Jalan-jalan di Pasar Seni (Central market), Kuala Lumpur

Pasar Seni (Central market)
Pasar Seni (Central market)

Pasar Seni (Central market)
Pasar Seni (Central market)
Pasar Seni ni aku pernah datang lebih kurang 20 tahun yang lepas..masa tu aku tengah belajar di salah sebuah universiti di sini. Dulu-dulu kalau nak balik kampung kena ke stesen bas pudu...on the way nak ke stesen bas pudu tu, wajib kena lalu depan Pasar Seni ni...Kalau ada masa banyak, aku singgah la jalan-jalan dalam Pasar Seni ni...Tapi tu cerita 20 tahun dulu la.... Sekarang aku tengok Pasar Seni ni dah banyak berubah...tapi masih mengekalkan konsep yang sama iaitu barangan dalam ni adalah barangan seni....
Kasturi Walk
Kasturi Walk

Kasturi Walk
Kasturi Walk
Disebelah Pasar Seni ni ada Kasturi Walk. Ada kiosk jualan disepanjang jalan yang berbumbung ni. Majoritinya menjual barangan seni seperti kraftangan dan sebagainya...Kasturi ni masa last aku datang 20 tahun lepas, tak ada lagi...
ada kiosk jualan barangan seni
ada kiosk jualan barangan seni

kedai barangan seni, poskad, key chain dan lain-lain
kedai barangan seni, poskad, key chain dan lain-lain

Pasar Seni ada 2 tingkat
Pasar Seni ada 2 tingkat

binaan setiap kedai dalam ni seolah-oleh ada bangunan lain dalam pasar seni ni...
binaan setiap kedai dalam ni seolah-oleh ada bangunan lain dalam pasar seni ni...
Selain barangan kraftangan dan seni, ada juga la kedai yang jual baju...tapi tak banyak sangat...dekat bahagian tingkat 2 ada dalam 2-3 kedai jual baju...

Kalau penat, boleh singgah food court di tingkat 2...Boleh la relaks sekejap sebelum sambung jalan-jalan cuci mata.

Food court di Tingkat 2
Food court di Tingkat 2

Central Market Food Court
Central Market Food Court
Kalau korang nak cari gambar-gambar hiasan ataupun nak cari gambar potret, boleh pergi ke bahagian belakang bangunan Pasar Seni/Central Market ni...Dekat situ ada Central Market Annexe yang menempatkan hasil seni gambar-gambar hiasan dan potret....
boleh request lukis muka korang sendiri
boleh request lukis muka korang sendiri

banyak gambar-gambar potret di sepanjang laluan ni
banyak gambar-gambar potret di sepanjang laluan ni

gambar-gambar hiasan
gambar-gambar hiasan

Central Market Annexe
Central Market Annexe
Menarik juga la untuk bawa famili jalan-jalan di Pasar Seni/Central Market ni...Kalau korang nak datang, boleh cari pasar Seni ni di Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebagai panduan, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.145191673957196, 101.69528916101967

No comments:

Post a Comment