Resepi Mee Udang ala-ala Kuala Sepetang

Mee Udang
Mee Udang

 Bahan-Bahan:
  • 1 kati mi kuning
  • ½ kati udang basah – bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering – dikisar
  • 2 biji bawang besar} kisar
  • 2 ulas bawang putih} kisar
  • Sedikit belacan } kisar
  • 3 camca teh sos cili
  • 3 camca teh sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir
  • 4 batang sawi
  • ½ kati taugeh
  • 2 pokok daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng
Cara Memasak:
  • Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
  • Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
  • Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...