RESEPI PISANG GORENG CHEESE

PISANG GORENG CHEESE
PISANG GORENG CHEESE

Pisang Goreng:
  • Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 5 sudu besar santan
  • sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
  • secubit garam
  • 1 sudu besar margerin
  • 1 biji telur 
cara-cara:
  • Cairkan mentega
  • Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
  • Kacau rata
  • Tuangkan margerin cair
  • Kacau sebati
  • Masukkan pisang
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Goreng pisang hingga kuning keemasan
  • Angkat dan toskan minyaknya
Bahan Sos dan Topping:
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Keju Cheedar ~ di sagat halus
  • Choc Rise atau parutan coklat masakan
cara-cara:
  • Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
  • Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
  • Kacau rata
  • Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
  • Gaul rata
  • Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
  • Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
  • Enak di makan ketika masih panas-panas.
Kredit resepi: Fiza

Resepi Talam Ubi Kayu

 

Talam Ubi Kayu
Talam Ubi Kayu

Bahan-bahan: (Saiz loyang 30cm)
  • 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya (anggaran 2kg ubi kayu)
  • 1 1/2 cawan air gula merah (1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan cair
Bahagian Atas:
  • 4 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
  • 2 sudu kecil garam (sudu kfc)
  • 1 1/2 cawan tepong gandum
Cara-cara:
  • Panaskan kukusan.
  • Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dgn menggunakan tuala bersih.
  • Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan gula pasir. Gaul sebati.
  • Kukus sehingga masak.
  • Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.
  • Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan pecah-pecah. Guna pemukul telor tangan aje..
  • Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama 30 minit.
  • Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan tisu..biarkan sebentar dan tutup api..
  • Sejukan..sedia untuk di makan..

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

 

DAGING BLACK PEPPER
DAGING BLACK PEPPER

Untuk 4 - 5 org makan

Bahan-bahannya:
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
Cara-caranya:
  • Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  • Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  • Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  • Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  • Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI PARI BAKAR PEDAS

PARI BAKAR PEDAS
PARI BAKAR PEDAS

Bahan-bahan:
Ikan Bakar:
15 btg cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cm belacan
1 biji tomato
Kisar semua bahan hingga halus
1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut ngan asam jawa tanpa air. Ada orang rendam 5 minit dalam air kapur utk hilangkan hancing.
Bila hendak guna ikan pari dicuci bersih
beberapa helai daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi
( utk perah atas ikan )
Daun ketumbar ( racik kasar )
Garam

Bahan Pencicah (Sambal Kicap): 
Cili padi 5-10 tangkai – Ikut selera
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
1 sudu gula merah
Garam secukuprasa
Serbuk Perasa – Jika suka
Sedikit jus limau

Cara Membuat:
Ikan Bakar:
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata jangan sampai hangus.
Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
Alas daun pisang diatas alat pembakar. Letak sedikit sambal kemudian letak ikan. tutup ikan dengan sambal skali lagi. Bakar ikan hingga masak.
Perahkan limau dan taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan. Sedap dicicah dengan sambal kicap.

Sambal Kicap:
Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan.
Tumbuk cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah, garam dan perasa. Bila sudah siap ditumbuk, bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau. Sedia untuk dihidang.

Resepi sup kaki lembu

sup kaki lembu
sup kaki lembu

Penyediaan kaki lembu:
  • Bakar kaki lembu, kemudian kikis bahagian yang terbakar hangus. Proses ni makan masa. 
  • Bila dah bakar masak semua bahagian. Potong guna kapak. Kapak senang. Kalau pisau memang tak lut la.
  • Masukkan air dalam periuk. Masukkan halia yang dititik. Lepas tu rebus tulang dan daging yang dah dipotong. Api perlahan selama dua jam. Lagi lama lagi bagus.
  • Sambil tu sediakan rempah ratusnya.
Bahan bahan tumisan:
  • Rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga
  • bahan tumbuk/kisar pun boleh - bawang besar dua biji, bawang putih 5 biji, halia seinci, lada hitam sesudu (kalau suka pedas, lebih sikit takpe) Tumbuk lebih sedap. Tumbuk bawang putih, halia dengan lada hitam sampai lumat dulu. Lepas tu baru masuk bawang besar.
  • Tumis sampai pecah minyak dan berbau wangi.
  • Dah siap reneh tulang tu, masukkan bahan tumis ke dalam sup. Tambah garam secukup rasa. Nak lemak lagi letak gula. Kemudian tabur bawang goreng dengan daun sup. Saya suka juga tambah daun bawang.
  • Bawang goreng kalau nak wangi, buat sendiri
  • hiris bawang putih dengan bawang merah.
  • Makan dengan nasi letak sambal kicap 

Kredit resepi: Siti Zainon Jamin‎

Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah
Ayam Goreng Berempah

Bahan buat ayam goreng berempah:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • serbuk cili
  • garam
  • beberapa helai daun limau purut yang diracik halus
  • minyak untuk menggoreng
Bahan kisar halus:
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
Bahan kisar kasar:
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit
  • 2 batang serai
Cara buat ayam goreng berempah:
  • Basuh ayam dengan air bersih dan potong kecil. Toskan.Masukkan ayam dan semua bahan kisar (halus dan kasar) bersama bahan lain dalam mangkuk besar.
  • Gaul campuran ayam dan bahan kisar tadi sampai rata dan rempah ratus sampai menyaluti ayam.Perap dulu selama 1 jam sebelum digoreng biar sedap. 
  • Kalau perap lama dikit pun makin best.Bila nak makan, goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Bila sudah garing bawahnya, jangan lupa dibalikan supaya ianya masak rata.
  • Angkat dan toskan ayam goreng tadi. Angkat sekali-kali rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tak diangkat, nanti rempah jadi hangit dan pahit.
  • Teruskan menggoreng hingga ayam habis.Ayam sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas. 

RESEPI NASI GORENG CINA

NASI GORENG CINA
NASI GORENG CINA

Bahan bahan:
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 - 2 sudu besar mentega
  • Minyak masak
  • Minyak bijan
  • 3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
  • 4 ulas bawang merah - hiris
  • Isi ayam - potong kecil
  • Udang secukupnya
  • 1 sudu besar lada sulah - tumbuk
  • 2 biji telur
Bahan Sayuran:
  • Karot - potong dadu
  • Cili padi - hiris
  • Sayur kubis - hiris panjang
  • Daun bawang - hiris halus
Cara cara:
  • Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
  • Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
  • Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
  • Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.
  • Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Apam

 

Apam
Apam 

Bahan:
  • 1kg tepung
  • gula ikut manis sbb pakai agak je..hihi(manis yang buat sedap)
  • mauripan 1 paket
  • air ikut pekat macam kita bancuh apam tu
Cara-caranya:
  • bancuh ke semua bahan macam kita buat apam tu biarkn kembang
  • kemudian dah kembang panaskan minyak sedikit dalam kuali dan letak kan bancuhan yang kita buat tadi dalam 3 senduk gulai tu (sebab tu apam gebu)..buat macam masak lempeng kelapa tu...biarkn garing baru terbalik kan..pastikan tutup ye kuali tu
  • pastikan api yang paling slow kita guna .kalau api besar nanti hangus tak sedap..
  • dah garing atas dan bawah boleh angkat dan hidangkan..
  • biasa kalau banyak lebih bahan tu saya buat apam kukus..sebab cara buat apam lempeng dan apam kukus sama je..bezanye masak dalam kuali..selamat mencuba
Kredit resepi: norafizah jani via masak apa hari ni

RESEPI AYAM MASAK MADU

AYAM MASAK MADU
AYAM MASAK MADU

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam
  • 4-5 biji bawang merah kecil – hiris
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 3-4 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • Rempah 4 sekawan
  • Sos cili secukupnya
  • 1/2 tin sup tomato
  • 5 sudu makan madu
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
BAHAN KISAR:
  • Cili kering secukupnya
  • 3 biji bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • Lengkuas sebesar ibu jari
CARA MEMASAK:
  • Bersihkan ayam dan potong kecil. Kemudian goreng separuh masak.
  • Tumis bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, daun pandan dan rempah 4 sekawan hingga wangi dan kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar. Tumis lagi.
  • Masukkan sos cili dan sup tomato. Masak dan kacau hingga pecah minyak.
  • Jika kuah pekat, masukkan air secukupnya diikuti garam, gula, perasa dan 3 sudu makan madu.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan mendidih dalam masa yang lama. Jika kuah pekat, tambah lagi air. Pastikan kuah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • Bila ayam telah masak sempurna, masukkan hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Tutup api dan masukkan lagi 2 sudu makan madu.
  • Siap!  

Resepi Pajeri Terung

Pajeri Terung
Pajeri Terung

Bahan-Bahan:
  • 3 biji terung panjang
  • 5 ulas bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 7 cili kering – dikisar
  • rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 sudu besar udang kering – ditumbuk
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • Santan secukupnya
  • Asam jawa
  • Garam, Gula serta Gula Melaka
Cara Membuat:
  • Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Resepi Makaroni Bakar

Makaroni Bakar
Makaroni Bakar

Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
  • 300 g daging kisar 
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus) 
  • 1 labu bawang holland (Dipotong dadu) 
  • 10 biji cendawan butang  (Dipotong kecil) 
  • 3 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum merah  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum kuning  (Dipotong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sos Putih)
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • ½ cawan susu segar
Bahan C
  • ½ paket makaroni (Direbus sehingga lembut) 
  • 125 g keju cheddar (Diparut) 
  • 5 biji telur 
  • 1 cawan susu segar 
  • 50 g daun parsli (Dicencang) 
  • 1 sudu makan minyak jagung
Cara menyediakan dan memasak:
Cara Membuat Inti:
  • Panaskan minyak jagung, kemudian tumis bawang putih dan bawang holland. 
  • Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk lada sulah. 
  • Kacau rata sehingga daging masak. Masukkan semua capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
Cara Membuat Sos Putih
  • Panaskan minyak jagung di dalam kuali lain kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati, kemudian ketepikan.
Cara Membuat Makaroni
  • Sapukan minyak jagung di dalam mangkuk tahan panas. 
  • Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan inti. 
  • Kacau rata telur dan susu segar. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan taburkan keju cheddar dan daun parsli. 
  • Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180ºC selama 30 minit ataupun sehingga keju keperangan. Sedia dihidangkan.
kredit resepi:Chef Hanieliza 1

RESEPI KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG

 

KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG
KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG

Bahan-bahannya :- 
  • 150 gm butter 
  • 120 gm gula castor 
  • 100 gm minyak jagung 
  • 250 gm tepung naik sendiri (diayak)
  • 1/2 cup susu pekat manis
  • 4 biji telur gred A atau 5 biji telor gred B
  • 1 sudu makan (membukit) ovallette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu makan chocolate emulco (atau 1 sudu makan serbuk koko)
Cara-caranya:- 
  • Pukul butter dan gula castor hingga  kembang dan berwarna putih.
  • Masukkan minyak jagung dan putar.
  • Masukkan telur satu persatu dan putar.
  • Masukkan susu pekat manis & ovallette dan putar.
  • Masukkan esen vanilla dan putar.
  • Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada dua (2) bahagian. 
  • Yang sebahagian digaulkan dengan chocolate emulco. Manakala yang sebahagian lagi dibiarkan dengan warna asal. Boleh juga letak lain-lain pewarna ikut kegemaran masing-masing. 
  • Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
  • Dua biji Loyang ukuran 7”x 7” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
  • Tuangkan adunan warna asal dan warna chocolate ke dalam loyang secara berselang seli hinggalah adunan habis. Setiap adunan sebanyak 3 sudu dan akhir sekali sebanyak 2 sudu. 
  • Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak. 
  • suhu bergantung pada oven masing-masing.