Resepi kuah rojak buah

kuah rojak buah
kuah rojak buah

Bahan:
  • 1 botol sos cili
  • 1 botol kicap lemak manis 
  • 350 gm gula
  • 3 keping nisan besar (agak-agak je kalau guna gula melaka @ merah)
  • sedikit blacan
  • cili kering blend ( ikut suka )
Cara:
  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dengan kacang)
  • boleh masukkan air dalam botol-botol tu untuk habis kan sisa-sisa sos dan kicap..
  • masak guna api sederhana saja... masak sampai pekat... 
  • dah pekat baru boh bijan tadi, kacau tutup api...
  • seimbangkan rasa...
  • bijan di sangai (suka hati nak letak ke tak)
  • kacang tanah di goreng ( blend kasar nak makan baru letak)

kredit resepi : Tg Khuzanika‎

RESEPI IKAN CELUP TEPUNG PANTAI TIMUR

 

IKAN CELUP TEPUNG PANTAI TIMUR
IKAN CELUP TEPUNG PANTAI TIMUR

Bahan-bahan:
  • Ikan(siang dan bersihkan)
  • Tepung beras
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Telor 1 biji
  • Sedikit air kapur
  • Air 
Cara:
Campur sebati,kepekatan tu kena pandai pandai ejas ya..jangan cair sangat nanti tak melekat pada ikan. 
Goreng dalam minyak yang betul betul panas. 

Tepung crispy crispy tu yang syok makan, cicah plak ngan kuah keropok.

SELAMAT MENCUBA

kredit resepi: hanna yasmern

RESEPI AYAM PERCIK MUDAH DAN SEDAP

 

AYAM PERCIK MUDAH DAN SEDAP
AYAM PERCIK MUDAH DAN SEDAP

Bahan bahan:
-Seekor ayam dipotong empat

Bahan-bahan Untuk Perapan:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Garam

Bahan Untuk Kuah:
- 1.5 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 1 batang serai
- 2 pek santan pekat
- 8 ulas bawang merah
- Cebisan asam keping
- Garam dan gula

Cara-cara penyediaan:
1. Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
2. Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
3. Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
4. Bakar ayam yang telah diperap.

Penyediaan kuah :
1. Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis dengan api perlahan.
2. Kacau sepanjang masa sehingga kuah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan sedikit garam mdah gula.
4. Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
5. Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
6. Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan.

*boleh bakar guna oven, arang atau kuali ajaib

RESEPI LONTONG GORENG

 

LONTONG GORENG

Bahan:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 genggam ikan bilis
  • Kobis sikit je
  • 1 biji telur
  • 2 bungkus nasi impit nona (nak guna brand lain pun boleh)
  • Bawang goreng.
  • Daun sup
  • Daging @ayam
  • Kiub ayam

Cara:

Blend bawang, bawang putih, cili kering dan ikan bilis pastu tumis dan letak kiub ayam macam buat nasi goreng pastu pecah telur then masuk nasi impit tadi bersama sayur kacau rata letak 2 sudu kicap manis.. last skali letaklah daun sup dan bawang goreng... Lebihan nasi impit tu kita tak membazir la atau buang bleh NGAP terus masuk perut..

Kredit: nur aina insyirah

Resepi Popia Sambal Rangup Pedas Manis

Popia Sambal Rangup Pedas Manis
Popia Sambal Rangup Pedas Manis

Bahan untuk sambal:
  • 20 bji cili kering(blend)
  • 1/2 cawan sos cili
  • 3 cawan gula
  • 1 sudu garam
  • 1/2 cawan air
  • Satukan semua masak sampai pekat berkilat...sejukkan..
Popia:
  • Kulit popia 
  • Tauge mentah
  • Tepung gandum (untuk lekat)

Untuk kekal rangup...pastikan popia yang dah di goreng,betul-betul sejuk..sebelum di gaul dengan sambal.

Kredit resepi: Mohd Zuhri Zuhri

Resipi Sup Ikan Merah

Sup Ikan Merah
Sup Ikan Merah

Tumis sampai brown bawang merah, bawang putih, dan halia(hiris boleh, tumbuk boleh)masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap..masukkan serai sebatang( titik) ,akar ketumbar..dan sup bunjut.. masukkan air..

Bila dah reneh, masukkan ikan..

Bila ikan dah hampir masak, masukkan garam secukup rasa..masukkan tomato dan batang celery.. dah siap boleh taburkan daun sup/daun ketumbar/daun bawang ikut kesukaan..

Saya tumis pakai sesudu minyak zaitun sahaja..

Kalau suka masam boleh letak asam keping atau asam limau..

kredit resepi : Ainn Mustafar

RESEPI AYAM TOMYAM CILI PADI

 

AYAM TOMYAM CILI PADI
AYAM TOMYAM CILI PADI

Bahan:
  • Ayam 8 ketul(potong kecil, goreng garam kunyit)
  • *30 tangkai cilipadi hijau + merah
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • 1 batang serai
  • 5@6 helai daun limau purut
  • Setengah biji tomato-hiris nipis
  • Garam dan perasa
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
Cara:
  • Mesin kasar bahan bertanda *
  • Tumis bahan hingga naik bau..
  • Masukkan serai dan daun limau purut
  • Masukkan pes tomyam
  • Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing (tomato hiris tu biarkan hancur dalam sambal)
  • Masukkan garam dan perasa
  • Akhir sekali masukkan ayam dan bawang hiris..
  • Siap!!!

Resepi:Mazliza Ahmad

Resepi sambal petai mantop

 

sambal petai
sambal petai

Bahan:
  • 1 genggam ikan bilis-goreng separuh garing
  • 3 papan petai-belah 2 n buang kulit
  • 3 sudu tempoyak
  • *20 tangkai cilipadi
  • *1 biji bwng besar
  • * 2 ulas bwng putih
  • * sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji bwng besar-belah 2 dan hiris
  • 1@2 helai daun kunyit-racik halus
  • Garam,perasa n sedikit gula
  • 1/2 kotak kecik santan
Cara:
  • Mesin kasar bhn bertanda * 
  • Tumis bhn mesin hingga agak garing
  • Masukkan garam,perasa n gula
  • Masukkan tempoyak
  • Masukkan bilis n petai
  • Masukkan santan..kacau sebati
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit n bawang hiris..

Credit : Mazliza Ahmad

RESEPI KETAM MASAK CILI ALA SINGAPORE

 

KETAM MASAK CILI ALA SINGAPORE
KETAM MASAK CILI ALA SINGAPORE

Bahan bahan :
  • 2 ekor ketam
  • 2 sudi cili kering
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji telur dipukul
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • Daun sup & daun bawang - tabur
Bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara cara :
Bersihkan ketam. Tabur sedikit garam & goreng hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Tumis bahan kisar, cili kering, sos tomato, sos cili & sos tiram hingga naik minyak, sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ketam, gaul rata dan biar masak sekejap. Tuang telur di sekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat. Tabur daun bawang & daun sup.. Siap

Kredit Resepi : Ayu Shahir‎

Resepi Garlic Butter Grilled Steak & Shrimp

Garlic Butter Grilled Steak & Shrimp
Garlic Butter Grilled Steak & Shrimp

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar mentega (suhu bilik)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar daun pasli segar (dicincang)
  • 1 sudu besar olive oil
  • 2 keping halal choice Strip Loin Steak atau New York Steak (Porterhouse Steak)
  • Garam dan lada hitam secukupnya
  • 250 g udang (dibersihkan, buang kulit, kepala dan ekor)
  • 8 batang asparagus
Cara-cara:
  • Untuk garlic butter, satukan mentega, bawang putih dan daun parsli. Ketepikan.
  • Panaskan kuali panggangan di atas api besar. Griskan dengan sedikit minyak masak.
  • Keringkan stik dengan tisu. Lumur stik dengan minyak zaitun, garam dan lada hitam.
  • Bakar stik selama 5 minit setiap belah atau sehingga masak.
  • Bakar asparagus bersama stik dan balikkan sampai masak.
  • Sapu separuh garlic butter tadi ke seluruh stik. Pindahkan stik ke pinggan dan rehatkan selama 5 minit.
  • Sementara itu, cairkan mentega yang separuh lagi. Ketepikan
  • Lumurkan udang dengan garam dan lada hitam.
  • Menggunakan api sederhana besar, bakar udang selama 5 minit.
  • Balik balikkan dan bakar sampai masak.
  • Tuangkan mentega cair ke atas udang dan angkat.
  • Sedia untuk dihidang.

Kredit: Lina Thomas

Resepi Udang Galah khamped (masakan siam)

Udang Galah khamped
Udang Galah khamped

Bahan-bahan:
1kg udang galah (garam kunyitkan dan goreng sekejap)

Bahan blend halus:
  • 2 biji bwg besar
  • 5 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai potong halus
  • 2 biji cili hidup (merah) 
  • 5 biji cili api (hijau)
Bahan lain:
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • Bahan perasa
  • Garam
  • Gula
  • Gula merah
  • Bahan hiasan
  • Daun limau purut
Cara-cara:
Panaskan minyak bekas goreng udang, tumis bahan-bahan blend hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak smpai pecah minyak, masuk sos tiram, sos cili & sos ikan kemudian masak hingga mendidih.. Jika kering masukkan air.. Masuk udang gaul-gaul hingga sebati.. Perasakan..

Kredit : Masakan Simple

Resepi Homemade Sosej Ayam + Sayuran

 

Homemade Sosej Ayam + Sayuran
Homemade Sosej Ayam + Sayuran

 Bahan-bahan :-
  • 4-5 ketul dada ayam
  • 2biji telor
  • Apa2 sayuran (saya letak daun sup + carrot)
  • Sebiji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
  • Tepung ubi 4sudu
Cara:
campurkan kesemua dan bland, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ikat hujung kiri dan kanan kemudian rebus/kukus dalam 10-15 min...

Kredit resepi: koleksi resepi sedap

RESEPI SAMBAL PARU TAHAN BERBULAN

sambal paru
sambal paru

Bahan-bahan:
  • 1/2kg paru lembu
  • air secukupnya
  • serbuk kunyit
  • garam 
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • segenggam lada kering
  • 1 inci belacan 
  • 1 batang serai
  • 4 sb gula
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa (pekat-pekat)
  • 1/2 sk serbuk perasa
Cara Penyediaan:
  1. Rebus paru dgn air hingga empuk..dah empuk hiris nipis-nipis & perasakan dgn garam & kunyit..goreng keperangan.
  2. Kisar halus bawang putih, bawang besar, lada kering, belacan bakar dengan air. 
  3. Tumbuk sebatang serai masukkan ke dalam kuali & masukkan bahan-bahan kisar, kemudian tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan gula pasir, gula nisan, air asam jawa, serbuk perasa & garam.
  5. Masak hingga sambal kering.
  6. Sambal dah siap masukkan paru goreng gaul sebati..siap

kredit resepi: Ummi Atiyah Atif Kitchen

Tutorial khas untuk daftar vaksin anak-anak yang 12 tahun ke atas

Posting ni adalah tutorial khas untuk daftar vaksin covid-19 anak-anak yang 12 tahun ke atas.

Untuk makluman ibu ayah yang mempunyai anak berusia 12 tahun sehingga 18 tahun, Pendaftaran Vaksin Covid-19 telah dibuka di MySejahtera.

Saya kongsikan langkah-langkah seperti dibawah :-

A - Mempunyai ID MySejahtera Sendiri
Sekiranya anak ada smart phone dan ID MySejahtera sendiri boleh register terus melalui MySejahtera mereka. Hanya pastikan anak sentiasa alert dengan notifikasi.

B - Daftar Melalui MySejahtera Ibubapa (Belum pernah daftar anak sebagai dependent)
1.  Buka MySejahtera
2. Klik Covid-19 Vaccination
3. Klik Add Vaccine Dependent dan ikut langkah seterusnya.

C - Daftar Melalui MySejahtera Ibubapa (Pernah daftar anak sebagai dependent sebelum ini)
Sbb if tak delete kat Manage Dependants, bila register dia suruh tick above 18
          MySejahtera dah update - boleh terus ke Add Vaccine Dependent
1.  Buka MySejahtera
2. Klik More
3. Klik Manage Dependants
4. Pilih nama anak yang hendak divaksinkan dan klik ‘x’ untuk Delete dependant
5. Apabila telah delete klik Covid-19 Vaccination 
6. Klik Add Vaccine Dependent dan ikut langkah sehingga selesai.

Selamat Mendaftar

Resepi kuih badak berendam

 

badak berendam
badak berendam

Bahan-bahan:
  • Inti kelapa
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula merah timbang
  • 2 sudu gula pasir
(saya renjiskan 3 kali renjis kicap manis) 
(satukan kacau-kacau hingga larut dan tapis)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 1/2 sdb tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan disimpul
Caranya:
Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali..bila mendidih masukkan kelapa parut..gula..garam..kacau hingga agak kering masukkan tepung gandum..dah sebati tutup api..biarkan sejuk.

Bahan untuk tepungnya:
  • Didihkan air dalam periuk..sambil-sambil tu bancuh bahan doh hijau.
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sdb membukit tepung gandum
  • 1 cawan air pandan 
(kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya)
(satukan tepung dan pati pandan..gaul hingga jadi doh yg tak melekat ditangan)

Bulat-bulatkan doh..masukkan inti kelapa..kemudian masukkan dalam air yang dididihkan tadi..dah timbul angkat..susun bebola hijau tu daalm bekas tupperware (guna daun pisang yang dibentukkan 4 segi lagi cantik)

Bahan kuah putih:
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 sdt garam
  • 3 sdb membukit tepung beras
  • 2 sdb membukit tepung gandum
(satukan semua bahan ini dalam periuk..kacau guna whisk/senduk hingga larut...kemudian masak atas api hingga naik wap..jangan sampai pekat likat..sekadar naik wap sahaja)

Caranya:
Panaskan kukusan hingga air mendidih..tuang bahan kuah putih dalam bekas yang berisi bebola hijau tadi..jangan sampai penuh..kukus selama 7-10minit..api sederhana perlahan (jangan guna api besar tau) siap..boleh dimakan panas atau sejuk..

Selamat mencuba

kredit resepi: MARIANA ZAINAL

RESEPI KEK SUSU

KEK SUSU
KEK SUSU

Bahan-bahan :
  • 4 biji telur gred A@B
  • 1 cawan gula
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdb ovelatte
  • 4 sudu susu pekat
  • 1½ cawan tepung gandum
  • Pewarna pilihan
Cara-cara :
  • Blend/pukul telur, susu, gula, esen dan ovelatte sampai kembang (lebih kurang 3 minit).
  • Masukkan ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum.
  • Gaul sebati dan bahagikan adunan kpd 2@3 bahagian dan letak pewarna ikut citarasa.
  • Panaskan pengukus.
  • Sapu majerin pada acuan dan masukkan adunan beselang warna mengikut citarasa.
  • Kukus selama 40 minit.

** Pastikan air betul-betul mendidih dan balut tutup periuk dengan kain..

RESEPI ROTI BUTTER GOLOK VIRAL

ROTI BUTTER GOLOK VIRAL
ROTI BUTTER GOLOK VIRAL

Bahan:
  • 1 Cawan air suam
  • 1 Peket yis
  • 4 Sudu gula
  • 2 Sudu susu pekat
  • 2 sudu planta
  • 3 1/2 cawan tepung roti ,sya pakai tepung roti
  • 1 biji telur
Caranya:
  1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih.
  2. Telur dipukul sedikit.
  3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati.
  4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok).
  5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
  6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin.
  7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas.
  8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda.
  9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c.
  10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dgn gula halus.
Siap...

kredit resepi: Azlina Ina 

RESEPI CUCUR UDANG

CUCUR UDANG
CUCUR UDANG

Bahan-bahan bancuhan:
  • 500g tepung gandum
  • Air sejuk untuk bancuhan
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/4 sk baking soda
  • Sedikit daun kucai dan daun sup
  • (letak taugeh juga kalau suka)
  • Sedikit serbuk kunyit, sedikit garam dan gula
  • Sedikit udang.
Cara-caranya:
**Bancuh tepung dengan air hingga sebati.
Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai dan daun sup, serbuk kunyit, baking powder/soda, garam dan gula secukup rasa. Rehatkan dalam 15-20minit.
**Panaskan minyak penuh dalam periuk kecil bersama senduk sehingga betul-betul panas supaya bancuhan tak melekat nanti. Kautkan adunan sebanyak satu senduk penuh, letak 1 ekor udang dan tuangkan ke dalam kuali.Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama sos.

Selamat mencuba

kredit resepi: tuan punya resepi

RESEPI AYAM MASAK DAUN KARI

 

AYAM MASAK DAUN KARI
AYAM MASAK DAUN KARI

Bahan:
  • Ayam setengah ekor (goreng dengan serbuk kunyit kemudian ketepikan)
  • Sebatang serai(di ketuk-ketuk)
  • Bawang kecik 4 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia satu inci(semua diatas tumbuk ya)
  • 3 sudu besar cili kering
  • Sebiji tomato(blend)
  • Pati ayam knorr seketul
  • Sedikit sos cili life
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit santan
  • Sedikit garam dgn gula

Hiasan:
  • Cili padi 6 biji
  • Bawang besar setengah biji
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit daun kari (boh lebih lagi sedap)
Cara-cara:
Tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk tadi dengan serai bagi kekuningan. Kemudian masukkan ayam yang di goreng tadi, masukkan sos cili, santan, air asam, cili kering dengan tomato. Masak hingga pecah minyak kemudian masukkan, garam ,gula dengan pati ayam knorr. Kemudian tunggu sampai kuah betul-betul pekat. Masukkan hiasan cili padi ,bawang besar, daun kari dengan daun bawang
Tutup api. Siap!

Selamat Mencuba

 Kredit resepi kepada tuan punya resepi

Resepi Sotong Masak Ala Thai

Sotong Masak Ala Thai
Sotong Masak Ala Thai

Bahan-bahan:
  • Sotong
  • Kacang Panjang
  • Cili Padi Merah
  • Bwg Merah-mayang
  • Serai-1 (hiris serong)
  • Daun Limau Purut -4/5 helai
  • Serbuk Lada Hitam- sikit
  • Sos Ikan -Renjis ikut suka 
  • Serbuk Kunyit
  • Mushroom Seasoning- optional
Bahan Kisar:
  • 4-5 btg cili merah
  • 4-5 btg cili hijau
  • 1 labu bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • Belacan
  • Sedikit air
Cara:
  • Panas minyak, tumis kan bahan kisar tadi. Tumis smpai pecah minyak sket.
  • Masuk sotong yg da dicuci bersih. Biar smpai sotong masak.
  • Masuk lada hitam, campak serbuk kunyit sket, mushroom seasoning (optional), sos ikan, gula, garam ke etc.
  • Lastly, masuk cili padi, serai,daun limau purut, kacang panjang. 
  • Gaul smpai masak. Setel.

Kredit resepi: Bainon Kamaruddin

Tip dari tuan punya resepi : 
Kalau nak sotong tu kekal gemok and tak kecut, rebus dulu kejap 5 min dengan 3-4 keping asam keping. Sotong dalam pic ni saya rebus dalu camtu. Sebab nak bagi dia kekal gemok.

RESEPI NASI KERABU

NASI KERABU
NASI KERABU

Sambal tumis:
  • *7-8 ulas bwg merah
  • *4-5 ulas bwg putih
  • *15 tangkai cili kering
  • *sedikit halia
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping gula melaka saiz kecil
  • 2-3 btg serai
  • 2 keping asam
  • 3 sudu budu (tak nak letak pun takpe)
  • Gula & garam secukup rasa
  • 2 helai daun limau purut
Caranya:
  • blend semua bahan btanda *..tumis hingga naik bau
  • masukkan sedikit air, santan, asam keping, budu, serai, daun limau, gula & garam secukup rasa...masak hingga pecah minyak.
Sambal kelapa:
  • 7-8 ekor ikan sardin di rebus ambil isinya
  • 1 biji kelapa parut
  • 4-5 btg serai - di hiris halus
  • 6-7 biji bawang merah
  • Sedikit halia
  • 1 keping gula melaka kecik - di tumbuk
  • Garam + gula + serbuk lada hitam secukup rasa
Caranya:
  • goreng kelapa + serai sehingga garing- tumbuk halus
  • tumbuk isi ikan..bawang & halia
  • gaul semua bahan sehingga sebati
Sambal cili:
Cili padi..cuka..garam..gula-blend

Nasi:
  • Masak nasi mcm biasa.
  • titis setitis pewarna biru.
  • 3 batang serai.
  • 2 helai daun limau purut.
  • secebis garam.
Ikan celup tepung:
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu gandum
  • 2 sudu air kapur
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya 
** bancuhan jangan terlalu pekat..jangan terlalu cair

Kredit resepi: Zailawani Mohamad

Resepi Phad Kra Phao (Masakan Thailand)

 

Phad Kra Phao
Phad Kra Phao

Bahan (2 org makan):
  • Ayam dicincang halus 
  • 5 sudu besar sos ikan 
  • 2 sudu besar kicap 
  • 1 sudu kecil secukup rasa 
  • 2 sudu besar gula 
  • Daun selasih/basil leaves ikut banyak mana nak letak 
Bahan tumbuk :
  • 1 labu besar bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 8 ulas cili api merah 
Caranya : 
  • Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk kacau-kacau agak layu sikit masukkan ayam cincang tadi. 
  • Kemudian masukkan kicap,sos ikan, Secukup rasa, gula dan daun selasih. Kacaukan sampai ayam masak dan cukup balance semua rasa. 
  • Siap!! Makan dgn nasi putih dan telur mata. Rugi tak cubaa tauu. 
Kredit resepi : Azwa Muhammad

Resepi Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak
Mee Goreng Mamak

Bahan:
  • Mee kuning 450g (5 orang makan)
  • Lada kering+Bawang Merah+Bawang putih (blend)
  • Sayur Sawi@Taugeh
  • Fish cake@Fish ball
  • Sotong@Udang
  • Telur 2biji
  • Kicap (6 sudu makan)
  • Seafood sos adabi (2sudu makan)
  • Sos Cili (2 sudu makan)
  • Perencah Maggi Kari (setengah paket)
  • Garam (secukup rasa)

Cara buat:
1. Tumis lada kering yang dah diblend hingga garing
2. Masukkan seafood sos adabi,sos cili,kicap,perencah maggi kari dan sedikit air.
3. Masukkan sotong@udang dan fishcake@fishball
4. Masukkan sayur dan telur kacau sebati perasakan dengan garam
5. Akhir sekali masukkan mee kuning yang sudah dibasuh gaul sebati sehingga masak.

Selamat mencuba

Kredit resepi: Siti Norain

Cara-cara nak buat kerabu mempelam yang simple je

Kerabu mempelam
Kerabu mempelam

 Bahan...
  • Sebiji mempelam tua.kuning-kuning sikit. Parut rendam dalam air garam.
  • Segenggam ikan bilis digoreng dan ditumbuk.
  • Kacang tanah secawan digoreng tanpa minyak kemudian buang kulitnya dan ditumbuk kasar.
  • Bawang besar potong bulat.
  • Bawang merah hiris nipis.
  • Cabai besar sebiji dipotong nipis
  • Cili padi 7 biji di potong. Ikut nak pedas tambah la lagi cili padi.
  • Gula perang dua camca besar.
  • Sedikit garam.

Caranya...
Mempelam tadi sejat buang air. jangan ada air langsung tau. Kalau ada air nanti jadi kuah dantak sedap.
Gaul semua bahan di atas dengan mempelam tadi.. Siap!

Kredit resepi: Hayati Saidin

Resepi sambal bilis tempoyak

sambal bilis tempoyak
sambal bilis tempoyak
Bahan-bahan:
  • Ikan bilis (cuci goreng garing kemudian ketepikan)
  • Cili api,bawang kecik,bawang putih (ditumbuk)
  • Petai & bawang besar dihiris
  • 2 atau 3 sudu besar tempoyak..(ikut korang banysk mana nak)
  • Asam keping

Cara-cara:
Untuk sambal tempoyak tu, cili api garam ditumbuk kemudian gaulkan dan boleh dimakan begitu je.

Tumis bahan-bahan yang ditumbuk,masukkan sos tiram, asam keping, kacau. Masukkan petai, bawang besar goreng dalam beberapa minit kemudian masukkan tempoyak,kacau sebatikan pastikan garam secukup rasa..last masukkan ikan bilis..siap!

kredit: SuiSan Aliezsha

RESEPI MURTABAK MAGGI KARI

 

MURTABAK MAGGI KARI
MURTABAK MAGGI KARI

Bahan-bahan:
  • Maggi Kari 1 bungkus
  • Perencah kari daging Adabi sedikit
  • Telur 2 biji
  • Bawang Merah 3 biji
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Sosej
  • Daun bawang dan daun sup
Cara-cara:
  • Rebus maggi kemudian toskan- ketepikan dahulu
  • Tumis bawang merah dan putih, kemudian masuk kan perencah kari maggi dan perencah kari daging 1 sudu besar. Tutup api dulu.
  • Dalam bekas lain gaul telur dengan maggi yang dah direbus tadi hingga sebati dan masuk kan bahan tumis tadi.
  • Panaskan minyak masukkan bahan campuran kedalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalik kan macam goreng telur tu.
  • Kemudian kita angkat mee maggi kita hiaskan dengan mayonis dan cili sos. 
  • Siap untuk di makan.

Kredit tuan punya resepi

RESEPI KARIPAP RANGUP YANG SEDAP

 

Karipap
Karipap

Bahan-bahannya:
  • 6 cawan membukit tepung gandum cap kunci
  • 3 sudu besar membukit tepung beras
  • 5 sdb marjerin
  • 4 sdb minyak masak
  • 1  1/2 cawan air sejuk dari peti sejuk(jika kurang boleh tambah)
  • 1 sudu teh gula
Cara-caranya:
  • Satukan tepung gandum,tepung beras dan gula dalam besen..
  • Satukan marjerin dan minyak masak..panaskan hingga berbuih2 dan tuang ke dalam besen yang berisi tepung..gaul perlahan2 hingga jadi macam serbuk..
  • Masukkan air dan uli tepung hingga lembut..
  • Bila tepung dah lembut..bulat2kan jadi bebola yang agak kecil..kemudian peram dalam bekas bertutup selama 10 minit-15minit .
  • Bolehlah buat karipap seperti biasa..(jika ada mesin mee lagi cepat)
  • Karipap yang dah siap letak inti bolehlah dibakar selama 10 minit suhu 160*-170*jika nak frozenkan..(biarkan sejuk dan frozenkan seperti biasa)
Inti karipap:
  • 8-10 biji kentang(potong dadu)
  • Isi ayam(jangan potong kecil sangat..nanti x berasa ayamnya)
  • 1 biji bawang besar(hiris)
  • 3 ulas bawang putih(hiris)
  • Daun sup(hiris)
  • 1-2 sudu besar gula
  • 1 sdt garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 2 peket kecil serbuk kari daging(bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 2 senduk minyak untuk menumis
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak..tumis bahan hiris hingga layu..
  • Masukkan serbuk kari,gula,garam dan bahan perasa..masak hingga betul2 naik minyak dan garing..masukkan kentang dan air..
  • Apabila kentang dah mula lembut..masukkan isi ayam..kacau hingga kentang lembut dan kering(guna api sederhana dan kacau selalu)
  • Sesuaikan rasa..tabur daun sup..tutup api dan biarkan sejuk..siap..

kredit resepi: Mariana Zainal

Resepi Ikan Talapia Bakar Bersambal

 

Ikan Talapia Bakar Bersambal
Ikan Talapia Bakar Bersambal

Bahan-bahan:
  • Ikan Talapia
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Manisan kerek/gula melaka
Bahan kisar: 
  • 15 biji Cili kering 
  • 5 ulas Bawang merah 
  • 4 ulas Bawang putih 
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • Sedikit Belacan (jika suka) 
  • 3 Batang Serai

Kisar semua bahan sehingga halus 

Bahan lain:
  • Daun limau purut (Dihiris) 
  • Daun pisang 
  • Aluminium foil
  • Minyak
  • Kuali non stik/pemanggang ajaib
Cara-caranya: 
  • Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak
  • Masukkan air asam jawa,Kacau rata
  • Masukkan bahan perasa gula,garam,ajinomoto dan gula melaka/manisan kerek
  • Masukkan daun limau purut 
  • Kacau rata dan sesuaikan rasa
  • Masak sambal sampai pekat
Setelah itu....
  • Alaskan daun pisang dan letakkan sambal
  • Letak ikan dan lumurkan sambal pada ikan sehingga rata
  • Balutkan dengan daun pisang lagi dan letakkan di atas aluminium foil dan balut
  • Cucuk-cucukan dengan garfu supaya wap boleh keluar
  • Bakar dalam pemanggang ajaib@atas kuali non stik
  • Siappp

kredit resepi: Sue Zai Zai

Resepi Chicken Mango

Chicken mango
Chicken mango

Bahan-bahan:
  • Isi ayam bahagian peha/dada
  • Tepung goreng kentucky 
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  • Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20minit. Pecahkan telur dalam isi ayam. Gaul-gaulkan dan campakkan isi ayam ke dalam tepung kentucky dan goreng hingga kekuningan(deep fry). Pastikan panaskan minyak terlebih dahulu sebelum menggoreng.
  • Parut mangga muda, carrot/daun ketumbar dan sedikit bawang besar.
  • Bahan-bahan lain adalah Sos, Plum sos, Sos tomato, Sos thai, Gula, Cili api potong.
  • Perah asam limau nipis.
  • Kalau pekat boleh tambah air panas
  • Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (masuk last sekali). Sukatan agak-agak je.
  • Potong-potong ayam dan gaul dengan mangga parut tadi. Tuangkan sos atas ayam. Siap!

Kredit: Hawa qalisha ikin via mahn

Resepi Masakan Udang Butter

Udang Butter
Udang Butter

Bahan-bahan:
  • 15 ekor udang 
  • 6 batang cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang kecil daun kari
  • 1 sudu kecil lada sulah(kasar)
  • 1 sudu butter
  • 3 biji telur (Kuning Sahaja)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak masak
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit susu cair
Cara-cara:
  • Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika.
  • Panaskan minyak dan butter.
  • Pecahkan telur & kacau kuning telur hingga sebati
  • Bila minyak dan butter sudah panas, masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana. Sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik. kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan. (proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan).
  • Bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti serdak. Pastikan ianya terapung untuk menunjukkan ianya sudah masak.
  • Angkat dan toskan. gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang.
  • Goreng udang separuh masak sahaja. Angkat dan toskan.
  • Tumbuk cili padi dan bawang putih. Masih menggunakan minyak tadi, tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari. masukkan setengah cawan susu cair dan masak sampai mendidih
  • Masukkan udang tadi. Masa ni boleh serasikan rasa, kalau tak masin boleh tambah garam. Letakkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan bau udang tersebut
  • Letak udang dalam pinggan dan taburkan serdak telur di atas udang.

Note : Jika mahukan sedikit kemanisan dalam masakan, anda letakkan sedikit gula bagi menambah rasa.

Kredit: Resipi Masakan Terkini 

RESEPI FRIED & BAKED MAKARONI

FRIED & BAKED MAKARONI
FRIED & BAKED MAKARONI

BAHAN-BAHAN UNTUK MAKARONI GORENG :
  • Makaroni - 400 gram ( rebus letak garam 1 sudu besar dalam ai sampai agak kenyal² sikit )
  • Minyak Masak - 60ml
  • Bawang Holland - 1 biji ( Besar penumbuk korang & potong dadu )
  • Tomato - 1 biji ( besar penumbuk korang & potong dadu )
  • Serbuk Ketumbar - 1 sudu besar @ 1Tbsp
  • Serbuk Jintan Putih - 1 sudu besar @ 1 Tbsp
  • Serbuk Jintan Manis - 1 sudu besar @ 1Tbsp
  • Kiub ayam knorr - 1 ketul
  • Cili boh - ½ cawan
  • Tomato puree - 3 sudu besar @ 3 Tbsp
  • Ayam kisar - 400 gram
  • Cendawan butang - 1 Tin ( ikut korang nak potong mcm mana )
  • Lobak merah - 1 biji ( amik yg besar & sagat )
  • Garam secukup rasa.
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS BECHAMEL :
  • Mentega - 3 sudu besar
  • Tepung Gandum - 100 gram
  • Susu Fullcream - 1 Liter ( Dutch lady )
  • Serbuk Buah Pala - 1 sudu kecik ( Tak letak pun xpe )
  • Garam - 2 Sudu kecik
BAHAN-BAHAN TOPPING :
  • Cheese mozarella - Parut (terpulang bnyak mana nak letak)
  • Daun parsly yang kering untuk tabur atas cheese.
CARA-CARA MASAK MAKARONI GORENG :
  •  Panaskan minyak. Gunakan api sederhana SAHAJA.
  •  Masukkan bawang holland. Tumis sampai kekuningan.
  •  Masukkan tomato. Tumis sampai tomato agak lembut.
  • Masukkan serbuk jintan manis,serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, kiub ayam. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan cili boh dan tomato puree. Tumis sampai pecah minyak lagi.
  • Masukkan ayam kisar... Kacau sampai sebati dengan rempah-rempah tadi.
  • Masukkan cendawan butang & lobak merah. Masak sampai sebati & pecah minyak lagi. 
  • Perasakan dengan garam..
  • Masukkan makaroni yang dah direbus. Gaul sampai semua rempah sebati.
  • SIAP.
CARA MASA SOS BECHAMEL;
  • Cairkan mentega (guna api sederhana)
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau tanpa henti supaya tidak berketul.
  • Masukkan susu fullcream sedikit demi sedikit sambil kacau supaya tidak berketul.
  • Masukkan garam dan serbuk buah pala.
  • Gaul sehingga sos jadi agak² pekat.
  • SIAP.
TOPPING :
  • Cheese mozarella tu korang tabur atas sos bechamel lepas tu tabur serbuk daun parsley tu. Pastu bakarrr sampai agak-agak kekuningan. 

Kredit resepi : SAFINATUN NAJA ALI SADIKIN

PLA NEUNG MANAO (Resepi Original Bangkok)

PLA NEUNG MANAO
PLA NEUNG MANAO

BAHAN-BAHAN
  • 2 x Ikan Siakap (saiz sederhana)
  • 2 x Batang Serai (ketuk)
  • 3 x Pokok Ketumbar (potong kecil) *ambil dari akar sampai daun
  • 2 x Cili Besar (potong kecil)
  • 10 x Cili Api (potong kecil)
  • 10 x Ulas Bawang Putih (potong kecil)
  • 3 x sb Sos Ikan
  • 1 1/2 x sb Gula
  • 3 x Biji Limau Nipis
  • 1 x Kiub Pati Ayam Knorr/Maggie
  • Garam Secukup Rasa
  • Serbuk Perasa (Optional)
CARA MASAK
  • Gaul kesemua bahan di atas hingga sebati (kecuali ikan)
  • Kukus ikan selama 7 minit
  • Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam ikan, kemudian kukus lagi 5 minit

Kredit Resepi : Wan Muhammad Aliff

SAMBAL KACANG IKAN BILIS

SAMBAL KACANG IKAN BILIS
SAMBAL KACANG IKAN BILIS

Walaupun simple, tapi sedap untuk di makan dengan nasi panas-panas......

Bahan-bahan:
  • 500gram kacang (goreng garing)
  • 100gram ikan bilis (goreng garing)
  • Blend halus
  • Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji)
  • Bawang merah kecil 5 biji
  • Bawang putih 2 biji
Cara Penyediaan :
Tumis semua bahan blend dengan minyak yg banyak sampai naik minyak, masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dpt kilat dan manis pedas. Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.

Kredit : ‎Ainn Mustafar

CARA-CARA BUAT IKAN CENCARU SUMBAT

 Bahan-Bahan :
  • 2 ekor ikan cencaru
  • 2 biji cili merah – ditumbuk
  • 8 biji cili api – ditumbuk
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • Sedikit belacan
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
  1. ​Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.
  2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)
  3. Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
  4. Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
  5. Goreng sehingga masak.

RESEPI ROTI PURI & SAMBAL SARDIN

roti puri
roti puri

BAHAN:
  • 500 gram tepung gandum
  • 8 gram yis (Mauripan @ dll)
  • 2 sudu besar marjerin@butter
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 gram/ml air suam
CARA:
  1. Satukan gula kastor, marjerin@butter dan air suam. Kacau sehingga gula larut sedikit.
  2. Masukkan semua bahan kering dan curah bahan yang telah dibancuh tadi.
  3. Uli menggunakan tangan@mesin penguli sehingga menjadi doh yg licin.Boleh tambah sedikit tepung jika perlu.
  4. Rehatkan 10 minit (tutup dgn plastik@kain) dan selepas itu bolehlah di bentukkan bulat dan biarkan seketika utk doh mengembang sedikit.
  5. Canai doh dan boleh digoreng. Jangan terlalu tebal@nipis. Semasa menggoreng api sederhana kuat dan sentiasa simbah minyak panas atas roti supaya roti menggelembung. Goreng sehingga kekuningan.
RESEPI SAMBAL SARDIN:
  • 1 tin sardin 
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang Holland*
  • 4 biji cili padi* (nak kurang pedas boleh kurangkan)
  • 2 biji cili merah*
  • 3 inci halia*
  • 2 biji kentang (dadu)-optional
  • Asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Bahan bertanda*-hiris nipis
CARA:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang Holland, halia, cili padi dan cili merah. 
  2. Setelah naik bau masukkan kentang.
  3. Masukkan ikan sardin. Hancurkan ikan tersebut.
  4. Masukkan asam jawa, garam dan serbuk perasa.- sesedap rasa.
  5. Masak sehingga kentang empuk.

Siap. 

Kredit Resepi : adnan syazani adanan

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

A) Nasi Kukus

Bahan-Bahan
4 cawan beras
3 cawan air
2 helai daun pandan - simpul

Cara Memasak Nasi Kukus
  1. cuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan. selepas tu didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap.
  2. kukus beras selama kurang lebih 25 menit atau sampai beras dah separuh masak. selepas itu keluarkan beras dari dalam pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk (agar lebih cepat sejuk tukar selalu air rendaman )
  3. kukus kembali beras tadi selama 10 - 15 minit sahaja. selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras.
  4. kukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit. dan nasi kukus dah siap

B) Ayam Goreng Berempah

Bahan Perap
  • 6 ketul ayam - perasakan dengan garam dan kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • sedikit oregano (xboh pun xpe)
  • minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar
  • 6 cm halia muda - kisar
  • 4 ulas bawang merah - kisar
  • 3 batang serai - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
Cara Memasak Ayam Goreng Berempah
  1. gaul ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minyak sahaja. selepas itu masukkan bahan kisar dan gaul sebati
  2. perap ayam tadi selama 1 jam tapi lebih lama lagi sedap. kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.

C) Kuah Kari

Bahan-Bahan
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji tomato
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 peket rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • stok daging ayam lebih kurang 2 liter
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
Cara Membuat Kuah Kari
  1. kisar kunyit hidup, tomato, dan bawang besar menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebahagian hasil kisaran dengan kuah kari.
  2. panaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang, daun kari, dan kayu manis dan masukkan campuran rempah kari dan masak hingga garing. selepas itu masukkan cili kisar.
  3. masukkan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan masak hingga garing. kemudian masukkan stok daging dan masak sehingga mendidih. masukkan garam, gula, asam keping, dan ayam. masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. terakhir perasakan secukupnya
D) Sambal Belacan
sambal belacan ini cukup istimewa sebab masukan juga ikan bilis 

Bahan-Bahan
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • garam dan gula secubit
  • perhan jus limau kasturi
  • setengah genggam ikan bilis
  • 2 sudu minyak
  • 10 biji cili padi
Cara Membuat Sambal Belacan
  1. belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang
  2. panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu je.
  3. angkat dan masukkan dalam lesung. tambahkan dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. selepas tu tumbuk semua bahan tadi di dalam lesung.
  4. Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah ngan ulam-ulaman atau dengan ikan masin dan sayur bening.
kredit tuan punya resepi

Resepi lepat liat utara

 

lepat liat utara
lepat liat utara

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan santan
  • 3 sudu makan gula putih
  • 1 sudu kecil garam
  • Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam halus
  • Daun pisang
  • Minyak masak untuk sapuan
Bahan dimasak:
  • 1 cawan gula merah + 1/2 cawan air
Cara buat:
  • Masak air gula merah dan ketepikan.
  • Masuk santan,garam,gula putih bersama tepung pulut di dalam bekas dan gaul sebati.
  • Masuk air gula merah tadi sambil ditapis dan kacau hingga tidak berketul.
  • Ambil daun pisang dan sapukan minyak letak 2 sudu makan adunan serta ratakan.
  • Sapu minyak pada jari dan tekan adunan.
  • Letak inti kelapa ditengah-tengah adunan dan balut kemas. 
  • Akhir sekali kukus selama 45minit.
  • Siap.

Kredit tuan punya resepi

Resepi mee rebus daging

 

Mee rebus daging
Mee rebus daging

Bahan-bahan untuk kuah:
  • Minyak masak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daging lembu
  • Air
  • Udang kering 1 senduk
  • Kiub pati ayam
  • Cili kering - dikisar
  • Ubi keledek oren
  • Ubi kentang
  • Garam
  • Gula melaka 1 ketul
Cara memasaknya:
Rebus ubi kentang dan ubi keledek oren sehingga empuk. Buang kulit dan kisar. Ni untuk pekatkan kuah atau rebus sampai lembik dan lenyekkan saja.
Tumis bawang merah dan bawang putih,halia dalam periuk hingga kekuningan. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Sudah kering cili masukkan daging bersama air. Masukkan udang kering ke dalam periuk.
Masukkan juga ubi yang dikisar tadi, kiub pati ayam, garam dan juga gula melaka. Semua ikut sukatan dan selera sendiri. Rebus hingga daging empuk.

Ok kuah dah siap.

bahan-bahan mee rebus yang lain:
  • Telur rebus
  • mee yang dah dicelur sedikit 
  • cili potong,  tauhu goreng
  • sayur potong yang dah dicelurkan (ikut kesukaan anda)
Siap!! 

kredit tuan punya resepi

RESEPI MUSHROOM SOUP

 

MUSHROOM SOUP
MUSHROOM SOUP

Bahan-bahan:

Bahan A
  • 30 g butter
  • 1 sudu teh bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar bawang holland cincang
  • 1 tin cendawan - cincang
Bahan B
  • 50 g butter
  • 50 g tepung gandum
Bahan C
  • 1000 g air
  • 1000 g susu segar full cream
  • 1 tin sos pasta carbonara cendawan Preggo
  • 1 tin mushroom soup Campbell's
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • 1 sudu teh parsley kering
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula perang molasses
Cara-cara:
  1. Cairkan butter, masukkan bawang putih & bawang Holland. Saute hingga naik bau dan layu. Masukkan cendawan butang yang dicincang. Tutup api, masukkan dalam mangkuk dan ketepikan sekejap.
  2. Cairkan butter dengan api yang sangat perlahan, masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau sehingga tepung keperangan dan wangi.
  3. Masukkan cendawan yang kita saute tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan susu segar, air, sos carbonara prego, mushroom soup Campbell's dan kiub pati ayam hancur. Didihkan e g5
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan parsley. Kacau sebati sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan.
  6. Tutup api, masukkan garam & gula. Kacau kejap. Dah siap 

Kredit: Mai Belajar Masak

Resepi Burger Malaysia

Burger Malaysia
Burger Malaysia

Bahan A :
  • 1 1/2 cawan air suam 
  • 1 paket yis
  • 2 sudu besar gula pasir
  • (Satukan semua dalam satu bekas, kacau dan biarkan 5 - 6 minit lebih kurang)
 Bahan B :
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar butter guna marjerin pun boleh
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu teh double action baking powder (baking powder biasa pun boleh)
  • 1/2 sudu teh baking soda(effect rangup kulit burger tu nanti)
  • (Satukan semua bahan Bahan B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya :
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10minit...peram dalam bekas bertutup 10 minit..tabur tepung dalam talam..bulat-bulatkan doh..ikut saiz yang dikehendaki..tekan sikit atas doh tu..susun dalam talam..buat hingga siap..peram lg 18-20 minit dan bolehlah digoreng..guna api sederhana..sentiasa balik-balikkan..

Bila dah siap, potong tengah dan masukkan inti kesukaan korang. Tapi paling sedap untuk burger malaysia ni, semestinya berintikan sambal ikan bilis!

Credit Qwei Resepi

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP

CUCUR UDANG RANGUP
CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir-hampir 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pun boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air 
11. Minyak masak 

CARA-CARA:
1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong-potong
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu mangkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul-gaulkan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua-dua jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan pula bawang & daun kucai
10.Masukkan air (agak-agak, jangan terlalu lembik)
11. Gaul-gaul biar sekata (warna & bahan-bahannya)
12. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis

Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang

Kredit : Farah Farhana

Resepi Kung Pao Udang Lipan

Kung Pao Udang Lipan
Kung Pao Udang Lipan

Bahan-bahan :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak bijan
  • ***Kesemua bahan-bahan ini di satukan dalam mangkuk dan dikacau sebati.
  • 5 tangkai cili kering
  • Seinci halia potong nipis
  • Daun bawang

Cara-cara:

Isi udang lipan dibasuh bersih diletakkan dalam mangkuk. Pecahkan sebiji telur diambil putihnya sahaja, sedikit serbuk kunyit, sedikit garam gaulkan bersama isi udang lipan tadi.

Isi udang lipan tadi dibolak balikkan di dalam mangkuk yang berisi tepung gandum dan digoreng didalam kuali yang berisi minyak sederhana panas.

Goreng sehingga warna keemasan, angkat dah toskan sebentar...

Panaskan kuali dengan sedikit minyak, masukkan cili kering seterusnya sos yang disebatikan tadi.. Masukkan seinci halia yang dipotong halus... Agak-agak mendidih masukkan udang lipan dan daun bawang.

Siap untuk dihidangkan. 

Senaman untuk bakar kalori paling berkesan yang ramai orang tak tahu dan ambil mudah

 Ramai sekarang rakyat Malaysia sudah sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Tidak hairanlah kalau kita lihat sudah ramai yang memilih aktiviti senaman kegemaran masing-masing demi untuk menjaga kesihatan. Ada yang memilih aktiviti berbasikal, berjogging, berenang, berkayak dan pelbagai lagi. Tak kisahlah kalau ada yang cakap ianya sekadar trend sekarang dan menjadi hanya ikut-ikutkan saja. "Aku tengok ko buat, aku pun nak buat". Namun yang penting secara tidak langsung, faktor kesihatan juga terpalit sekali dengan aktiviti ini. keseronokan hobi dapat, penjagaan kesihatan pun dapat.

Tahukah anda, dalam kebanyakan aktiviti-aktiviti senaman favourite tersebut, ramai yang terlepas pandang dan tidak ambil peduli tentang satu senaman yang simple tetapi kesannya lebih hebat dari aktiviti senaman yang lain. Lebih menarik, senaman ini dapat dilihat kesannya seawal 5 minit selepas ianya dilakukan! Nak tahu senaman apa? semestinya adalah senaman LOMPAT TALI atau JUMPING ROPE.

Dari segi pembakaran kalori, senaman lompat tali adalah yang paling banyak pembakaran kalori. Jika dibuat perbandingan dalam masa satu jam, aktiviti berenang dapat bakar kalori sebanyak 550kcal/hour, jogging sebanyak 600kcal/hour, berbasikal sebanyak 700kcl/hour, berkayak 800kcla/hour manakala lompat tali (jumping rope) adalah sebanyak 1074kcal/hour.

Selain itu senaman lompat tali juga dapat memberi kesan positif kesihatan yang sangat berguna untuk sistem badan kita. Antara kesan-kesan tersebut adalah:

  • Membakar lemak
  • kuatkan sendi otot
  • hilangkan stress
  • menguatkan pelbagai otot
  • mengurangkan risiko kecederaan
  • meningkatkan koordinasi tubuh
  • perbaiki postur
  • pernafasan lancar
  • menguatkan tulang 
Nampak tak? senaman yang simple tapi banyak manfaatnya. Apa lagi tu? jom kita cari tali, lompat dalam rumah pun ok. Tak perlu nak ke taman atau mana-mana tempat.