Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Resepi Sambal Goreng Tempe dengan Telur Puyuh

Sambal Goreng Tempe dengan Telur Puyuh
Sambal Goreng Tempe dengan Telur Puyuh

Bahan-bahan
Bahan:
  • 200 gram Tempe , potong kotak
  • 20 biji telur puyuh, rebus, kupas kulitnya
  • 500 cc santan dari ½ butir kelapa
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 ruas lengkuas, memarkan
  • 10 biji cil padi
  • 2 biji cili merah besar iris serong
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu makan gula merah
Bahan Kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
Cara membuat:
  • Tumis bahan kisar sampai wangi, tambahkan daun salam, daun limau, lengkuas.
  • Aduk, tambahkan tempe, cili padi, aduk-aduk.
  • Masukkan santan, telur puyuh dan semua sisa bahan, masak sampai santan memekat.
Catatan: tempe dapat diganti tahu atau dapat menggunakan kedua-duanya.

RESEPI SAMBAL KERING KENTANG CRISPY

SAMBAL KERING KENTANG CRISPY
SAMBAL KERING KENTANG CRISPY

Bahan-bahan:
  • 2 biji kentang
  • 6 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 sudu gula
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara:
  • Kentang dikupas kulit dan dipotong nipis. Kemudian di lumur dengan garam dan goreng garing (sebelum tu saya rendam kejap dengan air kapur, tak buat pun takpe).
  • Tumis bawang dan cili kisar sampai nampak sedikit garing. Masukkan garam dan gula, biar sampai pekat dan berkilat.
  • Matikan api dan biarkan sambal tumis sejuk sedikit baru masukkan kentang goreng. Gaul rata hingga semua kentang disaluti cili.

RESEPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS

 

SAMBAL KENTANG IKAN BILIS
SAMBAL KENTANG IKAN BILIS

Bahan-bahan:
  • Ikan bilis - dibasuh bersih dan di goreng garing
  • 1 biji bawang besar - potong bulat
  • Cili merah atau cili hidup - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • Kentang - dipotong dan di goreng
Cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, gaul rata.
  • Masukkan bahan yang dah di goreng tadi, ikan bilis dan kentang serta bawang, gaul rata siap.

Resepi Sambal Belacan (anggaran untuk 30 orang makan)

sambal belacan
sambal belacan

BAHAN-BAHAN:
  • Cili Merah Besar 20 biji
  • Cili Api Merah 20 biji
  • Cili Api Hijau 20 biji
(Yang tak kuat pedas, kurangkan cili api. Lebihkan cili besar merah)
  • Tomato 3 biji
  • Belacan tanjung dawai/belacan tu guna separuh tau/bakar
  • Garam sikit je tau
  • Ajinomoto sikit
  • Gula 3 sudu makan (agak-agak je)
  • Air limau kasturi dalam 10 biji
  • Air asam jawa (pati sahaja)
CARA-CARA:
  • Blender semua bahan-bahan guna pati air asam jawa + perahan air limau sahaja (Tak guna air kosong). 
  • Tak digoreng ye.
Kredit resepi: Suriani Mohd (MAHN) 

RESEPI LONTONG SAMBAL

lontong sambal
lontong sambal

Bahan-bahan kuah lemak lontong:
  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang carrot - potong panjang
  • 9 batang kacang panjang
  • 1 ikat soo hoon 
  • 1 keping fucuk - potong panjang
  • 1 keping tempe - potong dadu dan goreng dahulu
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 cawan udang hidup 
  • 1/2 biji kelapa parut 
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit
Bahan kisar :
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering
Cara-cara:
  • Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya. 
  • Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
  • Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
  • Masukkan kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.
  • Last sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa

Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang

Sambal Ikan Bilis Kentang
Sambal Ikan Bilis Kentang 

Bahan-Bahan:
  • 3 biji kentang
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasa
  • sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Cara Penyediaan:
  • Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas.
  • Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
  • Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
  • Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikitkering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.

Sambal bilis belimbing buluh

Sambal bilis belimbing buluh
Sambal bilis belimbing buluh

Bahan:
  • Ikan bilis*
  • Cili merah & cili padi* - ejas la nak pedas camner
  • Bawang merah*
  • Belacan* (optional)
  • Belimbing buluh
  • Petai
  • Garam
  • Gula

cara-cara:
  • Tumbuk bahan * ikut suka nak kasar @ halus
  • Belimbing buluh - hiris bulat2, klau suka masam boleh lebihkan..
  • Petai - hiris-hiris je (optional)
  • Tumis bahan tumbuk, campak ler belimbing & petai.
  • Tumis sampai garing & pecah minyak, perasakan garam & gula, siap!

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

SAMBAL HITAM PAHANG
SAMBAL HITAM PAHANG

Bahan-bahan :
  • ½ cawan belimbing buluh rebus (cara-cara merebus di bwh)
  • ½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  • 6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis)
  • 5 tbsp kicap manis atau secukup rasa
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak
Cara-cara :
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing-masing.  
Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak-banyak & simpan stok.
Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan reneh dengan api yang kecil. Biar sehingga belimbing keluarkan jusnya sendiri & kecut.  
Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. 
PESANAN: 
Jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni, memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul-betul kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
PESANAN KEDUA: 
Guna periuk yang buruk-buruk je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. Kebiasaannya orang guna tin untuk rebus belimbing ni.

2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3. Panaskan minyak & tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga). Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. 
Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. @ boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan.

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.

Selamat mencuba.

Kredit resepi:resepicampakcampak

PETUA SAMBAL BELACAN

SAMBAL BELACAN
SAMBAL BELACAN

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma

Tips2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam, petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3
Limau kasturi yang dikisar bersama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Tips 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Cara buat ikut urutan:
(kisar kasar bahan-bahan)

1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam

SAMBAL KACANG IKAN BILIS

SAMBAL KACANG IKAN BILIS
SAMBAL KACANG IKAN BILIS

Walaupun simple, tapi sedap untuk di makan dengan nasi panas-panas......

Bahan-bahan:
  • 500gram kacang (goreng garing)
  • 100gram ikan bilis (goreng garing)
  • Blend halus
  • Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji)
  • Bawang merah kecil 5 biji
  • Bawang putih 2 biji
Cara Penyediaan :
Tumis semua bahan blend dengan minyak yg banyak sampai naik minyak, masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dpt kilat dan manis pedas. Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.

Kredit : ‎Ainn Mustafar

Resepi sambal ikan tongkol daun kunyit

 

sambal ikan tongkol daun kunyit
sambal ikan tongkol daun kunyit

Bahan-bahan:
  • ikan tongkol digoreng dulu
  • 2senduk cili kering yang diblend bersama bawang besar
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • sedkit halia dihiris
  • 2 batang serai diketuk
  • 3 keping asam keping(asam jawa pn boleh)
  • 2 helai daun kunyit dihiris kasar
  • 2 biji bawang besar dipotong bulat..gula garam secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan minyak..tumiskan bawang,halia dan serai..bila dah agak layu masukkan cili kisar..
masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping..tambahkan air..bila dah mendidih masukkan gula garam dan secukup rasa..masukkan ikan..kacau perlahan..last masukkan bawang yang dipotong bulat dan daun daun kunyit...biar sekejap..angkat dan hidangkan..

Resepi Popia Sira Sambal

Popia Sira Sambal
Popia Sira Sambal

Bahan-bahan:
  • Kulit Popia

Untuk Inti:
  • 2 keping dada ayam cincang halus(optional je taknak letak pun takpe) 
  • 2 ulas bawang putih dadu2kan
  • Tauge
  • Kobis
  • Carrot 
  • Daun Bawang
  • *panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih&masukkan isi ayam
  • *masukkan sayur sayur dan perasakan gula garam
  • *gulung popia kemas kemas
  • *goreng popia hingga garing
Untuk Sambal:
  • 1 cawan cili kisar@cili giling
  • 1 cawan gula
  • Sedikit minyak
  • Secubit garam
  • Asam keping 1 keping
  • Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga garing dan masukkan gula&asam keping
  • Masak hingga sambal mendidih dan berbuih
  • Tutup api & tunggu hingga sambal sedikit suam dan masukkan popia yang digoreng dan gaul rata.
  • Tips untuk bagi popia rangup gulung popia ketat-ketat & kemas-kemas
  • Masak sambal hingga berbuih
  • Bila sambal dah suam-suam sejuk baru gaulkan popia