Nando's AEON Mall Taiping, Taiping Perak

 

Nando's AEON Mall Taiping
Nando's AEON Mall Taiping
Peminat Nando's boleh cari restoran nando's di AEON Mall Taiping. Standard la kan restoran ni..aku tak payah la nak beria  sangat nak explain kat korang...sapa tak kenal nando's ni kan.... kategori famos jugak la...
salad ranggup
salad ranggup

ayam, wedges dan garlic bread
ayam, wedges dan garlic bread
Meh ler datang sini...sos nando's ni agak masam sikit. Tapi ada je peminat yang suka masam-masam ni.

GPS koordinat: 4°52'23.4"N 100°43'48.8"E atau 4.873169984314082, 100.73020224076781

https://maps.app.goo.gl/VgDECfa9KL543UGg6

RESEPI NASI GORENG

nasi goreng
nasi goreng

(untuk 3-4 orang makan) nak buat banyak..lebihkan bahan.

Bahan-bahan:
  • Nasi putih 
  • Segenggam ikan bilis
  • 3 biji telur
  • Sayur (miya suka taruk kacang panjang dan karot (potong dadu))klau nk buh kangkung,atau syur lain ok ja ...kalau tak suka sayur tak yah buh
  • Udang kering dua sudu kecil* (rahsia penyedap )
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Cili padi* (ikut suka korang tapi lagi pedas lagi sedap)
nota: bahan bertanda (*)..sila tumbuk ya..tumbuk lagi sedap lagi buat nasi goreng kita bertambah sedap...Ni petua org tua...jangan degil dan derhaka hahaha

Cara-cara:
  • panaskan Sedikit minyak masukkan telur ..Biar telur mgeras dulu sat then baru kacau biaq telur jadi hancur-hancur sedikit kasar..angkat dan ketepikan dulu
  • Tambah sedikit lagi minyak.. goreng garing ikan bilis..Angkat dan ketepikan dulu.
  • GUNA minyak ikan bilis tadi(ni tips penyedap tau)..masukkan bahan tumbuk tadi kacau hingga hampir layu atau hampir garing..Masukkan garam dan serbuk perasa siap-siap..masukkan sayur.
  • Kacau sebati masukkan nasi putih kacau sebati ,hancur-hancur kan dengan sudip supaya nasi tak berketul dan akhir sekali masukkan telur dan ikan bilis yg kita goreng tadi.Kacau sebati dan sekata dan sayur dah layu...tadaa siap.
Nota : kalau nk nasi berkilat sebelum tumis bahan tumbuk tu lebihkan sikit minyak tapi jangan banyak sangat..agak-agak je hehehe..tp selalu miya lebihkn siap-sap masa goreng ikan bilis tu..guna minyak lebihan lepas goreng ikan bilis tu je..sedap wei..nak Nasi goreng berderai cntik.pastikan nasi putih kita tu jangan lembik tau.😁

Kredit Resepi: miya aira via mahn

RESEPI APAM MEKAR AIS KRIM SODA

APAM MEKAR AIS KRIM SODA
APAM MEKAR AIS KRIM SODA

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir dikisar halus
  • 3/4 cawan aiskrim soda
  • 1 s/d besar ovellate
  • 2-3 titik esen pisang/ 1 s/t esen vanila
  • pewarna kegemaran
  • mangkuk kertas secukupnya
Cara-cara:
  • Panaskan periuk kukusan. Tutup tudung periuk dengan kain bersih.
  • Putar gula dan telur hingga kembang gebu.
  • Masukkan ovellate putar lagi hingga adunan menjadi kembang,kental dan kaku.
  • Tambahkan esen pisang. 2-3 titik saja tau. Kalau terlebih kuat pula baunya nanti.Jika menggunakan esen vanila, bau hanyir telur masih tidak hilang.
  • Putar sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan air soda hingga habis.
  • Setelah habis,putar sebentar kurang lebih selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
  • Bahagikan mengikut warna. Ambil 2 senduk dan letakkan 2 pewarna pada setiap satu bahagian. Masukkan ke dalam plastik yang digunting bucunya agar mudah dipaipkan saja nanti. Yang selebihnya dibiarkan warna asal.
  • Sudukan sedikit kurang lebih 3/4 adunan warna asal dan masukkan ke dalam mangkuk kertas.
  • Paipkan sedikit adunan berwarna tadi. Kukus 10-12 minit menggunakan api besar.
Kredit resepi: dapur kecilku sayang  

Singgah makan di Kedai makan Kak Piah, Jalan Hatyai, Thailand

 

Kedai makan Kak Piah, Jalan Hatyai, Thailand
Kedai makan Kak Piah, Jalan Hatyai, Thailand
Destinasi aku nak ke Hatyai dari border Bukit Kayu Hitam, singgah sekejap di Kedai Makan Kak Piah ni untuk bersarapan pagi. Kedai makan Kak Piah ni tepi jalan jer on the way nak ke Hatyai....jadi alang-alang dah lalu sini, singgap la dulu untuk sarapan.
masakan untuk makan tengahari
masakan untuk makan tengahari

masakan thailand style
masakan thailand style
Kalau korang nak makan tengahari pun boleh di Kak Kiah ni...masakan untuk makan tengahari pun banyak... Tapi aku nak makan yang ringan-ringan je sekadar untuk sarapan... Dengar kata sup di sini sedap..so nak try la jugak... Kedai Makan Kak Kiah ni memang port orang Malaysia singgah😁😁..So sebenarnya yang penuh dalam kedai ni orang Malaysia je..hahaha
megi sup daging
megi sup daging

mee sup daging
mee sup daging

sup daging
sup daging
Aku makan yang sup-sup ni jer...memang padu, memang sedap...original from thailand😁😁😁...
Menu-meu lain yang ada di Kedai Makan Kak Kiah ni, boleh tengok dalam gambar di bawah ni.
menu makanan goreng-goreng
menu makanan goreng-goreng

Kalau korang nak ke Hatyai, boleh la singgah sini. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 6.931587680968224, 100.46869495709379

https://maps.app.goo.gl/zpJ6L5dme7DEJ8cj9


Jom sarapan pagi di TOK BA Kopitiam, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

TOK BA Kopitiam, Bertam Kepala Batas
TOK BA Kopitiam, Bertam Kepala Batas

TOK BA Kopitiam
TOK BA Kopitiam
Port sarapan pagi di Bertam Kepala Batas, korang boleh try di TOK BA Kopitiam yang terletak di no 33, 11, Persiaran Dagangan, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. TOK BA ni buka dari jam 8 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali hari rabu. Menu-menu dekat sini pun sempoi-sempoi jugak dan yang penting sedap. Ada apa di sini? korang boleh tengok gambar menu kat bawah ni.πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
TOK BA Kopitiam menu
TOK BA Kopitiam menu

TOK BA Kopitiam menu
TOK BA Kopitiam menu
Aku pilih menu char koay teow (kering), mee kari, nasi lemak ayam berempah, roti canai signature tok ba, roti bakar kaya butter dan roti bakar telur goyang. Semua sedap-sedap belaka, tapi harga kayangan sikit laaa😬😬😬.... Camna rupa menu yang aku order tu, boleh tengok dalam gambar-gambar di bawah niπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
roti bakar telur goyang
 roti bakar telur goyang

roti bakar kaya butter
roti bakar kaya butter

mee kari
mee kari

char koay teow
char koay teow

nasi lemak ayam berempah
nasi lemak ayam berempah

roti canai signature tok ba
roti canai signature tok ba
Air pulak aku pilih air chocolate, soya gula merah, kopi jalanan makloom dan 2 teh tarik (ais)...Ada banyak lagi pilihan air yang lain yang korang boleh pilih.
ini lah barisan air yang aku order
ini lah barisan air yang aku order
Ok lah..itu je aku nak habaq kat korang kisah aku di TOK BA Kopitiam niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Jangan lupa cerita kisah korang pulak di sini. Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 5°30'50.4"N 100°26'55.9"E atau 5.513979056362402, 100.448828


RESEPI KUIH PENYARAM

KUIH PENYARAM
KUIH PENYARAM 

BAHAN:
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan gula apong
  • 3 cawan air suam
# pastikan guna cawan yang sama ye

CARA-CARA:
  • Gaul tepung gandum dan tepung beras terlebih dahulu, dan ketepikan.
  • Gaul gula apong, gula pasir bersama air suam sampai sebati.
  • Selepas itu masukkan adunan gula apong ke dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan dah nmpak agak sedang-sedang cair.
  • Tapiskan adunan tadi dan perap 2@3 jam atau semalaman..(kalau perap semalaman lagi sedap rasanya)
  • Gunakan minyak yang sedang-sedang cukup untuk menggoreng sebiji penyaram ya.
Selamat mencuba.

Kredit resepi: FB Margaret Allen.

Resepi Kerang air asam Ala Thai

 

Kerang air asam Ala Thai
Kerang air asam Ala Thai

Bahan-bahan:
  • 1kg kerang - bersihkan cengkerangnya hingga betul-betul bersih..rebus sampai masak..kemudian buang separuh kulit kerang..tinggalkan separuh bersama isinya
  • 5 ulas bawang putih
  • 6-7 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 1/2 keping kecil gula kabung
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi - di kacau dengan 2 sudu besar air panas (kemasaman ikut citarasa anda juga ye..)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 biji limau nipis -,dipotong (perah & kulit digaul sekali nanti untuk dapatkan aroma citrus)
  • 1 biji tomato - dipotong mengikut citarasa anda
Cara-cara:
  • Rebus kerang. Kopek sebelah. Asingkan.
  • tumbuk cilipadi, garlic, gula melaka, tomato secara berperingkat. Separa lumat.
  • masukkan air asam jawa. Sebatikan
  • perah air limau nipis. Pastu masokkan skali dengan kulit limau.
  • masukkan garam. Gaul
  • dah sebati semua curahkan atas kerang yang dah direbus tadi. Siap
kredit resepi: Mut Tam

Resepi Kek batik agar-agar

 

Kek batik agar-agar
Kek batik agar-agar

Bahan-bahan:
150ml cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250g butter@majerin pelangi(the best)
1/2 cawan milo
1/2 tin susu pekat
3sdb serbuk koko
1/2 sk nescafe 
1paket biskut marie

Cara-cara:
Didihkan air dan serbuk agar-agar. Masukkan butter@marjerin (api perlahan) kacau sehingga cair, lepas tu masukkan susu dan milo sikit demi sedikit, kacau sampai milo sebati. Masukkan serbuk koko dan nescafe kacau sehingga tak berketul. Last skali susun biskut marie, ambil adunan coklat tadi sikit demi sedikit dan ratakan. Ulang lagi susun biskut sehingga coklat habis.

Siap!

Kredit resepi: nurr akma