Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

 

Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya
Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

Bahan-bahan :

  • 250 Gram - Butter (suhu bilik) 
  • 150 Gram - Gula Caster 
  • 1 Biji - Kuning Telur Ayam 
  • 30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs) 
  • 100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus) 
  • 100 Gram - Tepung Jagung 
  • 300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top 
  • 250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak) 
  • 300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan) 
  • 1 Biji - Putih Telur Ayam 

Langkah-Langkah Cara Buat Cookies Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

  • Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.
  • Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.
  • Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang.
  • Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  • Bulatkan doh sebesar guli.
  • Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.
  • Letakkan diatas bekas dulang pembakar.
  • Selepas itu bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)
  • Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
  • Letak kan bebola chocolate kedalam mangkuk kertas.

No comments:

Post a Comment