Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Resepi kerabu perut lembu

 

kerabu perut lembu
kerabu perut lembu

BAHAN-BAHAN:
  • 100 gm kacang panjang | dipotong 3 cm dan dicelur
  • 500 gm perut lembu
  • 20 biji cili padi | ditumbuk halus
  • 10 ulas bawang merah | ditumbuk halus
  • 5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • 2 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
  • 2 biji bawang besar | ditumbuk halus
  • 3 batang serai | dihiris haluss
  • 2 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 1/2 biji kelapa | dibuat kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa 
CARA MEMASAK:
  • Perut lembu dibersihkan dan direbus hingga lembut. Kemudian dihiris kecil memanjang. Ketepikan.
  • Ambil bahan yang telah ditumbuk halus dan masukkan ke dalam bekas.
  • Satukan dengan perut lembu, kacang panjang, serai dan kerisik dengan bahan yang telah ditumbuk tadi.
  • Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. Sedia untuk dinikmati.
kredit resepi: resepi.my 

RESEPI KERABU TAUGEH DAN KERANG ALA UTARA

 

KERABU TAUGEH DAN KERANG ALA UTARA
KERABU TAUGEH DAN KERANG ALA UTARA

Bahan-Bahan:
  • 600 gram taugeh
  • 6-7 tangkai daun selom, hiris nipis
  • 1 mangkuk isi kerang rebus
  • 1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi, hiris nipis
  • 1 sudu kecil perahan air limau nipis
Bahan untuk kisar halus:
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji cili padi
  • 1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa
Cara Penyediaan:
  • Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. 
  • Angkat dan toskan. Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
  • Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang :)
#tipsDapur
Kalau tak ada daun selom, boleh juga masukan daun ulaman lain seperti daun pegaga, pucuk paku atau daun putat. Ikut mana yang anda suka lah.

kredit resepi: Che' Nom

Resepi Kerabu Daging & Mangga Muda

 

Kerabu Daging & Mangga Muda
Kerabu Daging & Mangga Muda

Bahan-bahan diperlukan:
  • 300 g daging 
  • 1 sudu teh lada hitam kisar 
  • 1 sudu makan minyak masak  
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan dihiris) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 batang serai 
  • 3 biji cili merah 
  • 3 biji cili hijau 
  • 5 biji cili api
(Semua bawang besar, batang serai, cili merah, cili hijau, cili api dihiris)
  • 1 biji mangga muda (Dicencang kasar) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
  • Hiris daging kira-kira setebal 1 inci. 
  • Gaulkan dengan lada hitam, minyak masak dan sedikit garam. 
  • Bakar daging sehingga masak. Sejukkan. 
  • Hiriskan kecil. 
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. 
  • Gaul rata. 
  • Sedia dihidangkan
Kredit resepi: Chef Hanieliza

RESEPI KERABU SUHUN & UDANG PANGGANG

KERABU SUHUN & UDANG PANGGANG
KERABU SUHUN & UDANG PANGGANG

Bahan-bahan : 
  • Udang 
  • Sotong 
  • Suhun 
  • Limau Nipis 
  • Bawang Merah (dimayang halus) 
  • Cili Padi (dihiris halus) 
  • Kacang Panjang (dipotong halus) 
  • Asam Jawa (ambil airnya sahaja) 
  • Belacan (dibakar) 
  • Garam dan Gula 
Cara-cara : 
  • Rebus suhun sehingga masak.
  • Angkat dan ketepikan bila sudah masak dan toskan di dalam air sejuk. 
  • Ambil jus limau nipis dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan belacan. 
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa. 
  • Rebuskan sotong. 
  • Gaulkan kesemua bahan iaitu sotong, suhun dan kacang panjang dengan air asam limau nipis yang sudah dibuat tadi. Kemudian ketepikan. 
  • Perapkan udang dengan garam, lada sulah dengan sedikit belacan.
  • Panggangkan udang yang sudah diperap. Campurkan air asam jawa dengan belacan, bawang merah, air limau nipis, cili padi dan garam dan gula. Kacau hingga sebati. Hiaskan kesemua hidangan. 

Resepi Kerabu Pucuk Paku + Tauge + Kerang

Kerabu Pucuk Paku + Tauge + Kerang
Kerabu Pucuk Paku + Tauge + Kerang

Bahan-bahannya :
  • 250gm taugeh
  • 500gm isi kerang
  • pucuk paku - celur 
  • sedikit belacan-tumbuk
  • 2 biji cili merah-tumbuk
  • 10 biji cili padi- boleh tambahkn @kurangkan-tumbuk
  • 2 biji limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 2 sb kerisik
Cara membuatnya :
  • Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan2 hiris dan bahan2 tumbuk dalam mangkuk. gaul hingga sebati.
  • perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati
  • Siap dan bolehlah dihidangkan...
Kredit resepi: tuan empunya resepi

Resepi Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda

Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda
Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda

Bahan-bahan:
  • 3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 sudu besar kerisik
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • 2 tangkai lada burung dipotong serong
  • 3/4 cawan santan yang diperah segar
  • 3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya
Cara-Cara:
  1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut. Ketepikan (boleh guna mangga jenis lain)
  2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
  3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.
  4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. Masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tabur lada burung yang dah dipotong. Siap untuk dihidangkan.
Nota:
  • Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
  • Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan... kalau boleh guna santan fresh yang diperah.
SELAMAT MENCUBA!!

Kredit resepi: pipi pau

RESEPI KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG

KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG
KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG

Bahan-bahan:
  • 1 ikat pucuk paku(celur)
  • taugeh semangkuk (celur)
  • kerang(rebus dulu)
  • 5 @ 6 biji bawang merah kecil
  • 2 sudu besar kerisik
  • cili padi
  • belacan
  • garam
  • pati santan
Caranya:
  • tumbuk @ kisar kering cili padi dengan belacan
  • kacau cili kisar, kerisik dan bawang merah dalam bekas yang besar
  • masuk kerang kacau-kacau hingga sebati,kemudian masukkan sedikit garam 
  • masukkan pucuk paku dan taugeh yang audah dicelur tadi
  • kacau rata.. masukkan pati santan dalam 2 @ 3 sudu besar
  • kalau apa yang kurang boleh tambah ikut selera masing-masing

RESEPI KERABU TELUR DADAR

KERABU TELUR DADAR
KERABU TELUR DADAR

Bahan-bahan :
  • 3 biji Telur
  • 1/2 camca Teh Serbuk Lada Hitam
  • Secubit Garam
  • 1 sdu teh tepung jagung
  • Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna non stick pan. Dadar nipis-nipis. Gulung kemudian hiris nipis-nipis
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 kuntum bunga kantan - mayang halus
  • 1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus
  • 1 biji tomato buang biji dan potong kecil
  • 1 genggam ikan bilis goreng
  • Sedikit sos ikan
  • 2-3 biji limau kasturi ambil jusnya
  • Sedikit gula
Bahan tumbuk:
  • 1 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 ulas bwang putih dibakar
  • 1/2 inci belacan
Cara-cara :
  • Masukkan semua bhn dlm mangkuk kecuali ikan bilis
  • Gaul hingga rata.
  • Renjiskan sedikit sos ikan
  • Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng, gaul rata2 dan sesuaikan rasa.

Selamat mencuba.

Credit resepi: Razainiza saad

Kerabu ayam tomato

Kerabu ayam tomato
Kerabu ayam tomato 

Bahan-bahan:
  • Isi ayam yang telah direbus dan diracik halus
  • Bawang besar dihiris nipis
  • Tomato dihiris nipis
  • Cili padi
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air perahan limau kasturi

KERABU TELUR MASIN

KERABU TELUR MASIN
KERABU TELUR MASIN

Bahan:
  • 4 bijiTelur masin(rebus..belah 2 dan korek isinya dengan sudu)
  • 1 biji bawang besar - belah 2 & hiris nipis
  • 7@8 biji cili padi - hiris
  • 5 sudu makan cuka
  • 2 sudu makan gula
CARA-CARA :
  • Masukkan telur masin ke dalam mangkuk
  • Potong-potongkan telor masin dengan sudu 
  • (jangan terlalu kecik..nanti hancur bila di gaul)
  • Masukkan bawang dan cili
  • Masukkan gula dan cuka..gaul sebati..

Siap dan Selamat Mencuba!

Kredit Resepi : Mazliza Ahmad 

RESEPI KERABU YANGCHOW

KERABU YANGCHOW
KERABU YANGCHOW

Bahan-bahan: 
  • 160 gm nenas, dibuang empulur
  • ½ batang timun, dipotong batang mancis
  • ¼ biji cili benggala merah
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji
  • 1 biji tomato, dibuang biji
  • ½ labu bawang besar, dihiris baji
Bahan sos: 
  • 1 sudu besar Perencah Nasi Goreng Cina SERI-AJI®
  • 2 sudu besar sos cili manis Thai
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu teh jus limau nipis
  • Sedikit garam, gula
Cara-cara: 
1. Potong semua sayuran.
2. Kacau Perencah Nasi Goreng atas api perlahan hingga harum.
3. Masukkan ke dalam mangkuk, campurkan semua bahan sos yang lain.
4. Gaulkan dengan campuran sayuran dan letak dalam peti sejuk selama 30 min sebelum disajikan.

Resepi kerabu maggi (megi) ala Thailand

kerabu maggi ala Thailand
kerabu maggi ala Thailand

Bahan-bahan; 
  • 3 bungkus Maggie Thai/Siam
  • 1 biji buah tomato-hiris 
  • 1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland 
  • Sejengkal batang celery 
  • Segenggam daun ketumbar 
  • 1 biji cili merah besar 
  • 1 sudu sos ikan-jika suka 
  • 1 sudu air asam limau-jika suka 
  • 2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).
Bahan Lauk: 
Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball

Cara-caranya: 
  • Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera. 
  • Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
  • Masukkan seafood. Seafood dahulu diikuti dengan fish cake(Sebentar sahaja, rebus secara berasingan)
  • Keluarkan seafood.  
  • Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.  
  • Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!

Resepi kerabu mempelam

 

Kerabu mempelam
Kerabu mempelam

  • Sebiji mempelam tua.kuning-kuning sikit...parut remdam dalam air garam..
  • Segenggam ikan bilis ..goreng..ditumbuk..
  • Kacang tanah secawan.. digoreng tanpa minyak..buang kulit nya..ditumbuk kasar..
  • Bawang besar potong bulat..
  • Bawang merah hiris nipis
  • Cabai besar sebiji.. potong nipis
  • Cili padi 7 biji.. potong..ikut nak pedas tambah la..
  • Gula perang ..dua camca besar..
  • Garam..
Caranya...
Mempelam tadi sejat buang air tadi.. jangan ada air langsung tau..nanti jadi kuah..tak sedap..
Gaul semua bahan diatas dengan mempelam tadi..Dah boleh makan..

#5 Menu Lunch

Lama dah aku tak share apa lauk yg aku amek masa lunch. Harini aku amek ikan cencaru aka ikan jaket bakar pulak. Better amek yang bakar2 compare yg deep fried la ek. If xda pilihan boleh aje lah...


Sayur plak aku nak try kerabu taugeh. Sedap gak..nasi plak cam biasa kne jaga portion la ek..tak nak la glukosa korang naik mendadak. ikut genggam masing2. Kuah plak jangan dok buat banjir..sikit2 boleh lah...

So tu je lah aku nak share rini...selamat makan..