RESEPI KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG

KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG
KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG

Bahan-bahan:
  • 1 ikat pucuk paku(celur)
  • taugeh semangkuk (celur)
  • kerang(rebus dulu)
  • 5 @ 6 biji bawang merah kecil
  • 2 sudu besar kerisik
  • cili padi
  • belacan
  • garam
  • pati santan
Caranya:
  • tumbuk @ kisar kering cili padi dengan belacan
  • kacau cili kisar, kerisik dan bawang merah dalam bekas yang besar
  • masuk kerang kacau-kacau hingga sebati,kemudian masukkan sedikit garam 
  • masukkan pucuk paku dan taugeh yang audah dicelur tadi
  • kacau rata.. masukkan pati santan dalam 2 @ 3 sudu besar
  • kalau apa yang kurang boleh tambah ikut selera masing-masing

NASIHAT IMAM SYAFIE

 1. "Bila kau tak mau merasakan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan" (Imam Syafie)

2. "Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu" (Imam Syafie)

3. "Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia" (Imam Syafie)

4. "Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran" (Imam Syafie)

5. "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat" (Imam Syafie)

6. "Siapa yang menasehatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasehatimu. Siapa yang menasehatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu" (Imam Syafie)

7. "Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun" (Imam Syafie)

8. "Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu" (Imam Syafie)

9. "Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah artinya aku tidak mempunyai jawaban, tetapi tidak pantas bagi singa meladeni anjing" (Imam Syafie)

10. "Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga). 
            1. Dermawan saat yang dimiliki sedikit. 
            2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. 
            3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti" (Imam Syafie)

11. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemeralatannya, sehingga orang lain menyangka bahwa dia berkecukupan karena dia tidak pernah meminta" (Imam Syafie)

12. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahwa ia merasa ridha" (Imam Syafie)

13. "Orang yang h3bat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa ia selalu senang" (Imam Syafie)

14. "Apabila engkau memiliki seorang sahabat yg membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Karena mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah" (Imam Syafie).

Semoga bermanfaat

Shopping Bundle di Jalan-Jalan Japan, Lotus Seberang Jaya, Pulau Pinang

Jalan-Jalan Japan, Lotus Seberang Jaya
Jalan-Jalan Japan, Lotus Seberang Jaya
Pre-loved atau barangan terpakai atau bundle yang asal dari Jepun, korang boleh datang ke Jalan-Jalan Japan. Outlet Jalan-Jalan Japan ni ada je satu Malaysia...Aku pernah datang Jalan-Jalan Japan ni di tempat lain. Cuma di sini aku nak bagitau kat korang, Jalan-Jalan Japan ni juga ada di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kepada yang berada di sekitar Seberang Jaya ni boleh datang singgah ke Jalan-Jalan Japan yang berda di dalam Pasaraya Lotus, Seberang Jaya...
ada barangan perhiasan
ada barangan perhiasan

barangan mainan
barangan mainan

pakaian-pakaian
pakaian-pakaian

pakaian-pakaian
pakaian-pakaian
Harga di Jalan-Jalan Japan menang sangat murah. Contohnya kalau korang nak cari winter coat yang baru di oulet-outlet yang berjenama, harga boleh mencecah ratusan ringgit...tapi kat sini korang boleh dapat dalam RM10 - RM20 sahaja..sangat murah dah berbaloi...

Kepada yang nak datang ke Jalan-Jalan Japan, Lotus Seberang Jaya ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°24'19.3"N 100°24'18.8"E atau 5.405357, 100.405218

Makan Nasi Arab di Restoran Al-Araby Mathaam, Lotus Seberang Jaya, Pulau Pinang

Restoran Al-Araby Mathaam
Restoran Al-Araby Mathaam

Restoran Al-Araby Mathaam
Restoran Al-Araby Mathaam
Restoran Al-Araby Mathaam ni terletak di dalam pasaraya Lotus, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Sebelum ni Lotus ni adalah Tesco Extra, tapi sekarang dah ditukar kepada pasaraya Lotus pulak. Walaubagaimanapun Restoran Al-Araby ni masih kekal maintain berada dalam pasaraya ni sama ada Tecso Extra(lama) ataupun Lotus(baru). Deko dalaman restoran ni juga berkonsepkan arabian..

Dah masuk ke restoran ni dan pilih meja mana yang korang nak duduk, then korang kena scan QR code yang ada di atas meja untuk pilih menu apa yan korang nak makan.

antara menu-menu yang terdapat di restoran Araby
antara menu-menu yang terdapat di restoran Araby

ada 3 menu dalam  menu Family Favorite
ada 3 menu dalam  menu Family Favorite
Di resotoran Al-Araby Mathaam, menu yang terdapat di sini adalah dalam kategori appertizer, main course, family favorite, soup dan local delight. 

Disebabkan aku datang dengan family dalam 5 orang, jadi aku pilih menu Family Favorite iaitu set Chicken Mendy Shiniah yang berharga RM157.90. Dalam set ni, nasi dihidangkan dalam talam...tapi pinggan korang diberikan juga jika taknak makan dalam talam...Selain chicken mendy shiniah, disertakan juga dalam menu ni chicken shawarma, salatha, cause mendy, air teh o limau ais satu jug dan ais krim sebagai dessert....πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

air teh o limau ais satu jug
air teh o limau ais satu jug

set Chicken Mendy Shiniah
set Chicken Mendy Shiniah

set Chicken Mendy Shiniah
set Chicken Mendy Shiniah

ais krim sebagai dessert
ais krim sebagai dessert
Memang padu beb..Sedap! Kenyang betul makan nasi arab ni..portion yang banyak...tak boleh nak habiskan oooo....aku siap bungkus yang tak habis tu bawa balik untuk stok makan malam aku hari tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Sangat recommended untuk korang datang ke restoran Nasi Arab ni. Lokasi google map dan GPS koordinat, boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°24'19.8"N 100°24'17.9"E atau 5.405494, 100.404982

Restoran Che Puan, Taman Pekan Baru, Sungai Petani

 

Restoran Che Puan
Restoran Che Puan

Restoran Che Puan
Restoran Che Puan
Restoran Che Puan terletak di Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. Menu di restoran Che Puan ni lebih kepada menu western dan juga menu masakan ala thai. Beroperasi dari jam 2.30 petang hingga ke 10.30 malam, setia[ sabtu hingga khamis.

Restoran ni nampak cantik la bagi aku...makanan pun sedap-sedap gak. Menu-menu restoran Che Puan ni korang boleh tengok macam dalam gambar kat bawah ni.

menu western ( makanan barat)
menu western ( makanan barat)

menu minuman
menu minuman

menu masakan ala thai (ala carte)
menu masakan ala thai (ala carte)
Daripada senarai menu tu, aku pilih untuk makan lamb grill signature, tomyam campur, nasi goreng chicken chop, spaghetti meatball, french fries cheezy, sirap laici, sirap bandung dan air milo....
french fries cheezy
french fries cheezy

sirap laici, sirap bandung dan air milo
sirap laici, sirap bandung dan air milo

spaghetti meatball
spaghetti meatball

nasi goreng chicken chop
nasi goreng chicken chop

tomyam campur
tomyam campur

lamb grill signature
lamb grill signature
Bagi aku sesuai la nak makan santai-santai dengan famili or lepak dengan kawan-kawan... Kepada yang nak mencuba makanan di restoran Che Puan ni, boleh la cari di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah...GPS koordinat dan google map lokasi Che Puan ni seperti dibawah.

GPS koordinat: 5°38'24.2"N 100°28'50.3"E atau 5.640055, 100.480637

Jom makan roti canai di Restoran Roti Canai Din, Taman Klebang Putra, Chemor Perak

Restoran Roti Canai Din
Restoran Roti Canai Din

Restoran Roti Canai Din
Restoran Roti Canai Din
Port nak makan roti canai di Taman Klebang Putra, Chemor di Perak ni, korang boleh la try di Restoran Roti Canai Din. Tapi kalau nak sarapan Restoran Roti Canai Din buka pada hari Ahad saja. Hari lain diorang buka dari jam 5.30 petang sehingga 12 tengah malam. Hari Jumaat diorang cuti....

Roti canai disini sedap...rotinya pun lembut...kuah dal pun padu...Ada banyak menu roti canai yang korang boleh cuba...Antaranya adalah roti canai cheese meleleh, roti canai telur, roti canai telur cheese, roti canai  planta, roti canai bom...

senarai menu di Restoran Roti Canai Din
senarai menu di Restoran Roti Canai Din

mee rebus
mee rebus
Selain roti canai, menu lain yang ada di sini adalah laksa, mee kari, mee rebus dan sup daging (bihun sup etc)...Aku beli roti canai bungkus je di sini...Disebabkan ramai orang order roti canai, jadi tokey dah pesan awal-awal, order roti canai bungkus aku tu lambat sikit...jadi to kill the time while waiting my roti canai order, aku order la plak mee rebus tapi makan di restoranπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜πŸ˜πŸ˜....

Memang sedap dan padu..korang pun kena try...aku sertakan kat bawah ni GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Roti Canai Din ni..

GPS koordinat: 4°41'03.5"N 101°06'44.6"E atau 4.684297, 101.112393

Makan di Restoran Burger King, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Restoran Burger King, Sunway Carnival Mall
Restoran Burger King, Sunway Carnival Mall

Restoran Burger King, Sunway Carnival Mall
Restoran Burger King, Sunway Carnival Mall
Burger King ni restoran makanan segera ler...macam KFC dan Mac Donald gak la....Aku tak perlu la nak detail sangat kan pasal restoran burger king ni...sebab semua orang dah tahuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Tujuan aku masuk dalam posting blog aku ni, just nak bagitau kata korang akan kewujudan restoran makanan segera Burger King ni di dalam Sunway Carnival Mall yang terletak di Seberang Jaya Pulau Pinang....korang yang ada di area ni masa ni dan nak makan burger king, cari je dalam mall ni...

ni la menu yang aku order...sempoi gak burger king ni
ni la menu yang aku order...sempoi gak burger king ni
GPS dan google map untuk ke Sunway Carnival Mall ni, adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5.398540377390889, 100.39804199033715

Jom try minum coconut shake di Abang Rindu Coconut Shakes & Takoyaki - Permatang janggus, Permatang Pauh (Pulau Pinang)

Abang Rindu Coconut Shakes & Takoyaki
Abang Rindu Coconut Shakes & Takoyaki

Coconut Shakes
Coconut Shakes
Gerai Abang Rindu Coconut Shakes & Takoyaki ni terletak di Permatang Janggus, Permatang Pauh. Gerai tepi jalan jer...Kalau dari highway BKE lebih kurang dalam 200 meter. Air coconut shakes ni memang padu...selain coconut shakes, digerai ni juga ada juga jual takoyaki....peminat takoyaki boleh la try makan takoyaki ni...sedap jugak takoyaki diorang ni....
takoyaki yang padu
takoyaki yang paduπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

menu-menu takoyaki yang ada di sini
menu-menu takoyaki yang ada di sini
korang boleh la nak try coconut shakes dan takoyaki ni. GPS lokasi dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°23'52.9"N 100°25'03.3"E atau 5.398034, 100.417594

RESEPI SOTONG PHAT PHET

 

sotong phat phet
sotong phat phet

BAHAN-BAHAN:
BAHAN A(KISAR/BLENDER KASAR)

  • Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan 
  • Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong...

BAHAN B:
  • Sotong
  • Asam keping
  • 1batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut
  • Bahan sayur:
  • Kacang panjang 
  • Carrot
  • Bunga kobis
Cara- cara penyediaannya:
  • panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak... setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jangan terlampau banyak)
  • kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula...
  • akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis... kacau rata dan biarkan layu sedikit, kemudian angkat...
  • siap dan hidangkan dengan nasi panas
Kredit resepi: Sumber fb resepi mudah

Kueh Cafe di Seksyen 13, Shah Alam

Kueh Cafe
Kueh Cafe

Kueh Cafe
Kueh Cafe
Kueh Cafe ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Bersebelahan dengan Kueh Cafe ni adalah Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. Dari jauh dah boleh cam kueh cafe ni sebab restoran kueh cafe ni warna hitamπŸ˜…
Terdapat pelbagai jenis kuih yang ada di Kueh Cafe ni...Korang boleh makan di kedai ataupun bawa balik saja. Kebanyakkan kih-kuih adalah kuih tradisional..
bertimbun kuih-kuih tradisional
bertimbun kuih-kuih tradisional

kuih muih yang sedap
kuih muih yang sedap
Aku beli bungkus jer...aku beli bubur kacang, kaswi gula merah, cara manis, popia sira sambal and then makan dalam kereta jer....
inilah hasil shopping kuih di Kueh Cafe
inilah hasil shopping kuih di Kueh Cafe
Maka, peminat-peminat kuih boleh la datang ke kuih cafe ni yang menyediakankan pelbagai jenis kuih. Kueh Cafe ni beralamat di No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.
Sebagai panduan untuk ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk ke sini.

Koordinat: 3°05'16.4"N 101°32'41.2"E atau 3.087893, 101.544786

Sarapan pagi nasi lemak di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, Seksyen 13, Shah Alam

Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang (abaikan bro2 yang kena tutup mata tuπŸ˜…)

Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Alamat lengkap Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni adalah no 2, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Biasanya kita akan cari nasi lemak kan..kalau nak sarapan pagi...jadi aku pun camtu gak la..masih mencari nasi lemak pada kebiasaannya kalau nak bersarapan...Tapi sebenarnya Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni buka dari pagi hingga lewat malam... maknanya korang nak makan nasi lemak bila-bila masa pun adaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…...

nasi lemak ayam goreng
nasi lemak ayam goreng

nasi lemak ayam goreng dan sambal kerang
nasi lemak ayam goreng dan sambal kerang
Dari segi kesedapan, nasi lemak disini not bad la...sedap gak..nasi lemak yang berlemak yang menambah kepaduan nasi lemak ni. Recommended untuk korang juga datang ke sini. 

Apa yang menariknya aku pernah juga makan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, tapi bukan di Shah Alam, tapi di Sungai Petani. Boleh rujuk posting aku pasal Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Sungai Petani ni DISINI.

Disertakan dalam posting aku ni GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke sini.

GPS koordinat: 3°05'16.0"N 101°32'40.9"E atau 3.087763, 101.544695

RESEPI AYAM LEMON CHINESE STYLE

AYAM LEMON CHINESE STYLE
AYAM LEMON CHINESE STYLE

Bahan-bahan:
  • 2 dada ayam - bersihkan dan keringkan
Bahan perap:
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • sedikit pepper
  • 1 biji telur
bahan salut:(campurkan)
  • 5 sudu besar tepung
  • 5 sudu besar breadcrumbs
Bahan sos:
  • 1 sudu besar sos plum
  • 3 1/2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • Minyak secukupnya
Cara-cara:
  • Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman. 
  • Salut dengan bahan salut n goreng hingga garing n kekuningan. Angkat dan toskan. 
  • Masak bahan sos hingga agak pekat.
  • Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan. Tuangkan sos ke atas ayam. Siap.

Makan Nasi Kukus Di Restoran Nasi Kukus RZ, Seksyen 7, Shah Alam

 

Restoran Nasi Kukus RZ
Restoran Nasi Kukus RZ

Restoran Nasi Kukus RZ
Restoran Nasi Kukus RZ

Restoran Nasi Kukus RZ
Restoran Nasi Kukus RZ
Peminat nasi kukus yang berada di area Shah Alam, terutamanya di Seksyen 7, korang boleh cari di restoran Nasi Kukus RZ yang beralamat di no 2, Jalan Plumbum Aa 7/Aa, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor...

Simple je menu nasi kukus ni...diorang goreng ayam panas-panas...lepastu customer beratur dan ambil sendiri ayam goreng dan segala eksesori nasi kukus seperti sambal, kuah kari, timum dan sebagainya.

nasi kukus ayam goreng yang terlajak sedap
nasi kukus ayam goreng yang terlajak sedapπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜˜
Nasi kukus di Restoran Nasi Kukus RZ ni memang padu!... Aku suka la makan nasi kukus di sini...ayam goreng pun padu...menambahkan lagi selera aku nak makan...

Jadi atas sebab itu, aku merekomenkan untuk korang cuba sendiri nasi kukus di Restoran Nasi Kukus RZ yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ni.....

Bagi yang nak ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map seperti di bawah sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.064363961498563, 101.48832523130557

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...