Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
8 PETUA GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP, MELEKAT, ATAU HANCUR ISINYA.
Khasiat buat nenas (SUPERFOOD)
![]() |
| potongan buah nenas |
- Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.
- Ambil sekali dengan empulur. Itu paling banyak khasiat dekat situ.
- Ramai tak tahu jika amal 1 slice nenas 3 kali sehari, enzim bromelain dalamnya bantu pecahkan kahak, lendir dan mukus.
- Elok sangat bagi yang kerap batuk berkahak. Nenas sarat dengan vitamin C.
- Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit. Buatkan kulit terhidrasi dengan baik sebab nenas 87% air.
- Power tak power. Kalau ada masalah mulut berbau tu senang je citer dia.
- Makan nanas. Sebab nenas ada xylitol. Bahan bantu hapuskan bakteria penyebab mulut berbau. Nenas juga pemutih gigi semulajadi.
- Nenas bersifat healing terutama bagi masalah gusi bengkak atau berdarah. Atau disebabkan jangkitan.
- Mungkin berlawanan sebab sifat nenas masam. Tapi sebenarnya ia elok untuk gusi.
- Paling padu ada satu bahan ni. Antikanser. Bantu lawan inflamasi. Kecutkan tumor.
Pokok Buah Belimbing Buluh dan khasiatnya
Petua Melembutkan Ayam Tua
KEBAIKAN MAKAN BAWANG PUTIH BAKAR
- Bawang putih atau nama glamornya, stinky rose. Mungkin sebab bentuk macam bunga ros serta bau kuat semerbak.
- Bawang putih ni tersangat padat dengan antioksida power. Nak makan mentah tu fikir dua kali juga. Apakata ambil yang dibakar?
- Bila bakar, tekstur bawang bertukar jadi berkrim dan bau kuat berkurang sedikit.
- Boleh makan sehari tu ambil 1-3 ulas.
- Ambil sebelum sarapan untuk kesan maksimum.
- Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Legakan hypertension. Rangsang selera makan dan sistem usus. Elok untuk legakan sakit sendi.
- Lindungi diri dari risiko flu demam. Bantu detoks darah. Kawal tekanan darah. Tingkatkan penyerapan zat besi.
- Boleh masukkan dalam diet harian.
PETUA LEMBUTKAN TANGAN
PETUA ORANG DULU TENTANG KEGUNAAN BUAH MENGKUDU
Ambil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian kaki yang bersisik dan merekah. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air suam. Buat beberapa kali hingga kaki kering bersisik dan merekah tumit tu hilang.
Buah mengkudu yang masak dimakan bersama garam kesan nye gatal-gatal di tekak, serak dan batuk akan hilang.
Sebiji buah mengkudu direbus bersama satu inci lengkuas dalam dua gelas air. Teruskan merebus sehingga air rebusan menjadi satu gelas. Air rebusan diminum pada sebelah pagi dan malam. InshaaAllah demam akan beransur kebah.
PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN BADAN
Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.
Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda
Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.
Semoga Bermanfaat
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA DAN TIDAK BERKULAT
- 400 gram Cili Kering (Dipotong, buang bijinya kemudian cuci bersih).
- 3 Labu Bawang putih
- Air tapis
- Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
- Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
- Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.
- Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye…guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat Mencuba...
PETUA KAKI BERBAU👣
- Elak memakai stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap. Pakailah sarung kaki dari bahan kapas atau benang bulu yang dapat membantu kaki tetap kering.
- Jika kasut anda lembap, jemur di bawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut yang lembap nanti kaki berkulat.
- Sediakan lebih dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin berlainan.
- Amalkan membasuh kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian memakainya.
- Jika kaki anda masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan gosok di bahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.
- Sekiranya masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.
- Ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.
- Boleh juga beli bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu di bahagian kaki setiap kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki berbau.
- Setelah mandi, selalu keringkan kaki secara menyeluruh.
- Pakailah kasut yang terbuat dari bahan seperti kulit. Ini memungkinkan kaki dapat bernafas sehingga terhindar dari bau yang disebabkan keringat.
- Hindari memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Oleh kerana kaki mengeluarkan peluh yang banyak, kasut memerlukan waktu untuk kering.
- Ganti sarung kaki sekali atau dua kali sehari.
- Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki, basuh kaki dengan air hangat dan keringkan secara menyeluruh.
CARA MERAWAT PENYAKIT SOPAK GARAM
Sejenis penyakit yang sering menyerang kita. Dalam waktu yang singkat, timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk. Semakin digaru semakin besar tompokan tersebut.Sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan jin. Orang² lama menyebutnya, kena "ludahan jin".Dikatakan jin sopak garam ini bentuknya seperti asap yang bergerak. Tiada berwarna. Ia seakan kristal lembut atau gell kristal yang bergerak terbang perlahan lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal menyucuk.
- sediakan air setimba yang bercampur sintok dan limau nipis 7 biji dan setimba air garam sekadar segenggam garam.
- mulakan dengan membaca ruqyah ringkas: surah Al Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul.
- mulakan dengan mandian air garam. jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. biarkan kering seketika. selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih.
- mandian dengan air campuran sintok dan limau. jirus bermula dari atas kepala ke bawah hingga kaki. biarkan juga sehingga kering tanpa dilap.
- kemudian bahagian yang kena sopak disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.
Petua Sembuhkan Sakit Mata Merah Dan Berjangkit
Bagi ibu yang menyusukan anak, boleh la cuba titiskan beberapa titis sus ibu ke dalam mata orang yang sakit mata. Selawat dan titiskan 3 kali sehari.
Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.
Titikkan air zam² kedalam mata dan amalkan selalu sehingga sembuh.
Atasi dengan menggunakan madu lebah. Cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titIskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.
Minum air putih atau air minarel sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan.
Ambil beberapa helai daun sirih muda, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air dan dididihkan seketika. Selepas itu, tapiskan air sirih tersebut dan biarkan ia sejuk seketika.
Kemudian, rendamkan mata di dalam bekas berisi air tapisan sirih tadi dan kelip-kelipkan mata. Lakukan sehingga sembuh.
7 Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat
Ada orang takut makan ayam lantaran ada begitu banyak lemak di dalamnya. Padahal anda boleh menghindarinya dengan cara pengolahan yang baik. Antaranya buang lemak pada daging dan kulit ayam. Cara merebus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak.
Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya.
Ia akan membuatkan sayur itu cepat masak dan daun sayur itu boleh menghilangkan khasiat makanan itu
Khasiat ubi kentang ini lebih terjamin apabila anda masak bersama kulit. Oleh itu,pastikan anda membasuh dengan bersih sebelum memasaknya.
Sebelum memasukkan makanan pastikan minyak untuk mengoreng atau air untuk merebus telah benar² panas. Jika anda masak sayuran hijau jika air atau minyak tidak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran. Anda juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Sekaligus menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur lebih rangup rasanya.
Gunakan bahan semulajadi seperti rempah ratus atau pun sayuran seperti karot untuk menambah rasa masakan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.
Minyak masak yang digunakan berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Justeru anda dinasihatkan merancang hidangan bagi memastikan sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan makanan yang digoreng.
Petua untuk merawat dan menurunkan KUNING pada bayi
Titiskan perahan air anggur ke dalam mulut bayi. Buat kerap dalam sehari sampai kuningnya surut
2. Sengkuang cina.
3. Akar patawali.
4. Air rebusan daun inai dan durian belanda.
5. Air rebusan daun belimbing buluh.
6. Air rebusan daun kuchai.
7. Kurma nabi direndam dalam air zam zam.
8. Mandian herba dijual di kedai tabib cina
9. Ubat kuning di klinik homeopati
Ini antara option yang ada untuk ikhtiar bagi hilang kuning bayi. Bergantung pada yang mana satu keserasian bayi.
Tetapi khasiat susu badan ibu terbaik untuk merawat penyakit kuning (jaundice) dikalangan bayi baru lahir.
PETUA DAN TIPS MASAKAN
Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.
2. Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali
Panaskan minyak, goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.
3. Warna Sambal Cantik
Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama + gunakan gula merah.
4. Buat Rendang
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.
5. Kurangkan Masin Makanan
Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah.
6. Tomato Kekal Segar
Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh.
7. Daging Cepat Empuk
Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu
8. Timun Rangup
Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.
9. Elak Nasi Cepat Basi
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampai berwap.
10. Taugeh Kekal Segar
Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.
11. Mudah Kupas Telur Rebus
Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak kupas kulit telur semudah abc.
12. Ayam Goreng Sedap
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing.
13. Ayam Goreng Rangup
Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam.
14. Nasi Lemak Cepat Masak
Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
15. Tahu Tahan Lama
Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu.
16. Pekatkan Kuah Sup
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau.
17. Mata Pisau Blender Kekal Tajam
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye
Selamat mencuba
Kredit:Tip Masakan dan Resepi
Petua Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur
KACANG HIJAU
- Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam.
- Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut.
- Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sila sapu dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan.
- Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.
DAUN PANDAN
- Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.
- Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata.
- Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.
- Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air.
- Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya.
MINYAK KELAPA HIJAU
- Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih.
- Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.
DAUN LIDAH BUAYA
- Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur.
- Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air.
- Lakukan 3 atau 4 kali seminggu.
BUAH NANAS
- Ambil buah nanas dan kisarkan sehinggan menjadi seperti jus dan biarkan selama sehari.
- Selepas itu, anda boleh sapukan jus nanas tadi ke kepala anda dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.
- Sila lakukan 3,4 kali seminggu dan tengok ada perubahan atau tidak.
VITAMIN NATURAL
- Benda yang anda makan juga memainkan peranan dalam cara lebatkan rambut anda dengan berkesan.
- Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D.
- Banyakan makan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang menguatkan akar rambut anda.
SYAMPU RAMBUT HERBA
- Sila gunakan syampu rambut yang terdiri daripada herba-herba dan bahan-bahan neutral asli.
- Gunakan dengan kerap dan secara berkala dan tengok hasilnyan selepas 2,3 bulan.
- Elakan menggunakan syampu rambut yang mengandungi banyak bahan kimia
PETUA UNTUK HILANGKAN GASTRIK
Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik...
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik...
Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik...
Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan...
Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik..
PETUA HILANGKAN KARAT PADA KUALI DAN PERIUK
1. Cuka dan Garam
Hilangkan karat di periuk, kuali dan belangga anda dengan membersihkannya dengan campuran cuka dan garam, kemudian dijemur sehingga kering.
2. Sos Tomato
Sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas hingga bersih.
3. Kulit Kentang
Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk itu. Kemudian, letakkan di atas api. Tunggu sehingga didih dan toskan. Anda akan lihat kerak di periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.
4. Asam Jawa
Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang ingin dicuci itu.
Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehinggan kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.
5. Pencuci Pinggan
Caranya, sebelum memasak sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok.
6. Baking Soda dan Air
Kadang-kadang apabila memasak kita cuai, jadi ada tanda hangus pada periuk. Cara hendak hilangkannya masukkan sedikit baking soda campur sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.
Petua Menghalau Lipas Dirumah
- Lipas suka sampah terutama yang ada sisa makanan. Buang sampah keluar daripada rumah setiap kali keluar rumah atau sebelum masuk tidur. Jika tidak dapat berbuat demikian, ikat atau tutup bekas sampah di dalam rumah kemas² supaya lipas tidak terhidu.
- Ambil sabun mandi jenis buku yang wangi, potong kecil-kecil dan letakkan di kawasan lipas suka bertandang. Lipas tidak suka bau wangi.
- Selain sabun boleh gantikan dengan hirisan lemon atau limau nipis. Setelah kering, gantikan dengan yang baru.
- Selain itu, untuk bau harum semula jadi yang tidak disukai lipas, campurkan hirisan daun pandan dengan serbuk teh. Letakkan di tempat yang ada lipas.
- Untuk menghalang lipas membiak, ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di kawasan yang ada lipas.
- Jika rumah anda ada terlalu banyak lipas, boleh halau menggunakan kentang. Ambil beberapa biji kentang, rebus hingga empuk, lenyekkan dan campurkan dengan sedikit serbuk penaik. Bentukkan bulat-bulat seperti ubat gegat dan letakkan di tempat yang banyak lipas.
- Untuk membunuh lipas, ambil pangkal atau hujung timun dan letakkan di kawasan yang ada lipas.
