SIAPAKAH GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN?

1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yang bermanfa'at.

2. Mereka yg menunggu-nunggu waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan untuk berdoa kpd Allah di saat-saat mustajab doa.

3. Mereka yg bangun untuk bersahur semata-mata TANPA beramal dan mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

4. Mereka yang dikurniakan Allah nikmat yang berlebihan TETAPI bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.

5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang untuk mempelajarinya TETAPI membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

6. Mereka yang sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama TETAPI kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

7. Mereka yang mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah TETAPI tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

8. Mereka yang menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan TETAPI membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

9. Mereka yg bersungguh-sungguh memelihara puasa dari perkara yang membatalkan TETAPI berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim. 

10. Mereka yg sampai umurnya ke penghujung Ramadhan TETAPI tidak berusaha utk memburu kebaikan malam AL QADAR.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja."

 (HR Ibnu Majah)

Selamat bermuhasabah diri dan saya memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

No comments:

Post a Comment