Jalan-jalan di Taman Buaya, Ayer Keroh Melaka

Taman Buaya, Melaka
Taman Buaya, Melaka
Cuti-cuti sekolah boleh la nak bawa anak jalan-jalan ke Taman Buaya ni. Taman Buaya ni terletak di Ayer Keroh Melaka. Bertentangan dengan Taman Buaya ni, adalah Zoo Melaka.. Jadi lepas lawat buaya, boleh lawat kawan-kawan buaya yang lain diseberang jalan tu๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
senarai harga tiket Taman Buaya
senarai harga tiket Taman Buaya

kena beratur beli tiket dulu ye
kena beratur beli tiket dulu ye
Harga tiket ni berdasarkan harga masa aku datang la...kalau nanti-nanti diorang nak naikkan harga tu aku tak pasti..Tapi untuk trip aku kali ni aku beli tiket online jer..just masuk website Taman Buaya, beli online disitu...murah sikit dari walk in....
jadual pertunjukan buaya
jadual pertunjukan buaya
Ada 4 kali show dalam taman buaya ni mengikut masa yang telah ditetapkan...yang ni korang kena pandai plan la sendiri..kalau nak tengok semua, kena berkampung la dalam Taman Buaya tu dari pagi sampai petang๐Ÿ˜…....

Lepas dah beli tiket, masuk je dalam Taman Buaya, terus korang akan nampak replika bangunan-bangunan yang famous kat Malaysia ni seperti KLCC, KL Tower, litar Sepang, Jambatan Pulau Pinang dan sebagainya...

replika bangunan di Malaysia
replika bangunan di Malaysia
Kemudian tiba la masanya nak melawat kawan-kawan ku buaya darat..eh silap๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†...Banyak buaya dalam ni..ye la kan dah namanya taman buaya..Buaya-buaya ni kita boleh tengok dari jarak dekat..kandang tu pelawat dapat tengok dekat-dekat...
kolam buaya
kolam buaya

sedang menanti mangsa
sedang menanti mangsa

buaya dalam lumpur
buaya dalam lumpur

ni aku ambil gambar betul-betul depan batang hidung dia
ni aku ambil gambar betul-betul depan batang hidung dia๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

tengah berjemur
tengah berjemur

kolam yang luas untuk buaya berenang
kolam yang luas untuk buaya berenang

ada juga yang dalam kandang kecil
ada juga yang dalam kandang kecil
Itu la antara gambar-gambar buaya yang aku sempat snap untuk korang...Sebenarnya bukan ada buaya je dalam Taman Buaya ni, haiwan sampingan lain pun ada juga...antaranya burung, beberapa spesis ular, kura-kura, labi-labi, ayam, itik, burung emu, rusa, arnab...Haiwan-haiwan ni korang boleh bagi makan...makan tu kena beli dengan pihak Taman Buaya...
burung merak yang perasan cantik
burung merak yang perasan cantik๐Ÿ˜œ

boleh bagi makan rusa
boleh bagi makan rusa

bagi makan burung emu
bagi makan burung emu

burung emu menanti makanan daripada pelawat
burung emu menanti makanan daripada pelawat

ni kandang ayam, itik, angsa...
ni kandang ayam, itik, angsa...

rakun
rakun

burung-burung yang cantik
burung-burung yang cantik

yang ni apa ek? labi-labi? lupa plak aku
yang ni apa ek? labi-labi? lupa plak aku๐Ÿ˜…

ni pun aku lupa....spesis ular jenis apa ek?
ni pun aku lupa....spesis ular jenis apa ek?

ular sawa
ular sawa
Yang lagi rare dalam Taman Buaya ni, ada kolam untuk mandi๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ...yang ni aku tak boleh nak brain sekejap... Besar gak la kolam tu...anak-anak boleh mandi...juga disediakan tempat parent menunggu berbumbung di sebelah kolam tu...
parent boleh tunggu anak-anak mandi di sini
parent boleh tunggu anak-anak mandi di sini

kolam mandi..jangan mandi dengan buaya sudah laa
kolam mandi..jangan mandi dengan buaya sudah laa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ฑ
Kalau nak stay lama dalam taman buaya ni, surau dan tandas juga disediakan......
surau dan tandas
surau dan tandas
Ok la, sekian saja coretan aku berkenan lawatan aku kat Taman Buaya, Ayer Keroh ni...Kalau korang nak datang sini, senang je nak cari...Taman Buaya ni tepi jalan jer. Bagi memudahkan korang, aku sertakan juga la GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2.2771783281080538, 102.2979924546941

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...