JOM BERSEDIA UNTUK GELOMBANG PANAS!

Mari sediakan diri untuk suhu yang sangat panas antara 40°-50°C (Gelombang haba). Sentiasa minum air bersih, minum perlahan-lahan...elakkan minum air sejuk atau ais dengan cepat.

 Apakah yang boleh dan tidak boleh dilakukan?
  1. Doktor kata bila suhu mencecah 40°C, jangan terus minum air sejuk sangat sebab saluran darah kecil kita mungkin pecah atau meletup.
  2. Dikatakan seorang kawan Doktor datang dari luar pada hari yang sangat panas. Masuk ke dalam haus, ingin segera menyejukkan badan, dia segera membasuh kakinya dengan air sejuk...tiba-tiba penglihatannya kabur dan dia jatuh.  Ambulans segera dipanggil dan dihantar ke hospital.
  3.  Bila panas mencecah 38°C dan anda datang dari luar.. jom panaskan badan.  Jangan minum air sejuk.. boleh minum air panas atau suam tapi minum perlahan-lahan.
  4.  Jangan segera basuh tangan atau kaki, jangan basuh atau basahkan bahagian yang terdedah kepada matahari.  Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit atau setengah jam sebelum mencuci atau mandi.
  5.  Berlaku satu kejadian di mana seorang lelaki yang datang dari panas untuk menyejukkan badan segera mandi. Selepas mandi, rahangnya menjadi kaku dan dihantar ke hospital.  Dia diserang angin ahmar.
Catatan:
Semasa musim panas atau jika anda sangat letih, elakkan minum air yang sangat sejuk dengan segera kerana ia boleh menyebabkan penyempitan atau penyempitan urat atau saluran darah yang akan menyebabkan strok.

 Ajar kepada anak-anak dan rakan serumah anda sebagai peringatan kepada satu sama lain!

 Sebarkan & war-warkan

RESEPI KUIH LAPIS TRADISIONAL

kuih lapis
kuih lapis

Bahan:
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan kotak kecil
  • 3 cawan air masak
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
Cara-cara:
  • blender semua dan bahagi kepada 2 bahagian
  • 1 letak pewarna 1 biarkan putih
  • kukus selapis selapis selama 7 minit
  • lapisan terakhir kukus selama 20 minit
oles bekas dgn minyak utk mudah keluarkan
oles pisau dgn minyak utk mudah potong kuih

Kredit : Aezween Rainee

RESEPI IKAN KELI BERLADO

IKAN KELI BERLADO
IKAN KELI BERLADO

Bahan-bahan untuk Goreng Ikan:
  • 3 ekor ikan keli
  • serbuk kunyit
  • tepung jagung
  • garam
Bahan-bahan untuk di Kisar Kasar:
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 biji bwg besar
  • 4 biji bwg kecil
  • 5 cili merah
  • 2 cili hijau
  • 10 tangkai cili padi kampung
  • 1/2 inci belacan bakar
Bahan Perasa:
  • garam
  • serbuk cukup rasa 
Cara Penyediaan:
  • Perap ikan dgn serbuk kunyit, tepung jagung & garam kmudian goreng hingga keperangan & garing sikit
  • kisar bawang putih,bawang besar,bawang kecil, belacan bakar, cili padi kampung,lada merah,lada hijau
  • tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masuk air asam jawa, gula pasir, sedikit garam & serbuk cukup rasa masak hingga kering sedikit 
  • dah siap, sira atas ikan keli yang dah digoreng tadi
kredit resepi:Nurul Jannah 

Resepi Muffin Coklat Moist

Muffin Coklat Moist
Muffin Coklat Moist

Bahan-bahan A:
  • 1 cwn gula perang
  • 1 cwn minyak masak/jagung
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3/4 cwn air panas 
  • 3/4 cwn susu pekat
Bahan-bahan B:
  • 3bj telor A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan C:
  • 2 Cwn tepung kek/gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
Cara-cara:
  • Bahan A masak dengan guna api perlahan jer..asal dah sebati matikan api..sejukkan sekejap..
  • Mixer bahan B hingga kembang dan masukan kedalam adunan A sebatikan dengan senduk kayu jer...
  • Masukkan Bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga sebati...
  • Tapis adunan untuk mendapatkan hasil muffin yg enak..
  • Masukkan adunan kedalam cup muffin hingga hampir penuh (bila kukus akan mekar pecah diatas permukaannya)
  • Kukus selama 10minit 
  • Angkat dan sejukkan
  • Hias atasnya dengan coklat rice ataupun ikut kesukaan.
Kredit resepi: Ariana Rose

Resepi air ais kaw punya (milo, kopi, nescafe, teh)

Milo ais kaw
Bahan-bahan:
  • 4 sudu milo
  • susu pekat manis mengikut kesukaan
  • air 1/2 gelas
Cara nak buat:
  • Masukkan semua bahan
  • kacau sehingga sebati
  • masukkan ais
  • siapppppp!
-------------------------------------------------------------------
Kopi ais kaw
Bahan-bahan:
  • 2-3 sudu serbuk kopi
  • susu pekat manis mengikut kesukaan
Cara nak buat:
  • Kacaukan semua bahan
  • masukkan ais
  • tambah susu cair sekiranya mahu
  • tambahkan air suam sekiranya terlalu pekat
  • siappppp!
-------------------------------------------------------------------
Nescafe ais kaw
Bahan-bahan:
  • 3 sudu kecil nescafe
  • susu pekat manis mengikut kesukaan
  • air setengah gelas
Cara nak buat:
  • Masukkan semua bahan
  • kacau sehingga sebati
  • masukkan ais
  • boleh tambah susu cair sekiranya mahu
  • siapppppp!
-------------------------------------------------------------------
Teh ais kaw
Bahan-bahan:
  • 3 cawan air
  • 3-4 sudu serbuk teh
  • susu pekat manis mengikut kesukaan
  • susu cair 3/4 sudu
  • garam secubit
Cara nak buat:
  • rebus air di dalam periuk sehingga mendidih
  • masukkan serbuk teh
  • tunggu sehingga menggelegak & tapis teh
  • masukkan susu pekat dan susu cair
  • masukkan garam
  • masukka ais
  • siapppppp!

Resepi Rendang Padang Ikan Kembung

Rendang Padang Ikan Kembung
Rendang Padang Ikan Kembung

Bahan-bahan:
  • Ikan - apa jenis pon boleh.Bersihkan dan di lumur kunyit serta garam.
  • Di goreng macam biasa.
Bahan kisar:
  • 20 biji cili padi..anggaran..nak lebih pedas boleh tambah..*
  • Cili hijau 5 biji*
  • Cili merah 3 biji*
  • Bawang Besar 2 biji*
Semua yg di tanda* ditumbuk kasar guna lesung. Kalau nak blender..boleh juga. Tapi yang sedap..memang kena tumbuk.
  • Asam keping 2/3
  • Garam gula,perasa secukupnya..
  • Minyak untuk menumis( kena lebih). Boleh guna bekas minyak goreng ikan tu juga.
Cara-cara:
  • Bila semua bahan dah siap tumbuk, panaskan minyak..tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, kemudian masukkan asam keping, gula, garam,perasa dan masak hingga sebati.
  • Agak-agak nak kering sedikit, masukkan ikan yang telah di goreng tadi dan sesuaikan rasanya.
  • Bila dah sebati serta kuah dah sedap mata memandang, boleh la tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.
  • Selamat mencuba.
p/s: boleh juga guna dalam masakan terung

Kredit resepi: Fatimah Ali

Resepi Pes Ikan Bakar (Homemade)

bakar ikan dengan pes ikan bakar homemade
bakar ikan dengan pes ikan bakar homemade

Bahan-bahan:
  • 10 biji bawang merah
  • 4 biji bawang besar
  • 1/2 labu bawang putih
  • 2 ikat serai
  • 10 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • cili padi (kalau suka pedas)
Blend semua bahan-bahan di atas. Tumis cili boh dan masukkan bahan-bahan yang telah di blend. Lepas tu tambahkan:
  • air asam jawa
  • belacan
  • gula melaka/gula gerek
  • gula
  • garam
  • serbuk perasa
  • daun kunyit/limau purut (kalau suka)
  Masak lama-lama sampai pekat. Dah ada pes, boleh la bakar apa-apa yang patut .

Nota:
Sesuai juga utk Bakar sotong. 

Kredit resepi: ummi saffiya

Ayam goreng cheese ala korea

Ayam goreng cheese ala korea
Ayam goreng cheese ala korea 

Bahan-bahan:
  • 1-1 1/2 keping dada ayam
  • 6-7 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu kecil lada hitam
  • 1-2 sudu serbuk kari
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk roti
  • Garam secukup rasa
  • Mozarella cheese secukupnya
Cara-cara:
  • Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
  • Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam.
  • Perap 1 jam atau lebih.
  • Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi.
  • Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung. Gaul rata.
  • Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
  • Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan.
  • Kacau sehingga keju betul-betul cair.
  • Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau letak ke dalam bekas lain.
  • Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit resepi: mazirah Majid

RESEPI NASI MINYAK

resepi nasi minyak
resepi nasi minyak

Bahan-bahan
Nasi:
  • 3 cawan beras basmati
  • 1 sudu besar garam kasar
Aromatik:
  • 5 bawang merah, dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, dipukul alu & dicincang halus
  • 2 cm halia, dipukul alu & dicincang kasar
Untuk menggoreng:
  • 5 sudu besar ghee
  • 3 daun pandan, diikat
  • 2 batang kayu manis 4cm
  • 3 bunga lawang
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • 1 sudu kecil bunga cengkih
Untuk memasak:
  • 3 sudu yoghurt
  • 3 batang daun sup, dikerat
  • 1 cawan susu sejat
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 cawan air
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar ghee
Penghiasan:
  • 1 sudu besar bawang goreng
Cara-cara:
  • Bilas beras sehingga air jernih. Langkah ini akan memerlukan beberapa bilasan.
  • Rendam beras dengan air garam selama 1 jam. Tapis dan simpan tepi.Potong dan campur bahan-bahan aromatik.Pada suhu api tinggi, panas dan cairkan ghee di dalam kuali besar.
  • Bila ghee cukup panas untuk menggoreng, kira-kira 190°C, masukkan pandan, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan campuran aromatik. Goreng sehingga tepi-tepi bahan aromatik mula berkaramel.
  • Masukkan beras dan kacau hingga rata. Terus kacau sehingga beras berwarna perang sedikit dan mengeluarkan aroma seperti kacang. Ini akan mengambil masa kira-kira 5 minit.
  • Masukkan nasi dan semua bahan dari kuali ke dalam periuk nasi.
  • Masukkan yoghurt dan kacau.
  • Seterusnya, masukkan daun sup, diikuti susu, stok ayam dan air. Masukkan garam, gula dan ghee dan kacau untuk campur.
  • Masak seperti biasa dalam periuk nasi.Setelah masak, hidang nasi di atas bekas hidangan dan keluarkan bahan-bahan besar seperti pandan dan kayu manis.Hias dengan bawang goreng.
Tips Tambahan dari Chef:
  • Lebih baik kualiti beras basmati anda, lebih sedap nasi minyak anda.
  • Cuba keluarkan bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih dari nasi masak sebelum disajikan. Bahan-bahan ini menambah banyak rasa dan wangian kepada mana-mana masakan, tetapi agak pahit jika digigit. Bahan-bahan ini agak kecil, jadi keluarkan sebanyak mungkin dan beri amaran kepada tetamu tentang potensi tergigit ‘perangkap’ ini.
  • Guna saiz cawan yang sama untuk beras dan bahan cecair anda. Kami cadang anda guna cawan pengukur dan bukan cawan yang biasanya datang dengan periuk nasi kerana ukuran mungkin berbeza.
  • Jika ingin menambah perisa setelah nasi minyak telah masak, taburkan sedikit kismis untuk rasa manis-manis.
Kredit resepi: butter kicap 

Senarai Lokasi Pasar Malam di Melaka Mengikut Hari

Pencari dan pengemar pasar malam...nak cari makanan yang pelbagai di pasar malam di area Melaka ni, korang boleh tengok list pasar malam kat bawah ni yang terdapat di Melaka. Boleh susun jadual makan malam korang di Melaka di dengan menu pasar malam😋😋😋😅

Hari Ahad
  1. Pantai Jaring, Bukit Darat
  2. Taman Cergas Batu Berendam
  3. Pasar malam dekat Rumah Awam Bandar Hilir
  4. Taman Bemban Jaya, Bemban
  5. Spring Garden, Lereh
  6. Taman Muhibah Merlimau
  7. Pekan Umbai
  8. Alor Gajah
  9. Pasar malam ayer keroh heigth
  10. Pasar Malam di Taman Seri Duyong Seksyen 2
Hari Isnin
  1. Taman Spring Garden
  2. Telok Mas
  3. Pasar Malam di Bandar Baru Sungai Udang
  4. Taman Bukit Melaka Bukit Beruang
  5. Depan IKS Selandar
  6. Taman Tanjung Minyak Setia
  7. Taman Malim Jaya
  8. Musai
  9. Pekan Sungai Rambai
  10. Taman Mewah, Kelemak
  11. UiTM melaka, Lendu
  12. Taman Paya Rumput Indah
Hari Selasa
  1. Taman Merdeka Batu Berendam
  2. Taman Kesang Damai
  3. Bukit Terendak
  4. Pasar Malam di UiTM Lendu
  5. Kampung Gelam, Tanjung Keling
  6. Taman Pengkalan Indah
  7. Lendu
  8. Kampung Lapan
  9. Taman Bertam Jaya
  10. Taman Seri Duyong
Hari Rabu
  1. Pasar malam Taman Kerjasama Bukit Beruang
  2. Pasar malam Kampung Tun Abdul Razak, Bukit Katil
  3. Taman Bachang Baru
  4. Pasar malam Taman Bertam Perdana
  5. Taman Bachang Baru, Bachang
  6. Plaza Sungai Udang
  7. Taman Peringgit Jaya
  8. Taman Rambai Utama
  9. Pasar malam Bandar Baru Merlimau
  10. Kampung Jus
  11. Depan Sekolah Pendidikan Khas Semabok
  12. UiTM Lendu
  13. Taman Sri Naning
  14. Pasar malam Depan Masjid Durian Tunggal
  15. Jelatang Alor Gajah
Hari Khamis
  1. Kampung Tampoi
  2. Ayer Molek
  3. Pasar Malam Taman Melaka Baru, Batu Berendam
  4. Taman Serkam Baru atau Taman Maju
  5. Taman Peruna, Sungai Udang
  6. Taman Merbok, Bukit Baru
  7. Taman Harta Pertama
Hari Jumaat
  1. Taman Limbongan Permai
  2. Taman Malim Jaya
  3. Taman Merdeka Batu Berendam
  4. Peringgit
  5. Taman Bukit Serindit
  6. Kawasan Industri Merlimau
  7. Taman Rambai Jaya
  8. Pekan Nyalas
  9. Taman Seri Telok Mas
  10. Plaza Sungai Udang
  11. Jasin Bestari
  12. Rembia dekat Simpang Lendu
  13. Taman Melaka Perdana, Alor Gajah
Hari Sabtu
  1. Taman Kota Laksamana
  2. Taman Seri Bayan Bukit Katil
  3. Kampung Serkam Pantai
  4. Taman Muhibbah Bandar Jasin
  5. Tapak Utama Alor Gajah
  6. Taman MGBM, Bachang
  7. Taman Cheng Perdana
  8. Kampung Paya Ikan
  9. Kawasan Industri Bukit Rambai
  10. Pasar malam klebang

Senarai Pasar malam sekitar Ipoh, Perak - beserta hari beroperasi

 Kepada peminat-peminat pasar malam sekitar Ipoh, korang boleh rujuk list dekat bawah ni senarai pasar malam beserta hari beroperasi. Semua pasar malam ni start beroperasi dari jam 5 petang hingga jam 10 malam.

  1. Pasar Malam Tasek Damai - Jalan Tawas Baru 6 - Ipoh - Isnin
  2. Pasar Malam Taman Perpaduan - Tingkat Perpaduan 1 - Ipoh - Selasa
  3. Pasar Malam Taman Jati  - 1243, Jalan Jati, Taman Meru 3C - Ipoh - Selasa
  4. Pasar Malam Taman Baru Putra - 27, Medan Putra 1, Bandar baru Putra - Ipoh - Rabu
  5. Pasar Malam Taman Bercham Raya - 2, Dataran Perpaduan 12, Taman Bercham Jaya - Ulu Kinta - Sabtu
  6. Pasar Malam Taman Anda - Ipoh - Sabtu
  7. Pasar Malam Bandar Baru Menglembu - 70, Persiaran Kledang Timur 17a, Taman Bandar Baru - Ipoh - Selasa dan Khamis
  8. Pasar Malam Taman Ampang  - Ipoh - Jumaat
  9. Pasar Malam Taman Rasi - Jalan Menglembu Utara 1, Taman Gelombang - Menglembu - Selasa
  10. Pasar Malam Taman Rapat Setia Baru - Jalan Teoh Kim Swee, Taman Rapat Setia Baru - Ipoh - Rabu
  11. Pasar Malam Sri Rapat - Jalan Harilela 1a, Taman Sri Wan - Ipoh - Khamis
  12. Pasar Malam Silibin - 437-453, Jalan Silibin, Taman Sri Wan - Ipoh - Isnin dan Khamis
  13. Pasar Malam Chemor - Chemor - Jumaat
  14. Pasar Malam Sri Kinta - 28, Jalan Sri Kinta 15, Kampung Sri Kinta - Ipoh - Sabtu
  15. Pasar Malam Taman Temara - Jalan Pengkalan Barat 18 - Ipoh - Jumaat
  16. Pasar Malam Desa Aman - No 1, Hala Pegoh Aman 3, Taman Desa Aman - Ipoh - Ahad
  17. Pasar Malam Taman Bersatu - Ipoh - Jumaat
  18. Pasar Malam Pekan Razaki - Ipoh - Jumaat
  19. Pasar Malam Bandar Lahat Baru - Lahat - Selasa
  20. Pasar Malam Station 18 - Susunan Stesen 18, Taman Pengkalan Jaya - Ipoh - Isnin
  21. Pasar Malam Bercham - Hala Bercham Timur 11,Taman Pakatan - Ipoh - Rabu
  22. Pasar Malam Taman Rasi Jaya - Menglembu - Jumaat
  23. Pasar Malam SPPK - Jalan Pegoh, Taman Pengkalan Jaya - Ipoh - Selasa
  24. Pasar Malam Gunung Rapat - 27, Selasar Rokam 11, Taman Ipoh Jaya - Ipoh - Isnin
  25. Pasar Malam Tambun - Jalan Tambun, Sunway City - Ipoh - Isnin
  26. Pasar Malam Soon Choon - Ipoh - Sabtu
  27. Pasar malam Persiaran Putra 4 - Bandar baru Putra - Ipoh - Jumaat
  28. Pasar Malam Klebang Jaya - Chemor - Rabu
  29. Pasar Malam Klebang Jaya - Chemor - Ahad
  30. Pasar Malam Klebang Restu - Chemor - Jumaat
  31. Pasar Malam Taman Mas - Chemor - Khamis
  32. Pasar Malam Meru Permai - Lengkok Meru Permai 1 & 2 - Ipoh - Rabu
  33. Pasar Malam Bandar Baru Menglembu - Menglembu - Ipoh - Isnin
  34. Pasar Malam Bandar Baru Medan Ipoh - Ipoh - Selasa
  35. Pasar Malam Simpang Pulai - 79, Persiaran Sengat Baru 2, Taman bersatu - Ipoh - Selasa
  36. Pasar Malam Taman SPPK - Jalan Pegoh, Taman Pengkalan Jaya - Ipoh - Khamis
  37. Pasar Malam Taman Ipoh Timur - 13, Jalan Medan Ipoh 6, Taman Ipoh Timur - Ipoh - Sabtu
  38. Pasar Malam Taman Rasi - Ipoh - Sabtu
  39. Pasar Malam Taman Pertama  - Jalan Taman Ng Weng Hup, Taman Pertama - Ipoh - Jumaat
  40. Pasar Malam Desa Kencana, Bercham - Ipoh - Ahad
  41. Pasar Malam Bandar Baru Cyber - Ipoh - Rabu
  42. Pasar Malam Taman Tanjung Perdana - Ipoh - Isnin
  43. Pasar Malam Desa Pinji - Ipoh - Khamis
  44. Pasar Malam Medan Gopeng - 11 A, Medan Gopeng 4, Medan Gopeng - Ipoh - Ahad

Resepi Gulai Ketam Tumis Darat

Gulai Ketam Tumis Darat
Gulai Ketam Tumis Darat

Bahan-Bahan:
  • 4 Ekor Ketam
  • 1/2 Biji Nenas
  • Sebungkus rempah kari ikan 
  • Santan 
  • Bawang Putih, Bawang Merah dan daun kari untuk menumis (Bawang putih dan bawang merah dipotong halus)
Cara Memasak:
  • Ketam yang telah dibasuh bersih dicampur dengan rempah kari dan air. Air agak-agak ler, jangan banyak sangat.
  • Apabila agak ketam tu dah masak dan rempah tu pun agak dah kering sikit, terus masukkan santan dan Nenas. Kuah ikut suka nak banyak ke sikit.
  • Kecikkan api, apabila kuah tu mendidih kacau perlahan-lahan. 
  • Agak-agak masakkan kita dan mendidih serata, dah boleh tutup api. 
  • Panaskan minyak tumis bawang merah,bawang putih dan daun kari,dah garing masukkan kedalam periuk gulai tadi..Kacau-kacau,siap...
Kredit resepi: Noor Baini Bakar 

RESEPI MURTABAK LAPIS KRAKER

murtabak lapis kraker
murtabak lapis kraker

BAHAN:
  • 18 keping biskut kraker (3 lapis)
  • 1 cawan susu cair 
  • 6 biji telur
Untuk Lapisan Daging/Inti:
  • 200 gm daging kisar 
  • 3 labu bawang besar- dicincang halus
  • 1 paket kecil serbuk kari daging
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji ubi kentang – potong dadu
  • 2 sudu cili kisar
  • daun bawang daun sup dicincang 
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
CARA MASAK INTI:
  • Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah kari dan cili kisar.
  • Panaskan minyak dan tumis pes tadi sehingga garing dan naik baunya.
  • Masukkan bawang besar dan kentang yg dipotong dadu serta daging cincang. Gaul sebati.
  • Tambahkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging dan kentang empuk.
  • Masukkan garam, gula, daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
CARA BUAT LAPISAN KRAKER:
  • Oleskan dulang pembakar dengar mentega. 
  • Rendamkan biskut kraker dalam campuran susu dlm 1 minit je. 
  • Susun biskut kraker yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  • Lapiskan dengan lapisan daging/inti tadi.
  • Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.
  • Susun lagi kraker atas lapisan daging dan telur tadi.
  • Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  • Akhir sekali, tuangkan baki susu dan telur sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 180C. 
Kredit Resepi: Fauziah Abd Ghaffar

Restoran Hafiz Tomyam, Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Restoran Hafiz Tomyam
Restoran Hafiz Tomyam
Restoran Hafiz Tomyam ni terletak di Jalan Tasek Gelugor, Kampung Selamat, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tepi jalan besar jer...senang nak cari...Aku tengok ramai gak la yang datang makan malam di restoran ni...Menu Hafiz Tomyam ni pun banyak juga...ada masakan ala thai, masakan panas goreng-goreng...Aku nak share gambar list menu diorang kat korang, tapi masalahnya banyak gambar yang aku snap, gambar tak jadi semuanya...ada 2-3 keping jer yang elok sikit...jadi tak banyaklah gambar yang aku nak share kat korang...

Aku just makan yang simple-simple jer, nasi goreng black pepper, nasi gorang daging, telur dadar dan sup ayam...

air karot susu dan teh o ais
air karot susu dan teh o ais

nasi goreng daging
nasi goreng daging

sup ayam
sup ayam

sambal belacan + timum
sambal belacan + timum

sambal belacan + timum
sambal belacan + timum
Kepada yang nak try makan di sini, boleh cari di Kampung Selamat , Tasek Gelugor, Pulau Pinang...GPS koordinat dan google map adalah seperti dibawah.

GPS koordinat: 5°29'54.7"N 100°31'11.1"E atau 5.498537, 100.519762