Resepi kerabu mempelam

 

Kerabu mempelam
Kerabu mempelam

  • Sebiji mempelam tua.kuning-kuning sikit...parut remdam dalam air garam..
  • Segenggam ikan bilis ..goreng..ditumbuk..
  • Kacang tanah secawan.. digoreng tanpa minyak..buang kulit nya..ditumbuk kasar..
  • Bawang besar potong bulat..
  • Bawang merah hiris nipis
  • Cabai besar sebiji.. potong nipis
  • Cili padi 7 biji.. potong..ikut nak pedas tambah la..
  • Gula perang ..dua camca besar..
  • Garam..
Caranya...
Mempelam tadi sejat buang air tadi.. jangan ada air langsung tau..nanti jadi kuah..tak sedap..
Gaul semua bahan diatas dengan mempelam tadi..Dah boleh makan..

Resepi Ayam Tiram Thai

Ayam Tiram Thai
Ayam Tiram Thai

10 ketul Ayam perap dengan:
  • 3 sudu besar Sos tiram, 
  • 2 sudu besar kicap manis, 
  • garam/secukup rasa, 
  • 1 sudu besar minyak masak. 
  • Bakar dalam air fryer/oven 180-200c 20min.
bahan sos: 
  • 5 ulas bwg putih, 
  • 4 biji cili padi merah, 
  • 3 batang akar ketumbar, 
tumbuk sampai lumat guna lesung. 
  • Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 
  • 3 sudu kecil kicap cair, 
  • 2 sudu besar gula, 
  • 1 biji perahan limau nipis/lemon, 
  • daun ketumbar yg dah dipotong halus. 

Gaul semua sampai sebati, curah atas ayam.

kredit: raja siti afiqah azmi

RESEPI DAGING BULGOGI

DAGING BULGOGI
DAGING BULGOGI 

Bahan:
  • 400-500g daging
  • kucai (dihiris)
  • bawang (dihiris)
  • lobak merah (dihiris)
  • daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu minyak bijan
  • 1 sudu bijan
Bahan perap:
  • 3 sudu besar gulang perang
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 8 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
  • 2 sudu kecil bawang putih cincang
  • 2 sudu kecil halia cincang
  • 1 buah pir yang telah diparut
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
Cara penyediaan:
  1. Sediakan bahan perap - campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
  2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.
  3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
  4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
  5. Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.
Kredit resepi : Steak and Teeth

Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli

 

lemang
lemang

  • Lemang dimasak menggunakan ruas buluh dan isi beras pulut dilapik menggunakan daun pisang. 
  • Untuk memasak lemang, basuh beras pulut dan kemudian toskan.
  • Dalam ruas buluh lemang, lapikkan bahagian dalam buluh dengan gulungan daun pisang.
  • Setelah itu, masukkan beras pulut yang telah ditos dengan sempurna sehingga hampir penuh ruas buluh.
  • Tinggalkan ruang dalam dua inci, jangan terlalu penuh. 
  • Kemudian, masukkan santan yang telah digaul dengan garam secukup rasa.
  • Masukkan santan itu sehingga ke paras atas.
  • Ruas buluh yang telah dimasukkan bahan-bahan tadi kemudian diletakkan separa condong ke arah, ia mestilah dimasak dengan api yang sederhana kuat.
  • Bagi memastikan lemang dimasak dengan betul, sekata dan tidak berkerak, buluh lemang perlu dipusing-pusingkan atau dibalik-balikan setiap 15 minit.
  • Dalam 5 minit pertama, saya nasihatkan anda lihat lemang anda, jika nampak seolah agak kering, tuangkan sedikit santan.

khasiat zat makan kaki ayam

 


1)Kaki ayam kaya kologen

 Menurut kajian, kaki ayam memiliki kologen yang sangat tinggi. Antara manfaat kologen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:
  • kologen membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, ganti sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat
  • kologen serap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh jadi sihat.
  • kologen meningkatkan metabolism sekaligus bantu menurunkan berat badan
  • kologen yang membuatkan tulang kuat dan tak rapuh
2)Kurangkan risiko tulang rapuh

-kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.

3)Sembuhkan cedera

Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam

Petua pemusnah Sel Kanser dengan air lemon panas

 

lemon
lemon

1. Lemon panas membunuh sel kanser.

2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline.

3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat bagi siapa sahaja.

4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru blh muncul Lycopene yg bermanfaat.

7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas- tapi tidak merosak sel normal.

9. Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.

Petua Hilangkan Kayap dari Petua Orang Kampung.

Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:

PETUA 1
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

PETUA 2
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

PETUA 3
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

PETUA 4 (Untuk kayap setompok)
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

PETUA 5
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

PETUA 6
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

PETUA 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

PETUA 8 
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

PETUA 9
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.

Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik .

TANDA-TANDA PENYAKIT DAN PETUA MENGATASINYA

 Jika Badan kebas dan kejang² urat 
Itu tanda awal nak kena angin ahmar.
Minum lah air kelapa biar lembut urat 3 hari berturut² InsyaAllah tak jadi penyakit bahaya itu.

Jika mata macam nak pitam pagi-pagi
itu tanda darah beku dalam kepala takut jadi ketumbuhannya 
amalkan makan buah masam-masam.Buah masam-masam akan cairkan darah.

Jika sakit rusuk tulangnya bisa. 
Jangan takut itu urat masuk angin makanlah bawang putih bakar InshaAllah baik lah.

Jika sakit di ulu hati 
mungkin gastrik mungkin paru-paru dan mungkin urat jantung bengkak. 
makanlah ubat gamat kering dengan sireh pinang InshaAllah baik jika 3 hari turut-turut 1 kali satu hari saja

Jika tarik nafas sakit 
itu urat nafas tegang pergilah urut badan dan amal minum air buah pala rebus 3 biji InshaAllah baik lah.

Sebelum buat sesuatu, jgn lupa mulakan dgn Bismillah, selawat nabi 3x dan berdoa serta bertawakal kpd Allah dgn penyembuhanNya.

TUKANG MASAK KONGSI PETUA DAPUR, TIP SEDAPKAN & MUDAHKAN KERJA MEMASAK

1. ELAK PEDIH MATA KUPAS BAWANG MERAH
Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.

2. ELAK IKAN GORENG MELEKAT DI KUALI
Panaskan minyak, goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.

3. WARNA SAMBAL CANTIK
Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama + gunakan gula merah.

4. BUAT RENDANG
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.

5. KURANGKAN MASIN MAKANAN
Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah.

6. TOMATO KEKAL SEGAR
Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh.

7. DAGING CEPAT EMPUK
Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu

8. TIMUN RANGUP
Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.

9. ELAK NASI CEPAT BASI
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampai berwap.

10. TAUGEH KEKAL SEGAR
Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.

11. MUDAH KUPAS TELUR REBUS
Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc.

12. AYAM GORENG SEDAP
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing.

13. AYAM GORENG RANGUP
Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam.

14. NASI LEMAK CEPAT MASAK
Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

15. TAHU TAHAN LAMA
Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu.

16. PEKATKAN KUAH SUP
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau.

17. MATA PISAU BLENDER KEKAL TAJAM
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru

RESEPI SPAGHETTI

 

SPAGHETTI
SPAGHETTI

BAHAN-BAHAN 
  • 1/2 packet spaghetti direbus, kemudian dicelur dgn garam & butter
  • 2 sudu besar minyak zaiton
  • 3 ulas bawang putih dipotong halus
  • 1/2 labu capsicum di potong dadu
  • chicken slice
  • sosej
  • cendawan butang di potong slice (nak takpe tak nak pun takpe)
  • Sedikit lada hitam (guna yang biji tak perlu ditumbuk)
  • 1 sudu oregano fleks (kena letak kalau tak bau tak macam aglio olio)
  • 1 sudu cili fleks 
  • garam dan lada sulah untuk perasa
  • 1 sudu teh pati ayam
CARA-CARA
Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan chicken slice dan sosej lepas tu masukkan lada hitam, capsicum dan cendawan butang tadi.
Akhir skali masuk kan spaghetti, garam, lada sulah, cili fleks atau cili padi, oregano fleks, dan kacau hingga rata.
Kalau spaghetti nampak kering boleh di gaul kan dengan minyak zaiton tak perlu risau minyak zaiton tiada kolestrol jadi boleh lah tuang kan di spaghetti supaya tak nmpak kering.

Resepi Makaroni Bakar Sedap dan Ringkas

Makaroni Bakar Sedap dan Ringkas
Makaroni Bakar Sedap dan Ringkas

Bahan-bahan
  • 250g makaroni-direbus
  • 1 biji bawang  besar-dicincang
  • 2 ulas bawang putih -dicincang 
  • 1sudu besar serbuk Kari
  • 1tin sos prego (kalau xde sos tomato/tomato puree pn boleh)
  • Sosej/isi ayam/ daging cincang/chicken slice
  • Cheese- mozzarella/ Parmesan / cheddar (nak guna cheese keping pun boleh) 
  • Kuah putih
  • 1 cawan susu cair
  • 1 susu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur
Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan besar sehingga layu
2. Masukkan serbuk kari,gaul rata.
3. Masukkan sosej/ayam/daging. Goreng sehingga masak
4. Masukkan makaroni yang siap direbus tadi.

Untuk kuah putih campur semua bahan sehingga sebati.
Masukkan makaroni ke dalam bekas yang bersesuaian.tuang kuah putih tadi dan taburkan cheese.
Bakar selama 20 minit suhu 180C

Resepi biskut cornflakes raya

biskut cornflakes raya
biskut cornflakes raya

Bahan-Bahan:
  • Cornflakes 1 kotak
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau mixed fruit
  • hirisan badam
  • paper cup, secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  • Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih. (tak ramas pun xpe)
  • Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  • Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri, mixed fruit dan hirisan badam
  • Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius. 
(jangan sampai hangus sudah) 

Resepi kacang goreng crispy spicy

 

kacang goreng crispy spicy
kacang goreng crispy spicy

3 bahan utama:
  • Kacang tanah ( basuh dan keringkan dulu ) 
  • telur sebiji
  • tepung bestari pedas
Cara-caranya:
  • Gaulkan kacang dengan telur hingga rata
  • Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata
  • Panaskan minyak
  • Goreng dalam minyak panas , api sederhana
  • Rajin-rajin kacau supaya masak sekata dan tak hangus
  • Angkat dan toskan minyak 
  • Wajib biarkan sejuk dulu, dan tos minyak supaya ranggup
  • Dah sejuk baru makan dan simpan dalam bekas kedap udara

***boleh tambah sdikit gula kalau nk rs manis-manis. Tepung ni da masin ye jgn tmbah garam dah..

Resepi Choc Chip Cookies

Choc Chip Cookies
Choc Chip Cookies

BAHAN A

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sdb susu cair/susu segar
  • (guna susu full cream(pun boleh) 2 sdb)
  • 1 biji telur
  • 1 sdk esen vanilla
  • Secubit garam

BAHAN B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sdk cream of tartar
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk berkarbonat soda
  • 2 cawan choc chip
  • (boleh juga guna 1 cawan choc chip + 1 cawan choc rice)
  • 1 cawan kekacang tak kira jenis apa pun

Cara-cara:

  • Pukul bahan A hingga sebati, jangan pukul lama (dalam 1 minit sahaja).
  • Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja.
  • Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang.
  • Adunan agak lembik, jarakkan sedikit semasa susun adunan. Bakar suhu 170c 20 minit

Resepi Biskut Tart Nenas

Biskut Tart Nenas
Biskut Tart Nenas 

Bahan-bahan :-

  • 250gm butter twin cow 
  • sedikit esen vanila
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • tepung gandum x kisah brand apa pun
  • 2 sudu besar tepung beras
Untuk sapu bahagian atas
  • 1 biji kuning telur

Paste nenas boleh beli di kedai bakery

Cara-cara :-

  • campurkan butter twin cow, esen vanila, susu pekat manis, putih telur, dan pukul / whisk kan sampai sebati 
  • masukkan tepung beras dalam adunan tadi, dan tuangkan tepung gandum sikit2 sambil uli hingga menjadi doh yang x melekat di tgn. 
  • Dah siap..  Boleh terap dengan acuan.
  • sukatan tepung gandum kena agak-agak sendiri sambil tuang sambil uli
Bakar suhu 180 masa 25min..  
(Mengikut suhu oven masing2 ye)

Biskut Tart Nenas Bunga

 

Biskut Tart Nenas Bunga
Biskut Tart Nenas Bunga

Bahan A

  • 125gm mentega
  • 80gm gula kaster
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B(di ayak)

  • 200gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • Jem nenas secukupnya - gentel bulat

Cara-cara :

1. Pukul bahan A hingga berkrim, Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan bunga pecah lima/enam dan masukkan ke dalam papercup.
3. Tekan sedikit di tengahnya membentuk lubang kecil. (Penekan hijau - fondant tools) Masukkan inti nenas di tengahnya dan hias mengikut mengikut suka.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu pada 140c selama 25-30 minit.

Resepi Nasi Arab

 

Nasi Arab
Nasi Arab

Bahan-bahan:

Beras Basmathi 2 cawan. Rendam dalam air dengan sedikit garam.

Seekor ayam dibelah dua. Ambil bahagian peha (2 peha). Rebus dahulu dengan rempah sup bunjut tu. Air rebusan simpan dalam 3 cawan untuk masak nasi nanti.

Bahan perapan ayam:
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • *Blenderkan semua bahan2 ni dengan sedikit air kemudian gaulkan dengan:
  • 1 sdk serbuk cili
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • 1 sdk yogurt
  • 1/2 sdk garam
  • 1/2 sdk serbuk kunyit
  • 1sdb madu (kalau takda, ganti dgn gula merah/putih)
Bahan masak nasi:
  • 1/2 biji bawang merah (besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
*blender semua bahan ni dengan sedikit air
  • 1/2 biji bawang merah (besar) dimayang
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 batang cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sdk serbuk jintan manis
  • 1 sdk serbuk jintan putih
  • 1 sdk serbuk ketumbar
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • 2 biji cili hijau
  • 2 sudu besar butter/marjerin untuk menumis
  • 1 sdb minyak masak
  • 1 genggam daun ketumbar dicincang
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning/oren

Cara menyediakan ayam:

Rebus ayam dengan rempah sup sehingga separuh masak. Kemudian perap ayam dengan bahan perapan yang telah disediakan. Perap selama 1/2 jam. Sebelum perap tu, cucuk2 dulu ayam yang dah direbus dengan garpu supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. Setelah diperap, boleh digoreng atau dibakar di dalam oven sehingga masak. Saya guna suhu 200°, bakar api atas bawah selama 30 minit.

Cara memasak nasi:

Toskan beras yang telah direndam dan ketepikan. Sukatan air untuk memasak nasi adalah...

1 cawan beras = 1 dan 1/4 cawan air ATAU

1 cawan beras = 1 dan 1/2 cawan air. Jangan lebih dari ni.

Tak kisahlah air tu nak campur dengan santan ataupun susu cair. Dalam resepi ni, Sis gunakan air rebusan ayam tadi.

Panaskan kuali. Masukkan butter/marjerin dan minyak. Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Bila dah wangi, masukkan bawang merah yang telah dimayang. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan bahan2 yang dikisar. Tumis lagi sehingga terbit minyak sikit dan kemudian masukkan tomato. Tumis lagi sampai tomato lembik sedikit kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul2 rata. Kalau sedikit kering, boleh tambah sedikit air. Gaul2 lagi dalam 3/5 minit sampai sebati dan wangi baunya. Kemudian masukkan cili hijau. Kacau2. Lepastu boleh masukkan air rebusan ayam mengikut nisbah beras yang kita pakai. Saya pakai 2 cawan beras basmathi. So air yang saya pakai adalah sebanyak 2 cawan air tambah lagi 1/2 cawan air. Gunakan air yang sama ye utk sukat beras dan air. Bila dah mendidih, tutup api.

Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan tuang air rebusan yang telah dimasak dengan bahan lain tadi ke dalam periuk nasi. Lepastu gaul2 sikit kasi rata. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. Lepastu tabur daun ketumbar dan masaklah nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak, titiskan sedikit pewarna kuning/oren ke dalam nasi. Kalau ada saffron, lagi bagus. Bila dah titis, tutup semula periuk nasi dan keep warm. Bila nak makan, baru gembur2kan nasi dengan garpu. Jangan kasar2 kalau tak nak nasinya patah.

Kalau tak nak masak dalam periuk nasi, nak masak atas api terus pun boleh. Tapi kena pandai2lah supaya air tak kering terlalu cepat dan beras masak. Lepas air rebusan mendidih tu, masukkan beras, kacau rata, bukak api besar sikit. Bila air dah hampir kering sikit, tutup periuk, api perlahankan. Supaya nasi masak. Boleh juga macam tu.

RESIPI SOTO YANG SEDAP

Soto
soto

Resipi Kuah Soto (resipi ni untuk 2 liter air/ 6 orang makan):

  • lengkuas 1 inci
  • halia 1 inci
  • bawang merah besar 4 biji (memang kalau banyak lagi sedap)
  • bawang putih 1 ulas
  • buah keras 1 biji
  • ****blend semua bahan di atas
  • Ayam potong besar sebab nak carik kan nanti
  • serai 2 batang (ketuk)
  • minyak untuk menumis
  • Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
  • Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
  • kiub ayam 1
  • akar daun sup (potong dan cuci bersih)
  • air 2 liter/ sejug
*atau kalau tak nak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto.Rempah soto je boleh dapat kan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata.

Cara masak:
  • tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.
  • masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.
  • masukkan ayam. Agak-agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.
  • masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti)
  • Siap!
Resipi Begedil kentang:
  • ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
  • lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan kan kemudian leperkan sedikit.
  • Telur 1 biji
  • lada sulah
  • garam secukup rasa

*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

*cara goreng begedil supaya tak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh sangat. Panas kan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tak garing/kekuningan. Dah garing baru balikkan ye. Kalau balikkan awal-awal memang pecah ler 

KHASIAT DAUN PEGAGA

 Manfaat Daun Pegaga

Perubatan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita. Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkatkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. 

Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. Bahkan juga, bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekaligus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit. Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.

Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya. Ia mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta mengelak masalah rambut yang lain.

Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. Lebih mengujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping meningkatkan peredaran darah..

5 JENIS IKAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK KORANG YANG MEMPUNYAI MASALAH GATAL

Gatal ekzema tak henti? “Angin” dan mental akibat refluks asid dan kembung?

Sakit kepala migrain tak kurang-kurang? Loya dan nak muntah, perut tak selesa? Bengkak sana-sini… Anda tengah berpantang lepas bersalin?

Berpantang ni bukan perkara sia-sia macam sesetengah orang fikirkan.

Memanglah lain individu lain reaksi.. tetapi bagi mereka yang alah, berpantang mungkin menyelamatkan nyawa, jiwa dan raga.

Contohnya lepas bersalin, orang tua-tua tak mengarut bila mereka kata kena pantang lepas bersalin.

Itu mengikut pemerhatian mereka terhadap reaksi makanan kepada badan.

Mengambil contoh :

Pemakanan tinggi peram, makanan ikan tertentu boleh menyebabkan luka mudah bengkak dan badan jadi sensitif.

Rahim juga lambat pemulihannya. Orang tua panggil BENTAN.

Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan:

Badan jadi SENSITIF, mudah radang bengkak secara teorinya.

Histamin berlebihan juga menyebabkan :- 

  • Pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut.
  • Emosi boleh terganggu. Kerisauan, fikir negatif banyak-banyak.
  • Badan jadi gatal dan ruam timbul.
  • Asid perut naik, perut jadi kembung, aktif dan berbunyi. 
  • Loya dan cirit birit.

Inilah 5 jenis ikan yang anda perlu elak :

1 . Ikan Kembung
2 . Ikan Tongkol
3 . Ikan cencaru
4 . Ikan bawak ( Hitam/Emas )
5 . Ikan pari 

PETUA 7 BAHAN SEMULAJADI PENGUBAT SAKIT GASTRIK

1. DAUN KUNYIT

Daun kunyit memiliki antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertahanan tubuh badan melawan sebarang penyakit. Caranya, tumbuk dengan lumat dan campurkan bersama segelas susu. Amalkan setiap hari hingga hilang sakit gastrik.

2. DAUN JAMBU BATU

Jangan ingatkan jambu batu hanya boleh dimakan buahnya saja. Daunnya juga mempunyai khasiat dan berfungsi sebagai penawar pelbagai penyakit.

Rebus daun jambu batu hingga mendidih. Tapis airnya dan minum.

3. HALIA

Mungkin ramai yang tahu, halia memang mujarab dalam melegakan perut kembung dan berangin. Selain itu, halia memang banyak sangat khasiatnya serta bersifat anti-kanser, seperti kunyit.

Kunyah halia selepas makan setiap hari. Tidak pun, campurkan hirisan halia dalam makanan. Anda juga boleh minum teh halia untuk atasi masalah gastrik.

4. SODA PENAIK

Eh, soda penaik ni bukan nak buat kek ke? Haa.. Jangan tak tahu, soda penaik pun boleh dijadikan penawar gastrik ye. Sodium bikarbonat yang terdapat dalam soda penaik ini bertindak sebagai antasid, lalu membantu meneutralkan asid dalam perut.

Caranya, campurkan ¼ sudu soda penaik ke dalam segelas air dan minum. Ia dapat melegakan sakit gastrik buat sementara waktu.

5. CUKA EPAL / ‘APPLE CIDER’

Masukkan dua sudu cuka epal dalam air suam dan biarkan seketika baru diminum. Ia akan segera mengatasi masalah gastrik yang dihidapi.

Seelok-eloknya, cari cuka epal yang asli dan tidak dicampur dengan bahan lain. Walaupun rasanya adalah sangat masam, namun ia amat baik untuk tubuh badan. Selain cuka epal, anda juga boleh mencuba cuka kurma.

6. KAYU MANIS

Kayu manis memang adalah rempah yang selalu kita gunakan dalam masakan seperti sup, kurma, dan kari. Rebus kayu manis hingga didih dan biarkan sejuk sebelum diminum. Cara lain, masukkan ½ sudu serbuk kayu manis dan madu dalam segelas susu suam dan minum.

Selain itu, anda juga boleh mencampurkannya ke dalam teh. Lebih beraroma!

7. BAWANG PUTIH

Bawang putih merupakan tanaman yang telah digunakan sejak zaman Mesir purba lagi. Ia mengandungi allicin, iaitu salah satu komponen biologi aktif yang paling utama berfungsi sebagai zat anti bakteria.

Untuk mendapatkan kesan paling maksimum, panggang dua ulas bawang putih. Buang kulitnya dan makan begitu sahaja. Jika tidak mampu makan begitu, rebus bawang putih bersama lada hitam beberapa minit dan biarkan sejuk. Minum dua kali sehari untuk hilangkan sakit gastrik.

JIKA SAKIT GASTRIK MASIH BERTERUSAN,

Jangan ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat doktor. Gastrik ringan boleh dirawat, namun sekiranya anda mengalami simptom yang terlalu membimbangkan, rujuklah pada yang pakar. Dikhuatiri akan membawa kepada penyakit lain.

Selain itu, fokus pada makanan dan jangan fikirkan atau melakukan perkara lain. Kunyah makanan sehingga betul-betul lumat kerana ia memberi banyak manfaat selain dapat mengelakkan daripada perut mudah terkena gastrik.

PETUA HILANGKAN DENGKUR

 Alhamdulillah.. saya sendiri dah cuba buat.. dalam 4 kali saja minum air ni.. dengkur hilang serta merta.. bahan-bahan hanya guna barang yang ada di dapur je.. tak susah pun nk cari.

Bahan-bahan :
  • Kunyit hidup
  • Madu 
  • Air suam

 Cara-caranya :
  • Air suam suku gelas rendamkan knyit hdup dlm segelas selama 5 minit.
  •  Campurkan madu satu sudu.
  • Minum sebelum tidur sehari hanya sekali saja.

Petua Menghilangkan Pedih Ulu Hati

 Petua menghilangkan pedih ulu hati cara tradisional, guna bahan yang senang didapati dirumah. Ini cuma sebahagian ikhtiar kita untuk hilangkan rasa sakit.

Petua 1: Ambil 1 camca teh soda bikarbonat campurkan dalam segelas air dan minum. Soda yang bersifat alkali dapat menaikan pH yang berasid.

Petua 2: Ambil 1 biji limau nipis. Baca surah al-Kauthar 3 atau 7 kali dan belah limau nipis itu. Sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada pada ulu hati di bahagian tengah dada.

Info Pedih Ulu Hati

Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati. Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi.

Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’. Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut.

Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya anda mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

PETUA MENGHARUMKAN ALMARI

 1. Cara yang paling mudah dan menjimatkan ialah dengan menggunakan kulit limau. Buat uncang daripada kain kain yang nipis atau kain kasa, dan isikan kulit limau. Untuk mencantikkan lagi, ikat uncang ini dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian. Tukarkan bila sudah hilang bau.

2. Letakkan beberapa helai daun pandan ke dalam almari tersebut. Tukarkan bila sudah hilang bau. Cara ini pon dikatakan dapat menghalau lipas

Resepi Apam Puteri Ayu

Apam Puteri Ayu
Apam Puteri Ayu 

Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecik ovelate
  • 2 cawan tepung gqndum
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 penutup esen pandan
  • 1 penutup pewarna hijau/kuning/merah
  • kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
Cara-Cara Menyediakan: 
  • Ayakkan tepung bersama baking powder
  • Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih. 
  • Masukkan santan selang seli dengan tepung.
  • Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
  • Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan. 
  • Tuang adunan tepung paras acuan. 
  • kukus 10-15 minit api besar

RESEPI AYAM MASAk THAI

 

AYAM MASAk THAI
AYAM MASAk THAI

Ayam yg di goreng dgn kunyit.

Bahan tumbuk:
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 ulas
Sedikit kunyit hidup
Cili padi (ikut nak pedas mana)

Bahan lain:
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 btg serai diketuk
3 helai daun limau purut
Garam dan gula

Cara-cara:
Tumiskan bahan tumbuk dgn serai hingga garing.
Masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram,sos tomato dan daun limau purut.
Masak hingga bawang betul² masak dan pekat.Tambah perasa dgn bawang holland yg di potong nipis...ok siap.

ILMU HUTAN yang perlu tahu jika nak masuk ke dalam hutan

1. LumutTaik Kera. 
Kalau kita jalan diwaktu malam terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, InsyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. 
Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera /lutong dan spesis yg sama
Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. 
kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. 
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. 
Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. 
Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. 
Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. 
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. 
Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5 petang. 
Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa-apa yg tak kena. - orang asli.

Masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni.)

1. Cari kanopi yg masih hijau. 
Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. 
Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurang 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar-besar.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. 
Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek 
(potong je pokok-pokok kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok-pokok, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dalam nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut.  Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot-kot binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Moga bermanfaat.

RESEPI DAGING DENDENG

 

DAGING DENDENG
DAGING DENDENG

  • 1/2 kg Daging - potong nipis

( Bahan A):
  • 1 labu bawang bsr
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • (Semua bahan nie di mayang halus)
(Bahan B)
  • 2 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • Kulit kayu manis & bunga lawang
  • 1 senduk cili blend
  • 1/2 cawan kicap kipas udg
  • Sedikit air asam jawa & air rebusan daging.
Cara-caranya:
  • Daging potong nipis kemudian rebus Dah lembut ambik anak lesung, tumbuk satu-satu hirisan daging...
  • Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar jangan terlalu lama nanti daging keras, taruh tepi.
  • Tumis bahan A sampai kekuningan @ garing kemudian angkat..
  • Guna minyak yang sama tadi tumis bahan B serai, bunga lawang & kulit kayu manis, dah wangi masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging masak sampai terbit minyak..masukkan kicap, air asam jawa daging, gula & garam kemudian masukkan Bahan A yang di goreng tadi..kacau

Resepi SOTONG GORENG TEPUNG ranggup sedap

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

Tepung ubi + tepung jagung + tepung bestari sikit.. 

Tak meletup-letup, tak makan minyak, rangup & elok kejadian..

Sukatan : 
1 cawan tepung ubi + 1 cawan tepung jagung + 2 sudu tepung bestari 
Telur sebiji 

Tepung tak payah bancuh..pecah telur gaul-gaul sotong, angkat terus golek-golekkan dalam tepung..minyak letak banyak, bagi betul-betul panas, api jangan kuat sangat

RESEPI SERI MUKA GULA MERAH

 

SERI MUKA GULA MERAH
SERI MUKA GULA MERAH 

Bahan-bahan lapisan bawah :
  • 1 1/2-2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair atau sederhana pekat
  • ( sukat ikut paras pulut )
  • 1 sudu teh garam
Cara-cara :
  • Cuci beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam
  • Sediakan loyang 7 inci,sapu sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang,alas dengan plastik
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi perlahan-lahan supaya rata dan kemas
  • Cakar-cakarkan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu,ketepikan
Bahan-bahan lapisan atas :
  • 200 gram gula merah
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara :
  • Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut,tapis dan ketepikan
  • Sediakan mangkuk,satukan semua bahan kecuali larutan gula merah,kacau rata dengan whisk hingga sebati
  • Kemudian tuangkan larutan gula merah tadi ke dalam adunan tepung,kacau rata
  • Pastikan adunan licin dan tiada tepung berketul-ketul
  • Masakkan adunan tadi di atas api sehingga naik wap sahaja
  • Tuang adunan ke atas lapisan pulut dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak
  • Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik
  • pastikan air kukusan betul-betul mendidih dan lap penutup kukusan setiap 5 minit sekali

Resepi Popia Sira Sambal

Popia Sira Sambal
Popia Sira Sambal

Bahan-bahan:
  • Kulit Popia

Untuk Inti:
  • 2 keping dada ayam cincang halus(optional je taknak letak pun takpe) 
  • 2 ulas bawang putih dadu2kan
  • Tauge
  • Kobis
  • Carrot 
  • Daun Bawang
  • *panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih&masukkan isi ayam
  • *masukkan sayur sayur dan perasakan gula garam
  • *gulung popia kemas kemas
  • *goreng popia hingga garing
Untuk Sambal:
  • 1 cawan cili kisar@cili giling
  • 1 cawan gula
  • Sedikit minyak
  • Secubit garam
  • Asam keping 1 keping
  • Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga garing dan masukkan gula&asam keping
  • Masak hingga sambal mendidih dan berbuih
  • Tutup api & tunggu hingga sambal sedikit suam dan masukkan popia yang digoreng dan gaul rata.
  • Tips untuk bagi popia rangup gulung popia ketat-ketat & kemas-kemas
  • Masak sambal hingga berbuih
  • Bila sambal dah suam-suam sejuk baru gaulkan popia

Resepi Sambal Daging Cili Api

Sambal daging cili api
Sambal daging cili api

Bahan-bahannya:

**Daging batang pinang di hiris nipis dan di gaul bersama serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng - ketepikan ( jangsn goreng terlalu lama nanti keras tak sedap)

Bahan kisar A
  • Cili api 15 - 20 ulas
  • Bawang putih 4-5 ulas
  • 1 biji bwg besar

Bahan B
  • 2" halia di hiris
  • 1sdb kicap pekat manis
  • 1sdb sos tiram
  • 2sdb sos tomato
  • 6-8sdb sos cili
  • Garam
  • Gula

Bahan C
  • Daging yg telah di goreng

Bahan D
  • Cili bsr merah dan hijau di hiris
  • 1 biji bwg besar di hiris
  • Kacang panjang

# tumis bahan A hingga pecah minyak, kemudian masukkan bahan B, masuk sambalnya hingga agak pekat dan naik minyak...kemudian masukkan daging kacau sebati agar bersalut bersama sambal dan akhir sekali masukkan bahan D.

Resepi Ikan pari bakar

 

Ikan pari bakar
Ikan pari bakar 

Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan pari sedang (potong 2)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 batang cili kering (buang biji dan rebus)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa
  • asam keping
  • daun limau purut (mayang halus)
  • daun kunyit (mayang halus) (buang urat tengah ye)
  • daun pisang
  • aluminium foil
Cara-caranya:
  • cuci bersih ikan pari
  • blend bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi
  • ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yg dah blend tadi sampai garing
  • masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa... masukkan daun limau purut dan daun kunyit..
  • okay... sambal dah siap...
  • ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang... ambil sambal letak sikit atas daun pisang... letak ikan pastu letak lagi sambal... pastu balut... last sekali bakar sampai ikan masak... guna oven boleh...guna kuali pemanggang ajaib pun boleh...
  • siap!!!

Resepi Ayam Popcorn Masak Butter

 

Ayam Popcorn Masak Butter
 Ayam Popcorn Masak Butter

Bahan-bahan:
  1. Buttercup
  2. Bawang besar
  3. Bawang putih
  4. Cili api
  5. Daun kari
  6. Susu segar @ susu cair
  7. Kepingan keju
  8. Ayam Popcorn
Cara masakan:
  1. Goreng ayam popcorn sehingga masak.
  2. Dalam kuali berasingan, cairkan Buttercup guna api kecil.
  3. Kemudian tumis bawang besar. Kacau sekejap.
  4. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan susu segar.
  6. Masukkan kepingan keju. Kacau rata.
  7. Bila agak-agak nak mendidih, masukkan ayam popcorn tadi.
  8. Siap untuk dihidang.

Resepi Puding karamel tanpa telur

 

Puding karamel tanpa telur
Puding karamel tanpa telur

Bahan A (karamel)
  • 3 sdb gula
  • 2 sdb air
  • Masak atas api kecik hingga perang n sejukkan..
Bahan B (puding)
  • 10g agar2 tali
  • 4 cwn air
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 sdk asen vanila
  • 2 sdb tepung kastad

Cara-caranya:-

Satukan semua bahan B kacau selalu bila adunan dah didih dah nampak sedikit pekat tutup api..
Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel td...sejukkan dlm 3-4 jam...ok siap.

RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM

KUIH KOCI PULUT HITAM
KUIH KOCI PULUT HITAM

Bahan-bahan kulit/doh pulut
• 250 g tepung pulut
• 1/2 cawan tepung pulut hitam ( kisar halus)

Bahan-bahan untuk santan pekat
• 2 sudu besar tepung gandum
• secubit garam
• 1 1/2 cawan air
• 1 cawan pati santan 
Semuanya dicampur & masak hingga pekat 
• Daun pisang dilayur atas api kecil

Bahan Inti:
• 1 biji kelapa parut ambil putih sahaja ( kelapa yg kulitnya masih hijau )
• 1 ketul gula Melaka / 1 cawan gula merah 
• 1 cawan gula pasir
• 2 helai daun pandan disimpul
• 1/2 cawan air
• 1 sudu tepung beras

CARA MEMASAK:
  • Potong gula melaka kecil / gula merah , masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  • Masak hingga gula hancur.
  • Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  • Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit campur sesudu tepung beras supaya senang gentel bulat2.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
  • Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  •  Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
  • Ambil sehelai daun pisang, letak doh pulut yang telah dimasukkan inti & tutup doh dengan sesudu santan pekat tadi. 
  • Kemudian lipat seperti biasa.
  • Bila siap susun dalam kukusan.Kukus selama 10-15minit.
Selamat Mencuba

Resepi Daging goreng sos tiram!

Daging goreng sos tiram
Daging goreng sos tiram

Bahan-bahan:

1. daging (potong nipis-nipis)
2. bawang holland
3. cili padi
4. bunga lawang
5. kayu manis
6. bawang putih
7. halia
8.kacang panjang/carrot 

cara-cara :

daging tu diperap dahulu dengan sos tiram, kicap manis, serbuk kunyit dan garam. Goreng dahulu daging hingga lembut dan garing kemudian masukkan semua bahan-bahan tadi. Siap!!! 

RESEPI MEE BANDUNG


mee bandung
mee bandung
Pes Mee Bandung
(Pes ni leh frozenkan, tahan lama)
  • Lada kering/Cili Boh 1 blender
  • Bawang putih (10 ulas)
  • Bawang besar (4 ke 5 biji)
  • 2 blender penuh udang geragau (rendam dulu)
  • Siap blender semua, tuang dalam periuk or kuali masak dengan api kecil sampai air kering utk dijadikan pes
  • Pes ni bole buat pes mee goreng
  • Goreng kacang tanah & blender kering + biskut lemak untuk pekatkan kuah
  • Rebus daging untuk dapatkan air rebusan..ni yang buat sedap mee bandung tu..
MEE BANDUNG
MEE BANDUNG
Cara-cara:
  • Tumis sambal tadi (2 sudu besar untuk sorang makan)
  • Masukkan air rebusan daging, agak2 dalam 2 senduk besar (untuk sorang makan), pecahkan telur.
  • Dah mendidih masukkan kacang, udang, sotong rendam dan daging
  • Masukkan mee, masukkan sawi & tomato & perasakan
  • Siap untuk di hidangkan..
Kredit Resepi : yusreena said yusz

Resepi Gulai ikan tongkol

Gulai ikan tongkol
Gulai ikan tongkol

Bahan-bahan:
  • 1ekor ikan tongkol sederhana besar potong ikut suka rebus dengan asam keping masuk garam gula secukup rasa. 
  • 1/2 kilo santan pekat
  • Bahan kisar
  • 10bji cili kering
  • 2biji bawang merah besar
  • 2ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • Cili merah hijau dan cili padi

Cara-cara:

Santan pekat tadi campur dgn 5 gelas air rebus hingga mendidih masukkan piring @ sudu dalam tu supaya tidak meruap. Simpan 1/2 gelas untuk kisar, bahan kisar tadi tak payah masuk air masa blend masuk santan nanti takut bergentel tak cantik kuahnya. Santan tadi dah mendidih naik minyak masuk bahan kisar kacau rata. Masuk garam gula secukup rasa.Biarkan dia mereneh. Masukkan ikan yang dah direbus bersama kuahnya sekali tadi biar dia mereneh hingga naik minyak dan berkilat. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama reneh makin cantik kuahnya.

Resepi udang goreng lada bersama ubi kentang

 

Udang goreng lada bersama ubi kentang
Udang goreng lada bersama ubi kentang

Bahan-bahan:
  • Udang setengah kilo
  • 2 biji ubi kentang ( goreng ketepikan)
  • lada hitam 1 sudu besar
  • halia 1 inci
  • Bawang kecik 3 biji
  • (tumbuk ya bahan di atas) 
  • gaul dengan udang masukkan sedikit serbuk kunyit 
  • sedikit garam..dengan gula
  • Seketul pati ayam knorr
  • Sebiji bawang besar
  • Cili padi 6 biji
  • Cili merah sebiji
  • Sedikit daun bawang
Cara-cara:
Goreng udang sampai garing, kemudian masukkan sedikit air asam jawa. Masak sampai kuah pekat , kemudian Masukkan , ubi kentang ,bawang besar , Cili padi , Cili merah dgn Daun bawang.

Siap boleh dihidangkan

Resepi "Char kuey teow" yang simple dan sedap

Char kuey teow
Char kuey teow

Bahan-bahan:
  • Kuey teow (cuci toskan) 
  • Cili kering & bawang besar (di blend) 
  • (Bahan-bahan tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram) 
  • Bawang putih ketok-ketok
  • Taugeh & kucai
  • Telor
  • Udang direbus (asingkan air)
  • Kerang (direbus) 
Cara-cara:
Panaskan kuali,masukkan minyak..(minyak lebih sikit ye,supaya masukkan telor nanti kuey teow tak terbantut) tumis bawang putih,masukkan udang,cili diblend 3 sudu besar,(1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat,) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau-kacau..masukkan air rebusan udang, pecahkan telor kacau-kacau sebatikan, masukkan kerang,kuey teow,taugeh & kucai siap..pastikan guna api yang besar ye..selamat mencuba

kalau ada cili jeruk lagi sedap 
resepi ni untuk setiap pinggan ye...
 

Resepi Samperit Cheese

Samperit Cheese
Samperit Cheese

Bahan-bahan:
  • 260g butter
  • 110g gula kastor
  • 160g tepung kastad
  • 40g tepung jagung
  • 240g tepung red rose
  • 1 biji kuning telur
  • Cheddar cheese
Cara-cara:
  1.  Pukul butter & gula hingga sebati - guna senduk.
  2.  Masukkan kuning telur dan kacau rata. 
  3.  Masukkan semua tepung uli sehingga menjadi doh lembut. 
  4.  Masukkan ke dalam acuan samperit kemudian tekan doh dan parut cheese ke atas biskut. 
  5.  Bakar suhu 150°C api atas bawah selama 20-25 min @ sehingga masak.

RESEPI MASH POTATO

mashed potato
mashed potato

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:
  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya:

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air        yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit        dengan api sederhana
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy):
  • 1 labu bawang besar (dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dadu)
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung gandum@ jagung
  • 2 kiub ayam
  • lada hitam dan sulah
  • 2 1/2 cawan air
Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.