Layan Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar dekat dengan stadium Alor Setar

Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar
Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar

Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar
Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar
Restoran Nasi Kandar Yasmeen ni antara cawangan diorang la di Alor Setar. Restoran Yasmeen ni tepi jalan jer. Ada kawasan parking di sebelah restoran tu. Nasi kandar Yasmeen yang aku datang ni berdekatan dengan area stadium bola sepak. Jom melayan nasi kandar di Alor Setar ni....
antara lauk-lauk nasi kandar yasmeen
antara lauk-lauk nasi kandar yasmeen

nasi kandar ayam goreng, acar timun, kuah campur
nasi kandar ayam goreng, acar timun, kuah campur

nasi kandar ayam goreng, sayur kobis, cili hijau, kuah campur
nasi kandar ayam goreng, sayur kobis, cili hijau, kuah campur
nasi kandar ni sedap cuma diorang kedekut nasi la... sikit sangat nasi yang diorang bagi. Terpaksa order nasi tambah sebab rasa sikit sangat.

Ok lah, kalau korang nak cuba makan nasi kandar yasmeen di Alor Setar ni, boleh cari restoran ni dengan GPS koordinat dan google map yang aku sediakan kat bawah ni.

GPS koordinat: 6°08'21.5"N 100°22'12.5"E atau 6.139309, 100.370127

Resepi Apam Susu Gebu

Apam Susu Gebu
Apam Susu Gebu

Bahan A:
  • *4 biji telur gred c
  • *1 cawan gula caster
  • *1 penutup esen vanilla 
  • *1 sudu besar ovalet
  • 3/4 cawan susu full cream
Bahan B:
  • *2 cawan tepung gandum
  • *1 sk serbuk penaik
  • Pewarna makanan
  • Bijan hitam untuk hiasan. Tak bubuh pun tak apa
Cara membuatnya:
  • Mixer bahan A* sampai kembang
  • Lepas tu masukkan susu full cream, mixer lagi sekejap sahaja bagi sebati, jangan mixer lama-lama.
  • Ayakkan bahan B*, kemudian masukkan kedalam bahan A sikit demi sikit, kacau sampai tak ada tepung berketul. Lepas tu bahagi kepada berapa warna yang kita nak.
  • Masukkan kedalam acuan yg sudah di olesi minyak. Kukus selama 10 minit.
  • ± dapat 30 biji lebih, ikut pada acuan masing-masing.

Selamat mencuba

Makan tengahari nasi campur di Warung Caen Selera kampung dan Tomyam, Padang Besar, Perlis

Warung Caen Selera kampung dan Tomyam
Warung Caen Selera kampung dan Tomyam
Warung Caen Selera Kampung dan Tomyam ni terletak di Padang besar, Perlis. Warung ni warung untuk korang makan tengahari. Ada pelbagai jenis masakan yang korang boleh try. Walaupun gerai ni tak besar mana pun, tapi sempoi gak la layan makan tengahari di sini.
pelbagai masakan untuk menu tengahari
pelbagai masakan untuk menu tengahari

ni nasi campur aku punya
ni nasi campur aku punya
Sedap gak la menu masakan di sini. Recommeded untuk korang makan di sini. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°39'30.3"N 100°19'06.8"E atau 6.658403, 100.318556

PUDING ROTI

PUDING ROTI
puding roti

Bahan bahan:
  • 8 keping roti (gardenia @ hi5)
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sebab takut nanti manis sangat)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
  • 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
  • Kismis utk hiasan
Cara-cara :
  • Koyakkan roti ke dalam loyang.Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dicampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul-betul hancur).
  • Masukan bahan yang diputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.
  • Taburkan kismis ke atasnya.. Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing-masing. 
  • Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.
Untuk sos kastard :-
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara cara: 
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
  • Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dpotong dan dituang sos kastard. 

Nasi Kandar Drive Thru di Restoran Nasi Kandar Hussain Caltex Sungai Dua, Pulau Pinang

 

Restoran Nasi Kandar Hussain Caltex Sungai Dua
Restoran Nasi Kandar Hussain Caltex Sungai Dua
Ini memang rare! Nak tau apa dia yang rare tu? Haaaa, nidiaaa... nasi kandar drive thru pertama di Malaysia💪💪💪... Kat mana? Restoran ni adalah restoran Nasi Kandar Hussain yang berkembar dengan stesen minyak caltex Sungai Dua, selepas tol Sungai Dua menghala ke Permatang Pauh. Korang boleh pilih nak dine-in atau drive thru... pengalaman pertama drive thru nasi kandar😅😅
nasi kandar siap dalam packaging yang cun
nasi kandar siap dalam packaging yang cun

ayam bungkus asing
ayam bungkus asing

papadom
papadom

dah siap meng 'order' drive thru...
dah siap meng 'order' drive thru...

air pun boleh drive thru
air pun boleh drive thru
Restoran Hussain Nasi Kandar ni ada je kat tempat lain, tapi di Caltex Sungai Dua ni lain maciammm sikit. Boleh la korang nak try cuba test drive thru ni....

GPS koordinat Hussain Nasi Kandar Drive Thru : 5°27'13.5"N 100°25'10.9"E atau 

5.453756, 100.419691

PUDING SUMI KASTARD

PUDING SUMI KASTARD
PUDING SUMI KASTARD

BAHAN-BAHAN:
*10gm serbuk agar-agar
*200gm gula pasir
*1000gm air
*4 sudu makan tepung kastard
*400gm susu cair (1 tin)
1 bungkus sumi atau secukupnya

BAHAN UNTUK SOS KASTARD:
400ml susu cair
200ml air
2 sudu makan gula
2 sudu makan tepung kastrd
1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:
1. Susun sumi di dalam bekas dan bekukan sebentar (15-20 minit) di dalam peti sejuk dingin beku.
2. Satukan semua bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas api sehingga agaragar larut.
3. Angkat periuk dan biarkan adunan sedikit suam (tidak terlalu panas). Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan jika suka. Tuang adunan kastard ke dalam bekas yang berisi sumi beku. Sejukkan semula sehingga kastard mengeras.
4. Untuk membuat sos kastard untuk dituang di bahagian atas; satukan kesemua bahan untuk sos kastard dan masak di dalam periuk. Kacau dan masak hingga sos memekat. Angkat dan sejukkan.
5. Untuk menghidang, keluarkan puding dan tuangkan sos kastard di atasnya hingga meleleh untuk lebih sedap dan lemak.

makan malam di restoran Fauzi Bistro, Brinchang, Cameron Highland

 

restoran Fauzi Bistro, Brinchang, Cameron Highland
restoran Fauzi Bistro, Brinchang, Cameron Highland

restoran Fauzi Bistro, Brinchang, Cameron Highland
restoran Fauzi Bistro, Brinchang, Cameron Highland
Restoran fauzi bistro ni terletak di Brinchang, Cameron Highland. Asalnya aku nak makan grill & steamboat. Nak makan malam, aku cari area dekat-dekat Brinchang je. Dekat dengan hotel. Malas nak jauh-jauh malam-malam. Sampai di fauzi bistro ni, aku pun nak la oder steamboat & grill, tai malangnya, Fauzi Bistro ni ada steamboat je, grill takde😂😂😂😂... Malas nak cari restoran lain dah, jadi aku tukar plan, makan set siakap 3 rasa jer... nasib la ada menu lain kat fauzi bistro ni😅
siakap tiga rasa
siakap tiga rasa

sayur cendawan
sayur cendawan

daging goreng kunyit
daging goreng kunyit

telur dadar
telur dadar
Nasib set siakap tiga rasa yang aku order ni sedap... dah siap makan, terus balik hotel, tidur dalam kekenyangan....

GPS restoran Fauzi Bistro : 4°29'36.3"N 101°23'17.8"E atau 4.493415, 101.388283



ROTI SARANG LEBAH

 

ROTI SARANG LEBAH
ROTI SARANG LEBAH

Bahan-bahan :
  • 300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung atau skim milk 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji telur
  • 250 ml susu segar
  • 6 gram yis
  • 40 gram gula
  • 40 gram butter
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar plain yogurt
Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.
Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. 
Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.
4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 
Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, 
7. Akhir sekali bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat. 

Restoran makanan segera Marrybrown, Komtar tingkat 6

Marrybrown, Komtar tingkat 6
Marrybrown, Komtar tingkat 6
Saja nak habaq kat hampa, kat komtar tingkat 6 ada restoran Marrybrown. Tingkat ni aras untuk korang nak masuk tengok ikan, dinosaur dan naik ke the top. Aku singgah makan tengahari je kat marrybrown ni, lepas tu sambung aktiviti untuk anak-anak...
ayam goreng set
ayam goreng set

THE SHEEP SANCTUARY, CAMERON HIGHLAND

 

beratur panjang nak masuk ke kandang kambing
beratur panjang nak masuk ke kandang kambing😅

beli tiket di sini
beli tiket di sini
Ni kali kedua aku melawat kambing biri-biri di The Sheep Sanctuary, Cameron Highland. Kali pertama, tahun lepas. Yang first time aku datang tu pun aku dah review dah dalam blog ni. Boleh rujuk SINI posting tersebut. Tak banyak beza sangat dari yang tahu lepas. Cuma beza pada laluan nak turun ke kandang tu. Tahun lepas ada satu jer disebelah kiri. Tapi kali ni di kiri kanan ada laluan turun ke kandang.
ada laluan kiri dan kanan untuk turun ke bawah
ada laluan kiri dan kanan untuk turun ke bawah
Masa korang nak masuk nanti, akan dibekalkan sorang sekotak kecil sebesar kotak mancis makanan kambing tersebut. Nanti korang boleh merasai sendiri bagi makan kepada kambing tu. Yang first time tu mesti jeli, sebab rasa lidah kambing tu jilat tapak tangan😂😂😂😂
kambing biri-biri berkeliaran cari makanan
kambing biri-biri berkeliaran cari makanan

comel tak saya?
comel tak saya?😇😇
Semua kambing biri-biri ni mudah didekati dan jinak. Bulu-bulu lebat, macam pegang kapet😁😁. Selain yang dilepaskan luar kandang, yang dalam kandang pun banyak jugak kambingnya...
alamak, dia kasi bontot daaa
alamak, dia kasi bontot daaa

mana satu kambing, mana satu manusia?
mana satu kambing, mana satu manusia?😅
Nak datang sini? Boleh cari di Kea Farm.

GPS koordinat The Sheep Sanctuary: 4°30'14.7"N 101°24'26.6"E atau 4.504087, 101.407393

Google map:

MUFFIN LEMON POPYSEED

MUFFIN LEMON POPYSEED
MUFFIN LEMON POPYSEED

Bahan-Bahan:
  • 1/2 cawan butter
  • 2/3 cawan gula
  • 2 biji telur saiz A, asingkan putih dan kuning
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 2 sudu besar poppyseed
  • 1/2 cawan plain yoghurt
  • 2 biji lemon, parut kulit sahaja
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu teh esen vanilla.
Bahan untuk 'lemon drizzle sugar':
10 sudu besar gula aising2 sudu besar perahan jus lemon segar

Cara Penyediaan:
  • Panaskan oven pada suhu 170°C.Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang.Masukkan telur kuning sebiji dan putar, kemudian masukkan sebiji lagi dan putar sekata.
  • Dalam mangkuk berasingan, ayak bahan kering iaitu tepung gandum, baking powder dan baking soda dan kemudian masukkan poppyseed dan parutan kulit lemon. Kacau sekata.
  • Sudukan bahan kering ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dan selang selikan dengan yoghurt sehingga adunan menjadi sebati.Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga kembang dan menjadi 'bertanduk' apabila ditarik.
  • Gaul adunan putih telur ke dalam bancuhan muffin dengan perlahan-lahan supaya ruang udara di dalam putih telur tidak terjejas. Sangat penting untuk digaul dengan lembut supaya tekstur muffin menjadi lembut dan gebu.Sudukan ke dalam acuan kertas 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga anda cucuk dengan lidi dan apabila ditarik, lidi keluar dengan bersih.
  • Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidang dan drizzle dengan 'lemon drizze sugar' sebagai hiasan. 
Tips:
Muffin ini sangat sedap jika gunakan mentega tanpa garam (unsalted butter atau sweet butter). Jika anda pilih mentega tanpa garam, masukkan 1/4 sudu garam di dalam adunan supaya rasa menjadi seimbang.

Mengimbau masa silam di Muzium Time Tunnel, Cameron Highland

 

Time Tunnel, Cameron Highland
Muzium Time Tunnel, Cameron Highland
Salah satu tempat menarik yang korang boleh singgah di Cameron Highland adalah muzium Time Tunnel. Muzium ni rare sikit. Lain dari yang lain. Mungkin takde kena mengena dengan Cameron Highland. Biasa kan orang cari strawberry ke, sayur ke, minum teh ke kan kan kan😅

Bila masuk sini, budak budak mungkin tak sempat la dengan barang-barang lama yang ada dalam ni. Tapi yang tua bangka macam aku ni, bila tengok barang lama, teringat masak kecik-kecik, barang tu pernah aku guna, kalau tak guna pun pernah tengok mak pakai.. memang mengimbau kenangan silam😭😭😭

dapur minyak tanah
dapur minyak tanah
Paling aku ingat dapur minyak tanah macam dalam gambar kat atas tu. Mak aku masak guna dapur ni la dulu-dulu masa aku kecik. Sekarang dah takde orang guna. Dah masuk muzium, jadi barang antik😂..
tv hitam putih
tv hitam putih
TV hitam putih ni pun sempat aku merasa tengok masa kecik dulu. Sekarang semua tv dah canggih-canggih dah.
mainan kanak-kanak
mainan kanak-kanak
Banyak lagi la bila tengok dalam ni boleh menetek ayaq mata ooooooo😅😅😅... Lagi kalau rumah korang pernah ada suis lampu macam gambar kat bawah ni, kita geng✌✌
suis lampu
suis lampu
Dan banyak lagi la barang-barang lama dan dah jadi rare sekarang ni yang ada di muzium time tunnel ni. Antara gambar-gambar lain yang aku sempat snap, boleh tengok di bawah ni.
pinggan mangkuk lama
pinggan mangkuk lama

pelbagai barangan antik
pelbagai barangan antik

jenis-jenis telepon lama
jenis-jenis telepon lama

belangga lama
belangga lama
Begitu la ceritanyaaaaaa...... Kalau korang teringin nak masuk ke muzium time tunnel ni, datang la ke Cameron Highland, Pahang. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 4°29'48.8"N 101°23'42.1"E atau 4.496876, 101.395022

Nasi Lemak Abang Strawberry Cameron Highland jadi tumpuan orang ramai

 

Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry
Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry
Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry ni memang menjadi tumpuan orang ramai kalau ke Cameron Highland ni. Kira tempat wajib la. Abang Strawberry ni terletak di Kampung Taman Sedia, Cameron Highland. Aku dah pernah review dah Abang Strawberry ni pada 2019 lalu. Boleh tengok posting tu kat SINI. Kali ni aku datang 2022, ada kelainan sikit dari yang lepas. Jadi aku update la sikit apa yang diorang dah improve tu😊😊😊
di bahagian belakang dah ada kabin untuk krew masak
di bahagian belakang dah ada kabin untuk krew masak💪

orang ramai sedang menanti order sampai
orang ramai sedang menanti order sampai
Selain kabin kontena yang colorful tu, diorang juga dah upgrade sistem order. Sekarang ni bila korang datang jer. terus duduk kat meja dan order terus. Takan ada orang datang dah ambil order sebab sistem order sekarang, korang kena scan QR code yang dah dilekat atas meja tu. nanti terus keluar menu dan order terus dari situ. Tapi kena ingat, bila korang dah order, jangan tukar meja plak, nanti korang mungkin takkan dapat apa yang korang dah order tu sebab pelayan dah confius kat mana korang dah tukar meja. Sebab setiap QR code tu dah lock dengan meja yang korang order.
order pakai sistem QR code
order pakai sistem QR code
Lagi satu yang aku perasan perubahan dari yang lepas aku datang sini adalah dari segi makanan yang di order tu dah tak pakai pinggan. Diorang pakai kotak kertas je. Mungkin senang nak handle. Tak payah basuh, terus buang jer😁😁... Tapi cantik gak la design kotak tu. Gambar kat bawah ni, aku order nasi lemak abang strawberry, korang tengok packaging design tu, cantik kan?😍
Air strawberry Abang Starwberry
Air strawberry Abang Starwberry

Nasi Lemak Abang Strawberry
Nasi Lemak Abang Strawberry

packaging design yang osemm
packaging design yang osemm😘😘
Sambil makan tu, korang boleh la menikmati straberry farm kat sebelah tu, kalau musin ada buah, korang boleh pi petik sendiri, tapi kena bayar la ek,bukan ambil free jer😅
ladang strawberry dalam restoran Abang Strawberry
ladang strawberry dalam restoran Abang Strawberry
Boleh la korang nak datang sini kalau ke Cameron Highland. Tapi nak cari parking agak mencabar la sikit kalau korang datang waktu cuti sekolah atau cuti perayaan ke, sebab orang terlampau ramai.

Di sini aku sertakan macam biasa gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 4°28'43.7"N 101°22'54.0"E atau 4.478794, 101.381677