Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

RESEPI PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar - 11gm
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin fruit cocktail - terpulang nak letak buah apa yang digemari
Cara:
  • Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  • Pukul telur dan campurkan tepung kastard, kacau rata dan ketepikan.
  • Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastard. Masukkan fruit cocktail.
  • Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

RESPI PUDING JAGUNG LEMAK MANIS

PUDING JAGUNG LEMAK MANIS
PUDING JAGUNG LEMAK MANIS

Bahan-bahan: 
  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 tin susu sejat
  • 1 cawan santan @ 1 kotak santan 200ml
  • 1 cawan air
  • 2 1/2 sudu susu manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning
Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.Masak adunan hingga pekat kemudian matikan api.
  • Tuangkan adunan  ke dalam loyang. Biarkan puding sejuk seketika.Masukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan.

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD

PUDING ROTI SOS KASTARD
PUDING ROTI SOS KASTARD

Bahan bahan:
  • 8 keping roti (gardenia @ hi5)
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sbb takut nanti manis sgt)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
  • 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
  • Kismis utk hiasan
Cara cara:
  • Koyakkan roti ke dalam loyang.
  • Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dcampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul2 hancur).
  • Masukan bahan yang dputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.Taburkan kismis ke atasnya.. 
  • Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing2. (Kena tabur selepas bahan di. No 3 drendam 20-30 minit)Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.
Untuk sos kastard:
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara cara:
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
  • Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.

RESEPI PUDING KARAMEL

 

PUDING KARAMEL
PUDING KARAMEL

BAHAN-BAHAN:
Bahan gula karamel:
  • 60gm gula1 sudu makan air
Bahan puding:
  • 4 biji telur saiz A
  • 500mg susu segar
  • 70gm gula
  • Sedikit esen vanila. 
CARA MEMBUAT:
  • Masukkan gula dam loyang pembakar dan letakkan di atas api kecil. 
  • Biarkan gula menjadi keperangan tetapi jangan sampai hangit. Sejukkan gula dan ketepikan. Campurkan semua bahan puding dan pukul rata. Kemudian tapiskan untuk mendapatkan adunan yang licin. 
  • Kukus selama 45 minit atau 1 jam menggunakan kaedah water bath dengan api sederhana. Setelah masak, disejukkan.

RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG

PUDING KASTARD JAGUNG
PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan-bahannya:
  • 1 tin jagung jenis creamy 
  • 1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni macam wangi jer puding tu) 
  • 3 cawan air 
  • 1 1/2 cawan gula pasir 
  • 1 1/2 cawan tepung kastad 
Cara-cara:
  • Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan bancuh rata. 
  • Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). 
  • Masukkan ke dalam loyang atau talam. 
  • Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong.
Selamat mencuba! 

Kredit resepi: Madiha

PUDING ROTI

PUDING ROTI
puding roti

Bahan bahan:
  • 8 keping roti (gardenia @ hi5)
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sebab takut nanti manis sangat)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
  • 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
  • Kismis utk hiasan
Cara-cara :
  • Koyakkan roti ke dalam loyang.Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dicampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul-betul hancur).
  • Masukan bahan yang diputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.
  • Taburkan kismis ke atasnya.. Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing-masing. 
  • Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.
Untuk sos kastard :-
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara cara: 
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
  • Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dpotong dan dituang sos kastard. 

PUDING SUMI KASTARD

PUDING SUMI KASTARD
PUDING SUMI KASTARD

BAHAN-BAHAN:
*10gm serbuk agar-agar
*200gm gula pasir
*1000gm air
*4 sudu makan tepung kastard
*400gm susu cair (1 tin)
1 bungkus sumi atau secukupnya

BAHAN UNTUK SOS KASTARD:
400ml susu cair
200ml air
2 sudu makan gula
2 sudu makan tepung kastrd
1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:
1. Susun sumi di dalam bekas dan bekukan sebentar (15-20 minit) di dalam peti sejuk dingin beku.
2. Satukan semua bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas api sehingga agaragar larut.
3. Angkat periuk dan biarkan adunan sedikit suam (tidak terlalu panas). Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan jika suka. Tuang adunan kastard ke dalam bekas yang berisi sumi beku. Sejukkan semula sehingga kastard mengeras.
4. Untuk membuat sos kastard untuk dituang di bahagian atas; satukan kesemua bahan untuk sos kastard dan masak di dalam periuk. Kacau dan masak hingga sos memekat. Angkat dan sejukkan.
5. Untuk menghidang, keluarkan puding dan tuangkan sos kastard di atasnya hingga meleleh untuk lebih sedap dan lemak.

Puding Sagu Mata Ikan

Puding Sagu Mata Ikan
Puding Sagu Mata Ikan

Bahan Puding Sagu Berkuah:
  • 1cawan biji sagu (warna putih)
  • 4 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Pewarna kegemaran
sukatan air masa nak merebus sagu ni bergantung pada kita..kalau suka lembut lagi..boleh je tambah 1 cawan air lagi..kalau suka keras sikit..3 cawan air pon dah cukup..

Cara-Cara Menyediakan Puding Sagu:
1.Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam..Kemudian toskan
2.Didihkan air bersama daun pandan.
3.Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.
4.Masak hingga sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika.
5.Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing-masing
6.Masukkan ke dalam acuan.Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.

Bahan Untuk Kuah Gula Melaka:
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 sudu gula pasir (klu x nak mnis sgt..x pyh boh)
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.

Bahan Untuk Kuah Santan :
2 kotak santan yang saiz kecik+ 1/4 camca teh garam

Cara Menyediakan :
Masukkan ke dua-dua santan kotak dlm periuk.. masak bersama 3/4 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.

Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan kuah santan dan juga kuah gula melaka. 

RESEPI PUDING MANGGA

PUDING MANGGA
PUDING MANGGA

BAHAN-BAHAN:
  • 20g agar-agar tali
  • 7 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 3/4 cawan susu tepung
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 3 biji mangga (yg manis).. Nak letak lebih mangga pun boleh.. Lagi sedap
CARA-CARA:
  • Masak agar-agar bersama 7 cawan air hingga larut agar-agar.. Tuang gula dan gula batu.. Kacau-kacau.. Kemudian tuang susu tepung dan sedikit garam kacau-kacau bagi sekata/sebati.. Masak sehingga mendidih.. Tutup api
  • Ambik 2 cawan agar-agar tadi.. Tuang dalam blender serta 1 biji mangga potong-potong, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur blend hingga hancur halus
  • Basahkan loyang.. Tuang 2 cawan agar-agar yang bersusu tadi dalam loyang.. Biarkan agar-agar tu mengeras sedikit.. Boleh susun perlahan-lahan mangga yg dipotong dadu atas permukaan agar-agar tadi.. Akk susun separuh dulu mangga.. Lepas tu tuang sedikit agar-agar.. Selebihnya mangga susun semula dan lebihan agar-agar tadi tuang habis.. Biarkan agar-agar tu mengeras sekejap
  • Agak-agak dah beku sedikit agar-agar tu.. Tuang agar-agar yg diblender tadi perlahan-lahan atas agar-agar susu tadi.. Biarkan sejuk
  • Boleh simpan dalam peti sejuk.. Selepas 3 jam bolehlah dipotong puding ni ikut suka.. Sedia untuk menikmatinya

Kredit resepi; Zura zul 

Resepi Puding karamel tanpa telur

 

Puding karamel tanpa telur
Puding karamel tanpa telur

Bahan A (karamel)
  • 3 sdb gula
  • 2 sdb air
  • Masak atas api kecik hingga perang n sejukkan..
Bahan B (puding)
  • 10g agar2 tali
  • 4 cwn air
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 sdk asen vanila
  • 2 sdb tepung kastad

Cara-caranya:-

Satukan semua bahan B kacau selalu bila adunan dah didih dah nampak sedikit pekat tutup api..
Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel td...sejukkan dlm 3-4 jam...ok siap.