Resepi Blueberry Crepe

 

Blueberry Crepe
Blueberry Crepe

Bahan-bahan :

Bahan-bahan- Adunan Crepes
  • 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
  • 4 sudu besar rata tepung kastard
  • 4 sudu besar rata tepung jagung
  • 2 sudu besar rata tepung ubi
  • 3 biji telur-di kocok2 je
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna purple- optional
Cara-cara
  • Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  • Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  • Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  • Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  • Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
  • Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  • Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan untuk Inti
  • 1 cawan non dairy whip cream
  • Blueberry filling secukupnya
Caranya.
  • Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
  • Masukkan dalam bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.
Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
  • Blueberry filling- secukupnya~ s
  • Letakkan sekeping crepe
  • Letakkan non dairay whip cream di atasnya
  • Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
  • Tutup kembali denga non dairy whip cream
  • Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
  • Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

No comments:

Post a Comment