Resepi Mee Rebus Tulang

Mee Rebus Tulang
Mee Rebus Tulang

Bahan-Bahan:
Bahan Untuk Sup/Kuah:
  • Tulang Lembu secukupnya
  • 1 bungkus rempah sup bunjut
  • 5 ulas bawang di hiris
  • 1 halia – diketuk
  • 1 inc kunyit – diketuk
  • 1 inc lengkuas – diketuk
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kiub daging
  • Garam secukup rasa
Bahan Rencah:
  • 3 biji ubi keledek saiz sederhana – di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
  • 10 biji bawang kecil – dikisar
  • 2 biji bawang besar – dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 1 inc kunyit hidup – dikisar
  • 30 tangkai cili kering – dikisar
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 3 sudu besar udang kering – direndam lembut dan dikisar
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 kiub daging
  • 1 buku gula melaka
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:
Cara Memasak Sup/Kuah:
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging.
  • Rebus tulang hingga daging empuk.
Cara Memasak Rencah:
  • Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah. Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.
  • Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.
  • Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan.
  • Akhir sekali masukkan tulang dan santan. Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.
  • Boleh dihidangkan bersama mee bila sudah masak.

No comments:

Post a Comment