Resepi Muffin Pisang Gebu

Muffin Pisang Gebu
Muffin Pisang Gebu

Bahan-Bahan:
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 4 biji pisang berangan masak – dilecek halus (160gm)
  • 25 gm susu segar @ susu cair
  • 1/2 sudu kecil esen pisang
  • 90 gm minyak jagung @ minyak masak
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 125 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
  • Pukul telur dan gula sehingga ringan dan berkrim, anggaran dalam 2-3 minit.
  • Tambahkan susu segar, pisang lecek halus, minyak jagung serta esen pisang dan putar sekejap.
  • Dalam mangkuk lain, ayak tepung, baking powder dan baking soda, gaul hingga rata.
  • Masukkan tepung kedalam bahan basah dan kaup balik rata hingga tiada ketulan tepung kelihatan sedikit pun. Jangan digaul terlalu lama, cukup sekadar semua bahan bercampur sebati sahaja.
  • Sudukan adunan kedalam acuan muffin atau paper cup dan bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan ia sepenuhnya.

RESEPI DAGING MASAK HITAM

DAGING MASAK HITAM
DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging
  • 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
  • Gula pasir/gula Melaka
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • 1 Bawang besar mayang – hiasan
Bahan (dikisar):
  • 10 batang serai
  • 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
  • 3 biji bawang besar kuning
  • 6 biji buah keras
  • 1 labu bawang putih
Cara-cara Menyediakan:
  • Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.
  • Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
  • Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resepi: butterkicap.com

Resepi Kerabu Daging & Mangga Muda

 

Kerabu Daging & Mangga Muda
Kerabu Daging & Mangga Muda

Bahan-bahan diperlukan:
  • 300 g daging 
  • 1 sudu teh lada hitam kisar 
  • 1 sudu makan minyak masak  
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan dihiris) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 batang serai 
  • 3 biji cili merah 
  • 3 biji cili hijau 
  • 5 biji cili api
(Semua bawang besar, batang serai, cili merah, cili hijau, cili api dihiris)
  • 1 biji mangga muda (Dicencang kasar) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
  • Hiris daging kira-kira setebal 1 inci. 
  • Gaulkan dengan lada hitam, minyak masak dan sedikit garam. 
  • Bakar daging sehingga masak. Sejukkan. 
  • Hiriskan kecil. 
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. 
  • Gaul rata. 
  • Sedia dihidangkan
Kredit resepi: Chef Hanieliza

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

ayam goreng mamak
ayam goreng mamak

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
  • Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  • Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.
Kredit :Pakar diari hati

RESEPI SALAD PERIA

SALAD PERIA
SALAD PERIA

Bahan-bahan:
  • 1 biji peria (buang kulit dan hiris nipis - jika suka perap dengan sedikit garam dan ramas-ramas - kemudian bilas)
  • 5 biji cili padi (hiris)
  • 1 labu bawang besar (mayang)
  • 1 labu bawang merah (mayang)
  • 3 biji limau kapas (ambil airnya)
  • 1 biji tomato (hiris)
  • sedikit ikan bilis, bersihkan, cuci dan tos
  • 1/2 sudu garam
  • 2 sudu gula
cara-cara:
Campur kesemua bahan dalam satu bekas. Gaul bersama gula dan garam, dan perahkan air limau kapas. Biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dihidangkan.

RESEPI DAGING GORENG BEREMPAH

 

DAGING GORENG BEREMPAH
DAGING GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
  • 500 gram daging lembu, potong lebar
  • 3 helai daun limau purut (buang tulang)
  • 2 helai daun salam
  • 2 cm lengkuas (lebih kurang ibu jari), diketuk
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula merah, kikis halus 
  • 1500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
  • 1 sudu makan air asam (daripada campuran 1 sudu kecil asam jawa dan 2 sudu makan air)
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan (dikisar):
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 2cm halia
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
Cara-cara Menyediakan:
  • Rebus santan, bahan kisar, daun limau purut, daun salam dan lengkuas sehingga timbul bau.
  • Masukkan daging lembu, kacau sehingga berubah warna.
  • Masukkan garam, gula merah dan air asam. Kemudian masak sehingga daging lambut dan rempah meyerap. Toskan.
  • Goreng daging hingga kecoklatan.Hidangkan dan makan bersama keluarga.

RESEPI KERABU SUHUN & UDANG PANGGANG

KERABU SUHUN & UDANG PANGGANG
KERABU SUHUN & UDANG PANGGANG

Bahan-bahan : 
  • Udang 
  • Sotong 
  • Suhun 
  • Limau Nipis 
  • Bawang Merah (dimayang halus) 
  • Cili Padi (dihiris halus) 
  • Kacang Panjang (dipotong halus) 
  • Asam Jawa (ambil airnya sahaja) 
  • Belacan (dibakar) 
  • Garam dan Gula 
Cara-cara : 
  • Rebus suhun sehingga masak.
  • Angkat dan ketepikan bila sudah masak dan toskan di dalam air sejuk. 
  • Ambil jus limau nipis dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan belacan. 
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa. 
  • Rebuskan sotong. 
  • Gaulkan kesemua bahan iaitu sotong, suhun dan kacang panjang dengan air asam limau nipis yang sudah dibuat tadi. Kemudian ketepikan. 
  • Perapkan udang dengan garam, lada sulah dengan sedikit belacan.
  • Panggangkan udang yang sudah diperap. Campurkan air asam jawa dengan belacan, bawang merah, air limau nipis, cili padi dan garam dan gula. Kacau hingga sebati. Hiaskan kesemua hidangan. 

RESEPI KARI KEPALA IKAN

KARI KEPALA IKAN
KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahannya:
  • 1 ketul kepala ikan (jenis ikut suka)
  • 7 biji kacang bendi
  • 5 biji cili kering (tak perlu potong)
  • 2 tangkai daun kari
  • 100 ml santan pekat (5 sudu)
  • 2 sudu besar pes asam jawa
  • 1 paket kecil rempah kari ikan (jenama ikut suka)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan tumis:
  • 5 ulas bawang kecil (di hiris)
  • 5 ulas bawang putih (di hiris)
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1 sudu besar biji jintan manis
Cara memasak:
  • Masak bahan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan daun kari,cili kering kacau sebentar masuk pula rempah kari,serbuk kunyit,serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih,tambah sedikit air,masak hingga naik minyak.
  • Masuk pula pes asam jawa dan kepala ikan,tambah air sehingga paras ikan.
  • Jangan terlalu banyak air untuk kuah yang pekat,perasakan dengan garam,biar mereneh sehingga ikan masak.
  • Masuk kacang bendi dan santan,biar mereneh sehingga bendi lembut,tutup api. Siap 

RESEPI BUTTERED PRAWNS

buttered prawns
buttered prawns

Bahan-bahan:
  • 10 ekor udang saiz besar - diperap dengan sedikit lada hitam, sos tiram, jus lemon dan kicap manis dan digoreng hingga masak.
  • 1 biji telur gred A - dipukul sedikit
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2cm halia - dicincang
  • Sesenduk mentega - boleh adjust sendiri
  • 1-2 sudu makan kelapa parut
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 2 sb susu cair
  • 1 sudu makan gula
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
Cara:
  • Cairkan mentega di dalam kuali leper.
  • Tumis bawang dan halia hingga perang.
  • Masukkan daun kari dan cili padi. Kacau lagi.
  • Masukkan kelapa parut dan gula. Kacau lagi hingga naik bau.
  • Tuangkan telur yg sudah dipukul tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau secara memutar.
  • Masukkan susu cair dan kacau lagi. Tapiskan sebelum digaulkan bersama udang. 

Resepi Mee Goreng Basah

 

Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah 

Bahan bahan: 
  • 1 pack mee kuning
  • isi ayam potong kecil (ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
  • daun kucai
  • 1 biji buah tomato - potong kasar
  • 8-9 ulas bawang putih - ditumbuk
  • segenggam cili kering (potong , rendam , kisar (time kisar letak air lebih sikit)
  • kicap manis mudim
  • 1 sudu besar Garam -5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar Minyak masak
Cara cara:
  • Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi. pastu masukkan ayam.. goreng kejap bagi isi ayam nampak putih . lepas tu boleh la Masukkan cili kering yang dikisar tadi, lepas tu boleh terus masuk gula, garam, kicap. nak bagi warna cantik kicap jangan kedekut sangat 😒
  • tunggu sampai mendidih dan nampak macam pekat dah, rasa sikit ok tak.lepas tu Masukkan mee dan gaul sebati.
  • jangan tinggal mee tu.. gaul je sampai agak-agak bersalut dan kuah agak-agak nak kering tu.. lepas tu masukkan tomato dan daun kucai yang dah di potong tu... gaul dalam 2 minit... tutup api.. dan siap..😍😍😍😍.
p/s... jgn smpai kering tau ... 😜😜😜😜
Mee sedia dihidangkan

Kredit resepi: Cik Puan Hajar

Mengopi di Cafe Amazon, Hat Yai District, Songkhla, Thailand

 

Cafe Amazon, Hat Yai District, Songkhla
Cafe Amazon, Hat Yai District, Songkhla

Cafe Amazon, Hat Yai District, Songkhla
Cafe Amazon, Hat Yai District, Songkhla
Masa aku jalan-jalan di Hatyai, on the way nak balik Malaysia, sebelum sampai border Bukit Kayu Hitam, tersinggah la kat Cafe Amazon ni....tak plan nak mengopi, tapi dah alang-alang termasuk dalam cafe ni, jadi termengopi jugak laa😅..

Cafe Amazon ni dekat stesen minyak tepi jalan jer...kat sebelah tu ada 7 eleven. Asalnya nak singgah 7 Eleven jer....

bil semua kopi yang aku order
bil semua kopi yang aku order

jom mengopi gaissss
jom mengopi gaissss

aku punya biasa laaa...latte
aku punya biasa laaa...latte
Kalau korang gi Hatyai, boleh la singgah sini...sebenarnya Cafe Amazon ni ada je kat Malaysia😂😂😂.... Kalau korang masuk mall, ada je Cafe Amazon ni dalam mall tu... jadi tak exclusive sangat la kat thailand ni😈😎....

GPS koordinat: 6.90774710300566, 100.46994321049529
https://maps.app.goo.gl/FuWWDucxTHerADX16

Resepi Apam Balik Istimewa

Apam Balik Istimewa
Apam Balik Istimewa

Bahan-­bahan: 

Bahan untuk kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahan taburan:
  • Sedikit mentega
  • 1 cawan kacang tanah (dimesin)
  • 1 tin jagung manis
  • 1/2 cawan coklat urai
  • 1/2 cawan gula pasir
Cara-cara:
  • Kisar gula bersama telur hingga kembang.
  • Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. 
  • Kisar hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
  • Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). 
  • Panaskan kuali dengan api kecil.
  • Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). 
  • Biarkan separuh masak.
  • Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
  • Setelah masak,lipat dua dan potong 4/6.

RESEPI SANDWICH STICK KETAM

SANDWICH STICK KETAM
SANDWICH STICK KETAM

BAHAN-BAHAN:
  • 4 keping roti gandum penuh
  • 200gm kentang gulung segera | digoreng garing
  • 2 kelopak daun salad iceberg | dibilas air
  • 5 batang stik ketam | dikukus
  • 3 sudu makan mayones
  • Lada sulah secukup rasa
 CARA MEMASAK:
  • Hiriskan stik ketam yang telah dikukus dan kemudiannya digaul sebati bersama mayones. Perasakan dengan lada sulah secukup rasa.
  • Susukan daun salad di atas roti dan letakkan inti stik ketam yang telah disediakan.
  • Tutup dengan sekeping lagi roti dan hidangkan bersama kentang yang telah digoreng garing tadi.
  • Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI NASI GORENG UDANG + WANTAN GORENG

 

NASI GORENG UDANG + WANTAN GORENG
NASI GORENG UDANG + WANTAN GORENG

Bahan:
  • 2 cawan nasi sejuk - lerai2kan
  • 1 sudu besar udang kering, rendam kejap dan toskan - ditumbuk
  • 10 biji cili padi - ditumbuk 
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 6 batang kacang buncis - dipotong-potong
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar Sos tiram maggi
  • sedikit kiub ikan bilis
  • ikan bilis yang digoreng dan ayam goreng dipotong
  • sedikit lada sulah
  • * wantan dah digoreng
Cara memasak:
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah yang dihiris hingga layu dan masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga harum. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram, kacau sebati dan masukkan telur dan biar mengeras sikit , kacau dan gaul bersama bahan-bahan lain.
  • Masukkan nasi dan gaul sebati dan terus besarkan api dan gaul pantas. Renjiskan sedikit air panas atas nasi supaya nasi goreng tu tak terlalu kering dan kacau lagi. Masukkan ikan bilis goreng dan ayam goreng yang dipotong dan sebatikan, masukkan lada sulah, kacau lagi, rasakan dan jika ok boleh tutup api...

RESEPI KUIH TALAM UBI KAYU

 

KUIH TALAM UBI KAYU
KUIH TALAM UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH:
  • 250gm ubi kayu
  • 150gm gula
  • 50gm sagu biji
  • 50gm mentega
  • 150ml santan
  • 3 biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • Pewarna kuning secukupnya
 BAHAN LAPISAN ATAS:
  • 200gm tepung beras
  • 400ml air
  • 250ml santan
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1½ sudu teh garam
 CARA MEMASAK:
  • Untuk membuat lapisan bawah, sagu biji direndam selama 30 minit. Asingkan.
  • Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan digaul sebati.
  • Masukkan pewarna kuning secukupnya. Kacau rata dan sebatikan.
  • Seterusnya tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. Ketepikan.
  • Untuk membuat lapisan atas pula, satukan kesemua bahan dan digaul rata.
  • Kemudian tapiskan ke dalam periuk dan didihkan sehingga wap naik.
  • Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.
  • Akhir sekali, kukus semula selama 30 minit. Sedia untuk dimakan.
Ubi kayu perlu disagat untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus untuk kuih talam ini.

Burger Premium, Shiikaii Port, depan Ibusawat TM Kepala Batas, Pulau Pinang

 

Shiikaii Port
Shiikaii Port

gerai tepi jalan depan bangunan Ibusawat TM
gerai tepi jalan depan bangunan Ibusawat TM

gerai shiikaii port - gerai burger premium
gerai shiikaii port - gerai burger premium
Shiikaii Port ni adalah gerai tepi jalan yang jual burger....yang rare sikit gerai ni dari gerai burger jalanan yang lain, Shiikaii Port ni jual burger premium la...agak mahal sikit, tapi sekali makan mau tersandar jugak laa😅😅....mungkin cheese yang diorang letak tu banyak gila yang membuat kita ceapt kenyang....tapi budak-budak suka la cheese ni...

Ada beberapa jenis burger yang diorang jual..aku pun dah lupa nama-nama burger yang diorang jual tu😅...tapi setiap satu ada rasa yang tersendiri la....Aku beli beberapa jenis burger tu, saja nak try..tapi bukan aku makan sorang ek, ni kira beli untuk satu family buat raso-raso😁....

Gambar-gambar kat bawah ni, burger yang aku beli tu, tapi maaf aku tak ingat nama-nama burger yang aku beli tu😎

burger premium 1
burger premium 1

burger premium 2
burger premium 2

burger premium 3
burger premium 3

burger premium 4
burger premium 4
Jadi kalau korang nak try burger-burger ni, boleh la datang ke Shiikaii Port ni yang terletak di Kepala Bata Pulau Pinang. Sebagai rujukan korang , aku serta GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 5°31'00.2"N 100°25'52.4"E atau 5.516733668676872, 100.431224998078

https://maps.app.goo.gl/tX4o28f6KqnU41ry6


Resepi Kek Marble Bakar Mudah

 

Kek Marble Bakar
Kek Marble Bakar

Bahan-bahan:
  • 300g mentega
  • 250g tepung naik sendiri
  • 200g gula kastor
  • 5 biji telur
  • 3 sudu teh serbuk koko
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh pewarna pilihan
Cara-cara:
  • Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan ovalette dan esen vanilla. Teruskan memukul.
  • Masukkan telur dan perlahankan speed mixer.Tambah tepung dan susu cair.
  • Bahagikan kepada tiga bahagian. (Koko, pewarna dan satu lagi perisa asal)
  • Sendukkan perisa asal ke dalam tin pembakar, diikuti satu senduk yang dicampurkan pewarna kemudian satu senduk bercampur koko.
  • Ulangi proses sehingga habis.
  • Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau sehingga kek masak.

Makan western food di Big Tas Tea Pokok Sena, Penang

Big Tas Tea Pokok Sena
Big Tas Tea Pokok Sena

Peminat makanan barat (western food) di Kepala Batas, boleh la cari restoran Big Tas Tea yang terletak di Pokok Sena. Restoran ni menyagikan makanan yang berkonsepkan western food. Ada pelbagai jenis menu ada di sini.
set talam western
set talam western

olio aglio
olio aglio
Disebabkan aku nak merasa semua makanan western, so aku order la set talam.... Dalam set ni ada pelbagai jenis menu western. Jadi boleh la menikmati keenakan hampir kesemua menu western di dalam satu hidangan.
air minuman
air minuman
Korang boleh la cari cawangan Big Tas Tea ni di area Pokok Sena. Aku sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°29'16.7"N 100°27'28.2"E atau 5.487958332177863, 100.45781898061345

https://maps.app.goo.gl/uXJgwPyRrazLLpnw5

RESEPI CUPCAKE PISANG

CUPCAKE PISANG
CUPCAKE PISANG

Bahan-bahan:
  • 1 cawan pisang lemak manis lecek halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • secubit garam
Cara-cara:
  • Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  • Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
  • Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
  • Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
  • Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
  • Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.
Kredit resepi: Che Amie

Santai-santai di Khlong Hae Floating Market, Hatyai Thailand

 

Khlong Hae Floating Market, Hatyai
Khlong Hae Floating Market, Hatyai

Khlong Hae Floating Market, Hatyai
Khlong Hae Floating Market, Hatyai

Pasar Terapung Khlong Hae di Hatyai memang terkenal. Ini satu-satunya pasar terapung di Selatan Thailand, Hatyai. Setiap hujung minggu dari Jumaat sampai Ahad, pasar ini memang meriah. Yang bestnya, barang-barang jualan tu semua melalui sampan je, jadi unik sikit. Pasar ni buka dari jam 2 petang sampai 9 malam, so pastikan korang datang pada hari dan waktu yang betul.
berniaga atas sampan jer
berniaga atas sampan jer

port orang bergambar
port orang bergambar

Korang kena try kerabu maggi dan tom yam kat Khlong Hae Floating Market. Memang sedap gila, confirm jatuh cinta dengan rasanya!

Lagi satu kalau pergi Thailand, memang wajib cuba ais krim kelapa. Kat pasar terapung ni pun ada ais krim kelapa yang paling sedap di Hat Yai.

Ada lagi tempat shopping makanan di darat
Ada lagi tempat shopping makanan di darat

Ada lagi tempat shopping makanan di darat
Ada lagi tempat shopping makanan di darat

Kalau korang nak pergi sana, sebaiknya datang selepas pukul 4 petang. Cuaca Thailand panas gila, jadi kalau datang awal, boleh jadi tak selesa sebab panas sangat.

Kalau boleh, elakkan pergi hari Sabtu sebab pasar ni penuh sesak dengan orang dari pelbagai negara (paling ramai orang Malaysia la😂😂😂😂)....susah sikit la korang nak shopping dalam keadaan ramai macam tu.

Kat sini ada jual air kelapa dalam buluh dan pasu, memang unik. Kalau suka ambil gambar OOTD, air kelapa ni boleh jadi props korang...ramai dok bergambar dengan buluh air kelapa ni dalam media sosial yang aku tengok😅

Sekadar nasihat untuk korang, berhati-hatilah kalau pergi sana. Dengan keadaan yang sesak, boleh jadi ada benda yang tak diingini berlaku. Jadi, sentiasa jaga diri di tempat orang.

Kalau korang nak ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 7°02'46.5"N 100°28'27.5"E atau 7.046279622717418, 100.47428966058966

https://maps.app.goo.gl/ZZvV2cmEXZm1ebeZA

Kaysorn Souvenir tempat wajib singgah untuk shopping di Hatyai Thailand

 

Kaysorn Souvenir, Hatyai
Kaysorn Souvenir, Hatyai

Kaysorn Souvenir, Hatyai
Kaysorn Souvenir, Hatyai

Di sini adalah salah satu gudang untuk membeli belah yang terdapat di Hatyai. Kebanyakan orang yang mengunjungi tempat ini adalah orang Malaysia. Korang akan lihat bila musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu atau cuti perayaan, pasti dan pasti ramai pelancong dari Malaysia akan ke sini untuk mendapatkan cenderamata Hatyai.. Sekali datang berbas-bas, mana tak penuh satu kedai dengan rakyat Malaysia jer😅😅
pelbagai baju yang cantik-cantik
pelbagai baju yang cantik-cantik

pelbagai baju yang cantik-cantik
pelbagai baju yang cantik-cantik
Pelbagai jenis corak & jenis baju yang terdapat di sini. Saiz juga available bermula dari bayi sehingga orang dewasa. Kain baju di sini dikatakan lebih berkualiti dan pastinya harga sedikit berbeza dari pasaran luar. Mudahnya di sini, saiz dan corak baju yang begitu banyak membuatkan kita rambang mata.
baju-baju tshirt
baju-baju tshirt
Kat sini juga ada banyak keychain and fridge magnet tapi harganya sama je dekat tempat lain, cuma korang ada banyak pilihan la di sini. Jadi bolehlah borong kalau nak bagi hadiah kat orang lain.. atau souvenir untuk kawan-kawan atau keluarga.

Beg kat sini ada macam-macam size. Pelbagai kegunaan. Beg dompet kecil atau beg barang yang besar pun ada di sini.. 
 
Selain itu, ada jugak jual produk barangan keluaran Thailand seperti Meggi, pes tomyam, beras, kacang, coklat, dan lain-lain. Harga mahal sikit la compare denga ntempat lain. Sebab kedai dia more to souvenir..

Jadi jangan lupa singgah sini bila dah datang Hatyai..

Sebagai panduan lokasi Kaysorn ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.

GPS Koordinat: 7.003432811346121, 100.47892361902207

Resepi Cheezy French Toast

 

Cheezy French Toast
Cheezy French Toast

Bahan:
  • 8 kpg roti
  • 4 kpg cheese
  • 3 bj telur
  • 3 sb susu uht
  • 1 sk serbuk cukup rasa
  • sedikit serbuk blackpeppper
  • sedikit butter
Cara Buat:
  • pukul telur, serbuk cukup rasa, black pepper & susu hingga sebati.
  • roti & cheese dilapiskan seperti sandwich & potong 4 tiap satu.
  • panaskan non stick pan dgn sedikit butter.
  • celup roti td dalam adunan telur & goreng atas pan dengan api yang kecil.. balik-balikkan hingga kekuningan..siap.
Kredit resepi: resepicampakcampak (IG)

Resepi Ikan Bakar Sempoi

Ikan Bakar
Ikan Bakar

Bahan-bahannya:
  • 500 g ( pelbagai jenis ikan)
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
Untuk Air Asam:
  • 100 ml jus asam jawa
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil gula melaka
  • 1 biji bawang besar dicincang kasar
  • 10 biji cili padi dihiris halus
  • 4 biji cili merah dihiris halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
Cara Penyediaanya:
  • Mula-mula siang ikan. Buang isi perut dan insang. Buat beberapa torehan yang dalam pada kedua-dua belah ikan agar mudah ketika diperap.
  • Letakkan pada pinggan dan lumurkan serbuk kunyit dengan serbuk perasa pada seluruh ikan. Perap selama 10 minit.
  • Masak ikan di atas gril, penyalai atau pemanggang dengan suhu yang tinggi hingga masak sepenunhnya dan bahagian luar menjadi sedikit rangup.
  • Untuk air asam pula, tambahkan jus asam jawa, air, gula Melaka, masak hingga mendidih. Selepas itu biarkan sejuk hingga menjadi suhu bilik.
  • Kemudian, masukkan bawang yang telah dicincang, cili padi, cili merah dan daun ketumbar.
  • Nikmati ikan bakar dengan air asam.

Mudahnya Buat Cili Jeruk Tahan Lama & Rangup

Bahan-bahan:
  • Cili hijau (ambil yang segar/keras)
  • Gula
  • Garam
  • Cuka Masukkan 2 sudu gula dan 2 camca kecik garam. Dalam kes saya ni, saya bubuh 5/6 cili, bubuh gula dan garam, kemudian bubuh lagi balance cili (sebenarnya sebab tak nak bagi gula dan garam tumpah).
Cara Buat:
  • Pastikan cili hijau kering ye. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama, lap pakai tisu. Apa yang penting kering.
  • Bila dah kering, potong ikut suke ya. Nak cantik, pakai pisau yang betul-betul tajam. Lepas dah siap potong, jampi-jampi sikit. Eh, tampi bagi biji-biji dia keluar.
  • Masukkan dalam botol kaca ye, kalau botol lain saya tak jamin fresh.
  • Masukkan cuka sehinga 2/3 botol. Takyah bubuh penuh cukanya, nanti susah nak ceduk. Membazir pun ada.
  • Dah siap,tutupkan botol kaca tu, tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam gula cuka.
  • Tada!!! dah siap,esok dah boleh makan. InsyaAllah tahan lama dan rangup.
  • Kejadiannya setelah hampir 24jam. Dah boleh makan!
Tips: 
botol & cili tu kena betul-betul kering, kalau tak cili jeruk anda akan diselaputi lapisan putih (kulat).

Kredit resepi: petua ibu
dikongsikan Puan Nurul Nadia Dan Azhar

6 Sebab Kenapa Perlu Sarapan Dengan Telur Separuh Masak

 Seringkali kita lihat telur menjadi makanan utama dalam menu sarapan. Malahan, ia menjadi kegemaran ramai untuk diambil sebagai pemula hari yang baharu agar lebih bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti. Di sini, kami kongsikan beberapa khasiat dan kebaikan bersarapan dengan telur separuh masak.

1. Membantu Pembentukan Otot
Pengambilan telur separuh masak membantu dalam membentuk otot tegap dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

2. Menurunkan Berat Badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi tenaga. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber tenaga yang jauh lebih baik, jika dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda untuk kenyang lebih lama.

3. Menguatkan Daya Ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak seseorang.

4. Mencegah Penuaan
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara tetap boleh membantu tubuh, organ tubuh, serta fungsinya mengelak daripada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

5. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat, dan kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

6. Baik Untuk Mata
Vitamin A yang terkandung dalam telur separuh masak adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata. Vitamin A nya jauh lebih banyak, berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

Sumber: Women Online Magazine  ResepiMasterChefFazleyYaakob 

59 tempat menarik di negeri kelantan

 ✅Menarik di KotaBharu
~ Street Art Kota Bharu
~ Pantai Mek Mas
~ Pantai Pulau Kundur @ Pulau Nami - 2
~ Bazaar Karat KB
~ Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah 
~ Min House Camp Kubang Kerian
~ Pantai Cahaya Bulan 
~ Pantai Sabak
~ Pantai Nusuk, Sabak 

✅Menarik di Bachok
~ Kemayang Lagoon
~ Pulau Nami - 1 @ Pantai Senok 
~ D'Aur Beach Resort
~ Pantai Irama
~ Hattori Coffee
~pantai kuala rekang

✅Menarik di PasirPuteh
~ Pantai Bisikan Bayu
~ Jeram Pasu
~ Jeram Mengaji @ Mak Nenek
~ Tok Aman Bali Beach Resort
~ Jeram Linang
~ Masjid Andalusia

✅Menarik di Machang
~ Lorong Cek Mek Molek Street Art
~ Bukit Bakar

✅Menarik di KualaKrai
~ Istana Sangkut
~ Gua Ikan, Gua Keris
~ Jelawang pipe Resort & extreme
~ Air Terjun Chenulang
~ Gunung Ayam, Baha, Stong
~ Air Terjun Jelawang
~ Aie Terjun Gunung Stong
~ Dabong
~ Zoo Kuala Krai 

✅Menarik di GuaMusang
~ Masjid Razaleigh ala Masjidil Haramm
~ Taman Negara Kuala Koh
~ Bunga Rafflesia Lojing
~ MoonRiver Lodge, Lojing
~ Masjid Buloh
~ Chalet Orang Asli 
~ Gua Chiku 2

✅Menarik di Jeli
~ Bukit Kudung & Lalang's Chalet
~ Gunung Reng
~ Lata Janggut
~ Lata Kashmir 
~ Rumah Kucing Bandar Jeli (Sebelah Pejabat Veterinar) 

✅Menarik di Tanah Merah
~ Bukit Panau
~ Guillemard Bridge
~ Lata Bijih
~ Jambatan Sultan Ismail

✅Menarik di PasirMas
~ Masjid Brunei
~ Danau To' Uban
~ Rumah Tokey Dodol
~ Masjid Beijing 

✅Menarik di Tumpat
~ Muzium Wau
~ Pulau Suri Floating Market
~ Kilang Serunding RS & Suzara Kg. Laut
~ Masjid Kampung Laut
~ Kampung Warisan @ Kilang Serunding Kg Laut
~ Pantai Sri 7
~ Pantai Geting

RESEPI BISKUT CORNFLAKES

 

BISKUT CORNFLAKES
biskut cornflakes

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan gula halus (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 1 1/2 cawan planta/butter
  • 1 cawan kismis (potong kecil)
  • 2 biji kuning telur
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cawan cornflake (ramas kasar)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 susu teh baking pwder
  • Extra conflakes untuk celup
Cara-cara:
  • Pukul margerin & gula hingga sebati masukkn telur, esen dan susu pekat manis, gaul sebati dan masukkan smua bahan-bahan lain. Gaul hingga rata.
  • Sudukan dan celup dalam cornflakes yg diramas. Letak atas dulang dan bakar Pada suhu 150'c selama lebih kurang 25 minit bergantung pd oven masing-masing.
  • Bakar sehingga biskut dah rupa golden brown.Tunggu sejuk dan bolehlah disimpan dlm bekas kedap udara.
Nota:
Selain kismis, boleh letak chocolate chips, almond cincang. Nak campur pun boleh.
adunan memang lembik, jangan tambah tepung, nanti dah masak dalam gebu macam kek tapi rangup diluar.

Resepi Lala Masak Pattaya

Lala Masak Pattaya
Lala Masak Pattaya

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg lala
  • 3 sudu minyak masak untuk menumis
  • 3 biji cili hidup ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 inci halia diketuk
  • 2 batang serai dibelah 4
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato/sos cili
  • 3-5 helai daun limau purut
  • 1 biji perahan limau nipis
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 gelas air…..ikut kepekatan kuah
  • daun bawang
  • garam & gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
  • tumis serai hingga wangi
  • masukkan halia dan cili hidup yang telah ditumbuk bersama bawang putih
  • masukkan sos tiram dan sos tomato/sos cili
  • masukkan 1 sudu gula
  • masukkan lala
  • masukkan bawang besar dan daun limau purut, dan kacau rata
  • tutupkan lala dengan tudung kuali selama 2 minit
  • buka tudung kuali…..lala tadi akan terbuka kulitnya dan sebagai petanda ia sudah masak
  • Perahkan air limau nipis
  • masukkan tomato
  • rasa….dan tambahkan garam jika kurang masin (sos tiram memberi rasa masin pada masakan)
  • Hidang dengan daun bawang. 

Ni baru betul-betul nasihat A hingga Z ( A to Z)!

 Subhanallah Cerdas sekali yang merangkai erti abjad ini :  A hingga Z


A llah
B eri kita hidup
C uma sekali
D i dunia ini...
E sok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimat syahadat
L ailaha Illallah
M uhammaddur Rasulullah
N ikmat dunia hanya sementara
O rang muda atau tua
P asti merasakan mati
Q ualitas Iman jaminannya syurga
R asulullah s.a.w bersabda :
S iapa bisa mengucap syahadat jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia didepan kita
Y ang pasti semua akan ditinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal.

PERKARA YANG WARGA EMAS PERLU AMBIL TAHU

Masalah yang muncul pada manusia apabila mereka sudah tua dipanggil sarcopenia. 
 
Apakah maksud  'sarcopenia'..?

Sarcopenia ialah kehilangan jisim dan kekuatan otot rangka akibat penuaan.
   Ia adalah keadaan yang dahsyat.

  Mari terokai sarcopenia.

   1.  Amalkan tabiat suka berdiri; jangan malas dan banyak habiskan masa dengan hanya duduk dan  berbaring.

   2.  Jika orang tua jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital, jangan minta dia hanya baring dan berehat dan tidak bangun dari katil.
   
Berbaring selama seminggu akan mengakibatkan kehilangan sekurang-kurangnya 5% jisim otot.
Orang tua itu tidak dapat memulihkan ototnya yang merosot.
 
  Kebiasaannya, warga emas yang mengambil pembantu akan lebih cepat kehilangan otot.

   3.  Sarcopenia lebih menakutkan daripada osteoporosis.
 Dengan osteoporosis, kita hanya perlu berhati-hati agar tidak jatuh, manakala sarcopenia bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup tetapi juga menyebabkan paras gula darah meningkat tinggi kerana jisim otot yang tidak mencukupi untuk membantu pergerakan.

   4.  Kehilangan atrofi otot yang paling cepat adalah pada otot kaki.
  Kerana apabila seseorang sedang duduk atau berbaring, kaki tidak bergerak dan kekuatan otot kaki terjejas.
Ini amat penting.
 
Kita harus berhati-hati dengan sarcopenia.

   Naik dan turun tangga, berjalan dan berbasikal adalah senaman yang hebat dan boleh meningkatkan jisim otot.

  Untuk kualiti hidup yang lebih baik bagi orang tua.....

   Banyakkan bergerak, jangan buang otot

  Penuaan bermula dari kaki ke atas.
       
   Pastikan kaki anda aktif dan kuat.

   ▪️ Apabila kita semakin tua setiap hari, kaki kita harus sentiasa aktif dan kuat.
   ▪️ Jika kita tidak menggerakkan kaki kita selama 2 minggu sahaja, kekuatan kaki sebenar kita, akan berkurangan selama 10 tahun.

   Senaman yang kerap SEPERTI BERJALAN, AMAT PENTING.

   Kaki adalah sejenis tiang yang menanggung seluruh berat badan manusia.

   BERJALAN-JALANLAH SETIAP HARI....!

   Menariknya, 50% tulang seseorang dan 50% otot berada di bahagian kaki.

   ADAKAH ANDA BERJALAN..
   Sendi dan tulang yang terbesar dan terkuat dalam tubuh manusia juga terdapat di kaki.

   70% aktiviti manusia dan pembakaran tenaga dalam kehidupan manusia dilakukan oleh kedua-dua kaki kita.

   Kaki adalah pusat pergerakan badan..
  ▪️ Kedua2 kaki bersama mengandungi 50% saraf tubuh manusia, 50% saluran darah dan 50% darah yang mengalir melaluinya.

  Penuaan bermula dari kaki ke atas
  ▪️ Senaman kaki tidak pernah terlambat walaupun selepas umur tujuh puluh, lapan puluh tahun.
  ▪️ Berjalanlah sekurang-kurangnya 30-40 minit sehari untuk memastikan kaki anda mendapat senaman yang mencukupi dan untuk memastikan otot-otot kaki kita kekal sihat.

   Kongsi maklumat penting ini dengan semua rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga kita yang berumur lebih dari 40 tahun,kerana semua orang semakin tua setiap hari..

RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP

CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP
CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan:
  • Cendawan
  • Telur - 1 biji
  • Perencah maggi kari
  • Tepung jagung
Cara-cara:
  • Cendawan kena basuh dan toskan kasi betul-betul kering (boleh gunakan kitchen towel/tisu untuk serap lebihan air kat mushroom ni)
  • Pecahkan telur then masukkan perencah maggi ke dalamnya. Pukul hingga kembang
  • Celupkan mushroom ke dalam telur
  • Keluarkan dari telur tu, golek-golek kan pulak mushroom ni kat atas tepung jagung
  • Masukkan ke dalam minyak panas
  • Goreng hingga kekuningan
  • Angkat dan toskan

RESEPI PAU KAYA PANDAN YANG SEDAP, GEBU & MUDAH

PAU KAYA PANDAN
PAU KAYA PANDAN

BAHAN-BAHAN:
  • 250gm tepung pau 
  • 50gm gula halus 
  • 2gm garam halus
  • 15gm Shortening
  • 3gm yis
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 3gm magic improver atau bread softener 
  • Air secukupnya
  • Inti pes pandan atau apa-apa inti kegemaran
CARA MEMASAK:
  • Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk kecuali yis.
  • Sebatikan bahan dan masukkan air secukupnya.
  • Kemudian masukkan yis dan putar doh hingga adunan menjadi elastik.
  • Selepas siap adunan, timbang doh seberat 40-50g setiap satu.
  • Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 5 minit.
  • Masukkan inti ke dalam doh dan bulatkan. Perap sekejap dalam 35 minit hingga doh kembang.
  • Sebelum kukus, panaskan air dalam periuk kukus terlebih dahulu. Kemudian letak doh pau tadi dan kukus selama 10-12 minit guna api sederhana besar.
  • Untuk nak tahu pau siap masak atau belum, lihat permukaan pau. Jika licin ia menunjukkan pau telah masak.
  • Keluarkan pau dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi & foto: Fierah Zulaikha

Resepi Sizzling Yee Mee

 

Sizzling Yee Mee
Sizzling Yee Mee

Bahan Tumis:
  • 5 ulas Bawang Putih *ketuk
  • 2 inci Halia *hiris
  • 10 tangkai Cili Kering *potong

Bahan Lain:
  • Isi Ayam *potong kecil
  • 4 sdb Sos Tiram
  • 4 sdb Kicap Cair
  • 1 sdk Minyak Bijan
  • 1 ketul kecik Gula Melaka
  • 4 cwn Air
  • 1 sdb Lada Hitam *tumbuk
  • 1 mangkuk Cendawan Shitake
  • 1 kiub Ayam
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • 4 sdb Tepung Jagung *bancuh air
  • Garam, Gula *jika perlu
  • Sawi
  • Telur
Cara:
  • Tumis Bahan Tumis *naik bau
  • Masuk Isi Ayam *biar sebentar
  • Masukkan Sos Tiram + Kicap Cair + Minyak Bijan + Air *biar mendidih
  • Masuk Shitake
  • Masukkan Lada Hitam + Gula Melaka *biar sebati
  • Masuk Air Asam Jawa
  • Masukkan Bancuhan Tepung Jagung
Nota:
Panaskan Hot Plate @ Non Stik Pan
Masuk Yee Mee
Letak Sawi
Tuang Kuah Sizzling
Pecah Telur
Biar Telur & Mee masak sebentar

Kredit resepi: Junaidah Abdullah