Resepi Nasi Beriani Kambing

Nasi Beriani Kambing
Nasi Beriani Kambing

Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras basmathi panjang-rendam 20-30 minit kemudian toskan.
  • 3 cawan air
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1/2 cawan susu segar
  • 4 biji bawang merah-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 1/2 inci halia-kisar
Rempah tumis:
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji cengkih
  • safron atau pewarna kuning (campurkan sedikit air)
  • gajus goreng dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara Masak Nasi:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan air dan susu dan biarkan mendidih.
  • Masukkan beras, yogurt dan sedikit garam.
  • Akak terus masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  • Bila nasi dah masak masukkan safron merata rata dan gaul dengan menggunakan chopstick atau garfu agar bercampur warna.
Resepi lauk kambing
Bahan-bahan:
  • 1 kg daging kambing
  • 4 s/b rempah beriani bancuh dgn sedikit air
  • 1 cawan yogurt
  • 3 s/b tomato puree
  • 3 biji kentang [potong kecil]
  • 2 biji tomato buah [belah 4]
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar [belah 4]
  • 1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
  • garam
  • lobak merah potong besar dan kentang
Bahan tumbuk: 
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Bahan tumis:
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • minyak
Caranya: 
  • Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  • Masukkan bahan tumbuk dan rempah beriani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
  • Masukkan buah tomato yg telah dimesin dengan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga daging lembut.
  • Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
  • Masukkan buah tomato belah, lobak merah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
  • Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani.

kredit resepi: resepi nasi sedap 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...