Showing posts with label char koay teow. Show all posts
Showing posts with label char koay teow. Show all posts

RESEPI CHAR KUEW TEOW UDANG

CHAR KUEW TEOW UDANG
CHAR KUEW TEOW UDANG 

Bahan:
  • Minyak masak
Bahan sos(semua agak-agak tak ada sukatan)
  • Kicap pekat
  • Kicap lemak manis
  • Sos ikan/sos sotong
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
*Cili kering
*Sedikit belacan
*bawang besar
*bawang putih

Cara-cara buat sos:
  • Kisar semua bahan bertanda *
  • Tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan semua sos dan kacau hingga masak.
(Sos boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais.nak masak mee pun boleh guna sos ni.cepat dan senang kerja) .

Bahan-bahan lain:
  • Koew teow
  • Taugeh
  • Kucai
  • Udang (celur)
  • Kerang(rebus)
  • Telur
Cara-cara masak:
  • Tuang sos tadi tak perlu minyak dah.
  • Masukkan air udang terpulang nak banyak mana.
  • Biar mendidih kemudian.
  • Masukkan udang
  • Masukkan kerang
  • Masukkan koew teow
  • Masukkan taugeh
  • Masukkan kucai
  • Last sekali masukkan telur.
  • Kacau-kacau terus tutup api
  • Siap boleh terus makan.
*Udang tu celur dalam air mendidih..air udang simpan dan boleh guna kan masa goreng koew teow untuk bagi berkuah. 

Selamat mencuba ! 

Kredit resepi: sis Rozainy Zai

Zam Char Koay Teow, Sungai Petani - mesti mau try!

Zam Char Koay Teow, Sungai Petani
Zam Char Koay Teow, Sungai Petani

Zam Char Koay Teow, Sungai Petani
Zam Char Koay Teow, Sungai Petani
ZamChar Koay Teow ni terletak di Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah. Daripada review yang aku baca berkenaan dengan Zam Char Koay Teow ni, depa kata char koay teow kat sini padu. Sejauh mana skala kepaduan tu, aku kena try la makan dulu. Cari punya cari, jumpa jugak la Zam Char Koay Teow ni. Diorang masak dalam kedai, tapi pelanggan semua makan kat luar jer. Kita bersusun la meja-meja kat sebelah luar, ditepi jalan dan juga di atas koridor.
teh ais ni kira minuman peveret aku la
teh ais ni kira minuman peveret aku la๐Ÿ˜๐Ÿ˜

char koay teow
char koay teow๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

kasi hantam 2 pinggan char koay teow terus
kasi hantam 2 pinggan char koay teow terus๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

char koay teow, kuah padu
char koay teow, kuah padu๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช
Setelah aku makan char koay teow ni, memang level kepaduannya sangat extreme... Tak dapat menahan aku dari order sepinggan lagi๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ ..... menghirup kuah sampai ketitisan terakhir๐Ÿ˜…...licin pinggan aku kerjakan....aku rekomen la untuk korang try makan di sini. Memang berbaloi dan sedap.

Harga setakat aku datang ni, macam kat bawah ni. taktau nak kedepan akan naik lagi harga. Kalau dah nak korang boleh update latest harga kat ruangan komen.

senarai menu dan harga
senarai menu dan harga
Lepas makan boleh try minum kopi pulak di kafe kopi bunga yang bersebelahan je dengan Zam Char Koay Teow ni.

Jadi, kepada yang nak try sendiri char koay teow ni di Zam Char Koay Teow, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°37'25.4"N 100°28'39.8"E atau 5.623718, 100.477714

 

Makan Char Koay Teow di Lan Corner Char Koay Teow, Bertam Indah Pulau Pinang

 

Lan Corner Char Koay Teow, Bertam Indah
Lan Corner Char Koay Teow, Bertam Indah
Salah satu port untuk makan char koay teow di area Kepala Batas dan Bertam, Pulau Pinang, korang boleh layan di Lan Corner Char Koay Teow yang terletak di Bertam Indah. Simple je kedai ni, macam ala-ala warung jer. Menu utama di sini char koay teow la. Tapi ada juga dua tiga menu yang lain seperti koay teow kerang dan char maggie...boleh tengok menu seperti dibawah ni....
Menu Lan Corner Char Koay Teow
 Menu Lan Corner Char Koay Teow
Aku order char koay teow biasa 2 pinggan, besar 1 pinggan dan sepinggan koay teow kerang. Nak telur mata kena tambah seringgit.
Char Koay Teow biasa
Char Koay Teow biasa

Char Koay Teow besar
Char Koay Teow besar

Koay Teow kerang
Koay Teow kerang
Kalau korang nak try char koay teow di Lan Corner ni, korang boleh cari di Bertam Indah atau pun korang guna je gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°31'31.4"N 100°26'06.9"E atau 5.525383, 100.435250

Resepi Penang Char Kuey Teow

 

Char Kuey Teow
Char Kuey Teow

Bahan-Bahan :
Bahan untuk Pes :

  • 200 gm udang (guna 12 ekor udang size L)
  • 250ml air (masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis
*2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
*1 sudu kecil gula
*** Garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk Mee :
  • 300gm kuey teow ( untuk 3 pinggan, boleh guna yang halus tu)
  • 1 sudu besar cili boh
  • Kerang
  • Sedikit kucai & taugeh
  • 1 biji telur
Cara Membuat Pes :
1. Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.
2. Air rebusan jangan buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala.
3. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
4. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.
5. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.

Cara Menggoreng Mee :
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4sb paste tadi (guna 2 senduk kecil).
2. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
3. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

Resepi Char Kuey Tiaw Special

Char Kuey Tiaw Special
Char Kuey Tiaw Special

Bahan-bahan:
  • stok udang:- 400gm udang kertas
  • 1 labu bawang putih
  • 8 sb kicap manis
  • 8 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • 2 sb gula 
  • 2 sb cuka makan
  • 1 kiub bilis
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara buat stok udang:
  • rebus udang sekali dengan kepala sampai mendidih bersama 1.5 liter air.
  • Biarkan sejuk dan kisar semua bahan di atas bersama air rebusan tadi.
  • Dah siap semua kisar halus, tapis buang serdak-serdak udang tu. ok, siap bab stok udang char kuey tiaw nie... 
cara-cara buat char kuey tiaw: 
char kuey tiaw ni masak satu-satu baru sedap
  1. panas kan 1 1/2sudu besar minyak
  2. masukkan 1 ulas bawang putih yang diketuk
  3. masukkan udang
  4. masukkan 1 atau 2 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan)

agak-agak udang dah masak dan cili dah garing

      5. masukkan segenggam kuey tiaw
      6. masukkan 1 senduk stok udang (kalau nak kuah lebih boleh tambah lagi)
      7.bila dah mendidih pecahkan sebiji telur dan terus kacau
      8. masukkan daun kucai dan tauge
      9. kacau-kacau sebati dan siap
    10. nak special sikit pecahkan telur separuh masak dalam pinggan masa nak hidang tu..
    11. kena pulak dengan cili jeruk 

senang je.. nampak macam banyak step. tapi bila buat tak samapi 5-6 mnit pun sedap hidangan ni, dengan syarat masak guna api kuat.

Kredit resepi : tuan punya resepi

Resepi "Char kuey teow" yang simple dan sedap

Char kuey teow
Char kuey teow

Bahan-bahan:
  • Kuey teow (cuci toskan) 
  • Cili kering & bawang besar (di blend) 
  • (Bahan-bahan tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram) 
  • Bawang putih ketok-ketok
  • Taugeh & kucai
  • Telor
  • Udang direbus (asingkan air)
  • Kerang (direbus) 
Cara-cara:
Panaskan kuali,masukkan minyak..(minyak lebih sikit ye,supaya masukkan telor nanti kuey teow tak terbantut) tumis bawang putih,masukkan udang,cili diblend 3 sudu besar,(1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat,) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau-kacau..masukkan air rebusan udang, pecahkan telor kacau-kacau sebatikan, masukkan kerang,kuey teow,taugeh & kucai siap..pastikan guna api yang besar ye..selamat mencuba

kalau ada cili jeruk lagi sedap 
resepi ni untuk setiap pinggan ye...
 

Char Kuey Teow dimakan bersama Harimau Menangis, Permatang Tok Kandu, Pulau Pinang

 

Char Kuey Teow Harimau Menangis
Char Kuey Teow Harimau Menangis

Char Kuey Teow rare... jarang-jarang jumpa char kuey teow dimakan bersama daging harimau menangis. Bukan itu saja, tambah lagi kot ataih telur mata yang menjadikan menu char kuey teow harimau menangis ni menu utama di restoran 'CHAR KUEY TEOW HARIMAU MENANGIS' yang terletak di Permatang Tok Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis
Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis

Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis
Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis
Untuk sepinggan char kuey teow harimau menangis tu berharga RM18. Tapi kalau korang taknak daging harimau menangis tu, korang boleh je beli char kuey teow biasa sama ada bersaiz kecil atau besar. Untuk sepinggan char kuey teow yang kecil berharga RM5 manakala yang pinggan besar RM7.
Char Kuey Teow besar
Char Kuey Teow besar

Char Kuey Teow kecil
Char Kuey Teow kecil
Selain char kuey teow, ada juga menu-menu lain yang terdapat di restoran char kuey teow harimau menangis ni. Bukan semata-mata char kuey teow saja. Boleh rujuk dalam menu seperti di bawah ni.
menu 1 restoran char kuey teow harimau
menu 1 restoran char kuey teow harimau 

menu 2 restoran char kuey teow harimau
menu 2 restoran char kuey teow harimau 
Kepada peminat-peminat char kuey teow yang nak cuba makan di sini, boleh cari di Permatang Tok Kandu, Permatang Pauh berdekatan dengan simpang highway BKE. Korang juga boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah.
GPS koordinat : 5°23'43.3"N 100°25'03.7"E atau 5.395349, 100.417699


Along Char Koay Teow Parit Buntar, Perak.

Along Char Koay Teow, Parit Buntar Perak
Along Char Koay Teow, Parit Buntar Perak
Along Char koay Teow ni terletak di Kampung Kedah, Parit Buntar Perak. Walaupun nama Kampung Kedah, bukan di Kedah ek... Along Char Koay Teow ni memang famous la di sini. Ramai yang datang ke sini untuk nak cuba makan Along Char Koay Teow nih. Sampai nak kena tunggu meja kosang dulu, baru boleh dapat duduk.
Sebenarnya di sini yang aku perati, macam food court la... bukan char koay teow saja yang di jual...ada juga kiosk-kiosk lain. Tapi biasanya orang datang nak cari char koay teow laaaa...
Along Char Koay Teow

Along Char Koay Teow
Rasanya sedap... kuah pun sedap. Aku siap hirup kuah char koay teow tu... Nak habaq sedap! Selain tu, sementara nak tunggu char koay teow siap, layan dulu otak-otak dengan nasi lemak.
otak -otak
Oklah.... kepada yang nak datang ke sini, cari Kampung Kedah di Parit Buntar, Perak. Gerai agak ke dalam sikit dari jalan besar. Jika masih tak jumpa, aku sertakan di sini gps koordinat dah google map sebagai rujukan dan panduan korang.
Gps koordinat : 5°06'53.1"N 100°28'51.9"E atau 5.114748, 100.481069

Char Koay Teow depan CIMB, Kepala Batas Pulau Pinang

Char Koay Teow CIMB, Kepala Batas

Char Koay Teow CIMB, Kepala Batas
Peminat-peminat char koay teow boleh la mencuba makan char koay teow yang terletak di hadapan bank CIMB Kepala Batas dan bertentangan dengan bagunan Dato Kailan. Char koay teow ni mula beroperasi lewat petang hingga tengah malam. Selain char koay teow, boleh juga la nak mencuba satay dan nasi lemak bungkus.
Char koay teow

Char koay teow
satay daging dan ayam
Boleh la nak makan malam santai-santai di sini. Malam sejuk la sikit. Walaupun meja banyak, tapi kadang-kadang meja full sebab ramai orang datang. Kepada yang nak menuju ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°30'57.9"N 100°25'48.9"E atau 5.516084, 100.430258

Tu diaaaaa....char koay teow lobster di Debab Char Koay Teow Lobster, Bertam Kepala Batas

Debab Char Koay Teow Lobster, Bertam Kepala Batas
 Debab Char Koay Teow yang terletak di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang, rare sikit dari kedai char koay teow yang biasanya kita pergi makan. Cuba korang teka apa yang rare kat sini...? errmmmmm korang tak payah teka lah sebab dalam tajuk posting aku ni pun aku dah habaq kat korang hahahahha... Di Debab Char Koay Teow ni, selain udang biasa yang selalu kita makan dengan char koay teow, di sini ada kelainan sikit di mana diorang pakai lobster... haaaa apa macam? ko ado? 
dalam restoran Debab Char Koay Teow
Tapi bukan la semua char koay teow diorang main hentam campak lobster dalam tu. Upon request la.... Kalau taknak lobster, order yang biasa udah ler...yang lobster ni korang boleh pilih ikut saiz jugak la, bukan main tibai je apa-apa saiz, jenuh nak bayar nanti... Aku sebab tengok dah rare sangat ni, ada lobster nak plak dalam char koay teow.....of coz la nak try, tapi bajet tak berapa nak hado...jadi ambil lobster yang paling kecil la. Anak lobster apa fiorang kasi aku.. kuikuikui kui..... Selain tu, di sini jugak ada ketam lembut, nasi goreng udang.. rasa cam ada gak menu lain...korang boleh check menu list tu sendiri kalau korang datang sini.
char koay teow lobster (ni lobster saiz kecil sekali)

char koay teow biasa

ni selera minum aku, selera korang, korang pilih sendiri laaa

menu char koay teow ikut saiz lobster
Kepada yang nak menerai (try) makan char koay teow bersama lobster, boleh la datang ke restoran ni yang terletak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan jika korang nak cari tempat ni.
gps koordinat Debab Char Koay Teow Lobster : 5°31'00.8"N 100°27'03.3"E
atau 5.516892, 100.450927

Daging Bakaq Danok terbaik di Restoran Iwan Char Koay Teow, Bertam, Kepala Batas

Iwan Char Koay Teow, Bertam, Kepala Batas

Meja makan yang banyak di Iwan Char Koay Teow ni...
Iwan Char Koay Teow ni terletak di Pusat Bandar Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Kalau dari susur keluar tol Bertam, ambil kanan, jumpa simpang empat (ada bank rakyat) belok ke kanan. Korang akan jumpa nanti restoran Iwan Char Koay Teow ni.  Di sini sebenarnya bukan saja jual char koay teow, ada juga menu-menu lain yang menarik. Yang paling aku suka adalah Daging Bakaq Danok yang super duper osem. Sos cicah pun terbaik. Rasa macam makan daging harimau menangis yang juicy dan creamy..yumm yumm yummmm.... 
Lagi satu yang patut korang cuba adalah nasi goreng udang. Aku rasa diorang guna udang galah kot..namapak cam udang galah yang viral rm1 seekor tu... Udang besar banyak ekor jugak la untuk sepinggan nasi goreng udang tu. Selain tu of coz la korang kena cuba char koay teow diorang tu. Tapi tekak aku masih berselera untuk makan Daging Bakaq Danok tu... masing-masing punya selera kan..
Daging Bakaq Danok

nasi goreng udang

char koay teow
Selain tu, aku menambahkan lagi menu sebagai melayan selera lapar aku yang tengah menggila sekarang ni dengan nasi putih set keli dan juga mushroom soup.
nasi set keli goreng

mushroom soup

air bandung dan bandung cincau
Kepada yang berminat nak makan petang di Bertam Kepala Batas, boleh la datang ke Iwan Char Koay Teow ni. Buka petang hingga malam. Untuk memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk korang.
gps koordinat : 5°31'00.8"N 100°26'52.1"E   or     5.516875, 100.447806

Makan malam char koay teow di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang

Char Koay Teow Teluk Air Tawar
Teringin nak makan char koay teow? Aku rekomen kat korang Kedai char koay teow di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang. Jangan takut nak makan sebab depa kata teloq kami basuh. Taktau la basuh teloq yang mana satu...kui kui kui...
malam-malam meriah dengan orang ramai
Char koay teow ni sinonim la dengan atmosphere Pulau Pinang. Pendek kata, kalau dah sampai pulau pinang, selain nasi kandar, tak pekena char koay teow, tak lengkap la lawatan muhibah korang ke Pulau Pinang ni. Di char koay teow Teluk Air tawar ni,     gerai ni macam seolah-olah   kawasan medan selera.Tetapi menu utama adalah char koay teow.
Aku tak pasti ada berapa ramai yang berniaga char koat teow, yang aku pasti, aku duduk betul-betul depan kedai yang tulis Mail 07 Char Koay Teow. So char koay teow aku datang dari kedai Mail 07 ni. 
Macam biasa, korang boleh pilih sama ada nak pinggan besar or nak pinggan kecil, dan juga ada menu special char koay teow. Selain tu, kalau taknak makan char koay teow, boleh je korang order menu makanan yang lain, cuma lebih baik makan char koay teow yang dah memang specialist diorang ni.
Menu Mail 07 Char Koay Teow

galeri gambar selebriti yang pernah hadir ke Char Koay Teow Teluk Air Tawar ni
Ada satu sudut yang pamerkan geng-geng selebriti yang pernah datang ke tempat diorang. Ada juga keratan akhbar yang menunjukkan Char Koay Teow Teluk Air Tawar ni pernah mendapat liputan dari wartawan.
sedap bak hang char koay teow niiiii......

sepinggan char koay teow
Lokasi Char Koay Teow ni betul-betul dekat dengan traffic light simpang tiga di Teluk Air Tawar Butterworth Pulau Pinang. Jika korang tak biasa dengan kawasan ni, boleh la guna gps koordiant dan juga google map yang dah aku sediakan untuk korang.
gps koordiant Char Koay Teow Teluk Air Tawar : 5°29'14.4"N 100°23'00.9"E