1

2

3

4

resepi Rendang Ayam Nogori

Rendang Ayam Nogori
Rendang Ayam Nogori 

Bahan:

Resepi 1 ekor ayam
(kalau buat 2 ekor just doublekn saja bahan2) *BAHAN A(BLEND)

Bawang bombay (8sb)
Bawang putih (10 ulas)
Halia (4sb)
Serai (ambil berapa batang dan ketuk & Serai yang blend 4sb)
Lengkuas (1sb)
Kunyit (1sb)
Cili padi ( terpulang pada masing2..nk pedas letak lebih ) *BAHAN B
Santan (1 Kotak)
Kerisik (1 packet)
Daun kunyit@maman(hiris halus)
Ayam

Cara-cara:
Tumis batang Serai di ketuk sehingga naik bau
Tumis bahan-bahan yg di blend sampai pecah minyak
Masukkan ayam dan Gaul sampai kluar air ayam
jangan masukkan air dulu
Biarkan sampai air ayam hampir kering dan masukkan air sehingga tutup paras ayam..
Masukkan kerisik dan biarkan ayam masak 
Masukkan santan dan masakkan sehingga kuah jadi pekat..(terpulang sama ada suka kering @ berkuah)
Jangan lupa garam dan masukkan daun kunyit

kredit resepi: dayang nurul ain

Resepi Siakap kengsom

 

Siakap kengsom
Siakap kengsom 

Bahan:
1 ekor siakap (siang & cuci bersih)
1 biji bawang besar
10 tangkai cili padi (campur merah & hijau)
1 ketul kunyit hidup (sebesar ibu jari)
1 ikat daun kesum
2 gelas air (untuk kuah)
Sedikit belacan
Blend semua bahan di atas
Nenas 1biji (potong ikut suka)
Buah tomato 2biji belah 4
Kangkung potong

Caranya: 
Masuk kan semua bahan blend ke dalam kuali,
Masuk kan air dan sedikit asam jawa masak sampai mendidih,kecilkan api masukkan ikan masak sampai ikan betul-betul masak....masukkan kangkung,buah tomato dan nenas... dan last skali masukkan gula garam dan perasa jika suka.....siapppp😎😎

Kredit resepi: siti zubaidah hassan

Resepi paru goreng berlada

Paru goreng berlada
Paru goreng berlada

Bahan-bahannya:
Paru Lembu
3 senduk cili kisar
2 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih*
*Ditumbuk lumat
2 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
gula dan garam secukup rasa
1 biji bawang besar @ holland - hiris bulat

Cara-caranya:
Perap seketika paru dengan jus limau kasturi. Cuci bersih, dan rebus agak empuk.
Hiris nipis paru tadi dan gaul dgn serbuk kunyit + garam sedikit dan goreng agak garing. Toskan minyaknya. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai biarkan sekejap.Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk lumat kacau hingga naik bau masukkan cili kisar kacau sehingga pecah minyak.
Bila pecah minyak masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau.
Masukkan paru yang sudah digoreng tadi dan gaul last sekali masukkan bawang besar@holland.Kacau rata, biar seketika dan bolehlah dihidangkan

RESEPI PARU GORENG CILI

PARU GORENG CILI
PARU GORENG CILI

Bahan-bahan:
  • Paru
  • 10 tangkai celi kering
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • sedikit minyak
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit kunyit serbuk
cara-cara:
  • Cuci bersih paru dan rebus bersama sedikit air dan garam. Kemudian hiris nipis paru dan gaul paru bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
  • Goreng paru dan ketepikan. Sementara itu, kisar 1 biji bawang merah dan bawang putih bersama dengan cili kering yg telah direbus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah dikisar tadi. Setelah pecah minyak masukkan sedikit air dan perasakan dengan gula dan garam. Masukkan bersama sebijibawang merah yg telah dihiris. Kacau hingga cilinya agak kering dan tutup api.
  • Kemudian masukkan paru yg telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI MASAK LEMAK CILI API PERUT LEMBU BERSAMA NENAS

MASAK LEMAK CILI API PERUT LEMBU BERSAMA NENAS
MASAK LEMAK CILI API PERUT LEMBU BERSAMA NENAS

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kilo perut lembu- direbus dahulu, ditoskan dan dihiris
  • 2 inci kunyit hidup-dikisar
  • 7 biji lada jarum( kalau korang nak pedas lagi boleh tambah banyak-banyak) -dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 2 batang serai diketuk
  • secawan santan
  • perasa- garam,gula dan ajinomoto
  • 1 helai daun kunyit- carik-carik sikit
  • nenas- dipotong ikut suka je
CARA MENYEDIAKANNYA:
  • masukkan bahan kisar bersama sedikit air dan santan kedalam periuk..
  • masukkan serai dan daun kunyit ..masak sehingga sdikit mndidih..
  • masukkan perut lembu dan nenas..kacau sehingga rata dan menggelegak..
  • sedia dihidang....

RESEPI KERABU PERUT MUDAH

KERABU PERUT
KERABU PERUT

BAHAN-BAHAN:
Perut lembu rebus dengan garam dan asam keping sampai empuk
Bawang besar mayang halus
Cili api dan serai hiris halus
Tomato hiris ikut suka
Limau nipis (saya guna lemon)
Gula (ni taruk lebih sikit kalau pakai lemon sbb rasa lemon lebih masam dari limau nipis)
Daun sup bagi ada kaler sikit

CARA-CARA:
Perah limau @ lemon dan kacau dengan gula sampai sebati
Gaulkan semua bahan sampai mesra .Siap

Resepi Spageti Carbonara Homemade

Spageti Carbonara Homemade
Spageti Carbonara Homemade 

Bahan-bahan:
  • 1 paket spageti
  • 2 1/2 tin susu cair ATAU susu krim penuh dalam kotak
  • Marjerin
  • Minyak
  • Daging cincang
  • Bawang dadu
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Cendawan
  • Sosej
  • 3 keping keju
  • Lada hitam
  • Maggi Cukup Rasa
  • Pasli
  • Oregano
Cara-cara:
  • Rebus spageti sehingga menjadi ‘al dente’, dan tambahkan 2 sudu besar minyak untuk mengelakkan spageti bergumpal bersama-sama setelah sejuk
  • Dalam kuali, masukkan marjerin dan minyak dan tumis bawang hingga wangi
  • Masukkan tepung gandum, gaul sebati sebelum menambah lada hitam dan daging cincang
  • Campurkan semua bahan dan kemudian masukkan cendawan dan sosej
  • Seterusnya, masukkan susu dan kacau hingga menggelegak
  • Kemudian masukkan hirisan keju dan perasakan dengan garam, gula dan Maggi Cukup Rasa
  • Akhir sekali, masukkan oregano, pasli atau kedua-duanya
Nota: Kuah akan menjadi lebih pekat setelah sejuk kerana kandungan tepung gandum dan keju

Kredit resipi: Nurul Husna Mohamed Daud

Resepi Sotong Bakar Percik

Sotong Bakar Percik
Sotong Bakar Percik

Bahan-Bahan:
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus

Bahan Percik:
2 batang serai – Diketuk/Kisar
*10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 – 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit

Cara Buat Bahan Percik:
Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.

Cara Memasak:
Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
Bile sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.
Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.


 

RESEPI RENDANG SOTONG SUMBAT

RENDANG SOTONG SUMBAT
RENDANG SOTONG SUMBAT

Sotong Sumbat Telur:
Bahan-bahan :
1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara:
Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya

Resepi Rendang Sotong Sumbat:
Bahan-bahan:
4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
2 helai daun limau purtu
400 ml santan pekat
2 sudu kecil kerisik
4 sudu makan minyak masak
3 keping asam keping
Garam dan gula secuup rasa

Bahan kisar sebagai pes rempah:
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai - hiris nipis
10 tangkai cili kering rebus
5 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Saya tambah (tak ada dalam resepi):
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-cara:
Kisar bahan kisar sehingga sebati.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!

Resepi Sotong Sumbat Bersos

 

Sotong Sumbat Bersos
Sotong Sumbat Bersos

Bahan-Bahan:
400g sotong – bersihkan
Inti secukupnya
1 biji bawang besar – potong bulat

Bahan Inti:
2 biji telur – dipukul sedikit
½ biji bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang
1 sudu besar lobak merah – cincang
2 helai daun bawang – cincang
garam dan lada putih secukup rasa

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit
1 hiris lenkuas
1 batang serai – diracik

Bahan Sos:
3 sudu besar cili kisar
2 sk ketumbar – siap kisar
½ sk jintan manis – siap kisar
½ sk jintan putih – siap kisar
2 sudu besar kicap soya
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara Memasak:
Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa. Goreng hancur (scramble) telur tadi.
Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.
Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.
Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api. Hiaskan sebelum dihidang.