Resepi Daging Kicap Pedas

Daging Kicap Pedas
Daging Kicap Pedas

Bahan-bahan:
  • Daging 900gm (daging batang pinang yang frozen tu)
  • *bawang merah besar 2 biji
  • *bawang putih (lagi banyak lagi sedap)
  • *cili besar (10 biji, boleh tambah cili api kalau nak lagi pedas)
  • serai 2 batang
  • sos tiram
  • sos cili
  • kicap pekat
  • lada hitam
  • gula melaka
Cara-cara:
  • Blend semua bahan yg bertanda (*) 
  • Panaskan minyak,kemudian masukkan bahan blend tadi dalam minyak panas. 
  • Masukkan serai, tumis sampai naik bau. Masukkan air secawan. 
  • Masukkan sos tiram,sos cili & serbuk lada hitam. Lepas tu masukkan daging.Daging tu hiris-hiris dulu ye. Biarkan sampai mendidih. Kalau air tu kering,tambah air lagi sampai daging tu agak tenggelam..dah agak-agak kurang air tu,baru letak kicap pekat & gula serta perasa..kemudian tunggu sampai air daging kering @ sampai daging lembut...dan siap
Kredit resepi: Aisyah Zulaikha‎

RESEPI NASI TOMATO KUKUS

nasi tomato
nasi tomato

BAHAN NASI TOMATO KUKUS :
  • 3 cawan beras biasa - basuh dan tos
  • Kalau nak guna beras Basmathi - rendam 30 minit, basuh dan tos 
  • 1 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2cm halia ditumbuk
  • 2sb minyak sapi 
  • Sedikit rempah 4 sekawan 
  • 1/2 tin tomato puree 
  • 2sb gula
  • 1sk garam
  • Perisa (optional)
  • 1/3 tin susu cair 
  • 2 1/2 cawan air
  • Daun pandan
CARA PENYEDIAAN :
  • Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang, halia dan rempah sehingga naik bau.
  • Masukkan semua bahan lain dan tunggu mendidih.
  • Masukkan kesemuanya bersama beras ke dalam pengukus.
  • Kukus selama 15 minit, bukak penutup dan gembur nasi. Sambung masak sehingga masak.
BAHAN AYAM MASAK MERAH :
  • 1 ekor ayam dipotong kecil, digaram kunyit dan goreng sedikit tak perlu garing, ketepikan.
  • 3 bawang besar dikisar
  • 4 ulas bawang putih dikisar
  • 1 ruas lengkuas dikisar
  • 1 ruas halia dikisar
  • 2 batang serai dikisar
  • Sedikit rempah 4 sekawan 
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • 1/2 tin tomato puree 
  • 1 batang carot dikisar halus bersama air
  • 2sb sos tomato 
  • 1sb sos cili 
  • 4sb gula perang 
  • 1sk garam
  • 1/2sk Cukup Rasa
  • 1/3 tin susu cair 
  • Daun pandan
  • 2 labu bawang besar dipotong bulat
  • Daun bawang
CARA PENYEDIAAN :
  • Tumis bahar kisar, rempah 4 sekawan dan dun pandan hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, tomato puree, sos tomato, sos cili dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan caort kisar dan ayam. Tambah 1 cawan air jika terlalu kering, renihkan sebentar.
  • Masukkan susu cair dan peasa lain, masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan bawang besar dan daun bawang. Tutup api.
BAHAN JELATAH :
  • 1 batang timun
  • 1 batang carot
  • 1 bawang besar
  • 1 cili merah
  • Dipotong ikut citarasa
  • 1sb gula
  • 2 cubit garam
  • 1sb sos cili
  • 1sb cuka
CARA PENYEDIAAN :
  • Campur kesemua bahan dan gaul sebati.
  • Boleh tambah nenas dan cili padi kalau suka pedas.
Kredit resepi: Zadariah Zakaria

RESEPI NASI AYAM SINGAPURA

NASI AYAM SINGAPURA
NASI AYAM SINGAPURA

Bahan Untuk Ayam:
  • 1 ekor ayam ~ dipotong empat dan dibersihkan
  • 5 sudu makan gula merah
  • 3 liter air
  • 1/2 inci halia ~ di tumbuk
  • 1 kiub pati ikan bilis ~ ita ganti pati ayam
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
  • Madu dan minyak masak secukupnya
Cara-cara:
  • Mula-mula kita Rebus ayam dahulu.
  • Masukkan ayam kedalam periuk bersama kiub ayam, gula merah, air, halia dan bawang putih.
  • Rebus hingga separuh masak dan diangkat.
  • Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.
  • Salutkan ayam yang telah di rebus bersama madu dan minyak masak secukupnya.
  • Panaskan oven pada suhu 180'c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan.
  • Ayam juga boleh digoreng..salut ayam dengan madu dan goreng dalam minyak panas
  • Bila dah siap ketepikan
  • * ayam ni kita bakar atau goreng setelah nasi dan sup kita siap di masak. Makan masa ayam panas-panas memang sedap!
Bahan Nasi Ayam:
  • 500 gm beras ~ dibasuh dan ditoskan
  • 2 helai daun pandan
  • 30 gm lemak ayam ~ tak letak sebab dah letak kiub ayam dalam air rebusan tadi
  • 15 gm halia ~ dihiris
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi

Cara-cara:
  • Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering.
  • Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, halia yang dihiris dan daun pandan sehingga berbau wangi.
  • Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras.
  • Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam.
  • Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.
Bahan Sos Cili:
  • 10 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 20 gm halia muda
  • 15 gm cili padi
  • 120 gm air limau nipis

Cara-cara:
Untuk menyediakan sos cili ini ada dua kaedah anda boleh pilih yang mana sedap ikut citarasa.

Kaedah 1
  • Panaskan sedikit minyak dan gorengkan semua bahan kecuali limau nipis sehingga semuanya layur
  • Masukkan dalam mesin pengisar, tambahkan sedikit air rebusan ayam , garam dan gula secukup rasa.
  • Kisar hingga halus
  • Masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus limau
Kaedah 2
  • Kisar semua bahan kecuali limau nipis
  • Panaskan sedikit minyak dan masak
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Bila dah masak angkat
  • masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus limau
Bahan Sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Bawang goreng secukupnya
  • Hirisan daun sup secukupnya
Cara-cara:
  • Renehkan semula air rebusan ayam dan tambahkan sup bunjut
  • Bila menghidang, taburkan daun sup dan daun bawang yang telah di hiris dan taburkan bawang goreng
Kredit resepi: azlita masam manis (Koleksi Resepi Kek)

Resepi Sambal Hijau Ayam & Petai

Sambal Hijau Ayam & Petai
Sambal Hijau Ayam & Petai

Bahan-bahan:
  • Ayam 1/2 ekor
  • Petai (ikut suka nak letak banyak ke sikit)
  • *Bawang besar 1 biji
  • *Bawang putih 5 ulas
  • *Cili api 15 biji ( kalau nak.pedas tambah lebih)
  • *Cili hijau 3 biji
  • Kiub pati ayam knoor 1
  • Garam dan gula sedikit
  • *kalau nak letak belacan sikit pun boleh 
Cara-cara:
  • Basuh ayam dan toskan, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
  • Goreng ayam separa masak
  • Blender bahan yang bertanda *
  • Minyak lebihan yang goreng ayam tadi tumiskan bahan yang bertanda *
  • Dah agak garing masukkan petai dan kiub pati ayam
  • Masukkan ayam dan gaul sebati
  • Perasakan dengan garam dan gula sedikit
  • Siap!

Resepi Tepung Gomak

Tepung Gomak
Tepung Gomak

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • 2/3 cawan air
Caranya:
Campurkan tepung pulut garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan..Adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
Bulatkan adunan ini (besar 2x dari onde2 gula melaka)

Bahan untuk Inti Kelapa Manis:
  • 1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas untuk lembabkannya)
  • 1 biji gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja
  • daun pandan disimpul
Caranya:
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
masukkan kelapa parut tadi..kalau tak ada kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas untuk lembabkannya) masak sekejap atas dapur..agak-agak dah kering masukkan bancuhan tepung gandum tadi..masak sehingga ia lembab-lembab ..kemudian sejukkan
bulat-bulatkan inti tersebut.

tepung kacang hijau:
1 cawan kacang hijau dibersihkan dan digoreng sebentar..jangan hangit ye..sekejap je.
kemudian kisar kacang ni sampai hancur.
tapis/ayak dan boleh dijadikan serbuk tpung untuk tepung gomak..lebihan tepung boleh disimpan

Caranya:
Masukkan inti kelapa yang dibulatkan kedalam adunan tepung dan bulatkan.
Sementara itu panaskan air
rebus adunan ini.. nampak terapung angkat dan toskan
salutkan adunan ni dengan tepung kacang hijau yang diayak tadi. siap!

Kredit resepi: Tahrunnisah Jali

RESEPI PES ASAM PEDAS

asam pedasssss
asam pedasssss

Bahan-bahan:
  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai titik
  • Seikat daun kesum
  • 1 sudu besar halba
  • Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
  • Asam jawa
  • Garam, gula, perasa.
Cara-cara:
  • Macam biasa, panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan halba, serai & terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau,
  • Masukkan pati asam jawa, garam, gula, perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.
  • Bila dah siap, sejukkan sekejap dan boleh dibekukan.
  • Bila nak guna, defrost dan masukkan ayam / ikan, bendi, tomato, atau air asam lagi (nama pun asam pedas, mestilah masam baru kaw!)
kredit resepi: puan asrimah bakri

Resepi Chicken Lemon

chicken lemon
chicken lemon

Bahan-bahan:
  • Ayam di gaul dengan tepung bestari,telur,nestum (optional)
  • Goreng dan alihkan
Sos:
  • Halia dan bawang putih hiris dan tumis
  • Masukkan air
  • Kiub pati daging/ayam
  • Sos seafood/sostiram
  • Sos ikan
  • Perah lemon 1 biji
  • Gula (sos ni kena manis sebab kena balance masam lemon)
  • Dah menggelegak masukkan bancuhan tepung jagung
  • Last skali renjiskan minyak bijan dan curah atas ayam...tabur biji bijan kalau nak.
Kredit resepi: Siti Fatimah  

AYAM MASAK LEMAK NEGERI SEMBILAN

ayam masak lemak
ayam masak lemak

Bahan-bahannya :
  • 1/2 ekor ayam
  • 4 biji cili hidup (2 cili padi jika mahu pedas)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Daun limau purut atau daun kunyit
  • Santan secukupnya
  • Kentang jika suka
Cara membuatnya:
  • Kisar cili, bawang merah dan kunyit hidup. Masakkan dengan santan hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, kacau rata. Kemudian masukkan asam keping, garam, gula dan daun limau purut.
  • Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dimakan dengan nasi panas panas.
Selamat mencuba

RESEPI MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD

mushroom soup & garlic bread
mushroom soup & garlic bread

Bahan-bahan:
  • 1 liter air
  • 2 tin cendawan butang
  • 1/2 cawan isi ayam kisar
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 kiub ayam knorr
  • 1 liter susu segar
  • 1 sudu besar italian herbs
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
blend ayam kisar dengan 1 tin cendawan butang..pastu masukkan dalam periuk, tambah 1 liter air..renih sebentar..sambil tu potong cendawan butang yang lagi 1 tin tu..masukkan dalam periuk..tambah kiub ayam & susu segar..akhir sekali masukkan 1/2 cawan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air..masukkan sedikit demi sedikit ye..ikut le nak pekat macam mana..bila dah pekat perasakan dengan garam secukupnya & taburkan italian herbs..

RESEPI SAPUAN GARLIC BREAD

Bahan-bahan:
  • 1 ulas bawang putih
  • 50gm buttercup
  • 1 sudu kecil italian herbs
Cara-cara:
tumbuk @ kisar bawang putih kemudian campurkan dengan butter & italian herbs..gaul rata sebelum disapu pada baguette (roti perancis) yang telah dipotong..

kredit resepi: norzieana

RESEPI KERABU KERANG THAI

kerabu kerang ala thai
kerabu kerang ala thai

Bahan-Bahan:
  • 1 kg kerang
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula kabung
  • 2 sudu besar sos ikan 
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 4 biji limau nipis  
  • 3 tomato dipotong 
  • 1 btg carrot (di potong halus memanjang) 
  • 2 ulas bawang merah hiris nipis 
  • 5  biji cili api - ditumbuk
  • 1 sudu teh serbuk perasa 
Cara-cara Penyediaan:
  • Basuh kerang dan rebus kerang dan 1 sudu kecil garam.
  • Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
  • Satukan air asam jawa, ,cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.
  • Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
  • Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan carrot daun ketumbar serta gaul hingga sebati.  
  • Siap dan sedia untuk dinikmati.
p/s: masin, pedas, manis, masam boleh adjust ikut selera masing-masing.

Kredit resepi: fia sofia

RESEPI SOTONG MASAK HITAM PEDAS

sotong masak hitam pedas
sotong masak hitam pedas

Bahan-bahan:
  • Sotong 500g
  • Dakwat sotong
  • Cili kisar 5 sudu besar
  • Perahan Asam jawa 1 sudu besar
  • Serai 1 batang (diketok 
  • Halia 1 cm (dihiris)
  • Lengkuas 1 cm (dihiris)
  • Daun limau purut 2 keping
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Bawang putih 3@4 ulas (diketok)
  • Bawang besar 1 biji(dipotong bulat)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyit
Cara Masak: 
  • Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2-3minit)kemudian toskan .
  • Panaskan minyak secukupnya , tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau
  • Masukkan cili kisar ,masak sehingga pecah minyak,kemudian masukkan cili padi hijau ,daun limau purut , halia , lengkuas dan serbuk belacan  Dan diikuti dengan perahan air asam jawa
  • Masukkan sotong ,dakwat sotong dan bawang ,Gaul rata dan masak seketika.perasakan dengan garam dan secukup rasa. 
  • Angkat dan siap untuk dihidang
Kredit resepi: Nurul Ateekah(MAHN)

RESEPI SALAD AYAM MANGGA

SALAD AYAM MANGGA
SALAD AYAM MANGGA

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji lemon – jus diperah
  • 1/4 cawan daun parsli – dihiris
  • 1 biji cili merah -dibuang biji dan dihiris
  • 2 1/2 cawan ayam panggang dihiris -kulit dibuang
  • 2 biji mangga, dikupas dan dipotong dadu sebesar 1 cm
  • 1 biji Bawang besar
  • 100g daun salad, tomato cherry, avocado campurkan
Cara-cara:
  • Masukkan minyak, 2 sudu besar jus lemon, daun parsli dan cili dan mangkuk kecil.
  • Masukkan ayam, mangga, daun salad hijau, tomato, avocado dalam mangkuk besar. Masukkan kuah salad dan gaul rata.
Selamat mencuba

kredit resepi: aizah zarirah

Resepi ayam goreng kunyit

Ayam goreng kunyit
Ayam goreng kunyit

Bahan bahan untuk ayam:
  • 600 gm dada ayam (dipotong dadu)
  • 15 gm tepung jagung
  • 10 gm tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Satu kiub ayam 
  • Sedikit air 
  • Garam jika perlu sebab dah ada kiub ayam tu
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)

Cara-caranya:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang n kacang panjang. Angkat dan toskan.

Bahan untuk sambal: 
  • 5 biji cili merah
  • 6-10 biji cili padi merah
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula
  • Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah agak halus bahan-bahan kat atas tu, boleh masak sekejap atas API. Ambik sedikit minyak Goreng ayam tadi. Masak sekejap dalam 5-8 minit.
Siappp! 

Kredit resepi: haja saleh

Resepi daging masak merah

daging masak merah
daging masak merah

Bahan:
  • Daging rebus lembut, rebus sikit dgn pewarna merah. Sejukkan dan hiris nipis. Sejukkan supaya senang potong dan tak pecah pecah. 
  • Lepas tu gorengkan sikit.
  • Bawang putih ketuk
  • Cili kisar
  • Bawang kuning
  • Cili api
  • Cili merah hiris
  • Daun sup
  • Sos tiram
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Sos ikan
Cara-cara:
  • Tumis bawang putih sampai naik bau
  • Masuk cili kisar n tumis sampai garing
  • Masuk sos tiram, cili sos, tomato sos n renjis sikit sos ikan.
  • Masukkan bawang, cili n daun sup. Masukkan air sikit. Nak berkuah lebihkan air ok.
  • Masukkan daging n kacau sebati. Masuk garam gula n perasa sikit. Seimbangkan rasa masin manis. Pastu tutup api.
Daging merah is done!

kredit resepi: aiin mustafar

Resepi Cekodok Ikan Bilis

Cekodok Ikan Bilis
Cekodok Ikan Bilis

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
  • Segengam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
  • Kucai/daun sup
  • lobak merah
  • bawang besar (dadu)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng
Cara-cara:
  • Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai/sup, garam.
  • Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas...buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung...lebih elok menggunakan bekas / besen yang besar...Tuangkan air panas sedikit demi sedikit...apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan....Buat bahagian demi bahagian ye (buat sikit-sikit)
  • Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh....pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu...kalau menggunakan tangan kang habis la tangan korang..kan air panas tu.. hehe
  • Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh 
  • Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng
  • dah siap. boleh makan dengan sos peberet korang.. 
tips: 
  • boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.. letak udang, bawang garam dengan carrot je..pun sedap..
  • basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang.. kalau tangan basah, bentuk doh tu lagi cantik..
  • 3 cawan tu boleh makan seisi keluarga. klau korang tingal berdua je, buat satu cawan je dah la..
Kredit resepi: alia umaira & zuridah zu

RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG

PUDING KASTARD JAGUNG
PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan-bahannya:
  • 1 tin jagung jenis creamy 
  • 1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni macam wangi jer puding tu) 
  • 3 cawan air 
  • 1 1/2 cawan gula pasir 
  • 1 1/2 cawan tepung kastad 
Cara-cara:
  • Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan bancuh rata. 
  • Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). 
  • Masukkan ke dalam loyang atau talam. 
  • Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong.
Selamat mencuba! 

Kredit resepi: Madiha

Makan santai-santai sambil tunggu flight di Taco Bell, KLIA

Taco Bell, KLIA
Taco Bell, KLIA
Aku lepak di KLIA sambil tunggu flight aku, terjumpa la Taco Bell ni...macam sempoi gak menu dia..just untuk makan santai-santai jer...

Aku try menu tacho suprme set...aku pun tak tahu menu apa ni...main bedal order jer ni..hahahaha

So...hasilnya...macam gambar kat bawah ni...

ni set dia...siap dengan air
ni set dia...siap dengan air

ada chips yang crunchy
ada chips yang crunchy
Boleh cari Taco Bell ni dekat dengan pintu pelepasan antarabangsa.....

Makan tengahari di Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas, Pulau Pinang

Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas
Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas

Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas
Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas
Salah satu port menarik untuk makan tengahari di Kepala Batas, korang boleh try di Restoran Tokwan Ikan Bakar. Tengahari memang antara port yang kerap dikunjungi oleh orang ramai. Masakan lauk pauk tengahari pun banyak...jadi banyak pilihan la untuk pelanggan nak pilih...

Yang paling ada menu bakar-bakar...ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar, daging bakar...daging hariau menangis pon adooo....

tengok sototng bakar tu...meleleh air liur oooo...ada harga kat tepi pinggan..kalau rasa mampu, rembat la sepinggan
tengok sototng bakar tu...meleleh air liur oooo...ada harga kat tepi pinggan..kalau rasa mampu, rembat la sepinggan๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

deretan masakan lauk pauk masakan tengahari
deretan masakan lauk pauk masakan tengahari

ni ada lagi.....boleh pilih yang mana suka
ni ada lagi.....boleh pilih yang mana suka

masakan kari pun banyak...
masakan kari pun banyak...

sambal belacan, air asam, ulam-ulaman
sambal belacan, air asam, ulam-ulaman
Itu antara masakan-masakan yang aku sempat snap gambar...ada pelbagai pilihan...ambil masa gak la nak pilih untuk nak makan apa๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.. 

A few minute later (baca macam cerita katun spongebob๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚).........

So, hasil pemikiran aku untuk menu tengahari aku ni, maka aku pilih untuk makan seperti dalam gambar-gambar di bawah ni...

daging harimau menangis
daging harimau menangis๐Ÿ˜‹

ikan bakar
ikan bakar๐Ÿ˜‹

cendawan goreng
cendawan goreng๐Ÿ˜‹

gulai kawah daging
gulai kawah daging

sup (maaf dah tinggal kuah)
sup (maaf dah tinggal kuah๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜)

sayur taugeh
sayur taugeh
memang padu, memang sedap..korang boleh la nak cuba makan di sini...Kalau nak tahu lokasi yang lebih spesifik, boleh rujuk google map dan GPS koordinat seperti di bawah.

GPS koordinat: 5.509893375016859, 100.4322732463534