Resepi Tortilla Wrap

Tortilla Wrap
Tortilla Wrap

Bahan-Bahan:
  • 1 kepingan ‘tortilla’ (boleh didapati di kebanyakan pasar raya)
  • Separuh dada ayam saiz sederhana (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • Bawang merah (dimayang)
  • Timun (dipotong dadu)
  • Daun bawang/sup/ketumbarSalad
  • Sos ciliMayonis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Minyak zaitun/minyak masak (untuk menumis)
Cara-Cara:
  • Panaskan satu sudu besar minyak masak di atas pan.
  • Masukkan bawang putih dan kacau seketika, kemudian masukkan ayam.
  • Letakkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  • Setelah ayam hampir masak, masukkan timun dan kacau-goreng seketika kemudian tutup api kuali.
  • Letakkan kepingan tortilla di atas pinggan dan susun daun salad ke atasnya.
  • Letakkan ayam yang telah siap dimasak diatas susunan tortilla dan salad dan taburkan bawang merah yang telah siap dimayang dan daun bawang/sup/ketumbar di atasnya.
  • Letakkan sos cili dan mayonis
  • Gulung dan siap!

Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan

 Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan pula tuduh orang lain tidak solat.

Jika kita sudah dapat istiqomah ke masjid, jangan pula menyindir orang yang belum menjejak kaki ke masjid.

Jika kita sudah pun mampu berzakat dan bersedekah selalu, jangan asyik berwasangka orang lain tidak berzakat dan jarang bersedekah.

Jika hari ini kita telah berubah, jangan mengecam dan mengutuk mereka yang belum bertemu jalan pulang.

Kadang-kadang, sangkaan kita jauh terpesong dari realitinya. Apa yang kita nilai dari luaran, apa yang kita nampak itu bukanlah gambaran sebenarnya.

Ingatlah, apa-apa kebaikan dan juga amalan yang kita kuasai dan mampu istiqomah hari ini, ia bermakna kita berjaya ubah hidup kita untuk hari ini.

Hari esok belum tentu. Sekali ALLAH balikkan hati, terus jadi hina dina diri kita semula.

Mengajak kawan-kawan lain ke arah kebaikan dengan berhemah. Sebab tu rukun utama dalam dakwah ialah hikmah.

Tanpa hikmah, takkan tercapai matlamat dakwah.

Walau apa yang kita sampaikan itu benar, namun tanpa hikmah orang akan makin menjauh, bahkan orang akan membenci.

Tenang-tenang saja sebarkan kebaikan. Dengan penuh adab dan sopan.

Agar yang ditegur tidak terasa hati, agar mereka tidak menjauhi, agar penegur tidak dibenci. 

Begitulah. 

Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan.

RESEPI PAPRIK UDANG

PAPRIK UDANG
PAPRIK UDANG

Bahan-Bahan:
  • 10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan dan digunting bahagian belakang
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1sb lada merah - yang telah dikisar
  • Sedikit cili padi - dibelah tapi jangan putus
  • 2 helai daun limau purut - disiat
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/2 biji bawang holland - di hiris kasar
  • 2sb sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit kacang panjang, jagung muda, carrot - dipotong
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara-Cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bawang putih, lada kisar, cili padi, serai dan daun limau. Tumis hingga wangi. 
  • Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan udang, bawang holand dan sayur yang telah dipotong tadi. Kacau rata dan rasakan garam.
  • Tak perlu letak garam sebab sos tiram dan sos cili dah cukup rasa masin dan manisnya.
  • Bila udang dah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.

Resepi Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak
Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan:
  • 2 kg mee kuning
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 4 batang sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 biji tomato (dipotong kecil)
  • 60 gm isi udang dan isi ayam
  • 1 cawan cili boh
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap cair
  • Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
  • Cili merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
Cara Membuat:
  • Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan.
  • Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak.
  • Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi.
  • Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak.
  • Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.

RESEPI CHAR KUEW TEOW UDANG

CHAR KUEW TEOW UDANG
CHAR KUEW TEOW UDANG 

Bahan:
  • Minyak masak
Bahan sos(semua agak-agak tak ada sukatan)
  • Kicap pekat
  • Kicap lemak manis
  • Sos ikan/sos sotong
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
*Cili kering
*Sedikit belacan
*bawang besar
*bawang putih

Cara-cara buat sos:
  • Kisar semua bahan bertanda *
  • Tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan semua sos dan kacau hingga masak.
(Sos boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais.nak masak mee pun boleh guna sos ni.cepat dan senang kerja) .

Bahan-bahan lain:
  • Koew teow
  • Taugeh
  • Kucai
  • Udang (celur)
  • Kerang(rebus)
  • Telur
Cara-cara masak:
  • Tuang sos tadi tak perlu minyak dah.
  • Masukkan air udang terpulang nak banyak mana.
  • Biar mendidih kemudian.
  • Masukkan udang
  • Masukkan kerang
  • Masukkan koew teow
  • Masukkan taugeh
  • Masukkan kucai
  • Last sekali masukkan telur.
  • Kacau-kacau terus tutup api
  • Siap boleh terus makan.
*Udang tu celur dalam air mendidih..air udang simpan dan boleh guna kan masa goreng koew teow untuk bagi berkuah. 

Selamat mencuba ! 

Kredit resepi: sis Rozainy Zai

RESEPI PISANG GORENG RANGUP

 

PISANG GORENG RANGUP
PISANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
  • 1 biji telur
  • Air
  • 2 sudu besar marjerin (dipanaskan hingga cair dan disejukkan)
Cara-cara:
  • Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan.
  • Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
  • celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.
Adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dan lain-lain.

RESEPI POTATO CHIP HOMEMADE

POTATO CHIP HOMEMADE
POTATO CHIP HOMEMADE

Bahan-bahannya:
  • Kentang 6 biji ( mengikut kuantiti yang diperlukan )
  • 2 sudu cuka makan
  • 1/2 sudu makan serbuk kari sekiranya mahukan perisa kari, boleh ditukar dengan blackpepper ataupun garam sahaja.
  • Sedikit garam
  • Satu periuk air untuk merebus kentang
  • Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan :
  • Kupas kulit kentang
  • Hiris nipis-nipis kentang, lebih mudah dengan menggunakan penyagat atau slicer 
  • Didihkan air bersama cuka dan garam.
  • Masukkan kentang yang dihiris ke dalam air rebusan selama 3minit (tips ini untuk memastikan kentang kekal rangup dan tidak lembik apabila digoreng)
  • Basuh dan tos kan kentang, biarkan kentang dalam keadaan kering.Boleh juga gunakan oven pada suhu rendah untuk mempercepatkan pengeringan
  • Goreng kentang sehingga kuning keemasan dan rangup
  • Angkat dan toskan minyak
  • Masukkan ke dalam bekas dan masukkan garam / blackpepper / serbuk kari
  • Tutup bekas dan goncang agar perasa sebati dengan kentang.

RESEPI BUTTERMILK PANCAKE

BUTTERMILK PANCAKE
Buttermilk pancake

BAHAN A: (Satukan dan ayak)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/2 camca teh sodium bicarbonate
BAHAN B: (Campurkan semua dan pukul dengan Whisk)
  • 1 camca besar gula halus
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka makan( Simpan <> 5 minit hingga mendadih)
  • 4 camca besar susu segar
  • 2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1 biji telur
Cara-cara:
  • Bahan A di ayak dn bahan B dibancuh dengan whisk.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A. 
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit butter.
  • Sendukkan adunan ke dalam Nons Stick Pan dan biarkan ia rata sendiri (Tak perlu lenggang). 5. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering.Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.
  • Angkat dan buat kaedah sana untuk baki adunan .

RESEPI TEPUNG GOMAK

 

TEPUNG GOMAK
TEPUNG GOMAK

Bahan Inti:
  • 3 cawan kelapa parut putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara:
  • Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.
  • Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.
  • Masak inti guna api perlahan dan kacau rata sehingga intinya sedikit lembab. Angkat dan sejukkan..
Bahan Lain:
  • Tepung kacang hijau 
Caranya:
  • Dalam kuali berasingan, sangai tepung kacang hijau dan ayak, ketepikan. Bahan ini untuk salut kuih/ boleh beli di kedai bakeri
Bahan Doh:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan santan 
Cara-cara:
  • Satukan tepung pulut dan tepung gandum, gaul rata.
  • Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
  • Kemudian didihkan air dalam periuk.
  • Ambil sedikit doh masukkan inti secukupnya dan bulatkan.
  • Masukkan doh ke dalam periuk berisi air mendidih tadi. Rebus hingga doh timbul, angkat doh dan toskan.
  • Sediakan tepung kacang hijau dalam bekas lain untuk proses menyalut kuih.
  • Kemudian golekkan dalam bekas berisi tepung kacang hijau tadi sambil tekan perlahan lahan supaya doh jadi leper.
  • Lakukan hingga adunan habis, sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi: Oni Omar  

Resepi Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Kurma
Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan:
  • 500g ekor ayam ayam segar, dipotong-potong.
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 peket rempah kurma
  • 1 buah tomato (dibelah empat)
  • 1 biji kentang (dibelah empat)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu besar)
  • 2 biji cili besar (hijau dan merah)
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 sudu besar Garam
  • 4 sudu besar gula
Bahan Dikisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
Langkah-langkah:
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan rempah tiga serangkai iaitu, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.
  • Setelah itu, masukkan pula rempah kurma, dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan, kacau sebati dan biarkan ianya masak seketika.
  • Setelah itu, masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit air asam jawa.Kemudian masukkan santan, dan masaklah sehingga empuk.
  • Biarkan mendidih sehingga masak, dan terakhir masukkan garam, bawang besar dan juga tomato serta cili besar tadi. Jika mengering, bolehlah tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih kembali.
  • Siap dan hidangkan dengan nasi pilihan anda.
Kredit resepi: resepicheff.blogspot