RESEPI OREO CHEESE BALLS

OREO CHEESE BALLS
OREO CHEESE BALLS

Bahan-bahan:
  • 2 paket oreo
  • cream cheese
  • coklat bar - dark atau white
Cara-cara:
  • Tumbuk atau blend biskut oreo dan krimnya
  • Masukkan 1 sudu besar cream cheese, dan cuba gaul dan ratakan sampai adunan melekat antara sendiri bila dibuat bebola. Kalau tak cukup, tambah lagi
  • Sejukkan di dalam freezer selama 30 minit supaya nanti celup chocolate tak pecah
  • Cairkan coklat dengan teknik double boiler, dan akhir sekali celup bebola ke dalam coklat cair satu per satu. Boleh drizzle dengan coklat berlainan warna untuk variasi
  • Masukkan ke dalam peti sebelum makan.

RESEPI LAKSA KEDAH

LAKSA KEDAH
LAKSA KEDAH

BAHAN-BAHAN:
  • 1 tin sardin - dibuang sos sardin & cuci bersih kemudian blend hancur. (Boleh guna ikan jugak)
  • 1-2 biji bawang besar di blend
  • 2-3 SB serbuk kari ikan
  • 1 ketol lengkuas besar ibu jari 
  • 1-2 batang serai dititik
  • 5-6 tangkai daun kesum
  • 4-5 keping asam keping
  • 1 cawan santan pekat (kalau kurang tambah lagi)
  • Air
  • Garam gula
CARA-CARA :
  • Panaskan minyak & tumis bawang blend, serbuk kari ikan & masukkan sekali serai, lengkuas. Masak sampai pecah minyak.
  • Bila bahan tumis dan rempah dah masak elok. Masukkan sardin gaul sebati kemudian masukkan santan, asam keping & tambah sedikit air.
  • Last masukkan garam, gula secukup rasa & daun kesum. Daun kesum dah layu boleh tutup api. Siap!
  • Jangan lupa rebus laksa ye 😂
  • Ulam-ulam boleh la letak timun, bawang, selom, cili padi hiris-hiris nipis gitew.
Selamat mencoba! 😋

kredit resepi: liyana hassan

RESEPI AISKRIM OREO

AISKRIM OREO
AISKRIM OREO

Bahan:
  • 2 cawan susu Dutchlady Full cream ataulow fat
  • Secawan serbuk creamer coffee mate
  • 1 paket biskut oreo
 Cara-cara:
  • Masukkan susu dan serbuk creamer coffemate ke dalam mesin pengisar. Kemudian kisarkan. 
  • Seterusnya masukkan pula beberapa keping biskut oreo ke dalam mesin pengisar yang berisi campuran susu dan creamer coffeemate. 
  • Kisarkan ia sehingga sebati. Selepas itu, masukkan ia ke dalam bekas. 
  • Patah-patahkan beberapa keping biskut oreo lagi dan masukkan ke dalam bekas tersebut. 
  • Akhir sekali, masukkan ia ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia beku.

RESEPI KEK PISANG

KEK PISANG
KEK PISANG

Bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung 
  • 1 sk sodium bikarbonat
  • 1sk baking powder.
  • 1 cawan pisang
  • 1 cawan minyak
  • 1 bijik telor
  • 1 cawan gula halus
CARA-CARA:
  • blend telor & gula sampai kembang.
  • masukkan minyak ngan pisang.
  • masukkan tepung
  • gaul sehingga sebati
  • kukus selama 45minit.. 
kredit resepi: zlaila hashim