Showing posts with label Jalan Ampang. Show all posts
Showing posts with label Jalan Ampang. Show all posts

Singgah makan aiskrim Baskin Robbins di dalam Avenue K Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Baskin Robbins Kiosk di Avenue K Mall
Baskin Robbins Kiosk di Avenue K Mall
Cuaca panas-panas, kalau kena dengan aiskrim, baru ngam!.... Kali ni aku nak try makan aiskrim Baskin Robbins plak...Kiosk Baskin Robbins yang aku terjah ni dekat dalam Avenue K Mall, di Jalan Ampang yang juga bertentangan dengan KLCC. Cari Baskin Robbins di ground floor mall tu...
pilih nak yang mana satu
pilih nak yang mana satu

ada pelbagai flavors aiskrim
ada pelbagai flavors aiskrim
Aku beli dan layan makan dekat hotel...hotel aku sebelah dengan Avanue K mall ni jer....So kalau hotel korang jauh, jangan sesekali tiru aksi ini😁....takut nanti aiskrim korang tu jadi air😅
ni aiskrim cup kecil, makan sambil jalan-jalan
ni aiskrim cup kecil, makan sambil jalan-jalan

yang ni layan dalam hotel....
yang ni layan dalam hotel....
GPS koordinat Baskin Robbins Avanue K: 3.15925633594337, 101.71320926765564

Restoran mamak Selera Ampang, Wisma Central sebelah KLCC

 

Restoran Selera Ampang
Restoran Selera Ampang

Restoran Selera Ampang
Restoran Selera Ampang

Lot 1.03-1.04, Tingkat Bawah, Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur....Berdekatan dengan KLCC...kepada sesiapa yang nak makan diluar sikit dari KLCC, terutamanya food court dalam KLCC (agak mahal sikit), boleh layan kedai mamak ni, 24 jam buka...

Di Selera Ampang ni, selain nasi kandar, ada banyak lagi menu-menu makanan yang boleh korang try...roti canai wajib adala kedai mamak kannn...nak tau menu apa yang ada di Selera Ampang ni, boleh tengok menu kat bawah ni..

menu makanan
menu makanan

menu minuman
menu minuman
Lokasi yang strategik, tempat orang lalu lalang, dekat dgn KLCC pulak tu....memang sentiasa la ramai orang datang ke restoran selera Ampang ni. Kalau nak layang nasi kandar, boleh pilih lauk-lauk nasi kandar seperti gambar di bawah ni....
antara lauk/masakan nasi kandar
antara lauk/masakan nasi kandar

antara lauk/masakan nasi kandar
antara lauk/masakan nasi kandar
Aku layan roti canai ja, roti bakar dan rojak pasembor jer di sini...sebab masih awal lagi nak makan tengahari😅😅
roti canai
roti canai

roti bakar
roti bakar

rojak pasembor
rojak pasembor
Kalau korang taknak makan nasi kandar di sini, korang boleh pilih untuk makan nasi ayam...kat sini pun ada nasi ayam ooooo😁😁
ayam penyet, nasi ayam, mee kari, laksa
ayam penyet, nasi ayam, mee kari, laksa
Kalau nak makan di sini, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 3.158882092582373, 101.71447441895677

X

Nasi Lemak Royale Kedah, di Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Restoran Nasi Lemak Royale Kedah
Restoran Nasi Lemak Royale Kedah

Restoran Nasi Lemak Royale Kedah
Restoran Nasi Lemak Royale Kedah
Ni bukan dekat Kedah ye...ni Di Jalan Ampang, Kuala Lumpur...Restoran ni terletak di ground floor Wisma Central di mana Wisma Central ni terletak betul-betul bersebelahan dengan  KLCC a.k.a twin tower petronas.

Nasi lemak royale kalau korang ke Alor Setar, Kedah, memang bersepah la restoran nasi lemak royale ni. Asal nasi lemak royale dari Kedah...Sebenarnya nasi lemak royale ni adalah nasi kandar..tapi diotang tukarkan nasi tu kepada nasi lemak dan nasi lemak tu color kuning!

lauk-lauk (masakan) di nasi lemak royale sama je dengan lauk nasi kandar
lauk-lauk (masakan) di nasi lemak royale sama je dengan lauk nasi kandar
Nasi lemak royale jug sebenarnya restoran mamak...tapi restoran mamak yang beridentitikan negeri kedah.
hasil makan malam aku nasi lemak royale
hasil makan malam aku nasi lemak royale

nasi lemak royale ayam goreng, telur masin, bendi rebus..surrrrr!
nasi lemak royale ayam goreng, telur masin, bendi rebus..surrrrr!
Dekat restoran Nasi Lemak Royale ni pun ada roti canai, ada roti nan, ayam tandoori...Boleh juga makan roti canai di sini...sedap gak la roti canai diorang ni...
roti canai
roti canai
Kalau orang kedah, mesti tau punya la nasi lemak royale ni...yang asal dari negeri lain tu..boleh la try nasi lemak royale ni...ni dekat sebelah KLCC jer.. nak pergi ke KEdah jauh sangat kan😅😜

Lokasi google map dan GPS koordinat adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.158803901252388, 101.71448634413082

Food Truck Park - TAPAK Urban Street Dining, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Food Truck Park - TAPAK Urban Street Dining
Food Truck Park - TAPAK Urban Street Dining
TAPAK Urban Street Dining ni adalah tempat untuk korang santai-santai makan street food. Semua peniaga di sini menggunakan food truck sebagai kiosk jualan mereka. Tempat ini juga di kenali sebagai food truck park bersempena dengan semua di sini menggunakan food truck. TAPAK Urban Street Dining ni terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur....
Pelbagai jenis jualan makanan menggunakan food truck
Pelbagai jenis jualan makanan menggunakan food truck

macam pasar malam tapi semuanya food truck
macam pasar malam tapi semuanya food truck
Pelbagai jenis makanan dan minuman ada di sini. TAPAK Urban Street Dining ni seolah-olah macam pasar malam tapi yang rare adalah konsepnya menggunakan food truck.
tempat makan yang luas
tempat makan yang luas
Lagi satu di tempat ni, selain jualan dari food truck, korang juga boleh makan terus di situ kerana penganjur menyediakan kawasan makan di tengah-tengah tempat ni siap dengan meja serta kerusi untuk makan, malah separuh darinya ada khemah kanopi...Kalau hujan boleh la lari makan bawah tu...Tapi walaupun tempat makan ni agak luas, sentiasa dipenuhi pengunjung....
ni lah hasil pembelian aku di Food Truck Park ni
ni lah hasil pembelian aku di Food Truck Park ni

dengan KLCC dekat jer ni...
dengan KLCC dekat jer ni...
Disebabkan aku check in hotel dekat area situ, jadi aku just beli dan makan di hotel jer... Untuk pengetahuan korang, tempat ni dekat jer dengan KLCC...jalan kaki jer dari KLCC...aku pun jalan kaki jer...dekat sangat...alternatif untuk korang yang nak cari makan murah sikit dari makan di KLCC tu..mahal...

Kepada yang nak datang ke Food Truck Park ni, boleh la cari di Jalan Ampang...GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut.

GPS koordinat: 3°09'37.9"N 101°42'56.9"E atau 3.160518, 101.715811