Resepi Kuih Seri Muka

Bahan A.

  • 3 cawan pulut (1/2 kg)
  • 2 1/2  - 3 cawan santan sederhana pekat
  • Garam.

Bahan B.

  • 11/2 cawan santan pekat
  • 3 telur gred AA
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn air daun pandan ( blend 10 helai daun pandan bersama 1 cawan air)
  • 4 sb tepung gandum
  • 8 sk tepung jagung
  • Garam

Cara-caranya:

Bahan A.
Kukus pulut bersama santan dan garam di dalam loyang selama 30 min..jika pulut masih mentah...renjiskan air sedikit-sedikit dan kukus semula.
Bila dah masak...tekan padat pulut.

Bahan B.
Untuk bahagian kepala kuih.
Kacau gula & telur sehingga hancur...campur air daun pandan..santan...campur tepung sebatikan..tapis.
Masak sehingga naik wap...
Curahkan ke atas badan pulut...kukus selama 30min.
Seri muka siap!

Semasa mengukus tutup loyang dengan aluminium foil.
Sejukan terlebih dahulu kuih...potong menggunakan pisau plastik.
Kuih tahan dan berkeadaan elok selama 24 jam.
Selepas kuih siap masak..jika ada takungan air diatas permukaan kuih...biarkan loyang dalam periuk kukus selama 10-15 min ...pastikan buka penutup kukusan..

No comments:

Post a Comment