1

2

3

4

Showing posts with label nasi arab. Show all posts
Showing posts with label nasi arab. Show all posts

Makan nasi arab di Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang

Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang
Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang

Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang
Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang
Jalan-jalan di Bukit Bintang, kalau teringin nak makan makanan arab, ada banyak restoran di sini yang korang boleh pilih. Semua makanan arab di restoran area Bukit Bintang ni sedap-sedap. Restoran pun restoran yang famous dan viral. Tapi yang tak bestnya adalah korang kena hadap dulu beratur panjang, baru boleh dapat makan nasi arab. Korang kena pilih restoran mana yang tak terlalu panjang beratur. So aku pilih untuk makan di restoran Halab Gate. Itu pun aku kena hadap dalam 40 minit beratur, baru boleh masuk ke dalam restoran..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
beratur tunggu giliran nak makan
beratur tunggu giliran nak makan
Penat beratur panjang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang-alang berjemur tengah panas beratur, biar sampai boleh makan nasi arabπŸ˜‚πŸ˜‚...kipidap dongibab!
kunafa
kunafa

teh satu teko
teh satu teko

nasi arab kambing (maaf aku lupa nama sebenar dia)
nasi arab kambing (maaf aku lupa nama sebenar diaπŸ˜…)

nasi arab ayam (yang ni pun aku lupa nama sebenar dia)
nasi arab ayam (yang ni pun aku lupa nama sebenar dia)
Nasib sedap juga makanan di sini. Nak repeat lagi boleh, tapi kena hadap la beratur panjang. Ni aku datang bukit bintang waktu cuti sekolah. Tak pasti kalau week days biasa, beratur panjang jugak ke.

Kepada yang tengah mencari halab gate ni, boleh rujuk gps koordinat dah goole map di bawah.

GPS koordinat: 3.1474911825540914, 101.71078783526264

https://maps.app.goo.gl/zTh6bM6NaGTt8bKJ9

Restoran DUASWARP, Bandar Amanjaya, Sungai Petani - Nasi Arab padu!

Restoran DUASWARP
Restoran DUASWARP

Restoran DUASWARP
Restoran DUASWARP
Kalau korang nak makan nasi arab yang padu, sini la tempat dia...boleh makan dalam talam. Portion nasi memang banyak...style pak arab makan...hampa tau la kan kalau tengok pak arab makan, nasi berbukit boleh habis sorang makan ja!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Restoran Duaswarp ni terletak di Sungai Petani...Ustaz Firdaus punya ni...hampa google la sapa dia niπŸ˜…

Banyak menu-menu menarik yang ada di restoran Duaswarp ni....semuanya berkonsep makanan arab la..Aku dah snap dah menu-menu tu. Boleh tengok kat bawah ni.

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp
Aku amik set talam yang mix ayam dan kambing. Makan untuk 1 famili 5 orang....kenyang beb. Then aku tambah dengan sharwama daging. Sharwana pun padu, daging yang diorang pakai mantap...bukan main tibai daging burger jer....
shawarma daging
shawarma daging

mango cream, strawberry cream, al busyra latte
mango cream, strawberry cream, al busyra latte

nasi arab talam, jenuh nak habiskan
nasi arab talam, jenuh nak habiskan

mix ayam dengan kambing
mix ayam dengan kambing
Sangat sedap...boleh habiskan memang boleh kenyang seharianπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....Kepada yang nak try makan nasi arab DUASWARP ni, boleh la datang ke sini. GPS koordinat dan google map lokasi adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°40'10.3"N 100°30'31.0"E atau 5.669497563841482, 100.50861489814675

https://maps.app.goo.gl/emvAFzsprH5LGYA99

Makan Nasi Arab di Restoran Al-Araby Mathaam, Lotus Seberang Jaya, Pulau Pinang

Restoran Al-Araby Mathaam
Restoran Al-Araby Mathaam

Restoran Al-Araby Mathaam
Restoran Al-Araby Mathaam
Restoran Al-Araby Mathaam ni terletak di dalam pasaraya Lotus, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Sebelum ni Lotus ni adalah Tesco Extra, tapi sekarang dah ditukar kepada pasaraya Lotus pulak. Walaubagaimanapun Restoran Al-Araby ni masih kekal maintain berada dalam pasaraya ni sama ada Tecso Extra(lama) ataupun Lotus(baru). Deko dalaman restoran ni juga berkonsepkan arabian..

Dah masuk ke restoran ni dan pilih meja mana yang korang nak duduk, then korang kena scan QR code yang ada di atas meja untuk pilih menu apa yan korang nak makan.

antara menu-menu yang terdapat di restoran Araby
antara menu-menu yang terdapat di restoran Araby

ada 3 menu dalam  menu Family Favorite
ada 3 menu dalam  menu Family Favorite
Di resotoran Al-Araby Mathaam, menu yang terdapat di sini adalah dalam kategori appertizer, main course, family favorite, soup dan local delight. 

Disebabkan aku datang dengan family dalam 5 orang, jadi aku pilih menu Family Favorite iaitu set Chicken Mendy Shiniah yang berharga RM157.90. Dalam set ni, nasi dihidangkan dalam talam...tapi pinggan korang diberikan juga jika taknak makan dalam talam...Selain chicken mendy shiniah, disertakan juga dalam menu ni chicken shawarma, salatha, cause mendy, air teh o limau ais satu jug dan ais krim sebagai dessert....πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

air teh o limau ais satu jug
air teh o limau ais satu jug

set Chicken Mendy Shiniah
set Chicken Mendy Shiniah

set Chicken Mendy Shiniah
set Chicken Mendy Shiniah

ais krim sebagai dessert
ais krim sebagai dessert
Memang padu beb..Sedap! Kenyang betul makan nasi arab ni..portion yang banyak...tak boleh nak habiskan oooo....aku siap bungkus yang tak habis tu bawa balik untuk stok makan malam aku hari tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Sangat recommended untuk korang datang ke restoran Nasi Arab ni. Lokasi google map dan GPS koordinat, boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°24'19.8"N 100°24'17.9"E atau 5.405494, 100.404982

Restoran Nasi Arab Tazaa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

 

Restoran Tazaa - makanan arab
Restoran Tazaa - makanan arab
Restoran Tazaa ni adalah restoran makanan arab yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang bersebelahan dengan The Blanket Hotel. Peminat makanan arab boleh la kalau nak cuba makan di sini. Restoran ni pun agak eklusif, deko dalaman pun berkonsepkan arab.
dalaman restoran tazaa
dalaman restoran tazaa

ramai gak orang yang datang makan di sini
ramai gak orang yang datang makan di sini
Cara nak order pun unik. Setiap meja akan ada QR code. Korang kena scan QR code tu untuk nak tengok menu, kemudian pilih terus menu apa yang korang nak. Nanti order korang akan terus masuk dalam sistem diorang. Lepas tu tunggu je makanan korang sampai ke meja korang.
bila dah scan QR code, akan keluar menu macam ni
bila dah scan QR code, akan keluar menu macam ni
Ada banyak menu yang sempoi-sempoi, tapi harga agak mahal sikit la..sekali sekali boleh la nak makan siniπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Menu yang aku pilih adalah Tazaa Mix Grill, Chicken Mandy 1/2, Arabic Bread, Adeni Tea Pot dan mineral water. Mineral water ni kalau boleh bawa sendiri, sini mahal sikitπŸ˜….... Semua menu yang aku order tu, memang padu! Sedap... Makan sampai buncit perut😁😁

Adeni Tea Po
Adeni Tea Pot

Tazaa Mix Grill
Tazaa Mix Grill

Chicken Mandy 1/2
Chicken Mandy 1/2

Tazaa Mix Grill
Tazaa Mix Grill

Arabic Bread
Arabic Bread
Selesai makan, fuh! kenyang beb... recommended untuk korang datang. Boleh cari di Seberang Jaya, Pulau Pinang. GPS koordiant dan google map seprti di bawah.

GPS koordinat:  5.395256528826262, 100.40006190539813

Jom makan Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar

 

Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar
Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar

Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar
Nasi Arab Kepala Batas - Original Nasi Kandar
Nasi Arab Kepala Batas ni bukan nasi arab ekπŸ˜…πŸ˜…...... Korang jangan tersilap plak... Sebenarnya ni restoran nasi kandar. Aku pun tak pasti kenapa diorang panggil nasi arab. Restoran ni aku pernah review dalam blog aku ni..boleh rujuk kat SINI posting yang lepas tu.... Masa dulu diorang buka meja tepi-tepi je...tapi sekarang diorang dah blok jalan tu untuk letak lebih banyak meja...tapi waktu malam jer la... Waktu siang diorang tak berniaga kat atas jalan. Siang hari, berniaga dalam kedai..
banyak gak la lauk nasi kandarnya....
banyak gak la lauk nasi kandarnya....
Kena beratur panjang gak la untuk sepinggan nasi pun...Tapi kalau korang dah kemaruk sangat nasi kandar, dua jam pun korang sanggupkanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚... Kira sedap gak la nasi kandar di sini. Recommended untuk korang cuba.
nasi kandar ayam madu, telur masin, kuah kasi campur!
nasi kandar ayam madu, telur masin, kuah kasi campur!
Kalau korang nak datang Nasi Kandar Arab Kepala Batas ni, korang boleh cari landmark HongLeong Bank kat pekan Kepala Batas. Tapi kalau nak senang, korang guna jer GPS koordinat dan google map seperti dibawah:

GPS koordinat: 5°31'01.7"N 100°25'51.7"E atau 5.517147, 100.431038

RESEPI NASI ARAB POWER

nasi arab
nasi arab

Bahan untuk nasi:
  • 2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
  • 4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing-masing
  • garam secukup rasa
  • 2 sb minyak sapi
  • pewarna kuning dan oren
Bahan yang disangai dan dikisar kering:
  • 1/2 sm jintan manis
  • 1/2 sm jintan putih
  • 1/2 sm bunga cengkih
  • 1/2 sm lada hitam
  • 1/2 sm biji ketumbar
  • 1/2 sm buah pelaga
Bahan untuk ditumis:
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  • buah pelaga
  • kayu manis
  • bunga lawang
Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Resepi Ayam:
(settlekan yang ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)
  • 1 ekor ayam ~ belah 4, dikelar-kelar bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
  • garam dan gula secukupnya
Bahan dikisar:
  • 3 in halia
  • 2 biji kunyit hidup ~ guna yang serbuk pun ok
  • 1 sm jintan manis
  • 1 sm jintan putih
  • 2 sm ketumbar
  • 1 sm buah pelaga
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
Caranya:
  • Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
  • Panggang atau bakar ayam hingga masak.
Resepi Salad:
  • 1 - 2 biji tomato *
  • 1 batang mentimun*
  • 1 batang lobak merah*
  • 1 biji bawang besar* ~ * didadu
  • lada hijau dihiris
  • garam, gula dan cuka secukupnya
(campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Air Asam:
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 1 biji buah tomato
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • garam dan gula
  • jus limau nipis @ air asam jawa
  • sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)

Credit to: Naimah Md Ludin (resepi)

Resepi Nasi Arab

 

Nasi Arab
Nasi Arab

Bahan-bahan:

Beras Basmathi 2 cawan. Rendam dalam air dengan sedikit garam.

Seekor ayam dibelah dua. Ambil bahagian peha (2 peha). Rebus dahulu dengan rempah sup bunjut tu. Air rebusan simpan dalam 3 cawan untuk masak nasi nanti.

Bahan perapan ayam:
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • *Blenderkan semua bahan2 ni dengan sedikit air kemudian gaulkan dengan:
  • 1 sdk serbuk cili
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • 1 sdk yogurt
  • 1/2 sdk garam
  • 1/2 sdk serbuk kunyit
  • 1sdb madu (kalau takda, ganti dgn gula merah/putih)
Bahan masak nasi:
  • 1/2 biji bawang merah (besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
*blender semua bahan ni dengan sedikit air
  • 1/2 biji bawang merah (besar) dimayang
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 batang cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sdk serbuk jintan manis
  • 1 sdk serbuk jintan putih
  • 1 sdk serbuk ketumbar
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • 2 biji cili hijau
  • 2 sudu besar butter/marjerin untuk menumis
  • 1 sdb minyak masak
  • 1 genggam daun ketumbar dicincang
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning/oren

Cara menyediakan ayam:

Rebus ayam dengan rempah sup sehingga separuh masak. Kemudian perap ayam dengan bahan perapan yang telah disediakan. Perap selama 1/2 jam. Sebelum perap tu, cucuk2 dulu ayam yang dah direbus dengan garpu supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. Setelah diperap, boleh digoreng atau dibakar di dalam oven sehingga masak. Saya guna suhu 200°, bakar api atas bawah selama 30 minit.

Cara memasak nasi:

Toskan beras yang telah direndam dan ketepikan. Sukatan air untuk memasak nasi adalah...

1 cawan beras = 1 dan 1/4 cawan air ATAU

1 cawan beras = 1 dan 1/2 cawan air. Jangan lebih dari ni.

Tak kisahlah air tu nak campur dengan santan ataupun susu cair. Dalam resepi ni, Sis gunakan air rebusan ayam tadi.

Panaskan kuali. Masukkan butter/marjerin dan minyak. Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Bila dah wangi, masukkan bawang merah yang telah dimayang. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan bahan2 yang dikisar. Tumis lagi sehingga terbit minyak sikit dan kemudian masukkan tomato. Tumis lagi sampai tomato lembik sedikit kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul2 rata. Kalau sedikit kering, boleh tambah sedikit air. Gaul2 lagi dalam 3/5 minit sampai sebati dan wangi baunya. Kemudian masukkan cili hijau. Kacau2. Lepastu boleh masukkan air rebusan ayam mengikut nisbah beras yang kita pakai. Saya pakai 2 cawan beras basmathi. So air yang saya pakai adalah sebanyak 2 cawan air tambah lagi 1/2 cawan air. Gunakan air yang sama ye utk sukat beras dan air. Bila dah mendidih, tutup api.

Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan tuang air rebusan yang telah dimasak dengan bahan lain tadi ke dalam periuk nasi. Lepastu gaul2 sikit kasi rata. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. Lepastu tabur daun ketumbar dan masaklah nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak, titiskan sedikit pewarna kuning/oren ke dalam nasi. Kalau ada saffron, lagi bagus. Bila dah titis, tutup semula periuk nasi dan keep warm. Bila nak makan, baru gembur2kan nasi dengan garpu. Jangan kasar2 kalau tak nak nasinya patah.

Kalau tak nak masak dalam periuk nasi, nak masak atas api terus pun boleh. Tapi kena pandai2lah supaya air tak kering terlalu cepat dan beras masak. Lepas air rebusan mendidih tu, masukkan beras, kacau rata, bukak api besar sikit. Bila air dah hampir kering sikit, tutup periuk, api perlahankan. Supaya nasi masak. Boleh juga macam tu.

Makan makanan Arab di Restoran Halab, Pulau Pinang

Restoran Halab, Pulau Pinang
Restoran Halab, Pulau Pinang

Restoran Halab ni adalah restoran makanan arab yang terletak di Jalan Chulia, George Town, Pulau Pinang. Restoran Halab ni juga adalah original dari Arab-Syria. 80% adalah pelayan berbangsa arab. Kalau tak silap chef juga memang orang Arab. Jadi tak hairanlah kalau korang nak merasai rasa makanan arab sebenar di restoran Halab ni.
Restoran Halab beroperasi dalam bangunannya sendiri yang berkonsepkan Arab-Syria.
Parking bukan masalah jika korang nak datang makan ke restoran Halab kerana pihak restoran halab menyediakan parking yang luas dibahagian belakang bangunan. Jika parking tak disediakan, boleh terbantut juga la nak makan nasi arab di sini. Mana taknya, kawasan ni memang agak padat dan sangat mencabar untuk nak dapatkan parking.
restoran halab
restoran halab
restoran halab
restoran halab

kawasan parking restoran halab
kawasan parking restoran halab
Ada banyak menu yang menarik untuk dicuba. Semuanya sedap-sedap belaka. Makan pun dalam suasana restoran esklusif, terasa seolah-olah berada di Syria. Puas selak-selak buku menu, akhirnya aku pilih untuk makan chicken mandi, lamb kebab manakala minum pulak aku pilih untuk try adani tea teapot. Menu di bawah ni antara menu yang ada di restoran halab. Ada banyak lagi sebenarnya menu, yang ni je yang sempat snap.
menu halab
menu halab
menu halab
menu halab
menu halab
menu halab

Chicken mandi harga satu hidangan RM25. Konon-konon nak order satu set jer... bila sampai atas meja, tengok-tengok sikit jer nasinya. So, terpaksa order nasi tambah dua pinggan. Lamb Kebab pulak satu set RM30, makan satu set rasa sedap pulak, then order lagi satu set. So total lamb kebab saja RM60.
lamb kebab
lamb kebab

roti kebab
roti kebab
chicken mandi
chicken mandi
nasi tambah (plain)
nasi tambah (plain)
Adani Tea Teapot pulak memang terbaik. Aku pilih saiz kecil, harga RM15. satu teko air ni. First air, pelayan arab tu akan tarik depan kita. Yang lain tu kena tuang sendiri la.. boleh la nak try.. rasanya lain macam sikit..menang padu..
Adani Tea Teapot
Adani Tea Teapot
Itu saja la menu yang aku makan di restoran Halab ni. Rasa macam nak repeat lagi ke sini untuk cuba menu-menu yang lain pulak. Ok gais, yang mana dok area Penang ni yang nak rasa nasi arab sebenar, bolehlah terjah ke restoran halab yang terletak di Chulia St, George Town.
Boleh rujuk google map dan gps koordinat lokasi restoran halab seperti dibawah.

gps koordinat : 5°25'06.6"N 100°20'08.3"E atau 5.418503, 100.335644