Makan tengahari di Restoran Citarasa Kampung Port Dickson, Negeri Sembilan

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung ni terletak di No 1, jalan bypass, Taman Bukit Orkid, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Standard la kalau Negeri Sembilan, menu utama mesti masak lemak punya lah....πŸ’‹ Begitu juga dengan di Restoran Citarasa Kampung, kebanyakannya adalah menu masak lomak..

Selain masak lemak, diorang juga ada sediakan masakan ikan bakar. Daging kambing bakar memang padu.

deretan makanan, kebanyakannya masak lemak
deretan makanan, kebanyakannya masak lemak

pelbagai jenis ikan bakar
pelbagai jenis ikan bakar

daging kambing bakar
daging kambing bakar
dari segi makanan, boleh la nak rekomen diorang ni punya masakan. Bagi aku yang tak berapa gemar sangat masakan lemak, aku layan daging kambing bakar jer.. Untuk korang terjah ke sini makan tengahari, aku prepare untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

Gps koordinat: 2°31'50.6"N 101°48'10.9"E atau2.530712, 101.803028

RESEPI DALGONA MILO

DALGONA MILO
DALGONA MILO

Resepi Dalgona Milo, Untuk Bukan Penggemar Kopi
Untuk yang tak suka kopi tapi nak try jugak minuman viral ni, boleh cuba buat Dalgona Milo ni!
Tapi resepi ni gantikan nescafe dengan MILO.

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar milo
  • 2 sudu gula perang / gula biasa
  • 2 sudu air panas
  • Hujung sudu ovalet
  • Ais
  • Susu segar
Cara-caranya:
1. Pukulkan campuran milo, gula, air panas dan ovalet. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
3. Dan kemudian letakkan campuran milo tadi di atas!
4. Hiaskan mengikut kreativiti anda!
Tunggu apa lagi? Jom la cuba!😍

Tips: Ovalet adalah rahsia untuk kembangkan campuran milo tu, kalau tak guna ni, tak jadi ye.

Resepi Bubur Lambuk

Bubur Lambuk
Bubur Lambuk

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan beras [basuh dan toskan]
  • 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
  • 1/2 kg daging tetel [potong kecil]
  • 2 s/b minyak sapi
  • 3 s/b minyak
  • 2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan]
  • garam/gula secukup rasa
  • air
  • 1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat]
  • 1 cawan bawang goreng
  • 4 ulas bawang putih [dimayang]
  • 2 biji bawang besar [dimayang]
  • 1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis]
Rempah tumis :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba
  • 2 biji buah keras [ditumbuk]
Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]:
  • 1 sudukecil jintah manis (saya pakai jintan putih)
  • 1 sudukecil ketumbar
  • 1 sudukecil lada sulah
  • 1 sudukecil lada hitam
Bahan-bahan sampingan [optional] :
  • 2 batang carrot dipotong dadu
  • 1/2 cawan kurma dibuang biji
  • bahan hiasan [mayang]
  • 3 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • Bawang goreng
Cara-cara memasak:
  • Panaskan minyak dan minyak sapi 
  • Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan & bawang besar
  • Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
  • Kemudian masukkan daging. 
  • Tumis sehingga naik minyak.
  • Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk. 
  • Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
  • Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
  • Ketika ini boleh masukkan carrot jika mahu.
  • Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa
  • Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan

Makan masakan Negeri Sembilan di Warung Salai, Port Dickson

Warung Salai, Port Dickson
Warung Salai, Port Dickson
Jalan-jalan di Port Dickson, Negeri Sembilan, tetiba teringin nak makan masakan orang Nogori Simlan.. Den cari la port makan yang nampak macam sempoi-sempoi sikit. Den bukan orang Nogori SimlanπŸ˜…... Lepas tu ternampak la Warung Salai ni.... Terus la aku singgah.. Rupanya Warung Salai ni banyak cawangan. Kiranya aku datang ni dekat cawangan diorang la di Port Dickson.
ramai gak geng selebriti datang ke Warung Salai
ramai gak geng selebriti datang ke Warung Salai
Tengok menu pun cam sedap. Mula-mula tu cam blur plak nak makan apa disiniπŸ˜‚πŸ˜‚... maklum la kan, bukan makanan kebiasaan aku....
menu 1 Warung Salai
menu 1 Warung Salai

menu 2 Warung Salai
menu 2 Warung Salai
Jadinya aku pilih nak makan masak lemak cili api keli salai, masak lemak cili api daging salai. Sebabkan masak lemak ni pedas, aku order la lauk tambahan ayam goreng dengan keli goreng. Nasi putih aku ambil nasi set yang ada ulam dan telur masin.
masak lemak cili api daging salai
masak lemak cili api daging salai

masak lemak cili api keli salai
masak lemak cili api keli salai

set nasi putih ada ulam, sambal dan telur masin
set nasi putih ada ulam, sambal dan telur masin

hidangan lengkap aku...
hidangan lengkap akuπŸ˜‹πŸ˜‹...
Kuah lemak yang pekat dan padu, memang terbaik. Aku jarang makan masak lemak ni, sebab tak minat sangat, tapi yang ni memang powerπŸ’ͺπŸ’ͺ... Selain keli dan daging salai, di sini ada juga itik salai, puyuh salai, ayam kampung salai, talapia salai.....

Rekomen untuk korang try, kalau datang ke Negeri Sembilan terutamanya di Port Dickson ni.

GPS koordinat dah google map Warung Salai Port Dickson ni, adalah seperti di bawah.

GPS koordinat:2°31'32.3"N 101°48'42.8"E atau 2.525639, 101.811901

Resepi Jeruk Limau Kasturi

Jeruk Limau Kasturi
Jeruk Limau Kasturi

Bahan-bahan:
  • 40-50 biji limau kasturi
  • 10 gram gula perang
  • 10 gram gula pasir (jika tak mahu manis, tak perlu letak)
  • 3/4 cawan garam halus + 2 sudu untuk perapan limau
  • 1/2-3/4 botol cuka
  • 1 liter air untuk merebus limau
  • 2 cawan air untuk mencairkan gula
Cara-cara:
  • Satukan 3/4 cawan garam halus dengan limau. 
  • Gaulkan dan golek-golekkan limau sehingga limau menjadi lembut dan kulitnya berkilat. Ini bertujuan membuang getah limau dan rasa pahit kelatnya setelah dijeruk nanti. (Jangan gunakan tekanan terlalu kuat bagai mengelakkan limau pecah)
  • Cuci bersih limau dan rebus sehingga mendidih, matikan api dan toskan. 
  • Biarkan ia sejuk.
  • Sementara itu, masak air gula campuran gula pasir dan gula perang. Jika tidak mahu manis, abaikan penggunaan salah satunya. Gunakan 2 cawan air sahaja dan setelah mendidih dan gula larut, matikan api dan biarkan sejuk.
  • Limau tadi dihiris/lukakan sedikit dan masukkan ke dalam balang pilihan. 
  • Masukkan bersama 2 sudu garam halus dan tuangkan air gula anggaran setengah balang. 
  • Tuangkan cuka sehingga limau tenggelam sepenuhnya.
  • Biarkan ianya terawet. 
  • Biasanya tempoh matang selepas 3 minggu, jeruk limau sedia digunakan. Simpan di dalam peti sejuk untuk ketahan lebih lama lagi..

Bawa anak jalan-jalan Pusat Sains Negara, Alor Setar Kedah

Pusat Sains Negara, Alor Setar Kedah
Pusat Sains Negara, Alor Setar Kedah
Kepada hampa semua yang duduk di Area Utara, nak habaq kat hampa Pusat Sains Negara pun ada di belah Utara. Depa boh kat Aloq Setaq. Tak payah dah hampa semua pi panjat naik Kolompo nunnnn... jauhhh..hampa hampa paham la bahasa kedah akuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Pusat Sains Negara ni terletak di Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah. PSN yang di Kuala Lumpur tu lebih kurang sama jer dengan yang di Kedah ni, cuma di Kuala Lumpur tu agak besar la sikit dari yang di Kedah ni. Boleh tengok PSN KL yang aku pernah tulis dalam blog aku DISINI
kaunter beli tiket
kaunter beli tiket

tiket masuk
tiket masuk
Sebelum nak masuk tu, kena beli tiket dulu, murah je tiket.....
laluan pintu masuk dan keluar pameran
laluan pintu masuk dan keluar pameran
Then, boleh la korang masuk ke ruang pameran. Ada pelbagai aktiviti sains yang boleh dicuba oleh anak-anak. Sambil main, sambil belajar sains. Ada petugas yang boleh explain kalau korang tak tahu cara-cara nak main aktiviti sains tersebut. Gambar di bawah ni antara ruang-ruang pameran yang ada di Pusat Sains Negara Alor Setar ni...
pameran sains
pameran sains

pameran sains
pameran sains

pameran sains
pameran sains
Selain pameran aktiviti sains, terdapat juga persembahan sains yang aku dipersembahkan oleh petugas PSN. Persembahan sains tu tertakluk kepada waktu-waktu tertentu yang telah ditetapkan sahaja.
persembahan sains
persembahan sains 
Tempat ni memang sesuai untuk bawa anak-anak beraktiviti sains. Sangat menarik dan sangat berinfomatif untuk pembelajaran anak-anak.

Jadi, kepada yang nak datang bawa anak jalan-jalan ke PSN Alor Setar ni, boleh cari PSN ni di Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah dan korang boleh juga cari dengan menggunakan gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°11'27.7"N 100°19'29.5"E atau 6.191039, 100.324870


Holidays Park - mini funfair di Cameron Highlands

Holidays Park
Holidays Park
Holidays Parks ni kira macam funfair la... ada game untuk budak-budak nak main-main. Takde la besar sangat, tapi kalau bawa budak-budak, diorang mesti suka la tempat ni. Letih la mak bapak nak beli tiket kalau nak main semua gameπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..

Holidays Park ni dekat je dengan Kea Farm dan bersebelahan dengan Cameron Square Shopping Center di tepi jalan utama jer. Senang nak cari...

Gambar kat bawah ni antara game untuk budak-budak yang terdapat di Holidays Park ni....

funfair game
funfair game

funfair game
funfair game

funfair game
funfair game
Selain tu, mak-mak boleh la guna nak shopping sambil-sambil tunggu anak main game. Kat kiri kanan Holidays Park ni ada gerai-gerai jualan. Mak-mak mesti suka yang ni😍😍😍😍
boleh beli barang cenderahati cameron
boleh beli barang cenderahati cameron

ada gak jual baju-baju
ada gak jual baju-baju
GPS koordinat dan google map Holidays Park adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 4°30'30.8"N 101°24'29.4"E atau 4.508559, 101.408160

Minum teh di Ladang teh Cameron Valley, Tanah Rata Cameron Highlands

 

Bharat tea, Cameron Valley, Cameron Highland
Bharat tea, Cameron Valley, Cameron Highland

minum teh sambil tengok view ladang teh
minum teh sambil tengok view ladang teh
Ini dah kali ke berapa datang ke sini pun aku tak ingat dah. Asal datang Cameron Highlands je, wajib singgah ke sini. Walaupun ramai orang, tetap nak singgah gak. Ikutkan malas dah nak tulis dalam blog sebab dah pernah tulis dah tempat ni dalam blog aku😁😁😁... Yang posting lepas tu tahun 2019, jadi boleh la gak nak update. Tapi yang lain-lain yang aku pernah datang tu tak tulis la..nanti penuh pulak posting pasal tempat ni jerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚... lama-lama sekali boleh la nak update posting..😎
boleh turun ke ladang teh
boleh turun ke ladang teh
Selain minum teh dan santai-santai makan di restoran. Korang boleh gak turun ke ladang teh untuk merasai sendiri pengalaman tengok pokok teh dekat-dekat. Kalau nak turun, jangan main terjah jer sebab kena bayar beb... kena beli tiket dulu...dulu-dulu tak perlu pun tiket, free jer..
spaghetti
spaghetti

air teh yang padu
air teh yang padu

oreo cheese cake
oreo cheese cake

red velvet muffin
red velvet muffin
Jadi, kalau korang nak feeling-feeling cuaca sejuk sambil minun teh dengan view ladang teh yang cantik, boleh la singgah sini kalau ke cameron highlands.

GPS koordinat tempat ni: 4°27'27.2"N 101°21'57.8"E atau 4.457544, 101.366059

Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah

Bahan:
  • 1 bungkus mee kuning (Celur air panas dan tos kan) 
  • 1 paket fish ball
  • 2 ekor sotong sederhana
  • Ayam (ambik isi & tulang2 sikit) 
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Kicap manis 4-5 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Cili boh 3-4 sudu besar
  • Sawi 1 ikat
  • Tomato 1 biji potong 6/8
  • Cili besar 2 biji
  • Minyak masak 3 sudu besar
  • Air (ikut masing-masing nak basah sikit atau banyak) 
  • Bahan2 ditumbuk:- Cili padi 7 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Bawang besar 1 biji
Cara-caranya :-
1) Panaskan kuali,  masukkan minyak. 
2) Masukkan bahan yg ditumbuk. Tggu sehingga naik bau. Masukkan cili boh,  tggu mendidih atau pecah minyak. 
3) Masukkan sos cili,  kicap manis, sos tiram, ayam,  sotong, fish ball. Tunggu sehingga mendidih serta ayam masak. 
4) Masukkan mee. Gaul sebati.  Boleh tambah air kalau kuah makin berkurang. Masukkan sawi,  tomato,  cili besar. 
5) Siap untuk dihidangkan. 

kredit resepi: ziehan azizan 

Donut Bersalut Coklat

Donut Bersalut Coklat
Donut Bersalut Coklat

Bahan-Bahan:
  • 200gm tepung roti
  • 20gm gula
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh yis kering
  • 140ml susu segar
  • 20gm mentega
  • Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
  • 5 sudu besar Nutella
  • 3 sudu besar air panas
  • Kacang panggang secukupnya | hiasan
Cara Membuat:
1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2. Selepas itu, buat lubang di tengah. Masukkan susu dan yis kering. Kacaukan sedikit.
3. Masukkan pula mentega dan kacau sehingga sekata
4. Selepas itu keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai.
5. Uli sehingga tidak melekat ditangan
6. Buatkan bentuk bulat. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik atau kain lembab. Biar naik dua kali ganda
7. Bila sudah naik, canaikan doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Rehatkan 5 minit. Tekap dengan acuan bulat dan lubangkan di tengahnya.
8. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
9. Untuk coklat, masukkan nutella ke dalam mangkuk bersama dengan air panas. Kacau hingga sebati.
10. Celupkan donat ke dalam mangkuk berisi nutella. Taburkan sedikit kacang sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

Pekena Zubair Capati titi Gajah, Alor Setar

 

Zubair Capati titi Gajah, Alor Setar
Zubair Capati titi Gajah, Alor Setar
Lepas aku jalan-jalan kat Bandar Alor Setar, masa nak balik ke hotel, terjumpa kedai Zubair Capati Titi Gajah ni. Hotel aku duduk tu TH Hotel...Dulu la sebelum kena jual dengan bekas menteri agama tu😁😁.. la ni tak panggil TH hotel dah..dah tukar nama...
layan makan capati
layan makan capati
Kita layan makan capati dulu sebelum balik hotel tido...

GPS koordinat dan google map Zubair Capati Titi Gajah seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 6°11'38.1"N 100°22'59.8"E atau 6.193928, 100.383277



Sarapan pagi di KHM Strawberry Taman Sedia, Cameron Highlands

KHM Strawberry Taman Sedia, Cameron Highlands
KHM Strawberry Taman Sedia, Cameron Highlands
Fikir punya fikir nak sarapan di Cameron Highlands kat mana? last-last terus decide nak sarapan di KHM Strawberry yang terletak di Taman Sedia. Aku pernah pergi dulu sini. Boleh rujuk posting aku berkenaan KHM Strawberry DISINI. Tapi aku macam confius sikit kali sebab kenapa macam lain jerπŸ˜…πŸ˜…

Dekat sini, benda wajib yang korang kena makan adalah scone. Yang tu penting order dulu😁... makanan lagi pun ada gak la disini. Aku order nasi lemak ayam goreng berempah, nasi goreng, spagetthi bolognese. Minum ofcoz la kena minum teh.

nasi goreng
nasi goreng

nasi lemak ayam berempah
nasi lemak ayam berempah

teh o
teh o

spaghetti bolognese
spaghetti bolognese

scone
scone
Sapa-sapa yang nak datang ke KHM Strawberry ni, boleh cari di Taman Sedia. Korang juga boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°28'44.6"N 101°22'46.7"E atau 4.479045, 101.379648

Resepi Badak Berendam

Badak Berendam
Badak Berendam

Bahan-Bahan:
Bahan untuk inti:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar gula pasir
  • gula melaka secukupnya
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai dauh pandan, ikat simpul
Bahan untuk kuah:
  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, ikat simpul
Bahan untuk badak berendam:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna merah
  • pewarna hijau
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk inti kelapa:

  • Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. 
  • Kalau kurang ,anis, tambah lagi ketulan gula melaka. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat.
Cara-cara untuk kuah santan:
  • Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.
  • Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.Hidangkan bersama bebola badak berendam.
Cara-cara untuk badak berendam:
  • Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.
  • Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.
  • Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.

Kredit resepi: Che' Nom via i resepi

Singgah minum teh di Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands

 

Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla)
Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla)

Cafe untuk minum teh dan makan
Cafe untuk minum teh dan makan
Kebiasaannya kalau datang ke Cameron Highlands, mesti singgah ladang teh, dan wajib minum teh. Ada 2-3 tempat menarik juga di Cameron Highland ni untuk layan minum teh. Yang ni aku singgah di Cameron Valley Kuala Terla. Kalau korang naik Cameron Highlands dari Simpang Pulai, ladang teh pertama yang akan korang jumpa adalah ladang teh yang ni la. Aku dah pernah review dah Cameron Valley Kuala Terla ni. Boleh rujuk posting tu DI SINI. Dalam posting tu aku join la tour ke ladang teh pakej ATV & Safari. Tapi kali ni aku singgah just nak minum jer...
wajib minum teh
wajib minum teh

takan nak minum je kan..
takan nak minum je kan..πŸ˜‹πŸ˜‹
Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 4°32'42.9"N 101°25'15.6"E atau 4.545252, 101.420996



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...