RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM

KUIH KOCI PULUT HITAM
KUIH KOCI PULUT HITAM

Bahan-bahan kulit/doh pulut
• 250 g tepung pulut
• 1/2 cawan tepung pulut hitam ( kisar halus)

Bahan-bahan untuk santan pekat
• 2 sudu besar tepung gandum
• secubit garam
• 1 1/2 cawan air
• 1 cawan pati santan 
Semuanya dicampur & masak hingga pekat 
• Daun pisang dilayur atas api kecil

Bahan Inti:
• 1 biji kelapa parut ambil putih sahaja ( kelapa yg kulitnya masih hijau )
• 1 ketul gula Melaka / 1 cawan gula merah 
• 1 cawan gula pasir
• 2 helai daun pandan disimpul
• 1/2 cawan air
• 1 sudu tepung beras

CARA MEMASAK:
  • Potong gula melaka kecil / gula merah , masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  • Masak hingga gula hancur.
  • Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  • Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit campur sesudu tepung beras supaya senang gentel bulat2.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
  • Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  •  Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
  • Ambil sehelai daun pisang, letak doh pulut yang telah dimasukkan inti & tutup doh dengan sesudu santan pekat tadi. 
  • Kemudian lipat seperti biasa.
  • Bila siap susun dalam kukusan.Kukus selama 10-15minit.
Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment