Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Resepi sup kaki lembu

sup kaki lembu
sup kaki lembu

Penyediaan kaki lembu:
  • Bakar kaki lembu, kemudian kikis bahagian yang terbakar hangus. Proses ni makan masa. 
  • Bila dah bakar masak semua bahagian. Potong guna kapak. Kapak senang. Kalau pisau memang tak lut la.
  • Masukkan air dalam periuk. Masukkan halia yang dititik. Lepas tu rebus tulang dan daging yang dah dipotong. Api perlahan selama dua jam. Lagi lama lagi bagus.
  • Sambil tu sediakan rempah ratusnya.
Bahan bahan tumisan:
  • Rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga
  • bahan tumbuk/kisar pun boleh - bawang besar dua biji, bawang putih 5 biji, halia seinci, lada hitam sesudu (kalau suka pedas, lebih sikit takpe) Tumbuk lebih sedap. Tumbuk bawang putih, halia dengan lada hitam sampai lumat dulu. Lepas tu baru masuk bawang besar.
  • Tumis sampai pecah minyak dan berbau wangi.
  • Dah siap reneh tulang tu, masukkan bahan tumis ke dalam sup. Tambah garam secukup rasa. Nak lemak lagi letak gula. Kemudian tabur bawang goreng dengan daun sup. Saya suka juga tambah daun bawang.
  • Bawang goreng kalau nak wangi, buat sendiri
  • hiris bawang putih dengan bawang merah.
  • Makan dengan nasi letak sambal kicap 

Kredit resepi: Siti Zainon Jamin‎

RESEPI SUP TELUR

SUP TELUR
SUP TELUR

Bahan-bahan:
  • Telur
  • Isi dada ayam
  • Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)
  • Bawang putih
  • Bawang Merah
  • Halia (penting)
  • Cili
  • Limau kasturi
  • Garam
  • Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
  • Air
Cara:
  • Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.
  • Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.
  • Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.
  • Masukkan sayur.
  • Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.
  • Siap! Selamat mencuba.

RRSEPI SUP EKOR ALA THAI

SUP EKOR ALA THAI
SUP EKOR ALA THAI

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kilo ekor lembu
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu bawang besar
  • 15 tangkai cili padi }di belah dua
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji limau nipis
  • 3 biji tomato
CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. Kacau sampai garing dan masukkan
  • kicap sotong ,kemudian masukkan air dan ekor lembu. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.Setelah itu masukkan jus limau,daun limau
  • purut, dan bolehlah diangkat.

Resepi Sup Gear Box

Sup Gear Box
Sup Gear Box

Bahan:
  • Kaki lembu dipotong
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Perencah Sup serbuk
  • Rempah menumis
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
Cara-cara:
  • Kaki lembu direbus hingga empuk.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang. Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi.
  • Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa.

Resepi sup ketam

 

sup ketam
sup ketam 

Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ketam bunga.
  • 4 labu bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1.5 sm halia (dikisar)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 batang serai
  • Garam secukup rasa
  • Daun saderi
  • Air secukupnya
Cara membuatnya:
  • Bersihkan ketam dan tos
  • Tumis bahan dikisar hingga naik bau.
  • Masukkan air dan sup bunjut.
  • Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.

RESEPI SUP CENDAWAN

SUP CENDAWAN
SUP CENDAWAN

Bahan-bahan:
  • 500 gram cendawan
  • 1 biji bawang besar (bersaiz sederhana & dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • 200 gram isi ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk/ boleh digantikan dgn cili padi ikut kesukaan )
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 2 cawan air
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih dan lada hitam hingga kekuningan.
  • Masukkan ayam yg telah dipotong kecil-kecil dan kacau hingga separuh masak.
  • Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan kiub pati ayam dan seterusnya masukkan cendawan.
  • Letak garam dan perasakan mengikut citarasa anda.
  • Setelah cendawan layu, tutup api

Resepi sup bayam dengan cendawan

 

Sup bayam dengan cendawan
Sup bayam dengan cendawan

BAHAN-BAHAN:
  • 2 ikat sayur bayam
  • 150gm cendawan tiram
  • 1 genggam udang kering-direndam
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • air secukupnya untuk kuah sup
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  • Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.
  • Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
  • Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur
Kredit resepi: timah

Resepi sup tulang bawang goreng

Sup tulang bawang goreng
Sup tulang bawang goreng

Bahan:
  • 1 kg tulang
  • 5/6 biji kentang(belah ikut suka)
  • Rempah sup bunjut-1(akk guna adabi)
  • Sebiji bwng besar(belah dua n hiris)
  • 5 ulas bwng putih(ketuk n cincang)
  • 1 inci halia(ketuk)
  • 2 genggam bwng grng
  • 1 genggam daun sup/bwng(siap hiris)
  • 1sudu mkn serbuk lada hitam
  • Garam n perasa
Cara:
  • bersihkn tulang dan masukkan dalam periuk dengan air untuk merebus
  • masukkan rempah sup bunjut,bawang putih dan halia
  • setelah tulang separuh empuk..masukkan bawang hiris tadi dan kentang serta bawang goreng
  • setelah tulang betul empuk..masukkan pulak daun sup/bawang yang di hiris tadi..
  • masukkan lada hitam ,garam dan perasa
  • didihkan lagi dalam 10 min selepas masukkan lada hitam dan perasa supaya semuanya sebati...
  • Sebelum menghidang... Taburkan lagi bawang goreng Dan daun sup/daun bawang hiris
  • Siap!!!!
Selamat mencuba

resepi sup ayam kampung

Sup ayam kampung
Sup ayam kampung

Bahan-bahan:
  • Ayam
  • Halia
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Fish ball
  • Kentang
  • Perasa secukupnya
  • Cili hidup 5 biji*
Cara-cara:
  • Tumbuk bahan yang ditanda * kemudian di tumis dan masukkan halia sehingga naik bau dan masukkan air sedikit dan masukkan ayam biarkan dahulu dan masukkan kentang bersama fishball..
  • biarkan sehingga bahan empuk dan masukkan perisa garam dan ajinomoto..taraaaaa sedia di hidangkan... 

Resepi Sup Bebola Ikan dan Cendawan

 

Sup Bebola Ikan dan Cendawan
sup bebola ikan dan cendawan

Bahan-Bahan:
  • 400g cendawan tiram (dipotong kecil-kecil)
  • 10 bebola ikan (dibelah dua)
  • 3 ulas bawang merah- dicincang 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu udang kering (rendam & ditapis)
  • 1 cawan air
  • ¼ lada sulah
  • ¼ garam
Cara-Cara:
  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. 
  • Masukkan udang kering. Tumis hingga udang rangup.
  • Tambahkan air dan lada hitam. Cincang cendawan halus, cuci dan tos. Masukkan bebola ikan.
  • Kacau hingga cendawan dimasak. Rasa dan perisakan dengan garam.
  • Padamkan api.

Resepi Sup Ayam Pedas Masam

Sup Ayam Pedas Masam
Sup Ayam Pedas Masam

Bahan-Bahan:
  • Ayam - potong kecil
  • Kentang - potong baji/potong dadu.
  • Tomato - pootng 4
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Halia* (*mayang halus)
  • Serai 
  • Garam
  • Cili Padi
  • Limau nipis/kasturi
  • Daun sup / Daun bawang
Cara-Cara:
  • Isikan air secukupnya dalam periuk. Masukkan ayam, serai dan bahan-bahan yang telah dimayang . Reneh dengan api perlahan sehingga ayam lembut.
  • Masukkan pula kentang. Reneh lagi sehingga kentang empuk. Letak garam secukup rasa.Masukkan tomato, biar seketika. Padamkan api.
  • Ketika menghidang sup ni, bolehlah ketuk cili padi masukkan dalam mangkuk sup. Perahkan limau nipis/kasturi secukupnya.Hias dengan daun bawang/sup dan bawang goreng.
Kredit resepi: Shikin

Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur

Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur
Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur

Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur
Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur
Mesti korang pelik kan??😅..Sebenarnya ni restoran Sup Haji Abu or restoran Nasi Kandar Jamal Mohamed?....haaaaa...sebenarnya dua-dua tu adalah merujuk kepada restoran yang sama❗❗❗...Restoran ni beralamat di Lot G Floor, De King Boutique KLCC, No 160, Jln Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...Berkembar dengan De King Boutique Hotel KLCC....
De King Boutique Hotel KLCC
De King Boutique Hotel KLCC
Dari restoran ni, tak jauh pun jalan kaki ke menara berkembar KLCC. Di sini menu sup memang padu. Ada pelbagai jenis sup. Antaranya adalah sup ayam, sup ayam kampung, sup kambing, sup kambing, sup daging, sup perut, sup burung puyuh, sup lidah kambing, sup lidah lembu, sup ekor, sup tulang, sup kosong, sup tambah, sup urat, sup international, sup campur special dan sup campur pilihan... Aku cuba la nak makan sup perut...nak review semua sup tak boleh la..bajet tak cukup..kalau tokey bagi free boleh nak nak try semua sekali sup tu😂😂😂😂😂

Daripada menu sup perut yang aku makan tu, dapat aku buat kesimpulan, sup Abu ni memang padu..kemudian cicah dengan roti bengali menanbahkan kesyahduan sup tu😋😋😋

sejarah Sup Haji Abu, korang baca la sendiri kat sini
sejarah Sup Haji Abu, korang baca la sendiri kat sini😁😁😁

stesen Sup Haji Abu
stesen Sup Haji Abu

ni la sup perut yang aku makan bersama roti bengali
ni la sup perut yang aku makan bersama roti bengali😋😋😍
Selain Sup haji Abu ni, Korang boleh juga nak makan nasi kandar Jamal Mohamed ni..Jenama Nasi Kandar Jamal Mohamed ni memang famous kat Penang terutamanya bila diorang buka gerai bawah pokok ketapang...Aku pernah makan kat sini..boleh tengok dalam posting aku yang lepas...
boleh makan nasi kandar di sini
boleh makan nasi kandar di sini
Korang juga boleh makan roti canai dan juga makanan goreng-goreng. Aku order gak la mee goreng, megi goreng, roti canai dan juga nasi lemak...Menu-menu lain, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni....
nasi lemak
nasi lemak

menu air
menu air

menu makanan
menu makanan

mee goreng
mee goreng

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

roti canai (bawang)
roti canai (bawang)

roti bom
roti bom
Kalau ke Kuala Lumpur, tengah jalan-jalan di KLCC, boleh la datang makan di sini, dari KLCC tak jauh pun..jalan kaki jer...aku pun jalan kaki jer ke KLCC...
Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed
Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed
GPS koordinat dan google map Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed ni boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.1596929130874902, 101.71481633031635

Sup Ayam

Sup Ayam
Sup Ayam

Bahan-bahan:
  • 500 gm ayam di potong kecil-kecil
  • 1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
  • 2 biji kentang di potong baji
  • 1 biji tomato belah 4
  • daun sup dan daun bawang di mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
Cara masak sup ayam:
  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
  • Lepas tu masukkan ayam dan tunggu sekejap
  • Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
  • Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk
  • Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang. 

RESIPI SOTO YANG SEDAP

Soto
soto

Resipi Kuah Soto (resipi ni untuk 2 liter air/ 6 orang makan):

  • lengkuas 1 inci
  • halia 1 inci
  • bawang merah besar 4 biji (memang kalau banyak lagi sedap)
  • bawang putih 1 ulas
  • buah keras 1 biji
  • ****blend semua bahan di atas
  • Ayam potong besar sebab nak carik kan nanti
  • serai 2 batang (ketuk)
  • minyak untuk menumis
  • Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
  • Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
  • kiub ayam 1
  • akar daun sup (potong dan cuci bersih)
  • air 2 liter/ sejug
*atau kalau tak nak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto.Rempah soto je boleh dapat kan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata.

Cara masak:
  • tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.
  • masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.
  • masukkan ayam. Agak-agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.
  • masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti)
  • Siap!
Resipi Begedil kentang:
  • ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
  • lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan kan kemudian leperkan sedikit.
  • Telur 1 biji
  • lada sulah
  • garam secukup rasa

*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

*cara goreng begedil supaya tak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh sangat. Panas kan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tak garing/kekuningan. Dah garing baru balikkan ye. Kalau balikkan awal-awal memang pecah ler 

Resepi sup tulang ala siam

 

  • 1 kilo tulang lembu
  • 2 biji bawang merah*
  • 4biji bawang putih*
  • Halia *
  • 2 biji buah keras*
  • 2 biji bawang besar potong mayang
  • 2 sup bunjut tulang
  • 2 sudu besar rempah sup 
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 biij tomato saiz besar*
  • 2 biij tomato saiz besar untuk hiasan
  • Cili padi
  • Daun sup dan bawang
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi untuk hiasan

Cara-caranya:-

Tumbuk bahan yang bertanda *. 
Tumis dalam periuk bahan yang ditumbuk dan bahan yang lain kecuali tulang, cuka, daun sup/bawang dan limau. 
Campurkan sedikit air dan tumis sehingga naik minyak dan bau..
Masukkan tulang, cuka da bahan yang lain masak hingga empuk. Kalau pressure cooker kejap je dalam 45min dah empuk.. 
Tp kalau dapur biasa lebih kurang dalam 2-3 jam..
Dah empuk masukkan tomato dan tutup api. Jangan lupa garam dan bahan perasa Hiaskan bersama daun sup/bawang, baanwg goreng dan cili
Sedia dihidang bersama sambal kicap dan nasi panas..

#9 Menu Lunch

Asyik menu yang guna rempah2 dan pedas2...ini kali aku nak try sup ikan merah. Sedap kalau makan ngan nasi panas2. banyak kan menu yg kita boleh makan untuk jaga kesihatan nih. 

Aku baru dapat tau kalau lepas makan better minum air lepas 30 minit. reasonnya supaya enzim pencernaan kita tak cair. selebihnya aku tak tau la pulak macammana prosesnya..kena gali lagi la ilmu. kita selalu buat sambil makan sambil minum air..tak berapa bagus la cara camtu. lepas ni boleh la try ye..

Nasi Ayam Zakaria Permatang Pauh

Terdapat pilihan untuk yang memang nak merasai keenakkan nasi ayam. Sebelum ni aku dah pernah cerita pasai TAT nasi ayam dan maksu nasi ayam seberang jaya . Mungkin korang boleh cuba gak la kat sini. Sedap gak la nasi ayam kat sini..Selain itu korang boleh try juga mihun sup, moi sup dan koew teow sup sebagai menu tambahan.
kedai nasi ayam Zakaria

view dalam kedai nasi ayam Zakaria
Kedai makan ni terletak kat Kawasan Permatang Pauh (Pulau Pinang)..Kalau korang dari Highway BKE, exit permatang pauh (Sekolah Kebangsaan To' Kandu), ambil kanan....dalam 100 meter ke depan, korang akan nampak kedai ni belah kanan. (boleh refer gps koordinat dan google map kat bawah)
Walaupun kedai ni nampak biasa jer, tapi resepi nasi ayam turun temurun yang diwarisi oleh keluarga Zakaria ni sangat sedap...cuma aku nak bagi cadangan sikit la kat owner, buat la sikit renovation bagi nampak cantik kedai ni...bukannya apa....biar la kesedapan makanan selari dengan suasana kedai...baru ummmph....
nasi dan sup

ayam terbaik dengan sos kicap dan sos cili
GPS koordinat:  5°23'57.1"N 100°25'02.1"E

 google map nasi ayam zakaria