari buluh lemang yang diletakkan di langgai, anggaran 1.5 kaki. Kalau terlalu dekat menyebabkan buluh akan hangus terbakar. Setelah kayu yang sudah berbara (tidak menyala lagi), barulah di alihkan dekat dgn buluh sehingga santan kering. Untuk memanaskan bahagian bawah buluh tersebut, setelah buluh bertukar warna kedudukan buluh di letakan lebih condong daripada sebelumnya dan serakan bara-bara api di bawah buluh untuk memaskan bahagian atas lemang tadi

Khasiat buat nenas (SUPERFOOD)

 

potongan buah nenas
potongan buah nenas

  • Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari. 
  • Ambil sekali dengan empulur. Itu paling banyak khasiat dekat situ.
  • Ramai tak tahu jika amal 1 slice nenas 3 kali sehari, enzim bromelain dalamnya bantu pecahkan kahak, lendir dan mukus.
  • Elok sangat bagi yang kerap batuk berkahak. Nenas sarat dengan vitamin C. 
  • Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit. Buatkan kulit terhidrasi dengan baik sebab nenas 87% air.
  • Power tak power. Kalau ada masalah mulut berbau tu senang je citer dia.
  • Makan nanas. Sebab nenas ada xylitol. Bahan bantu hapuskan bakteria penyebab mulut berbau. Nenas juga pemutih gigi semulajadi.
  • Nenas bersifat healing terutama bagi masalah gusi bengkak atau berdarah. Atau disebabkan jangkitan. 
  • Mungkin berlawanan sebab sifat nenas masam. Tapi sebenarnya ia elok untuk gusi.
  • Paling padu ada satu bahan ni. Antikanser. Bantu lawan inflamasi. Kecutkan tumor.

Singgah makan tengahari di Warung Che Bunga, Sungai Buloh, Selangor

Warung Che Bunga, Sungai Buluh
Warung Che Bunga, Sungai Buluh

Warung Che Bunga, Sungai Buluh
Warung Che Bunga, Sungai Buluh
Warung Che Bunga ni terletak di jalan kampung melayu sungai buloh medan selera, Kampung Melayu Batu 13, Sungai Buloh, Selangor. Kalau drive long distance atas highway utara-selatan dan bosan nak makan di rnr sungai buluh, boleh exit dulu di exit sungai buluh (yang ada hospital sungai buluh). Boleh cari warung che bunga...Tak jauh pun dari exit sungai buluh tu...
beratur di sini untuk ambil makanan dan bayar terus
beratur di sini untuk ambil makanan dan bayar terus

kawasan tempat makan yang luas dan selesa
kawasan tempat makan yang luas dan selesa
Menu warung che bunga ni berkonsepkan makan pantai timur...set-set pantai timur mesti suka kalau datang ke sini. Antara menu yang ada di warung che bunga ni adalah nasi gulai ikan, nasi gulai ayam, nasi khaomok, nasi che bunga, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi ayam percik...
lauk-lauk yang padu...pantai timur style
lauk-lauk yang padu...pantai timur style

pilih lauk nasi kerabu
pilih lauk nasi kerabu
Makan tengahari aku kali ni aku pilih untuk makan nasi che bunga dan nasi kerabu...Macam rare kan nasi che bunga ni, tu yang order tu..mungkin signature dish diorang kot..Kedua-dua yang aku makan memang padu dan sedap...sesuai memang tengah lapar gila nih๐Ÿ˜…
nasi kerabu
nasi kerabu

nasi che bunga
nasi che bunga
Air pulak aku order teh ais madu buih meleleh....biasa menu teh ais madu ni aku banyak jumpa masa aku jalan-jalan di pantai timur...Sebagai pencuci mulut pulak, aku nak try makan roti sangkaya...
teh ais madu
teh ais madu

roti sangkaya
roti sangkaya
Kepada yang nak try makan di warung che bunga ni, boleh cari di Sungai Buluh. Untuk memudahkan pencarian korang, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 3°12'55.9"N 101°34'39.0"E atau 3.215527, 101.577512

Singgah makan aiskrim Baskin Robbins di dalam Avenue K Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Baskin Robbins Kiosk di Avenue K Mall
Baskin Robbins Kiosk di Avenue K Mall
Cuaca panas-panas, kalau kena dengan aiskrim, baru ngam!.... Kali ni aku nak try makan aiskrim Baskin Robbins plak...Kiosk Baskin Robbins yang aku terjah ni dekat dalam Avenue K Mall, di Jalan Ampang yang juga bertentangan dengan KLCC. Cari Baskin Robbins di ground floor mall tu...
pilih nak yang mana satu
pilih nak yang mana satu

ada pelbagai flavors aiskrim
ada pelbagai flavors aiskrim
Aku beli dan layan makan dekat hotel...hotel aku sebelah dengan Avanue K mall ni jer....So kalau hotel korang jauh, jangan sesekali tiru aksi ini๐Ÿ˜....takut nanti aiskrim korang tu jadi air๐Ÿ˜…
ni aiskrim cup kecil, makan sambil jalan-jalan
ni aiskrim cup kecil, makan sambil jalan-jalan

yang ni layan dalam hotel....
yang ni layan dalam hotel....
GPS koordinat Baskin Robbins Avanue K: 3.15925633594337, 101.71320926765564

Sejukkan tekak jap dengan aiskrim llaollao, di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur

 

aiskrim llaollao, di Pavilion Bukit Bintang
aiskrim llaollao, di Pavilion Bukit Bintang
Saja jer aku nak cakap aku jalan-jalan dalam Pavilion Bukit Bintang, terjumpa la dengan aiskrim llaollao ni... Ini jer yang mampu aku beli dalam Pavilion ni, yang lain semua mahal-mahal๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.. Berjalan di luar Pavilion ni panas, so beli la aiskrim ni nak sejukkan tekak jap...
aiskirm llaollao
aiskirm llaollao
Korang bole cari aiskrim ni dala Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

GPS koordinat: 3.1494107645185956, 101.7129297035756

Menikmati pemandangan Kota Kuala Lumpur dari atas Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Kalau nak tengok pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari pandangan atas, tempat yang boleh korang datang adalah menara Kuala Lumpur. Bangunan tinggi yang lain korang tak boleh nak naik, sebab semua tu office๐Ÿ˜…...Contoh petronas twin tower, kalau korang staf petronas, boleh la nak panjat bangunan tu sebab office petronas kat situ...Begitu jugak dengan menara merdeka 118, korang tak boleh nak naik jugak...Tapi menara Kuala Lumpur ni membenarkan orang awam untuk naik ke atas, tapi kena bayar tiket la sikit....
ni lift untuk naik ke tingkat atas
ni lift untuk naik ke tingkat atas

tempat kaunter nak beli tiket
tempat kaunter nak beli tiket

ni kawasan bawah menara, tempat beratur untuk beli tiket dan untuk naik lift
ni kawasan bawah menara, tempat beratur untuk beli tiket dan untuk naik lift
Menara KL ni sebenarnya adalah menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan di bina dalam hutan simpan Bukit Nanas...Nampak tak bertapa specialnya menara KL ni sampai boleh dibina dalam hutan simpan๐Ÿ˜…...

Menara KL ni ada 3 bahagian yang korang boleh masuk. Kesemuanya kena beli tiket sebelum nak masuk. # bahagian tersebut adalah observation deck (Menara tinjau KL tower), skydeck dan skybox. Skydeck ni adalah kawasan terbuka di atas menara KL. Dekat sini korang boleh tengok pemandangan KL sambil merasai angin yang agak kuat di atas tersebut. Skybox pula adalah kotak lut sinar kesemuanya termasuk lantai yang korang pijak tu..korang akan gayat sikit la..kalau sesiapa yang takut tempat tinggi, tak sesuai nak masuk sini, rugi tiket๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†...

Aku masuk yang observation deck (menara tinjau KL tower jer). Yang ni kira basic yang korang boleh masuk dan tak extreme...boleh lihat pemandangan KL dalam ruang yang tertutup...tak macam skydeck, ruang yang terbuka....

boleh tengok menara merdeka 118
boleh tengok menara merdeka 118

boleh tengok menara berkembar petronas KLCC
boleh tengok menara berkembar petronas KLCC

observation deck, boleh jalan 360 darjah sekeliling
observation deck, boleh jalan 360 darjah sekeliling
Kedudukan menara KL ni betul-betul di atas puncak Bukit Nanas. Bagi yang datang berjalan kaki, kalau korang nak menapak dari bawah, agak mencabar jugak la nak mendaki bukit tu...Kalau tak larat, jangan risau, ada van shuttle yang ambil dan hantar pengunjung dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas....free jer...
pintu gerbang menara KL di bahagian bawah bukit
pintu gerbang menara KL di bahagian bawah bukit

free shuttle untuk pejalan kaki
free shuttle untuk pejalan kaki
Shuttle ni, korang kena tunggu dekat pintu gerbang tu..nanti van shuttle ni akau pick up dekat situ. Takda la tercabut kaki nak mendaki bukit๐Ÿ˜…...
ketinggian menara-menara yang ada di dunia
ketinggian menara-menara yang ada di dunia
Terlupa nak aku nak bagitau yang dalam obsevation deck tu, ada gambar bentuk-bentuk menara yang terdapat di dunia ni beserta dengan ketinggian setiap satunya..Korang tengok sendiri kat situ, Menara KL ni yang keberapa tertinggi di dunia....Ada la sikit knowledge korang dapat kan๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kepada yang nak datang ke Menara KL ni, boleh cari di Bukit Nanas, KL. AKu sertakan juga GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.152878783584327, 101.70385163370605