1

2

3

4

Resepi Biskut Mahkota Permata

Biskut Mahkota Permata
Biskut Mahkota Permata

Bahan-Bahan:
140gm marjerin
125gm tepung gandum
105gm tepung gandum
80gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Ceri merah dan ceri hijau secukupnya
Kuning telur untuk hiasan

Cara-Cara:
Pukul mentega dan gula hingga agak kembang.
Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
Tambahkan tepung agndum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh.
Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk mahkota. Sapu kuning telur dan atur ceri merah dan hijau di atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit.

Kredit resepi: Rasa

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

 

Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara-cara:
Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.

Selamat mencuba😋

Nestle Breakfast Cereals Malaysia

kredit resepi: dapurciktom

RESEPI LEOPARD CHEESE TART

LEOPARD CHEESE TART
LEOPARD CHEESE TART

Bahan Kulit:
100gr butter ( sejuk)
100gr marjerin ( sejuk)
350gr tepung gandum
50gr gula halus
1-2 sdm air ais ( optional)

CARA:
Campurkan marjerin dan butter dalam bekas yg besar.
Masukkan twpung dan gula halus. Hancurkan dengan pisau pastry atau garpu hingga berbutir seperti pasir.
Tambah air ais jika masih sukar untuk di bulatkan.
Bulatkan dan tutup dengan cling wrap. Simpan dalam peti sejuk selama 20 hingga 30 minit.
keluarkan dari peti sejuk dan bentukkan mengikut acuan tart. Cucuk2kan di bahagian bawah dengan garfu.
Bakar dalam oven suhu 170°C hingga 180°C selama 25 hingga 30 minit.

Bahan Filling:
340gr cream  cheese
135gr gula halus
20ml susu cair
1 biji telur saiz B
1/4 sdt esen vanila

Bahan Hiasan:
1/2 sdt coklat paste + 1sdm adunan filling
1 sdt coklat paste +  1sdm adunan filling
Piping bag

Cara:
Mixer cream cheese dan gula halus hingga rata dan creamy. Kemudian masukkan susu cair dan mixerkan sebentar.
Masukan telur dan vanila. Mixer lagi hingga rata.
Masukkan ke piping bag dan isikan ke kulit tart 
Tambhakn bahan hiasan, bentukkkan corak seperti leopard. ( rujuk gambar)
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 5 hingga 10 minit suhu 170°C.

Siap!

Kredit resepi: LinaguiKitchen

Resepi Rendang Daging

Rendang Daging
Rendang Daging

Bahan masak rendang daging sedap:
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu besar pes rendang
  • 10 tangkai cili kering (rebus dan dikisar asing)
  • 2 sudu jintan manis (kisar kering)
  • 2 sudu ketumbar (kisar kering)
  • 2 sudu jintan putih (kisar kering)
  • 125ml santan pekat
  • 4 sudu makan kerisik (dikisar halus)
  • Garam, gula & air asam jawa secukup rasa
  • Daun limau (hiris utk hiasan)
Saiz hidangan: 2-3 orang
Cara Buat Rendang Daging Sedap:
  • Rebus daging dahulu selama sejam atau lebih. Pastikan daging empuk. Tips lembutkan daging ada orang letak daun betik/biji kurma masa rebus daging tu. Air rebusan daging jangan buang.
  • Blend bahan kisar (bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, halia, serai) dengan air. Jangan banyak sangat air, cukup2 paras bahan masuk dalam blender tu je.
  • Rebus cili kering kemudian blend dengan air . Kuantiti air pun tak perlu banyak sangat. Cukup sekadar boleh pusingkan blender masa nak kisar tu. Hehe.
  • Kisar halus bahan jintan manis, jintan putih, ketumbar
  • Sangan hampas kelapa/kelapa kasar (ada jual dalam paket) sekejap atas kuali tanpa minyak. sangan sampai da warna coklat sikit . Jangan lama sangat nanti hangus. Kemudian kisar halus kerisik ni.
  • Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar step no 2 (bawang2 halia etc), no 3 (cili kisar) & masukkan sekali pes rendang. Biarkan sampai naik bau & tumisan sedikit kering
  • Masukkan pula bahan kisar step no 4. Gaul rata
  • Masukkan kerisik yang disangan masa step no 5 tadi. Kerisik yang ni Dya tak sangan lama sangat. Hehe. Cukup sekadar sampai warna kecoklatan sikit & bau kelapa naik. Gaul tumisan ni sampai kering sikit.
  • Bila tumisan dah kering sikit, masukkan air asam jawa. Asam jawa ni tak payah banyak sangat. Letak secubit pun cukup. Buat rasa masam sikit-sikit je kat masakan rendang. Kalau terlebih nanti rendang rasa masam sangat. Biarkan sampai kuah tumisan kering sedikit.
  • Masukkan daging yang da siap rebus awal-awal tadi
  • Air rebusan daging jangan buang sebab korang boleh guna untk masukkan dalam masakan rendang jugak. Tujuan untuk menambah lagi rasa pada masakan
  • Masukkan santan pekat. Guna santan kotak kecik 250ml. Dya masukkan separuh kotak je. Gaul rata dan biarkan masak hingga kuah rendang kering. Guna api slow.
  • Tunggu sampai kuah rendang kering macam dalam gambar. Gaul rata. Jangan lupa masukkan garam & gula secukup rasa.
  • Bila dah masak, hias dengan hirisan daun limau untuk bau wangi pada masakan. Dah boleh makan dengan nasi putih dah. Jomm!
  • Rendang ni best gila. Lengkap dengan rasa manis, masam, masin, pedas dia. Semua ada.
Tips:
Jangan letak cili giling banyak sangat. Pedas gila rendang nanti weh!