RESEPI SERI MUKA GULA MERAH

 

SERI MUKA GULA MERAH
SERI MUKA GULA MERAH 

Bahan-bahan lapisan bawah :
  • 1 1/2-2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair atau sederhana pekat
  • ( sukat ikut paras pulut )
  • 1 sudu teh garam
Cara-cara :
  • Cuci beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam
  • Sediakan loyang 7 inci,sapu sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang,alas dengan plastik
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi perlahan-lahan supaya rata dan kemas
  • Cakar-cakarkan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu,ketepikan
Bahan-bahan lapisan atas :
  • 200 gram gula merah
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara :
  • Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut,tapis dan ketepikan
  • Sediakan mangkuk,satukan semua bahan kecuali larutan gula merah,kacau rata dengan whisk hingga sebati
  • Kemudian tuangkan larutan gula merah tadi ke dalam adunan tepung,kacau rata
  • Pastikan adunan licin dan tiada tepung berketul-ketul
  • Masakkan adunan tadi di atas api sehingga naik wap sahaja
  • Tuang adunan ke atas lapisan pulut dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak
  • Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik
  • pastikan air kukusan betul-betul mendidih dan lap penutup kukusan setiap 5 minit sekali

No comments:

Post a Comment