RESEPI TEPUNG PELITA

BAHAN HIJAU

TEPUNG PELITA
TEPUNG PELITA

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah
  • 1 cawan air pandan 
  •  4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Caranya : satukan semua dalam periuk, kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat. sentiasa kacau untuk elakkan tepung bergumpal

TIPS: bila dah rasa pekat sikit, terus masukkan dalam jug air kosong dan terus masukkan panas-panas dalam acuan kecil-kecil untuk makan. 

lepas tu letak gula aising/gula yang dikisar atas acuan hijau.


 BAHAN PUTIH

  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 cawan santan kara
  • 3.5 cawan air
  • 1 sk garam

Caranya : sama seperti diatas. Bila dah pekat sikit tuang dalam jug air dan terus tuang atas lapisan hijau. Tuang panas-panas. Dah siap.

Tambahan sebab ramai tanya:

acuan ni boleh dapat dalam 35pcs tako
tapi tapi tapi bergantung kepada bekas tako tersebut and banyak mana letak isi hijau dan putih.

Credit : Syahida Hazman

No comments:

Post a Comment