Resepi Kuah Yong Tau Foo

Kuah Yong Tau Foo
Kuah Yong Tau Foo

Bahan-bahan: 
  • 3 sudu besar serbuk cili - saya pakai brand Faiza
  • 6 sudu besar gula merah, dilarutkan dengan 2 cawan air
  • 1/2  botol sos cili - saya pakai brand Life
  • 1/2 botol kicap pekat manis - saya pakai kicap Haji
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar petis udang - tak guna pun boleh je
  • 3 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan air sehingga larut (tak berketul)
  • 2 sudu besar bijan (dipanggang duhulu)
  • Serbuk kacang tanah
  • Boleh tambah garam atau gula jika perlu.
Cara penyediaan:
  • Dalam periuk, campur serbuk cili, sos cili, sos tiram, kicap pekat, petis udang dan bancuhan air bersama gula merah. Kacau rata sehingga sebati. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih sambil dikacau
  • Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat.
  • Bila nak hidang, gaul dengan bahan-bahan frozen yang dicelur terlebih dahulu termasuk kangkung. Tabur kacang tanah hancur dan bijan. Siap!

KOAY TEOW GORENG BASAH

KOAY TEOW GORENG BASAH
KOAY TEOW GORENG BASAH 

Bahan-bahan:
  • Minyak masak
  • Bahan sos(semua agak-agak takda sukatan)
  • Kicap pekat
  • Kicap lemak manis
  • Sos ikan/sos sotong
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • *Cili kering
  • *Sedikit belacan
  • *bawang besar
  • *bawang putih
Cara-cara buat sos:
  • Kisar semua bahan bertanda *
  • Tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan semua sos dan kacau hingga masak.
  • (Sos boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais.nak masak mee pun boleh guna sos ni.cepat dan senang kerja) 
Bahan-bahan lain:
  • Koay teow
  • Taugeh
  • Kucai
  • Udang (celur)
  • Kerang(rebus)
  • Telur
Cara-cara masak:
  • Tuang sos tadi tak perlu minyak dah.
  • Masukkan air udang terpulang nak banyak mana..
  • Biar mendidih kemudian
  • Masukkan udang
  • Masukkan kerang
  • Masukkan koew teow
  • Masukkan taugeh 
  • Masukkan kucai
  • Last sekali masukkan telur..
  • Kacau-kacau terus tutup api
  • Siap boleh terus makan. *Udang tu celur dalam air mendidih..air udang simpan dan boleh gunakan masa goreng koew teow untuk bagi berkuah.
.Kredit resepi: Rozainy Zai

Resepi Nasi Kuning

Nasi Kuning
Nasi Kuning

Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras
  • *1 labu bwg besar
  • *3 ulas bwg putih
  • (bahan bertanda * dihiris halus) 
  • 1 inci halia - diketuk
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 sb majerin 
  • sedikit minyak masak
  • air secukupnya 
  • garam 
  • pewarna kuning
Cara-cara:
  • Panaskan kuali, masukkan majerin dan minyak masak. Goreng bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • Masukkan bahan yg dihiris, halia, daun pandan dan goreng sehingga layu dan kekuningan. Tutup api. 
  • Masukkan beras dan air yg secukupnya ke dalam rice cooker. Tuang bhn tumisan tadi. 
  • Masukkan sedikit garam, pewarna kuning. Masak seperti biasa. Siap.
Resepi Ayam Bali:
  • Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam 
  • 4 batang serai - ketuk
  • 3 tangkai daun kari
  • *2 labu bawang besar
  • *3 ulas bawang putih 
  • *1 inci halia 
  • (bhn bertanda * diblender) 
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • kicap manis secukupnya
  • gula & garam secukup rasa
Cara-cara:
  • Lumur ayam dgn kunyit & garam. Goreng sehingga masak. Jgn terlalu garing nanti kurang sedap. 
  • Panaskan kuali, masukkan serai dan goreng sehingga keperangan. 
  • Masukkan daun kari. Goreng sehingga sedikit garing. 
  • Masukkan cili kisar, kacau & tunggu sampai pecah minyak. 
  • Lepas tu masukkan bahan yg telah dikisar. Gaul sebati & tunggu sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap, sampai warna maroon ye.. letak gula garam secukup rasa. 
  • Masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra. 
  • Boleh taburkan bawang yg dihiris bulat dan tomato. Siap. Selamat mencuba 
Kredit Resepi : atier syah 

Resepi Mi Kuah Daging

Mi Kuah Daging
Mi Kuah Daging

Bahan Kuah:
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inch halia
  • 2 biji tomato
  • Potong semua bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu blend semua bahan
  • Cili kering kisar 
  • 1 biji kentang russet
  • 2 biji keledek merah
  • Daging 
  • Asam keping
  • 1 tin tomato soup 
  • Susu pekat
  • Garam 
  • Gula
  • Ajinamoto
  • Sos cili
Cara-cara:
  • dalam periuk, didihkan air, masuk daging/tulang, rebus skli kentang dan keledek
  • agak-agak kentang keledek dah empuk, angkat pastu blend
  • masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping,kentang yg dah blend tadi, garam, pak aji, 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili. 
  • agak-agak dah mendidih balance dengan gula.  
  • biar mendidih

RESEPI SWEET POTATO PIE

 

SWEET POTATO PIE
SWEET POTATO PIE

Bahan-bahan:
  • 1kg kentang putih
  • 1/2kg isi ayam - potong kecil
  • 1 batang carrot - potong dadu
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 2 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 tin kacang peas
  • garam
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk basil
  • 1/2 buku butter
  • 2 sudu besar marjerin - untuk menumis
  • parutan cheese
Cara:
  • Cairkan marjerin dan tumis bawang-bawang hinggga wangi.
  • Masukkan ayam, carrot dan masakkan.
  • Masukkan tomato, garam dan lada hitam. Kacau dan angkat.
  • Rebus kentang dengan garam.
  • Lenyek dengan butter dan susu segar.
  • Ambil separuh dari kentang lenyek dan ratakan dalam acuan.
  • Masukkan inti ayam tadi di atasnya dan tutup semula dengan lebihan kentang.
  • Tabur serbuk basil dan parutan cheese.
  • Bakar dengan suhu 180 selama 35 minit.
  • Setelah masak, hidangkan bersama dengan sos cili.

Resepi Sambal Goreng Tempe dengan Telur Puyuh

Sambal Goreng Tempe dengan Telur Puyuh
Sambal Goreng Tempe dengan Telur Puyuh

Bahan-bahan
Bahan:
  • 200 gram Tempe , potong kotak
  • 20 biji telur puyuh, rebus, kupas kulitnya
  • 500 cc santan dari ½ butir kelapa
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 ruas lengkuas, memarkan
  • 10 biji cil padi
  • 2 biji cili merah besar iris serong
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu makan gula merah
Bahan Kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
Cara membuat:
  • Tumis bahan kisar sampai wangi, tambahkan daun salam, daun limau, lengkuas.
  • Aduk, tambahkan tempe, cili padi, aduk-aduk.
  • Masukkan santan, telur puyuh dan semua sisa bahan, masak sampai santan memekat.
Catatan: tempe dapat diganti tahu atau dapat menggunakan kedua-duanya.

Resepi sup tulang bawang goreng

Sup tulang bawang goreng
Sup tulang bawang goreng

Bahan:
  • 1 kg tulang
  • 5/6 biji kentang(belah ikut suka)
  • Rempah sup bunjut-1(akk guna adabi)
  • Sebiji bwng besar(belah dua n hiris)
  • 5 ulas bwng putih(ketuk n cincang)
  • 1 inci halia(ketuk)
  • 2 genggam bwng grng
  • 1 genggam daun sup/bwng(siap hiris)
  • 1sudu mkn serbuk lada hitam
  • Garam n perasa
Cara:
  • bersihkn tulang dan masukkan dalam periuk dengan air untuk merebus
  • masukkan rempah sup bunjut,bawang putih dan halia
  • setelah tulang separuh empuk..masukkan bawang hiris tadi dan kentang serta bawang goreng
  • setelah tulang betul empuk..masukkan pulak daun sup/bawang yang di hiris tadi..
  • masukkan lada hitam ,garam dan perasa
  • didihkan lagi dalam 10 min selepas masukkan lada hitam dan perasa supaya semuanya sebati...
  • Sebelum menghidang... Taburkan lagi bawang goreng Dan daun sup/daun bawang hiris
  • Siap!!!!
Selamat mencuba

RESEPI KARI AYAM PEKAT

KARI AYAM PEKAT
KARI AYAM PEKAT

Bahan bahan:
  • 12 ketul ayam
  • 2 biji kentang - potong 4
  • 1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
  • 6 ulas bawang putih - hiris
  • 3 inci halia - hiris
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan kotak
  • Air secukupnya
  • 10 sudu besar rempah kari 
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 pelepah daun kari
  • Gula
  • Garam secukupnya
Cara cara:
  • Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
  • Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.
  • Kuah kari ayam pekat seperti ini pasti sedap dimakan dengan roti jala. huhuhu...
Kredit resepi: Kuali Mama

RESEPI POTATO FRITTERS

POTATO FRITTERS
POTATO FRITTERS

Bahan:
  • 3 bji kentang
  • 4 sudu besar tpg jagung
  • 3 sudu tpg gandum
  • 1 bji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Daun bwg ataw daun sup
  • Udang ikut suka nak letak boleh, taknak pun takpa
Cara-cara:
Parut semua kentang dan campur semua bahan...gaul ja bagi rata...panaskan minyak ambil satu senduk adunan dan tuang tepi kuali bagi leper baru tolak dalam kuali...balik-balikkan hingga garing dan masak sepenuhnya...siap

Kredit Resepi: Siti Nardina‎