Jom sarapan pagi di RUMAH SARAPAN, Sungai Petani

Rumah Sarapan, Sungai Petani, Kedah
Rumah Sarapan, Sungai Petani, Kedah

Rumah Sarapan, Sungai Petani, Kedah
Rumah Sarapan, Sungai Petani, Kedah
Rumah Sarapan ni berlalamt di C182, Lorong 12, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah. Dari pengamatan aku, sebenarnya Rumah Sarapan ni memang betul-betul rumah dan kemudiannya di jadikan gerai sarapan pagi. Deretan bangunan di situ sebenarnya adalah rumah teres setingkat. Tempat tu sangat strategik untuk di upgrade sebagai kedai ataupun kedai makan.
ramai orang, sampai tak cukup meja
ramai orang, sampai tak cukup meja
Dari segi sambutan pula, Rumah Sarapan ni memang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Ada je orang yang datang ke sini, sampai satu tahap terpaksa menunggu meja kosong. Menu-menu yang terdapat di Rumah Sarapan pula, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni.
Menu yang terdapat di Rumah Sarapan
Menu yang terdapat di Rumah Sarapan

Menu yang terdapat di Rumah Sarapan
Menu yang terdapat di Rumah Sarapan
Daripada menu-menu kat atas ni, aku order mee kari, roti bakar choc, french toast, king breakfast plate, indomie telur mata dan mommy plate.
air neslo ais dan kopi o panas
air neslo ais dan kopi o panas

indomie telur mata
indomie telur mata

mee kari
mee kari

king breakfast plate
king breakfast plate

roti bakar choc
roti bakar choc

french toast
french toast

mommy plate
mommy plate
Jadi begitu lah kisah aku bersarapan di Rumah Sarapan Sungai Petani ni....Kepada korang yang nak datang bersarapan di sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map dibawah ni untuk cari lokasi Rumah Sarapan.

GPS koordinat: 5°36'45.5"N 100°29'07.4"E atau 5.612634, 100.485399

RESEPI SPICY CREAMY BUTTERMILK SALMON

SPICY CREAMY BUTTERMILK SALMON
SPICY CREAMY BUTTERMILK SALMON

Bahan-bahan:
  • Ikan Salmon
  • Garam
  • Blackpepper
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 5 biji cili padi (dicincang)
  • 2 hiris butter
  • 10 helai daun kari
  • 1 tin susu cair/ susu full cream
  • Baby spinach
  • 2 keping cheesedale
Cara-cara:
  • Grill salmon bersama garam dan blackpepper dan asingkan sebentar
  • Cairkan butter dan tumis semua bahan cincang
  • Masukkan daun kari
  • Tuangkan susu cair
  • Masukkan baby spinach
  • Kemudian masukkan cheesedale.
  • Akhir sekali, masukkan salmon tadi dan tunggu kuah pekat sedikit dan sedia untuk dihidang
Kredit resepi: ASH (Foodhunter) Ashril_92

Padu dan sedap! di Pesto Cafe, Sungai Petani Kedah

 

Pesto Cafe, Sungai Petani Kedah
Pesto Cafe, Sungai Petani Kedah

ruang dalaman yang menarik
ruang dalaman yang menarik

Pesto Cafe ni terletak di Jalan Cempaka 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah. Pesto Cafe menyediakan menu-menu yang sempoi-sempoi. Main menu adalah western food, pizza dan juga masakan tempatan. Pesto Cafe ni dua tingkat..korang boleh pilih nak makan di tingkat atas atau tingkat bawah saja.πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡..

Beroperasi bermula jap 4 petang hingga ke 11 malam. Buka setiap hari kecuali Rabu. Hari Rabu cuti daaaa.....

menu set kombo makanan western
menu set kombo makanan western food
Yang rare sikit kat Pesto Cafe ni, ada menu western yang di buat secara kombo. Menu ni diorang panggil "western Heaven". Aku pun nak try yang ini juga...Aku pilih Set C dimana dalam set C ni ada pizza(regular), chicken chop, chicken grill, lamb grill, meatball serta sauage, fries dan coleslaw.
set C, penuh satu talam
set C, penuh satu talam
Selain tu, aku order juga nasi goreng thailand, mushroom soup with garlic bread. Saja nak try...tapi sedap juga la...😍
nasi goreng thailand
nasi goreng thailand

mushroom soup with garlic bread
mushroom soup with garlic bread
Ini makanan yang aku makan jer....ada banyak lagi menu yang menarik ada di Pesto Cafe ni. Gambar-gambar di bawah adalah antarar menu-menu makanan yang terdapat di sini.
menu pizza
menu pizza

menu western
menu western

menu western heaven dan nasi goreng
menu western heaven dan nasi goreng
Kepada yang nak datang ke Pesto Cafe ni, boleh cari di Amanjaya ataupun korang just guna je GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat: 5.670984367142777, 100.508232216005

Jom try minum kopi di Tepi Coffee Cafe, Sungai Petani Kedah

Tepi Coffee, Sungai Petani
Tepi Coffee, Sungai Petani

'Tepi Coffee' yang betul-betul tepi bangunan
'Tepi Coffee' yang betul-betul tepi bangunanπŸ˜…πŸ˜…
Tepi Coffee yang terletak di Taman Seri Gedong, Sungai Petani, Kedah merupakan salah satu port peminat-peminat kopi terutamanya geng-geng pompuanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..Sebabnya majoritinya yang suka minum kopi hipster ni golongan-golongan tu lerπŸ˜…... Kedudukan Tepi Coffee ni memang betul-betul di tepi hujung barisan bangunan lot kedai. Mungkin sebab tu la kot nama cafe ni adalah "Tepi Coffee"😎...Kawasan lepak pun agak luas dan selesa, tapi bukan dalam bangunan la..Bangunan diorang kecil je pun...
kopi basic dan kopi signature
kopi basic dan kopi signature
Aku try dua jenis kopi yang diorang ada dalam list menu diorang. Aku ambil basic coffee dan juga signature coffee. Basic dan signature ni common menu la..Setiap satunya ada lagi pecahan menu-menu yang lain. Menu yang aku ambil ni tak berapa nak clear sangat😁😁😁....aku letak gak la menu tu macam dalam gambar di bawah ni...Harap korang dapat tengok la setiap menu tuπŸ˜‡πŸ˜‡
list menu Tepi Coffee
list menu Tepi Coffee (maaf atas kesulitan kalau tak nampakπŸ˜…)
Kepada peminat kopi, boleh la cari Tepi Coffee ni di Sungai Petani. Buka dari 10 pagi hingga 9 malam dan cuti pada hari Rabu. GPS koordinat dan google map adalah seperti dibawah.

GPS koordinat: 5°36'17.2"N 100°29'03.3"E atau 5.604780, 100.484257

 

RESEPI MEE JAWA

mee jawa
mee jawa

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging...rebus hiris nipis..
  • 2 kg keledek...rebus..blend
  • 200 gm..udang kering *
  • 100 gm..udang pepai @ geragau kering..*
  • 2 labu bawang besar*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 btg serai...hiris nipis*
  • 1 inci halia*
  • Yang bertanda * semua blend
  • 2 senduk nasi cili blend..
  • 1 senduk nasi rempah kari..
  • Gula melaka 2 ketul..
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
Caranya:
  • Tumis bahan yang dah di blend...
  • Tambah cili blend..
  • Masukksn serbuk kari daging....biar hingga naik minyak..
  • Masukkan daging yang dah direbus...gaul bagi mesra...dengan rempah dan cili..
  • Masukkan air rebusan daging..
  • Masukkan cincangan gula melaka
  • blend keledek rebus tuang dalam periuk hingga habis..
  • Tambah garam..
  • Biar mendidih hingga minyak naik...siap
  • Hidang bersama:
  • Mee kuning
  • Tahu goreng
  • Taugeh tak payah celur
  • Telor rebus
  • Daun bawang
  • Cili hijau
  • Bawang goreng
Kredit resepi: Faridah Hanim

RESEPI SUP AYAM KUKUS

SUP AYAM KUKUS
SUP AYAM KUKUS

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam sederhana besar – anggaran 1 kg
  • Garam secukup rasa
  • Secubit gula
  • 1 camca teh madu
  • 1 pokok kecik daun ketumbar – hiris
Bahan Kisar:
  • 2 batang serai – hiris
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 camca besar lada hitam biji
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
Hiasan:
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
Cara Memasak:
  • Ayam dibersihkan dan kerat 2, cucuk dengan garfu. Letak dalam satu bekas.
  • Masukkan bahan kisar halus, madu, garam secukup rasa dan hirisan daun ketumbar, gaul rata pada semua bahagian ayam. Perap dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan pengukus, letak jaring atas mangkuk tahan panas. Letak ayam tadi atas jaringan. Sapu baki-baki bahan perap atas ayam. Kukus selama 35 minit. Periksa ayam, jika isi kelihatan putih, tanda ayam sudah masak.
  • Keluarkan ayam dan potong kepada saiz yang anda suka. Letak dalam bekas.
  • Stok ayam yang terhasil tadi, ditapis dan tuang atas ayam tadi.
  • Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Hidangkan.

Resepi Ayam Buttermilk

Ayam Butter Milk
Ayam Butter Milk

Bahan-bahannya:
  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (hiris atau potong dadu, boleh juga guna bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk-ketuk jer)
  • 6 biji cili api hijau
  • Minyak untuk goreng ayam
Cara masaknya :
  • Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer)
  • Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  • Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  • Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  • Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  • Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat.
  • So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit-sikit jer.
  • Dan kalau terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  • Dah siap, makan dengan nasi panas-panas..

RESEPI AYAM SOS SIAM

ayam sos siam
ayam sos siam

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili 
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang)
  • sedikit gula (optional)
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  • Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  • Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. 
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Resepi Ikan Kembung Singgang

Ikan Kembung Singgang
Ikan Kembung Singgang 

Bahan-bahan:
  • Ikan kembung 5 ekor
  • Lengkuas 1 inci dihiris atau diketuk
  • Bawang Putih 5-6 dimayang atau diketuk
  • Bawang merah 2 dimayang
  • Halia dihiris atau diketuk
  • Kunyit 1/2 inci (pakai kunyit hidup lagi sedap) 
  • Asam keping (ikutlah nak tahap masam macammana)
  • Lada merah 2 (nak letak cilipadi pun boleh)
  • Kacang bendi 
  • Garam
  • Gula
Caranya:
  • Masukkan semua dalam periuk kecuali ikan, bendi, lada, garam dan gula. Masukkan air. Biarkan mendidih barulah masukkan bendi dan lada, bila mendidih masukkan ikan, perasakan dengan garam dan sedikit gula jika mahu. Tunggu ikan masak. Siappp!
  • Makan dengan nasi panas-panas..perghh...sedap
kredit resepi:dapurazua

RESEPI SALMON GRILLED LEMON SOS

salmon grilled lemon sos
salmon grilled lemon sos

Grill ikan salmon:
  • Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon,kemudian grilled salmon dengan sdikit butter..ketepikan..guna minyak yang sama untuk buat sos.
Bahan sos:
  • Butter
  • Bawang putih cincang
  • Cooking cream/fresh milk
  • Sedikit air perahan lemon
  • 1 sudu besar tepung jagung
Bahan perasa:
  • Parsley cincang
Cara-cara:
  • Cairkan butter,Tumis bawang putih hingga perang,masukkan cooking cream atau fresh milk,kacau rata..masukkan tepung jagung..matikan api,masuk dalam blender bersama perahan air lemon..bila dah blend masuk dalam kuali balik,kecilkan api..tambah bahan perasa,garam dan juga gula..bila kuah dah agak pekat,matikan api..masukkan parsley cincang.. siap!! Tuang atas salmon..
Kredit resepi: Herawati Basri

RESEPI PARU GORENG BERLADA

paru goreng berlada
paru goreng berlada

Bahan rebus:
  • 700 gram - 1 kg paru
  • Asam keping
Bahan kisar:
  • 9-10 tangkai cili merah - boleh guna cili kering kisar
  • 5 ulas bawang putih 3biji bawang besar
  • Halia sebesar 2 ibujari
Bahan lain:
  • 1 batang serai - ketuk
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam keping
Cara cara:
  • Paru direbus sehingga empuk. 
  • Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
  • Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul rata.

Resepi spaghetti olio aglio seafood

spaghetti olio aglio seafood
spaghetti olio aglio seafood 

(7-8orang boleh makan)

Bahan:
  • 1peket spageti (rebus dan tos) 
  • udang
  • sotong
  • sosej
sayur:
  • brokoli
  • tomato cherry
  • lada benggala hijau/merah
perasa:
  • chilli flakes
  • origano
  • mixed herbs
  • lada hitam (kisar halus)
  • kiub pati ayam
  • garam
  • gula
tumisan:
  • minyak zaitun
  • bawang putih
tambahan:
  • 1/2 cawan air rebusan spaghetti
Cara Masak:
  • goreng lauk pauk dengan minyak zaitun
  • angkat dan ketepikan
  • tumis bawang putih sedikit garing
  • masukkan bahan perasa, kacau sebati
  • masukkan spageti dan sayur
  • masukkan sedikit air rebusan spageti
  • rasa la ye secukup rasa, ikut tekan masing masing.
  • dah siap!
Kredit resepi: suhasnida ismail

RESEPI SIAKAP 3 RASA

SIAKAP 3 RASA
SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahan:
  • Ikan siakap
  • Nenas (potong dadu)
  • 1 biji Bawang merah besar (potong dadu)
  • 1 biji Tomato (potong dadu)
  • Cili padi (racik bulat2 halus)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 sudu besar cili kering 
  • 3 – 4 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • Serbuk perasa, garam dan gula
Cara-cara:
  • Ikan yang dah dibasuh bersih dilumur garam dan 2sdb tepung jagung. Goreng garing2
  • Sediakan bahan potong dulu (nenas, bawang merah, tomato dan cili padi)
  • Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sehingga naik bau dan sedikit pecah minyak
  • Tambahkan cili kering kisar dan kacau2 sampai pecah minyak 
  • Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau lagi 
  • Tambahkan semangkuk kecil air. Anggaran 200ml dan tunggu sampai agak pecah minyak. Masukkan cili potong dan bawang merah yang dipotong dadu tadi
  • Masukkan nenas dan tomato dan tambah juga serbuk perasa, garam dan 1sdt gula secukup rasa. Kacau-kacau sebati dan tutup api.
  • Ikan yang dah siap goreng dimasukkan dalam pinggan dan tuang sos 3 rasa yang kita masak tadi.
  • Siap! Selamat mencuba 

Kredit resepi: Anita Sahara

Restoran Brader's Cafe - 'Chicken Chop Terbesaq di Bertam', Bertam Kepala Batas

Restoran Brader's Cafe - 'Chicken Chop Terbesaq di Bertam'
Restoran Brader's Cafe - 'Chicken Chop Terbesaq di Bertam'
Tagline ' Chicken Chop Terbesaq' dekat billboard yang sebesar-besar alam di atas restoran Brader's Cafe ni, memanggil-manggil aku untuk masuk ke dalam restoran dan merasai sendiri kebesaqan chicken chop yang di war-warkan tu😁😁😁...

Sebelum Brader's Cafe ni wujud, restoran yang sebelum tu di tempat yang sama adalah restoran Nasi Arab Al-Haura...tapi dah tak beroperasi dan kemudian Brader's Cafe ni yang ambil alih lot kedai ni....

Restoran Brader's Cafe - 'Chicken Chop Terbesaq di Bertam'

meja makan dibahagian luar
meja makan dibahagian luar
Brader's Cafe ini terletak di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang. Walaupun seolah-olah macam di Brader's Cafe ini hanya ada chicken chop sahaja, namun sebenarnya ada banyak lagi menu lain yang ada di sini..
kaunter bayaran Brader's Cafe
kaunter bayaran Brader's Cafe
Menu-menu makanan di Brader's Cafe ni, korang boleh tengok dalam gambar-gambar menu seperti di bawah ni.
menu 1 Brader's Cafe
menu 1 Brader's Cafe

menu 2 Brader's Cafe
menu 2 Brader's Cafe

menu 3 Brader's Cafe
menu 3 Brader's Cafe

menu 4 Brader's Cafe
menu 4 Brader's Cafe
Dalam banyak-banyak menu tu, aku pilih untuk makan set putra yang mengandungi giant chicken chop, carbonara chicken grill, nugget tempura dan 2 green tea cup. Selain tu, aku order juga seafood aglio olio, carbonara beef pepperoni dan juga french fries.
french fries
 french fries

2 green tea cup dan 2 air mineral
2 green tea cup dan 2 air mineral

seafood aglio olio
seafood aglio olio

carbonara beef pepperoni
carbonara beef pepperoni

carbonara chicken grill
carbonara chicken grill

giant chicken chop
giant chicken chop

nugget tempura
nugget tempura
Makanan semuanya tip top...sedap-sedap belaka... Kepada yang nak mencuba makan di Brader Cafe ni, boleh la cari di Bertam Kepala Batas. Aku juga sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5.517588850123913, 100.44890851231672

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...